Yang Disayangi Selalu !!!

Wednesday, December 26, 2012

Aku Suka Kau Benci - Bab 4

As salam dan selamat sejahtera...

Seperti biasa pada yang mengikuti ASKB.. bab 4 boleh baca di link berikut..

Tenkiu..

Aku Suka Kau Benci - Bab 4

Tuesday, December 18, 2012

Aku Suka Kau Benci - Bab 3

As salam.. dan selamat pagi

Sesiapa yang mengikuti ASKB boleh baca bab 3 di link berikut..

Tenkiu..

Aku Suka Kau Benci - Bab 3

Wednesday, December 12, 2012

Aku Suka Kau Benci - Bab 2

As salam... dan selamat sejahtera..

Bagi yang mengikuti ASKB.. boleh baca sambungan bab 2 seperti di link berikut..

Aku Suka Kau Benci - Bab 2

Tenkiu...

Tuesday, December 4, 2012

ASKB Prolog dan Bab 1 di P2U


As Salam... 

Dah lama rasanya tak hantar karya dekat p2u.. 
So sekarang dah kuar ASKB di P2u.. Prolog dan juga keseluruhan bab 1
Yang di blog ni, bab 1 nya tak habis...
So kalau nak baca keseluruhan bab 1 boleh klik link di bawah..
Tenkiu...



Prolog dan Bab 1 


Thursday, November 29, 2012

Aku Suka Kau Benci - Bab 1 - Part 1



Liza merenung jam di pergelangan tangan. Sudah hampir ke pukul 8.30 pagi. Dia semakin gelisah menanti. Hari ini masuk hari ke 3 pelajar tahun 1 Kolej Empat di Universiti Malaya menjalani haluansiswa. Semalam saja ramai yang telah dikenakan denda kerana datang lewat. Mungkinkah hari ini dia turut didenda sama? Oh... tidak. Tak sanggup rasanya dia dimalukan di hadapan khalayak ramai. Pintu bilik tandas diketuk beberapa kali. Mia Sarah perlu diminta supaya cepat menyelesaikan misinya.

“Mia!!! Cepatlah... Kau buat apa lama-lama dekat dalam tu? Dah pukul 8.30 lah. Nanti kita lambat.


“Alah... Perut aku tengah meragam ni. Dari tadi tak lepas-lepas. Tak apalah, kau pergilah dulu. Aku rasa aku lambat lagi ni.”

“Biar betul kau ni. Dah berapa hari kau tak melabur dekat amanah saham ni? Sekali melabur sampai berjam-jam. Eh... aku pergi dululah ye. Aku takut kena marahlah.”

“Okey tak pe. Kau pergilah dulu,” Mia Sarah terpaksa merelakan pemergian Liza. Dia pun tidak mahu disebabkan dirinya, Liza akan dimarahi. Tapi agak-agaklah Liza pun, tak adalah sampai berjam-jam dia bertapa di dalam ruang sempit ini. Ikutkan hati dia pun mahu cepat sampai ke dewan, tetapi entah kenapa perutnya asyik meragam sahaja. Mungkin dia ada tersilap makan rasanya.

***

Mia Sarah mula mengatur langkah menuju ke dewan. Termengah-mengah dia menuruni anak tangga memandangkan biliknya berada di tingkat 3. Sudahlah tangganya kelihatan berpusing seperti bulatan. Naik pening sudah kepalanya kerana menuruni tangga dengan laju. Sampai sahaja di dewan suasana seakan sunyi. Seorang pun tidak berada dalam dewan.

“Eh... Mana semua orang pergi ni?” timbul nada cemas di hatinya. Dia terus berjalan perlahan menuju ke ruang lobi. Masih juga tidak ada orang. Pelik dan hairan dia memikirkannya. Keadaan sunyi sepi seperti Melaka dilanggar todak. Tiba-tiba dia terdengar suara gelak tawa yang tidak berapa kuat. Serta-merta bulu romanya terpacak 90 darjah.

'Manusia ke orang tu?'

Mia Sarah memberanikan diri menuju ke arah suara tersebut. Perasaan ingin tahu menyebabkan kakinya dibawa menuju ke bilik tayangan yang terdapat berdekatan dengan lobi. Semakin dia sampai ke bilik tayangan semakin hilai tawa itu jelas kedengaran. Terlopong mulutnya menyaksikan apa yang terbentang di ruangan matanya. Sepasang kekasih yang sedang hangat memadu kasih. Lelaki itu sedang memeluk erat pasangannya dan begitu juga dengan pasangan tersebut.

Mia Sarah mengucap dalam hati. Biar betul apa yang disaksikannya sekarang ini. Seakan-akan tidak percaya pula. Sudahlah berani melakukan maksiat di tempat terbuka. Memanglah tidak ada orang tetapi ada yang maha melihat. Mia Sarah ingin berlalu. Dia tidak sanggup menonton wayang percuma tersebut. Sementelah pula pasangan yang sedang hangat bercinta itu tidak menyedari kehadirannya.

“Arghh!!!” terkejut Mia Sarah melihat seekor monyet yang tiba-tiba cuba menghampirinya. Memang di kampus Universiti Malaya ini terlalu banyak monyet. Nama sahaja di Kuala Lumpur tapi terasa seperti di zoo pun ada. Jeritannya tadi turut mengejutkan pasangan kekasih tersebut. Ikmal yang panik dan terkejut terus bertindak menghalau monyet yang kelihatan ingin mengganas. Hairan pula Mia Sarah dengan gelagat monyet tersebut. Jika berhadapan dengan kaum perempuan bukan main berani lagi, sampai tak cukup tanah kita dikejarnya, tetapi kalau dengan lelaki, sekali sergah terus cabut.

“Apa kau buat dekat sini?” soal Ikmal dengan nada kasar. Dia tidak menyangka masih ada lagi siswi yang tertinggal di kolej. Sepatutnya gadis ayu yang berada di hadapannya ini sudah bersama-sama dengan rakan-rakannya berjoging mengelilingi satu universiti. Wajah Mia Sarah yang kelihatan pucat dipandang geram. Malu pun ada dengan tingkah lakunya tadi. Harap-harap gadis itu tidak berfikir yang bukan-bukan. Tetapi bolehkah dia tidak berfikir yang bukan-bukan sedangkan keadaannya dan pasangannya tadi memang mencurigakan.

“Err... Saya terlambat turun tadi. Bila saya turun saya tengok semua orang dah tak ada,” Mia Sarah gugup. Seram melihat jelingan maut lelaki itu.

Ikmal masih merenung tajam ke arah gadis tersebut. Ina yang berada di sebelahnya tadi telah disuruh pergi. Ikmal mendekat ke arah Mia Sarah. Wajah Mia Sarah pucat. Semakin Ikmal cuba mendekat, semakin dia terdorong ke belakang sehinggalah lengannya direntap kasar oleh Ikmal.

“Kau nampak tak apa yang aku buat tadi?”

“Nampak.”

“Apa?!!!”

“Err... tak... tak nampak.”

“Bagus... bagus... Kau anggaplah apa yang berlaku tadi tak pernah berlaku. Kau juga tak nampak apa-apa. Faham!!!”

“Err... faham,” Mia Sarah sudah terketar. Terasa jantungnya berdegup bagai nak gila. Tidak pernah dia mengalami perasaan takut seperti ini. Diugut oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Lengannya yang digenggam kasar terasa semakin perit. Kalaulah dia ada kuasa mahu sahaja disumpahnya lelaki ini menjadi katak yang hodoh. Tetapi bolehkah?

“Err... tolong lepaskan tangan saya. Sakitlah."

“Kalau aku tak nak lepaskan, kau nak buat apa?” Ikmal tersenyum nakal. Kedua-dua keningnya diangkat tinggi sambil mata kiri dikenyitkan beberapa kali. Cantik juga budak junior depan aku ni. Bermata bundar, beralis lentik, berhidung mancung dan yang paling dia tidak tahan melihat seulas bibir yang kecil lagi comel.

