Yang Disayangi Selalu !!!

Sunday, October 30, 2011

Hadapi Dugaan Dengan Tabah

As salam dan selamat pagi..

Lamanya rasa tak update entri. Blog ni pun dah bersawang rasanya. Sejak beberapa bulan ni mood menulis memang down. Apalah ceritanya dengan manuskrip yang masih belum siap tu? Adoilah. Dah tu banyak sangat berita yang mengejutkan terjadi dalam family. Pertama, hubby bertukar tempat kerja. Daripada Jabatan Kastam Putrajaya ke Institut Biodiversiti Lanchang. Hari itu pernahlah sekali pergi ke sana, memang jauh dan pedalaman sangat. Penuh dengan hutan, dah macam duduk dekat mana je. Semoga cepat-cepatlah dapat bertukar di tempat yang terdekat. 

Pekara kedua mengenai kecurian kereta hubby pada 25hb Oktober lepas. Memang terkejut gila. Kasihan hubby, dah lah itu kereta kesayangannya. Kejadian berlaku lebih kurang pada pukul 4.25 pagi. Terdengar bunyi orang start kereta sebanyak dua kali, lepas tu laju-laju bawa pergi. Memang berlaku dalam sekelip mata. Sedar-sedar kereta dah hilang. Kelam kabut lah hubby pergi jejak dan buat laporan polis. Sampai sekarang masih lagi belum ada berita tentang kehilangan kereta tersebut. Memang dugaan yang besar untuk family.






Kalau ada sesiapa yang ternampak kereta Wira Hitam 2.0 vr4 seperti di atas, bolehlah hubungi balai polis berdekatan. Semoga kami sekeluarga sentiasa diberikan ketabahan. Aminn..

Tuesday, October 11, 2011

Bila Hati Dah Sayang - sedikit bab 30



Majlis perkahwinan dan persandingan Ikram dan Syafiqah berlangsung dengan meriahnya di Park Royal Kuala Lumpur. Kehadiran tetamu yang ramai turut menambahkan kemeriahan suasana. Mereka berdua disandingkan di atas set pelaminan berwarna krim. Bunga-bunga hidup dipilih sebagai penyeri dan hiasan yang digunakan. Pasangan pengantin dan juga tetamu yang hadir dipersembahkan dengan tarian silat dan juga persembahan artis yang diundang.

Walaupun perkahwinan tersebut berlangsung dengan cukup meriah dan berwarna-warni, namun ada hati yang benar-benar terluka saat ini. Di salah satu sudut Khairil yang berkaca mata hitam cuma memerhatikan pasangan tersebut dari jauh. Dia tidak berjaya menjadikan Syafiqah sebagai pengantinnya. Dia benar-benar tidak dapat menerima Syafiqah telah menjadi isteri Ikram yang sah sekarang. Namun dia masih lagi boleh berfikir secara rasional.

Di sudut yang lain pula kelihatan Amalina yang sedang cuba menahan air matanya daripada jatuh. Memang sungguh dia tidak menyangka bahawa Syafiqah adalah isteri Ikram. Kawan baiknya menjadi isteri kepada bekas teman lelakinya. Amalina benar-benar buntu saat ini, dia tidak dapat menerima kenyataan yang telah terbentang jelas di matanya. Sanggupkah dia merampas Ikram daripada Syafiqah demi untuk kebahagiaannya sendiri? Sanggupkah dia mengkhianati persahabatannya yang telah terjalin dengan Syafiqah? Amalina tidak tahu jawapannya.

“Alin!!!,” panggil Syafiqah yang sedang menuju ke arah Amalina sambil melambai tangan.

Amalina yang baru sahaja berniat ingin pergi dari situ terpaksa berhenti. Syafiqah telah memanggilnya, kalau dia pergi begitu sahaja apa pula yang akan difikirkan oleh Syafiqah nanti. Amalina menarik nafas dalam-dalam, dia cuba mempamerkan senyuman yang indah. Kemudian dia berkalih ke belakang dan melihat kelibat Syafiqah dan Ikram yang telah hampir ke arahnya. Jantungnya bergerak laju tatkala terpandangkan Ikram yang kelihatan cukup segak berpakaian pengantin.

“Alin... terima kasih ye sebab sudi datang. Fiqa happy sangat sebab tengok Alin ada dekat sini,” Syafiqah tersenyum riang.

“Mestilah Alin datang, kan Alin dah janji dengan Fiqa,” Amalina tersenyum ceria, cuba menyembunyikan kekecewaan yang dialaminya saat ini.

“So... Sekarang ni dengan rasminya Fiqa nak kenalkan suami Fiqa. Encik Ikram... Alin dah sedia kenalkan,” ujar Syafiqah lagi. Dia menoleh sekilas ke arah wajah kacak Ikram sambil tersenyum bahagia dan Ikram turut tersenyum sama.

“A'aa dah kenal. Tak sangka pula Alin, pandai Fiqa simpan rahsia ye,” gurau Amalina.
“Tahniah ye Fiqa, Encik Ikram... Semoga hubungan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat,” doa Amalina tanpa ada rasa keikhlasan di dalam hati.

“Terima kasih Alin, Fiqa pun harap Alin akan berbahagia juga nanti. Semoga rancangan Alin untuk merebut semula cinta si dia berjaya,” Ikram tersenyum kelat mendengarnya, Amalina pula tersenyum hambar.

“Eh, okeylah Fiqa, Encik Ikram. Alin tak boleh lama-lama dekat sini. Ada hal yang perlu dibereskan. Apapun tahniah sekali lagi ye,” Amalina ingin bergegas meninggalkan majlis tersebut. Tidak sanggup dia menyaksikan kebahagiaan mereka di depan matanya.

“Okey Alin, semoga kita berjumpa lagi. Mesti Fiqa akan rindukan Alin nanti,” ujar Syafiqah sambil memeluk Amalina kejap.

Kemudian masing-masing membawa haluan sendiri. 


P/s... Masih lagi sedang berusaha menyiapkan manuskrip BHDS.. Entah bilalah akan siap... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...