Yang Disayangi Selalu !!!

Thursday, March 14, 2013

Safi Rania Gold



Apa produk penjagaan muka yang anda pakai sekarang? Sekarang ni ada macam-macam jenis produk di pasaran. Nak bagi kulit cerah, gebu, halus dan mulus semua ada. Tinggal kita sebagai pengguna yang kena bijak memilih. Sebabnya kebanyakan produk yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia yang merbahaya pada kulit. Contoh bahan kimia yang merbahaya ialah propylene glycol, hydrokuinon serta bahan kimia yang ada perkataan paraben di belakangnya dan banyak lagi sebenarnya. Kebanyakannya bertindak menghakis dan ada yang menyebabkan kanser kulit. So hati-hatilah. 

Sebelum ni tinta tak adalah kisah sangat dengan penjagaan kulit muka ni. Tinta cuma guna gel pembersih safi rania gold dan krim kecantikannya sebagai foundation. Tapi sejak kebelakangan ni, kulit muka berminyak giler. Dah basuh muka pun, tak lama lepas tu mesti ada minyak. Berkilat-kilat hidung. Kalau guna oil control film tu, satu piece mesti penuh dengan minyak. Dahsyat giler. So, cari punya cari rupanya ia berpunca dari pemakaian krim kecantikan tu. Muka tak tahan kot. 

So aritu pergilah Watson. Konon nak pergi cari scrub safi rania gold, alih-alih beli dengan pembersih wajah, serum, pelembap malam dan juga krim bb spf30pa. Krim bb ni produk baru, sebagai foundation sebab ramai yang cakap krim kecantikan tu berminyak. Jadi maknanya betullah kulit tinta ni berminyak sebab pakai krim kecantikan tu. 

Tinta paling suka pakai pelembap malam. Tak berminyak, muka pun nampak segar je. Bila seminggu dah pakai, nampak macam serasi je so tinta beli pula pelembap siang, toner dan krim kontur mata. Lengkap semua satu set. Tapi barang-barang ni tak ada dekat gambar di atas tu. Tapi bila apply semua dekat muka, tiba-tiba je naik jerawat halus. Masa tu tak hairan sangat, terus juga pakai. Tapi bila encik hubby tegur, so tinta pun mulalah naik risau. Pelik, sebab sebelum ni okey je. Jadi tinta punya kajian sendiri, ada produk safi rania gold ni yang tak serasi dengan kulit tinta. Jadi tinta buat keputusan stop pemakaian pelembap siang dan toner. Lepas tu okey, jerawat tak naik dah. Sekarang ni tak pakai dah pelembap siang tu. Toner pun pakai dekat buah pipi je, yang ada liang roma terbuka tu. 

Krim kontur mata pun best pakainya. Sebab lebam-lebam di bawah mata tu berkurangan sedikit. 

Sebenarnya produk skincare ni bergantung pada keserasian kulit seseorang. Ada sesetengah orang kulit dia boleh tahan, ada sesetengah orang pula kulitnya tak tahan. Bila pakai je naik jerawat berkepuk-kepuk. Mahal atau murah produk kecantikan tu pun kadang-kadang bukan menjadi ukuran. Kadang-kadang produk yang mahal-mahal ni, lagilah penggunaan bahan kimianya tinggi. Bila kesan perubahannya begitu cepat, maknanya memang menggunakan bahan kimia dalam proses pembuatannya. Produk murah-murah pun ada juga yang menggunakan bahan kimia terlarang ni. 

Apa yang penting, sebelum beli produk skincare tu belek-beleklah dekat isi kandungannya. Make sure kita ingat satu dua jenis bahan kimia yang merbahaya. Untuk kesenangan kita juga. Takkan kita hendak menjadikan wajah kita sebagai mangsa kecantikan. Adoilah, apa bendalah yang tinta merepek ni.

P/s : sejak akhir-akhir ni rajin pula update blog, tapi bukannya pasal penulisan. Merapu je yg banyak. So minta maaflah pada mereka yang mengharapkan entri penulisan tinta. Blog tinta ni bukan sekadar blog penulisan sahaja ye.. Please inform.


6 comments:

ida said...

Saya pun pakai produk Safi Rania Gold. Yg saya paling suka & highly recommended ialah eye cream, serum & Day Moistureiser. Scrub tu Ok tapi sbb texture dia kasar, so seeloknya pakai seminggu sekali aje & scrub slow2. Harga pun tak la mahal sgt...

beli produk epilator germany said...

saya pon pakai safi rania gold..pakai serum, gel dan night cream..jimat sgt2..dulu pakai timewise mary kay..hehe

Anonymous said...

Saya pun pakai produk Safi Rania Gold: gel pembersih muka, toner, serum, krim pelembab malam, krim pelembab siang dan juga krim kecantikan. Alhamdulillah, muka saya semakin berseri-seri dan tona kulit muka pun dah sekata ;)

Adeq Zairyn said...

Sya pn gna safi rania gold agk lma...tp br2 ni sya try pla pencuci muka yg ada pelembab ttba jerawat tumbul...

Anonymous said...

Sy pun pkai jgak,tp muka jd gatal2 kulit mngelupas..mmg effect mula2 pkai mcm tu ke?

amalia rahmawati said...

sist....mcm mana nak pesan....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...