Mia Sarah semakin cuak. Kenapa pula lelaki ini tidak mahu melepaskannya? Lepas tu asyik kenyit-kenyit mata saja. Sudah macam orang sakit mata pun ada. “Lebih baik awak lepaskan saya. Kalau tidak...”

“Kalau tidak apa?”

“Kalau tidak saya jerit.”

Ikmal tergelak kuat. Sakit hati Mia Sarah melihatnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Ikmal dipandangnya dengan perasaan geram.

“Kau nak jerit... jeritlah. Tapi ada siapa yang nak dengar ke? Sekarang di kolej ini semuanya kosong. Mereka semua pergi berjoging mengelilingi varsiti. Kalau kau nak jerit sampai keluar anak tekak pun tak akan ada siapa yang nak datang tolong. Kalau kau menjerit pun aku takkan lepaskan kau.”

“Kenapa?”

“Sebab... sebab aku nak kau jadi milik aku.”

“Gila...” desis Mia Sarah. Memang lelaki di hadapannya ini sudah gila agaknya. Dia malas tunggu lebih lama. Direntap kuat lengannya walaupun terasa perit. Kemudian dia terus berlari pecut meninggalkan lelaki itu keseorangan. Sempat dia menoleh ke belakang melihat lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Memang sah dah gila. Minta-minta selepas ini dia tidak akan berjumpa dengan lelaki gila itu lagi. 





Wednesday, November 28, 2012

Aku Suka Kau Benci - Prolog



Angin di luar rumah bertiup cukup kuat. Hujan yang tadinya hanya rintik-rintik bertukar menjadi titisan kasar. Dari luar rumah kampung yang kelihatan usang itu kedengaran tangisan seorang wanita yang sedang kecewa. Tangisan yang kuat sehingga dapat mengatasi bunyi guruh yang kedengaran.

“Abang!!! Tolonglah jangan buat Bedah macam ni. Sampai hati abang. Disebabkan perempuan yang tak tahu malu tu abang sanggup nak tinggalkan Bedah.” Mak Bedah masih tidak berputus asa. Dia tetap cuba sedaya upayanya untuk memujuk Pak Hassan supaya tidak menceraikannya. Mana mungkin dia sanggup bermadu dengan janda muda dari hujung kampung seberang yang menjadi kegilaan suaminya itu. Kedua-dua kaki Pak Hassan dipaut erat sambil menangisi nasib dirinya.


“Abang bukan nak tinggalkan Bedah, tapi Bedah faham kan masalah abang. Abang terpaksa berkahwin dengan Mona sebab abang dah kena tangkap basah. Jadi abang minta Bedah cuba terima kehadiran Mona seadanya. Dia perempuan yang baik.”


“Baik apanya perempuan macam tu. Kalau dia perempuan yang baik, dia takkan main cinta dengan suami orang. Kalau dia perempuan yang baik, dia takkan ajak abang datang ke rumah dia sampai kena tangkap basah. Entah-entah dia sendiri yang perangkap abang. Abang pun satu, tak cukup-cukup dengan bini dekat rumah. Menggatal pula dengan janda muda tu buat apa?” Mak Bedah menghamburkan segala kemarahannya. Kesedihan dan tangisannya tadi menghilang ditelan perasaan marah yang menggunung. Kaki Pak Hassan yang dipaut erat dilepaskan serta merta. Nafas kasar dihembus laju dari saluran pernafasannya.


“Jadi... Bedah memang tak dapat nak terima dia ke?” soal Pak Hassan dalam keadaan gusar. Dia sayangkan Mak Bedah tetapi dia juga sayangkan Mona. Janda muda yang masih bergetah. Dia tahu dia yang bersalah dalam hal ini namun dia tidak dapat membohongi perasaannya.


Mak Bedah tarik muka kelat. Memang dia tidak boleh terima situasi tersebut, takkanlah suaminya tak faham-faham lagi. Isteri mana yang rela jika suaminya berkahwin lain. Kalau ada yang rela pun belum tentu dengan seikhlas hati.


“Kalau abang dah tak sayangkan saya lagi, abang ceraikan saya. Saya sanggup jadi janda daripada hidup bermadu. Mungkin dah takdir hidup saya macam ni,” walaupun berat hati namun Mak Bedah terpaksa mengungkapkan kata-kata keramat tersebut. Biarlah dia hidup menjanda daripada hidup bersama madu yang mungkin akan menjadi racun dalam hidupnya nanti.


“Abang tak tahu nak cakap apa. Kalau itu keputusan Bedah, abang terpaksa terima dengan berat hati. Tapi cuma satu yang abang minta, Bedah tolong jaga anak kita sebaik mungkin. Anggaplah itu tanda peninggalan abang buat Bedah.”


“Kenapa abang tak bawa je anak abang tu. Suruhlah bini muda abang jaga dia. Dan tolong jangan cakap anak tu anak kita. Dia anak abang tau tak?” suara Mak Bedah semakin meninggi. Hatinya sudah tidak tahan menanggung marah dengan sikap tidak bertanggungjawab Pak Hassan.


“Terpulanglah apa yang Bedah nak cakapkan. Abang amanahkan dia pada Bedah. Tolong jaga dia baik-baik. Sayangi dia seadanya. Abang pergi dulu.”


Tanpa menoleh ke belakang Pak Hassan terus melangkah keluar dari rumah. Jerit pekik laungan Mak Bedah tidak dihiraukan. Tubuhnya yang kebasahan ditimpa dek hujan tidak dipedulikannya. Dia terus menghenyakkan tubuhnya ke atas kerusi Proton Saga buruk peninggalan arwah ayahnya. Dengan pantas dia menghidupkan enjin dan memecut laju. Itulah kali terakhir dia menjejakkan kaki ke Kampung Bahagia. Tidak mungkin dia akan menunjukkan muka di kampung tersebut lagi. 

 



***

p/s :- Pada yang pernah mengikuti cerita Aku Suka Kau Benci, Apa Kes? ..
       - Tajuk telah ditukar pada Aku Suka Kau Benci

       - Ada beberapa penambahan plot cerita dan sedikit rombakan.
        - Entri lama dalam ASKBAK akan didelete..
       - Untuk tidak memeningkan kepala, bacalah bab baru yang di post 
         semula.

Sunday, November 25, 2012

Perkembangan Aku Suka Kau Benci

As salam dan selamat pagi..

Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat-sihat sahaja..

 Hari ni nak bercerita sikit tentang perkembangan novel Aku Suka Kau Benci.. Ada juga dapat mesej dalam blog yang tanya macam mana nak dapatkan novel ni. Actually ASKB belum lagi keluar versi cetak. Manuskrip pun baru je 60% siap. Wah... banyak lagi tu. Hari tu cuti sakit lama sangat, so memang tak menulis. Tinta cuba siapkan secepat yang mungkin sebab target nak terbitkan pada tahun depan. In sha Allah, kalau tiada aral melintang patah. Doa-doakanlah yea... Hihi..


Bagi yang pernah mengikuti ASKB samada di penulisan2u ataupun blog... dalam manuskrip ianya ada berbeza sedikit. Ada rombakan sedikit sebab bila tinta baca semula macam ada yang tak kena. Naratif tak banyak sangat. So... tinta edit semula untuk memantapkan lagi ASKB.. Nanti bila dah siap semua tinta akan hantar beberapa bab di p2u.. So kena baca dari awallah... Tak taulah ada lagi ke tidak pengikut ASKB ni.. Pada yang follow tenkiu banyak2... tapi minta maaf banyak2 sebab lambat keluar versi cetak.. 

Sunday, November 11, 2012

Pengalaman Berharga

Selamat Pagi.. Selamat Menyambut Hari Deepavali dan Awal Muharram yang akan datang. Di kesempatan ini ramai juga yang ambil cuti direct. Maklumlah, sehari kerja, lepas tu cuti, kerja semula lepas tu cuti balik. 

Minta maaf pada follower sebab dah berbulan-bulan tak update story kat sini. Keadaan tidak mengiizinkan. MC 3 bulan aritu. Accident motor. 

Kejadian berlaku hari Khamis, lagi 2 hari nak sambut Ramadhan. Masa bawa motor tu terbabas dan langgar divider. Saya melambung dan tertiarap atas tanah, motor pula entah ke mana. Lepas tu adalah akak2 tu tolong. Bawa pergi hospital. Time tu memang tak ingat apa. Blur... Otak jadi jem.. Pergi hospital Putrajaya, buat scan dan disahkan tulang bahu ada 3 keretakan. Tapi yang peliknya diorang suruh balik dan datang appointment lagi seminggu. Cuma bagi paint killer, ubat sapu dan tampal. Malam tu memang tak boleh tidur. Bahagian bahu dan belakang bengkak teruk. Hubby dah urut pun dia still bengkak lagi. Disebabkan tak tahan sakit sangat esoknya terus pergi ke hospital Serdang. Petang tu juga diorang simen, terus masuk wad. Duduklah beberapa hari dekat wad. 

Yang sedihnya, anak yang kecil dan nombor 3 terpaksa bawa balik ke kampung. Sebabnya dah tak boleh nak jaga.  Kesian dekat Izzul dan Rahman. Terima kasih banyak-banyak pada mak mertua dan ipar yang jaga anak2. Bukan senang nak jaga diorang, tambah2 yang kecil tu.

Stay dekat wad dalam 3 - 4 hari. Lepas tu datang balik ke hospital untuk buat operation masuk besi (Philos plate). Masa nak buat operation tu macam-macam perasaan ada. Rasa takut, berdebar-debar. Dah la sebelum tu tangan sebelah kanan untuk masuk air dicucuk beberapa kali oleh beberapa orang doktor. Alasannya, tak nampak urat. 8 cucuk semuanya, mahu tak pengsan. sakit yang amat. Doktor yang cucuk pun muda2, doktor pelatih ke? Huhu. Nak cucuk dekat tangan sebelah kiri memang tak bolehlah, sebab nak buat operation sebelah situ. So terpaksalah menanggung.. sampai dah seriau nak kena cucuk. Tangan sebelah kanan pun bengkak teruk. Dah lah sebelah kiri memang sakit dah, jadinya dua-dua tangan sakit.

Operation sepatutnya ambil masa 2 jam tapi Dr Nizlan terpaksa ambil masa hampir 4 jam. Dia cakap operation ni memang susah, sebabnya tulang dah bercantum sehingga peralatan yang dinamakan Mcdonald yang digunakan turut patah. Tengok,... besi pun boleh patah. Hampir 9 cm bahagian bahu ni ditoreh dan meninggalkan parut jahitan. Punyalah panjang. Besi yang dimasukkan tu pun panjang, hampir sejengkal ibu jari ke telunjuk. 

Lepas operation, susahnya nak gerak. Nak pakai baju pun susah. Semua hubby yang tolong. Terima kasih banyak-banyak. Sepanjang tempoh sakit tu memang susah nak tidur. Sebabnya bahagian bahu ni terasa sakit dan berat semacam. Masa dekat wad aritu time buat fisioterapi, otot dah mengecut. Tak boleh nak gerak.. Memang rasa macam orang cacat dah. Nak angkat tangan kiri ni memang tak boleh.

Sekarang ni alhamdulillah, keadaan dah stabil. Tapi otot kiri masih lagi kelihatan mengecut. Tangan kiri pun masih tak boleh angkat tegak ke atas. Kena buat fisioterapi banyak2. Bekas jahitan airitu pun masih terasa pedih lagi. 

Anak yang kecil masih lagi tinggal di kampung. Tak boleh nak dukung dia sangat, sebab tangan dah tak berapa nak kuat. Kesian kat Izzul. 

Sepanjang MC tu memang tak menulis langsung. Hanya baca novel orang lain je. Sekaranglah baru nak start semula. Itu pun rasa macam susah sangat, sebab dah lama tinggal menulis. Apa pun target nak siapkan manuskrip kedua Aku Suka Kau Benci. Target akan keluar versi cetak tahun depan. Insyaallah. Semoga dipermudahkan semuanya. Amin...


Friday, July 13, 2012

Takdir Penentu Segalanya - Part 2



Petang ini Anisa membawa Adam bermain-main di taman permainan kanak-kanak yang terletak berhampiran rumah mamanya. Kasihan pula melihatkan Adam yang merayu-rayu untuk ke sana.

“Jomlah ma... Dah lama adik tak pergi main-main dekat taman. Adik nak main dekat taman. Jomlah,” teringat rayuan Adam yang menggelarkan dirinya adik. Tidak mahu menghampakan anak kesayangannya dia hanya menurut kata Adam. Sementelah pula pagi esok baru dia pulang ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan Adam.

Adam kelihatan begitu teruja dan seronok sekali. Bukan senang dia hendak mendapat peluang ke taman bersama-sama dengan mamanya. Bila pulang ke rumah neneknya di Rawang inilah dia dapat merasa. Selalunya kalau di Kuala Lumpur mamanya lebih suka membawanya keluar membeli-belah. Membeli apa saja alat-alat permainan yang diingininya. Di taman permainan itu Adam bermain sepuas hatinya. Semua permainan yang ada di situ dicubanya. Selesai bermain buaian dia memanjat tangga untuk bermain gelongsor. Kemudian bermain pula papan jongkang-jongkit dengan kanak-kanak di taman permainan tersebut. Walaupun riak wajahnya kelihatan penat namun itu tidak menjadi hal. Dia sangat gembira hari ini. Anisa cuma duduk di kerusi berhampiran taman sambil memerhatikan Adam bermain.

“Adam... Dah tu. Jom kita balik,” panggil Anisa sambil menggamit ke arah Adam. Adam yang terlihat mamanya melambai ke arahnya terus berlari laju ke arah Anisa.

“Jangan lari... Nanti terjatuh!!!” jerit Anisa. Kebimbangannya memang menjadi nyata apabila Adam tersadung dan jatuh tertiarap. Wajah dan badannya telah menyembah laluan simen yang terdapat di situ. Dia menangis kuat, keperitan jelas dirasai di kedua-dua belah lutut dan kedua-dua tapak tangannya. Anisa yang semakin risau cepat-cepat berlari ke arah Adam.

“Adik okey ke? Macam mana boleh jatuh ni?” soal Hisyam yang telah terlebih dahulu datang ke arah Adam. Adam dicempung dan dibawa ke kerusi berhampiran. Anisa yang baru sampai ke arah Adam dan lelaki tersebut hanya mengekori tanpa banyak soal.

Adam didudukkan di kerusi. Kedua-dua lutut dan tapak tangannya telah luka dan mengalirkan darah merah yang pekat. Tangisannya masih kedengaran.

“Itulah... kan mama dah selalu pesan, jangan berlari. Tapi itu yang adik suka buat. Tengok ni... kan dah jatuh. Kan dah berdarah. Siapa yang sakit? Adik juga yang sakit kan?” bebel Anisa. Perasaan marah mula menyinggah di hatinya.

“Sabar puan. Jangan marah-marah. Benda dah jadi. Lebih baik kita bawa dia ke klinik,” Hisyam bersuara. Sekilas dia menoleh lama ke arah gadis yang dianggap ibu kepada kanak-kanak lelaki tersebut. Jantungnya tiba-tiba berdegup pantas. Ingatannya pada zaman persekolahan mula mengimbau. 'Nur...' Hanya nama itu yang terlintas di fikirannya. Tidak sangka dia dipertemukan semula dengan gadis tersebut. Gadis yang selama ini menjadi igauannya. Gadis yang selama ini menjadi dambaannya sejak di sekolah menengah lagi. Ah... sudah berkahwin rupanya dia. Mesti dia tak kenal siapa aku? Masakan dia kenal, sedangkan dia tak pernah tahu pun yang aku sukakan dia. Hisyam mengeluh hampa. Ternyata jodohnya dengan gadis itu tiada.

Tangisan Adam semakin kuat. Sudahlah dia terpaksa menanggung kesakitan, kena marah pula dengan mama kesayangannya.
“Sakit ke sayang... Dah la, jangan menangis lagi. Nanti mama bawa ke klinik ye,” pujuk Anisa. Menyesal pula dia memarahi Adam tadi padahal Adam sedang kesakitan. Kasihan Adam.

“Kenapa dengan dia tu papa?” soal Maisya yang tiba-tiba meluru ke arah Hisyam yang sedang duduk bersebelahan dengan Adam. Kana-kanak perempuan comel yang sebaya dengan Adam itu kelihatan cukup manja dengan Hisyam.

“Dia terjatuhlah sayang,” balas Hisyam ringkas. Rambut Maisya yang diikat ekor kuda itu dibelai lembut.

“Mesti dia main lari-lari kan? Sebab tu lah jatuh. Papa kan pernah pesan pada Maisya jangan lari-lari... takut terjatuh macam ni lah kan...” petah Maisya berkata-kata.

Hisyam sekadar mengangguk. Bimbang jika kepetahan Maisya sedikit sebanyak mengguriskan hati anak beranak di hadapannya ini.

“Terima kasih banyak-banyaklah encik. Biar saya bawa anak saya ni ke klinik dulu,” Anisa ingin meminta diri. Tidak disangkanya yang menolong Adam tadi adalah suami orang. Comel anak perempuannya. Mesti isterinya pun cantik juga.

“Eh tak apalah, biar saya yang dukung Adam. Lagipun dia tak boleh berjalan tu. Lututnya luka,” Hisyam sudah mula bangun. Niatnya untuk membawa Adam ke klinik berhampiran. Namun Anisa menolak keras. Adam telah didukungnya terlebih dahulu dan dia berjalan menuju ke kereta meninggalkan Hisyam terkebil-kebil keseorangan. Masakan dia hendak membiarkan suami orang membantu anaknya. Takut pula akan menimbulkan cemburu di hati isteri lelaki tersebut walaupun niatnya ikhlas ingin membantu. Lagipun dia bukannya kenal lelaki itu.

Hisyam cuma merelakan pemergian Anisa dengan pandangan yang sayu. Anisa dipandang lama sehinggalah dia hilang dari pandangan. Perasaan rindu yang disimpan selama ini semakin menjadi-jadi apabila bertemu dengan Anisa semula. Gadis yang dalam diam telah membuatkan jiwa lelakinya tidak tentu arah. Anisa muda 4 tahun dari dirinya. Sewaktu Hisyam di tingkatan 5, Anisa baru saja tingkatan 1. Kelembutan wajahnya membuatkan Hisyam tertarik, tutur katanya yang lembut membuatkan Hisyam jatuh hati, kesopanan dan kesantunannya menyebabkan Hisyam sering mendambakan gadis itu menjadi suri hidupnya. Dalam diam dia merisik tentang gadis tersebut. Nur Anisa namanya. Hisyam lebih gemar menggelarkan gadis itu sebagai Nur. Cahaya yang sentiasa menerangi jiwanya.

“Siapa tu angah,” sapaan Ika mengejutkan Hisyam dari lamunan yang panjang. Sedikit tersentak namun dia masih menghadiahkan segaris senyuman manis buat kakak kesayangannya.

“Kawan lama,” ringkas Hisyam menjawab. Betulkah kawan lama? Sedangkan dia dan Anisa tidak pernah berkawan, tidak pernah bersua muka, tidak pernah saling berbicara. Hanya dirinya menjadi pencinta yang setia.

“Kawan lama? Tak pernah kenal pun,” Ika hairan. Apabila melihat raut wajah keruh Hisyam hatinya seakan-akan dapat meneka siapakah gadis yang mempunyai anak kecil itu di hati adiknya. Mungkin gadis itulah yang menyebabkan Hisyam masih lagi membujang sehingga sekarang, walaupun telah berbuih mulut ibu mereka menyuruhnya mendirikan rumah tangga.

“Mama beli ais krim untuk Maisya je ke? Untuk papa tak ada ke?” soal Maisya apabila terlihatkan kon Drumstick coklat di tangan mamanya. Lantas ais krim itu diambil dan dibuka pembalutnya.

“Papa dah besar, mana boleh nak makan ais krim ni. Nanti papa sakit gigi. Gigi papa banyak lubang tau,” Hisyam cuma tersenyum mendengar penerangan Ika. Giginya yang putih dan tersusun cantik itu dikatakan berlubang pula.

“Mari sini papa tolong bukakan.” Ais krim yang dipegang Maisha mula beralih arah. Kasihan pula Hisyam melihat anak saudaranya yang terkial-kial ingin membuka pembalut ais krim tersebut. Bertambah kasihan dengan nasib yang menimpa kedua beranak itu. Ika diceraikan oleh suaminya ketika 5 bulan mengandungkan Maisha. Oleh sebab itulah Maisha memanggilnya papa. Supaya Maisha tidak terasa akan ketiadaan papanya.

***

“Ish... lambat betullah bos baru ni. Kata nak datang sebelum tengah hari, ni dah pukul 1 dah tapi tak sampai-sampai lagi. Memang tak punctual betullah. Macam manalah boleh jadi bos kan?” Husna membebel. Perutnya dari tadi berdondang sayang menahan lapar. Maklumlah dari pagi tadi dia tidak makan. Kononnya hendak makan besar sempena jamuan untuk menyambut kedatangan bos baru mereka hari ini.

“Sabarlah, kejap lagi sampailah tu,” sampuk Anisa. Matanya dijamukan dengan memerhatikan staf-staf FM Holding yang lain yang turut berada di dalam dewan tersebut. Bermacam-macam gelagat yang dipertontonkan. Semua saling berbual dan bersembang sesama sendiri. Gamat sungguh. Suasana yang riuh tadi tiba-tiba bertukar sunyi bagi menyambut ketibaan bos baru FM Holding. Arisa menoleh ke arah pintu masuk dewan. Terpandangkan saja lelaki yang berkot hitam dan bertali leher berjalur hitam putih itu membuatkan hatinya tiba-tiba saja berkocak hebat. Debaran di dadanya semakin memuncak bila lelaki itu semakin menghampirinya. Benarkah apa yang aku nampak sekarang ini ataupun mata ini sekadar menipu? Ataupun aku sedang berhalunisasi? Husna di sebelah dipandang sekilas. Ternyata pandangan matanya tidak berbohong apabila melihat Husna terlopong sama.

Jantungnya seakan-akan mahu gugur apabila jejaka kacak itu menghulurkan senyuman manis kepadanya. Walaupun sekejap cuma namun terasa dirinya tidak berpijak di bumi nyata. Terasa mahu pitam saja lagaknya. Lelaki segak itu terus mengatur langkah dengan yakin menuju ke pentas. Sepatah dua kata diucapkan sebelum mereka semua menjamu selera dengan hidangan yang disediakan.

“Kau nampak tak apa yang aku nampak?” soal Husna. Anisa di sebelah direnung tajam. Dari tadi rakannya itu tidak lepas-lepas membuang pandang ke arah bos baru mereka. Dia dapat menebak apa yang dirasai oleh Anisa. Memang seiras. Bentuk wajah, ketinggian dan juga ketegapan badan Arif Iskandar sama seperti arwah suami Anisa. Tidak ada apa yang berlainan. Seolah-olah di hadapan mereka sekarang ini adalah Danial yang dihidupkan semula. Pelanduk dua serupa gamaknya.

“Nisa... kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni?”

“Aaa... Kau cakap dengan aku ke?” Anisa seolah-olah terkejut dari khayalan yang diciptanya sebentar tadi. Cepat-cepat dia melarikan pandangannya dari terus-terusan terpaku pada Aris Iskandar.

“Apa yang kau fikirkan?” Husna ingin tahu.

Anisa diam. Sepatah pun tidak menjawab. Nasi berlauk yang terhidang di pinggan tidak mampu dihabiskan. Fikirannya terarah pada apa yang berlaku kini. Apakah makna semuanya ini? Adakah ini semua petunjuk dari Allah supaya dia mencari pengganti Danial? Adakah Aris Iskandar dicipta untuknya? Ah... mungkin ianya satu kebetulan, tetapi kenapa dadanya berdebar-debar bila terpandangkan Aris. Jantungnya seolah-olah ingin meloncat keluar dari dadanya. Semuanya gara-gara Aris Iskandar. Mungkinkah dia sudah jatuh cinta? Ah... tak mungkin. Takkan semudah itu dia boleh jatuh cinta, tetapi perasaan ini adalah perasaan sama seperti yang dirasai ketika bersama-sama arwah suaminya dahulu. Anisa buntu, jawapan yang dicari tidak ditemui.

***

Wednesday, July 11, 2012

Takdir Penentu Segalanya - Part 1




Anisa merenung lama wajah Adam yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Wajah anak lelaki tunggalnya yang baru menginjak 4 tahun. Wajah yang saling tumpah mengikut arwah papanya. Seiras sangat. Daripada keningnya yang terbentuk lebat, mata yang bundar, hidung mancung terpacak dan bibir yang tipis sering kali mengingatkan Anisa pada Danial. Perasaan sayang dan rindunya pada lelaki itu tidak pernah pudar, walaupun hampir 3 tahun pemergiannya menghadap Yang Maha Esa.

“Abang... rindunya Nisa pada abang. Kenapa abang pergi dulu dari Nisa? Kenapa abang tinggalkan Nisa dan Adam sendirian?” tanpa disedari tubir matanya telah bergenang dengan mutiara jernih. Dia menangis lagi. Setiap kali perasaan rindu pada arwah suaminya menerpa sudah pasti dia bertemankan air mata. Perasaan rindu yang mendalam dan membuak-buak. Disebabkan perasaan itu jugalah sehingga sekarang dia masih belum redha dengan pemergian Danial. Walaupun itu semua telah ketentuanNya. Jodoh, hidup dan mati telah ditetapkan oleh Allah. Anisa bukan tidak sedar tentang itu, tetapi hatinya begitu keras mendangkal. Sukar untuknya menerima pemergian insang tersayang. Dalam hatinya hanya terpahat nama Danial seorang saja.

***
“Adam tidur lagi ke Nisa?” soal Puan Dina yang sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi. Nasi goreng yang hampir masak di kuali dikacau-kacau.

Anisa yang baru turun ke dapur tidak lupa membantu dengan menyediakan air kopi. Teko kosong yang terletak di atas rak diambil. Tangannya ligat mencapai gula dan serbuk kopi.
“Adam tu penat sangat agaknya ma. Malam tadi dia tidur lewat. Sebab tu lah liat nak bangun pagi.”

“Jangan dibiarkan dia tidur lewat sangat. Budak-budak sebaya dengan dia tu kena tidur awal. Barulah pembesaran mereka tak terbantut,” bebel Puan Dina. Nasi goreng yang telah siap dimasak dikauk ke dalam mangkuk dan diletakkan di atas meja. Dia seterusnya mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Anisa yang sudah sedia duduk.

“Nisa dah suruh dia tidur awal semalam, tapi dia sibuk bermain dengan mainan robot yang baru Nisa beli hari tu. Dah puas pujuk, tapi tak reti-reti nak tidur juga. Last-last Nisa pun main sekali dengan dia,” Anisa tergelak kecil mengingatkan keletah Adam malam tadi. Dipaksa dirinya untuk bermain sama. Nak tak nak terpaksalah Anisa menurut. Kasihan melihatkan anak tunggalnya yang tidak berteman. Tidak ada adik beradik lain. Kalau arwah Danial masih ada, sekurang-kurangnya Adam dapat merasakan kasih sayang seorang ayah. Dalam diam dia mengeluh. Arwah Danial juga yang bermain di ingatannya.

“Nisa tak teringin nak cari pengganti ke? Kasihan mama tengok Adam tu. Tak merasa kasih sayang seorang ayah. Kalau Nisa berkahwin lain sekurang-lurangnya dia dapatlah ayah baru. Lagipun kamu tu muda lagi. Baru 27 tahun, boleh lagi tu kalau nak kahwin lain,” usul Puan Dina. Raut wajah Anisa yang tiba-tiba keruh dipandang dengan rasa serba-salah. Menyesal pula dia membicarakan hal tersebut. Tetapi dia merasa kasihan dengan cucunya yang seorang itu. Bukan tidak ada rakan-rakannya yang merisik bertanyakan Anisa untuk dibuat menantu, namun dia tidak ada jawapan yang sesuai untuk diberikan. Dia tahu sukar untuk Anisa melupakan arwah Danial.

“Apa tak cukup ke kasih sayang yang Nisa beri pada Adam ma? Walaupun Nisa hanya mamanya tapi kedua-dua kasih sayang seorang ibu dan ayah Nisa curahkan sepenuh hati pada Adam. Tak pernah kurang walau sedikitpun. Dan kasih sayang yang suci dan tulus yang Nisa curahkan ini akan membuatkan Adam tak terasa langsung yang dia tidak memiliki seorang ayah,” bidas Anisa. Naik cuak dengan kata-kata mamanya tadi.

“Itu kata kau Nisa, tapi hati Adam kita tak tahu. Kasih sayang seorang ayah tu tak sama dengan kasih sayang seorang ibu. Lagipun sampai bila Nisa nak pegang status janda muda ni? Kawan-kawan mama ramai yang bertanyakan Nisa, nak dibuatkan menantu.”

“Salah ke kalau memegang status sebagai janda ni ma? Janda pun manusia juga. Cakap terima kasih je lah dekat kawan-kawan mama tu. Tak ada orang lain yang boleh menggantikan tempat Danial. Diri Nisa hanya milik Danial seorang. Hanya Danial seorang ma...” Anisa merintih. Hatinya tiba-tiba dipagut sayu. Kenapa mamanya tidak faham dengan hati dan perasaannya yang masih lagi terlekat kuat pada arwah Danial. Ikatan yang diikat oleh Danial begitu utuh tersimpul rapi, tidak ada sesiapa yang mampu merungkainya.

“Tapi Danial dah tak ada Nisa... Dah 3 tahun arwah pergi meninggalkan kita. Sampai bila Nisa nak seksa diri sendiri? Cubalah buka pintu hati tu untuk mencintai orang lain. Berilah peluang yang terbaik untuk Adam.”

“Danial tetap ada ma... Tetap ada di hati Nisa dan hati Nisa ni dah tertutup untuk orang lain. Tertutup untuk selama-lamanya.”

Puan Dina hanya mampu menggeleng kepala. Anisa cukup keras hati, mungkinkah ada lelaki yang mampu meruntuhkan dan membuatkan hati anak perempuannya terusik lagi? Dia sendiri tidak tahu jawapannya namun dia hanya mampu berdoa agar Anisa terbuka hati untuk menerima orang lain.

***

Friday, June 29, 2012

Pesta Buku Negeri Selangor 2012


Pesta Buku Negeri Selangor  pada tahun ini telahpun bermula pada 28 Jun 2012 yang lalu hingga 9 Julai 2012. Bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Bermula dari pukul 10 pagi hingga 9 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan 10 pagi hingga 10.30 malam pada hari Sabtu dan Ahad. 

Jangan lupa juga untuk singgah di gerai Karyaseni P15 dan P16. Temui penulis untuk sesi tandatangan novel dan dapatkan diskaun RM5. Tahun ni tinta tak dapat menghadirkan diri. Maklumlah sibuk dengan urusan rumah baru. Lepas tu dengan nak balik kampung lagi. Adik ipar nak kahwin dan majlis naik buai anak bongsu tinta.

So pada yang berminat jangan lupa datang. Borong novel banyak2 okey.. Kalau ABHDS tersenarai dalam novel yang ingin dibeli oleh anda.. Terima kasih banyak-banyak.

Thursday, June 28, 2012

Pesona Rindu - Sharifah Abu Salem


Novel ini sarat dengan konflik. Mengetengahkan kisah tentang hidup berpoligami. Usia perkahwinan Fazlan baru sahaja 3 bulan ketika Darina membuat keputusan untuk ke luar negara bagi menyambung pelajaran. Sangka Fazlan Darina tidak menyintainya. Tambahan pula perkahwinan mereka diatur keluarga.

Genap 3 tahun Darina di luar negara Fazlan telahpun berkahwin dengan Najmah walaupun mendapat tentangan dari kedua belah keluarga. Najmah merupakan sahabat baik Darina. Kebaikan Fazlan menyebabkan dia jatuh cinta dan mereka berdua bertekad akan menghadapi apa jua dugaan terutama jika Darina pulang semula nanti. 

Najmah yang sebelum itu telah bertunang dengan Ustaz Syakir bertindak memutuskan pertunangan disebabkan tidak ada rasa cinta. Ini menimbulkan kemarahan pada Mak Bedah kerana Najmah menolak jodoh yang telah ditetapkannya, sebaliknya Najmah berkahwin pula dengan suami orang. 

Kehidupan mereka berdua bahagia sepanjang dua tahun perkahwinan dan dikurniakan cahaya mata iaitu Hakimi,sehinggalah Darina pulang semula ke pangkuan Fazlan. Kesemuanya terpaksa hidup dalam kepura-puraan dan berbohong bagi tidak membocorkan rahsia perkahwinan Najmah dan Fazlan. Sikap Darina masih sama seperti dahulu, menyayangi sahabat baiknya dan juga Fazlan. Sikapnya yang terlebih manja terhadap Fazlan seringkali merentap tangkai hati Najmah. Ye la, isteri mana yang sanggup berkongsi kasih, berkongsi suami. Walaupun pada mulanya dia bertekad untuk kuat namun perasaannya seringkali menidakkan.

Konflik semakin berat bila Tan Sri Ibrahim iaitu bapa Darina yang telah lama menduda jatuh hati pada Najmah. Semua sudah pening kepala. Takkanlah Tan Sri Ibrahim hendak berkahwin dengan madu anaknya pula?

Mak Bedah pula masih tidak dapat menerima kenyataan Ustaz Syakir tidak menjadi menantunya. Berusaha pula menjodohkan Ustaz Syakir dengan anak bongsunya Nadirah sedangkan Nadirah menyukai Kamarul iaitu anak saudara Ustaz Syakir. 

Geram dengan sikap Fazlan yang melambatkan untuk memberitahu tentang status hubungannya dengan Najmah. Lepas tu cemburu buta pula dengan Najmah sebab digoda oleh Tan Sri Ibrahim. Cuma ending cerita ni  kurang sikit. Walaupun sahabat baik rasanya tidak ada yang sanggup berkongsi suami.


Monday, June 25, 2012

Aura Cinta - Aina Emir


Pendapat saya tentang novel ni, memang best... Banyak persoalan dan teka-teki ketika membacanya. Kehidupan di perkampungan orang asli yang digambarkan membuatkan kita terasa macam nak pergi ke sana. 

Pertemuan pertama kali Azraai dengan Aisya Hanan mengundang debar di dadanya. Gadis itu tidak seperti gadis remaja yang lain. Kelihatan liar, agresif, lasak dan kadang kala bertindak seperti orang gila. Aisya merupakan anak Cikgu Sally yang mengajar di sekolah di perkampungan orang asli. Azraai pula datang ke sana ketika membuat pengambaraan dokumentari tentang kehidupan puak Semai di situ. Kelaianan Aisya membuatkan Azraai rasa tercabar. Bila bersama Aisya dia rasa seronok. Ada aura luar biasa. Aisya berbeza dengan tunangnya, Nurbaiti. Walaupun Nurbaiti merupakan pakej lengkap bagi seorang isteri namun ketika bersamanya dia terasa bosan. Nurbaiti tidak pernah membangkang, selalu mengiakan kata-kata Azraai. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Amat berbeza dengan Aisya. Namun Nurbaiti amat disayangai oleh Mak Limah, emak Azraai. Sebab itulah Mak Limah selalu mendesaknya untuk cepat-cepat berkahwin dengan Nurbaiti.

Bila berjauhan Azraai akui yang dia telah jatuh hati dengan Aisya. Namun bukan mudah untuknya menjalin rasa itu. Tambahan pula mendapat tahu yang Aisya sebenarnya adalah adik kepada Khairul walaupun berlainan emak. Khairul ni merupakan adik ipar Azraai dan merangkap rakan kongsi bisnesnya. Khairul menentang keras hubungan Azraai dengan Aisya. Dia juga tidak suka dengan Cikgu Sally yang dianggap merampas bapanya dari ibunya.

Khairul turut mengugut Azraai supaya tidak mengganggu Aisya. Dia bertindak memberitahu Aisya tentang pertunangan Azraai dengan Nurbaiti. Apa lagi, sudah pastilah Aisya kecewa. Selama ini dia bergantung harap pada Azraai. Azraai jugalah yang telah menemukannya dengan bapanya yang disangkanya telah meninggal dunia. Dia juga cintakan Azraai, tetapi hatinya sakit dengan berita pertunangan Azraai.

So... macam mana kesudahannya. Of courselah happy ending..

Thursday, June 21, 2012

Perempuan Tidak Berasal Dari Tulang Rusuk

Sekadar menjawab persoalan daripada anonymous melalui post saya sebelum ini iaitu Kau, Tulang Rusukku.

Salam..wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki..saya terpikir kalau lelaki tu kahwin empat, so tulang rusuk lelaki tu lebih lar atau tulang rusuk lelaki tu da combine? n kalo lelaki tu kawen laen slps isteri dia meninggal, so mcm mane pulak..yang cerai kawen cerai kawen tu pulak..sila terangkan kekusutan saya.terima kasih........

Mungkin artikel ini dapat membantu. Sumber daripada http://halaqah.net

Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga, hampir semua kitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada ulama tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah al-Nisa’. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain)

Kenyataannya ialah tidak ada satupun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkan Hawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu. Apa yang disebutkan di dalam al-Quran ialah manusia itu diciptakan daripada jenis yang sama dengannya juga. Seorang manusia tentunya ibu bapanya manusia juga bukan makhluk yang lain.

Abu A`la al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa’ ini: “Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulung rusuk Adam yang ketiga belas. Tetapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang sering difahami. Oleh itu, perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya.” ( The Meaning of The Quran, jil. 2 hal. 94)

Menurut al-Mawdudi, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan perkara yang sebagaimana yang tersebar dalam   masyarakat Islam iaitu sebenarnya tidak ada satupun hadis baginda s.a.w yang menerangkan asal- usul kejadian Hawa.

Kaedah yang sebenar ialah tidak perlu memberatkan diri dalam menentukan perkara yang Allah s.w.t. tidak menyatakan dengan terang dan jelas. Contohnya, apabila Allah s.w.t. menyebutkan cerita tentang bahtera Nabi Nuh tidak perlu bagi kita untuk menentukan apakah saiz dan kapasitinya atau bahan buatannya. Perincian itu bukan menjadi maksud penurunan al-Quran. Apa yang penting ialah menjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar dab pengajaran. Dengan kata lain, al-Quran bukan kitab sejarah atau sains tetapi kitab yang memberi panduan hidup kepada manusia supaya selamat di dunia dan akhirat.

Dalam hal ini Shah Waliyullah menyebutkan dengan jelasnya. Kata beliau ketika mengulas kisah-kisah yang diceritakan oleh al-Quran: “Bukanlah maksud cerita-cerita di dalam al-Quran untuk mengetahui cerita itu sendiri. Maksud sebenarnya ialah  supaya pembaca memikirkan betapa bahayanya syirik dan kemaksiatan serta hukuman Allah hasil dari perbuatan syirik  itu  di samping menenangkan hati orang-orang yang ikhlas dengan tibanya pertolongan dan perhatian Allah kepada mereka” (al-`Fawz al-Kabir Fi Usul al-Tafsir, hal. 138)

Mengapa Berlaku Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini?

Ada beberapa faktor mengapa berlaku kekeliruan dalam memahami makna sebenar ayat ini:

1. Berpegang Dengan Riwayat Israiliyyat

Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri  Nabi Adam ketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268.)  Disebabkan ada riwayat dalam kitab-kitab yang dahulu, ahli-ahli tafsir terus menganggap ia sebagai sokongan atau pentafsiran kepada al-Quran. Bagaimana mungkin ayat al-Quran ditafsirkan dengan riwayat Israiliyyat walhal penurunan kitab-kitab nabi terdahulu lebih awal lagi daripada al-Quran. Sepatutnya, kitab yang turun kemudianlah yang menjelaskan kitab-kitab yang terdahulu.

Hadis berkenaan perkara ini mempunyai beberapa versi. Antaranya ialah;

   1.Perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk
   2 Perempuan seperti tulang rusuk.
   3.Perempuan adalah tulang rusuk.

2. Mengkhususkan Keumuman Hadis Tanpa Nas Yang Jelas

Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yang menyebut perempuan kepada Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. semuanya dengan jelas menyatakan perempuan dalam bentuk tunggal atau jamak dan tidak ada yang menyebutkan Hawa secara khusus. Jelasnya, para pentafsir  menyangka wanita dalam hadis tersebut adalah Hawa tanpa berdasarkan kepada nas yang lain yang menentukan makna yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu.

3. Kesilapan Memahami Kata Sendi Nama Min من

Walaupun perkataan min itu memberi erti “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”, kata sendi nama min juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Oleh itu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal. 319)

Abu Muslim al-Asfahani mengatakan, maksud menciptakan daripadanya pasangannya ialah menciptakannya dari jenisnya. (lihat Hasyiah Zadah `Ala al-Baidhawi) Ini seperti ayat-ayat al-Quran berikut:

وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum: 21)

فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura: 11)

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ

Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezki kepada kamu daripada benda-benda yang baik. (Surah al-Nahl: 72)

Ayat-ayat ini tidak boleh difahami sebagai isteri-isteri kita itu diciptakan daripada diri atau jasad kita tetapi mestilah difahami sebagai “mereka itu dari jenis yang sama dengan kita”. 

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari jenis kamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu, sangat berharap akan keimanan kamu dan sangat kasih serta menyayangi kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Taubah:128)

لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kurniaan yang besar kepada orang-orang yang beriman ketika Dia mengutuskan seorang rasul kepada mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan Kitab dan Hikmah. Sesungguhnya mereka sebelum itu berada di dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali Imran: 164.)

Kedua-dua ayat ini dengan jelasnya menyebutkan Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada kita adalah dari kalangan manusia yang sama seperti kita bukan dari kalangan makhluk yang lain seperti malaikat.

Dengan itu, hadis ini ditafsirkan sebagai sifat dan perasaan perempuan itu daripada jenis yang mudah  bengkok.

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذي جاره واستوصوا بالنساء خيرا، فإنهن خلقن من ضلع، وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وأن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا).

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

عن أبي هريرة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (المرأة كالضلع، إن أقمتها كسرتها.

Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari4889).

Hadis ini telah dikemukakan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Nikah bab berlembut dengan wanita. Tujuan al-Bukhari mengemukakan hadis ini ialah untuk menyatakan sifat fitrah wanita bukannya hakikat  kejadian mereka. Apakah tubuh atau jasad wanita akan mudah patah apabila dikasari oleh orang lain? Tentu sekali tidak.

عن أبي هريرة. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن المرأة كالضلع. إذا ذهبت تقيمها كسرتها.

Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat Muslim no: 1468.)

Hadis ini lebih jelas lagi menyatakan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Penggunakan partikel kaf  ك ini bagi menyatakan persamaan antara perempuan dan tulang rusuk. Sementara ayat yang kedua merupakan sudut persamaan antara kedua-duanya.

Kecenderungan Imam al-Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalam Sahihnya, iaitu:

باب: المداراة مع النساء، وقول النبي صلى الله عليه وسلم: (إنما المرأة كالضلع).

Bab berlembut dengan wanita dan Sabda Nabi s.a.w.: Sebenarnya perempuan itu seperti tulang rusuk.

Dengan membuat tajuk begini Imam al-Bukhari tidaklah berpendapat bahawa Hawa itu dijadikan daripada tulang rusuk kiri  Nabi Adam.

Begitu juga di dalam al-Adab al-Mufrad, Imam al-Bukhari mengemukakan riwayat:

إن المرأة ضلع , وإنك إن تريد أن تقيمها تكسرها

Sesungguhnya perempuan itu tulang rusuk. Jika kamu mahu untuk meluruskannya maka kamu akan mematahkannya. (al-Adab al-Mufrad, no: 747)

Apakah hadis ini menyatakan hakikat perempuan itu sebenarnya tulang rusuk? Tentu sekali  tidak. Hadis ini merupakah satu bentuk tasybih atau perumpamaan yang mempunyai nilai balaghah atau retorik yang tinggi di mana perkataan yang menyatakan persamaan tidak digunakan begitu juga sudut keserupaan tidak disertakan. Ayat yang kedua boleh juga dikatakan sebagai bukti bahawa perkataan tulang rusuk tidak difahami secara harfiah.

Sokongan Kepada Penafsiran Ini

Penafsiran min bukan dengan makna punca atau asal-usul sesuatu adalah sesuai hadis berikut:

عن أبي قلابة، عن أنس رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان في سفر، وكان غلام يحدو بهن يقال له أنجشة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: (رويدك يا أنجشة سوقك بالقوارير). قال أبو قلابة: يعني النساء.

Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)

Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian.

Kesimpulan

Hadis ini perlu difahami secara balaghah iaitu berdasarkan retorik bahasa Arab. Rasulullah s.a.w. menyampaikan pesanan ini dalam bentuk tasybih (perumpamaan) supaya maksud pesanan difahami dengan lebih mendalam. Tegasnya, supaya pendengar lebih peka dan prihatin bukan memberi perhatian  kepada makna harfiah. Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.

Dengan pemahaman yang betul tentang hadis-hadis ini maka tertolaklah anggapan bahawa wanita adalah dari kelas kedua  kerana kononnya dijadikan daripada orang lelaki iaitu Adam! 

Ditulis oleh : Muhammad Hanief bin Awang Yahaya

p/s : Untuk lebih lanjut boleh refer link ni..
http://halaqah.net/v10/index.php?PHPSESSID=0mn3opqf0pkvi6uu5o48iddb30&topic=935.0 

Wallahu 'alam...

Wednesday, June 20, 2012

Kau, Tulang Rusukku


WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, adalah tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka jadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar dari rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali dengan perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan ?Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan.

Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat….Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati…

Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima???

Sumber : halaqah.net

Aku Suka Kau Benci


“Kenapa Mia rasa diri Mia begitu malang kerana bersuamikan abang?” soal Ikmal dengan nada sayu.

“Awak fikirlah sendiri. Tak malang ke bila seorang perempuan itu terpaksa berkahwin dengan orang yang telah merogol dirinya. Seorang yang telah meragut mahkota kewanitaannya. Seorang yang memandang perempuan itu dengan penuh nafsu semata. Tak cukup malang ke diri saya ni?” soal Mia Sarah pedih. Pedih bila mengingatkan kejadian hitam yang pernah menimpa dirinya.

“Abang cuma manusia biasa Mia, dan sebagai manusia biasa abang tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Maafkanlah abang. Sedangkan Nabi pun ampunkan umat. Takkan Mia begitu keras hati tak ingin memaafkan abang. Abang akui kesilapan yang pernah abang buat tu. Please forgive me,” ada nada yang teramat kesal dari lubuk hati Ikmal. Menyesal dengan setiap perbuatannya yang lalu.

“Saya pun manusia biasa juga. Dan sebagai manusia biasa, cukup susah untuk saya melafazkan maaf. Saya takkan maafkan awak sampai bila-bila. Awak telah menyakitkan saya. Saya takkan lupa apa yang awak pernah buat pada saya. Takkan pernah lupa...” Mia Sarah melarikan dirinya ke bilik air.

Tuesday, June 19, 2012

Gelak Tergolek - Wann Azlan


Apa yang menyebabkan tinta teringin nak baca novel ni disebabkan ayat ni..

Rahman : "Aku terima nikahnya Siti Maimun bt Ibrahim dengan mas kahwinnya tiga puluh rakaat tunai."

Tuk Kadi : "Tiga puluh ringgit! Bukan tiga puluh rakaat. Orang sembahyang terawih pun tak sampai tiga puluh rakaat."


Bila baca ayat dekat cover novel ni buatkan diri ni rasa nak baca. Rasa macam kelakar sangat cerita ni, lagipun novelnya tak tebal sangat.

Gelak Tergolek mengisahkan tentang percintaan Rahman dengan Maimun. Rahman ni digambarkan sebagai seorang lelaki yang lurus, kadang-kadang tu macam bodoh-bodoh pun ada. Sengal lah katakan. Sepanjang percintaannya dengan Maimun banyak peristiwa lucu terjadi. Sehinggalah mereka berkahwin dan menimang cahaya mata.

Rahman terpaksa menghadapi kerenah bapa mertuanya Pak Brahim, adik iparnya Imi dan juga penduduk kampung. Selain itu kehadiran watak Fauzi yang merupakan sahabat baik Rahman turut memainkan peranan dalam novel ini. 

Banyak juga adegan lucu yang menyebabkan tinta tergelak sendiri. Tapi tak kurang juga lawak yang macam tak masuk akal. Part yang tak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur pun ada juga dekat dalam novel walaupun dibuat dalam versi kelakar.

Thursday, June 14, 2012

Jangan Tinggalkan Abang, Sayang di P2u

Dah lama rasanya tak hantar karya ke Penulisan2u. Hampir setahun kalau tak silap. So, pada sesiapa yang masih lagi belum membaca cerpen Jangan Tinggalkan Abang, Sayang bolehlah klik link di bawah ye... Tenkiu.. :)





Monday, June 11, 2012

Aku Bukan Mistress - Acik Lana




Akhirnya habis juga membaca buku ABM ni. Kali ini mengambil masa yang agak lama untuk menyudahkannya.

Mengisahkan tentang Mya yang merupakan perempuan simpanan Mikail. Mikail membelinya dari David seorang bapa ayam dengan harga RM50,000.00. Tujuannya supaya Mya dapat melayani kehendaknya seorang dan tidak melayan ramai lelaki di luar sana. Hampir 2 tahun mereka bersekedudukan dan hidup bergelumang dengan dosa.

Mya mempunyai sejarah hidup yang hitam dan amat dibenci oleh Mak Ngah iaitu mak saudara Mya. Namun segala-gala yang terjadi ke atas Mya didalangi oleh Yatie iaitu anak Mak Ngah. Murad, suami Mak Ngah menggoda Mya sehingga terjadilah kes tangkap khalwat. Mya kemudiannya dijual oleh Murad kepada bapa ayam.

Mikail pula dalam diam dia mencintai Mya. Sangat cemburu apabila Shamil yang merupakan bekas kekasih Mya cuba merampas Mya semula. Sehingga berlaku pertengkaran dan pergaduhan antara mereka berdua. 

Mikail amat membenci Datuk Luthfi, ayahnya kerana dia mengahwini Lisa yang merupakan kekasih Mikail sewaktu sama-sama belajar di luar negara dahulu. Hubungan dengan ayahnya yang sebelum ini rapat bertukar menjadi renggang. 

Suzanne, sepupu Mikail pula berusaha sedaya upaya untuk memikat Mikail dan ingin berkahwin dengannya. Dia meracuni Datin Adiba dan berceritakan perkara yang tidak elok tentang Mya dan Mikail yang bersekedudukan. Ugutan supaya Mikail mengahwini Suzanne menyebabkan Mikail mengambil tindakan drastik dengan mengahwini Mya. 

Apakah pengakhirannya? Nak tahu kenalah baca.

Tinta lebih sukakan MJATS sebab gaya bahasanya yang santai dan kelakar.


Friday, June 8, 2012

Encik Setiausaha - Part 1


Hani, seorang gadis berpakej lengkap. Pengurus Pemasaran di syarikat periklanan terkemuka di ibu kota. Mempunyai rupa paras yang menarik, ketinggian 5 kaki 6 inci, bentuk tubuh 34, 26, 36, berkulit cerah, bermata bundar, sangat cerewet dan selalu menganggap dirinya sahaja yang betul. Orang lain... jangan haraplah. Semuanya salah di matanya. Ada saja yang tidak kena. Pendek kata hanya dia seorang sajalah yang betul dan benar segalanya.

“Harap-harap pemilihan kali ini dapat bertahan lama,” perli Rizal yang menoleh sekilas pada Hani yang kelihatan sibuk meneliti resume calon terakhir yang akan ditemuduga nanti.

Hani yang duduk di sebelahnya hanya tersenyum hambar. Dia turut berharap setiausahanya kali ini dapat kekal lama. Mana tidaknya, kebanyakan setiausaha yang bekerja dengannya paling lama pun 2 bulan. Lepas itu semuanya cabut sebab tak tahan dengan sikap Hani ni. Dah lah cerewet mengalahkan mak datin, mulut laser pula tu. Cakap main tibai je. Hati orang sikitpun tak reti nak jaga. Nak orang jaga hati dia je.

“Masuk,” arahnya.

Seminit kemudian masuklah seorang gadis jelita, cantik berbaju kebaya. Hani melihat penampilannya atas dan bawah. Pandang tidak lepas, seperti memilih calon menantu pula lagaknya. Boleh tahan, rupa pun ada. Hidung mancung, macam anak mami je. Setelah menyerahkan folder, gadis tersebut terus melabuhkan punggung ke kerusi.

Hani dan Rizal mula bertanyakan beberapa soalan pada gadis itu. Kesemuanya dapat dijawab dengan baik. Gadis itu juga kelihatan begitu yakin sekali. Berkali-kali Rizal mengangguk tanda berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Rizal yakin sudah pasti gadis di hadapannya ini dapat memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh Hani.

“Macam mana? Okey tak girl tadi tu?” soal Rizal setelah gadis tersebut hilang dari pandangan. Hani dipandang dengan senyuman di bibir. Hani gadis yang cantik dan ayu. Dulu teringin juga dia menjadikan Hani teman wanitanya namun sikap Hani yang terlalu cerewet dan panas baran amat menyesakkan hidupnya. Tak jadi dia mengambil Hani sebagai menantu emaknya.

“Hmmm... bolehlah. Tapi I rasa dia pun mesti takkan kekal lama tu. Nampak macam manja sangat. Kalau kena marah sikit tu sure menangis.”

“Habis tu you nak yang macam mana? Calon semua dah habis ditemuduga. Takkan tak ada seorang pun yang menarik hati kot.”

“Entahlah. Memang tak ada yang menarik hati I langsung. Every time yang datang interview semuanya girls. Tak ada ke yang lelaki. Teringin pula I nak merasa ada setiausaha lelaki ni.”

Rizal menggeleng perlahan. “Macam-macamlah you ni. Habis macam mana sekarang ni?”

Hani mengjungkit bahu tanda tidak tahu. Keluhan kecil dilepaskan. Dia seakan-akan sudah berputus ada. Senarai resume kesemua calon yang telah ditemuduga dibelek lagi. Manalah tahu kalau-kalau ada calon yang melekat di hatinya. Tiba-tiba ketukan di pintu berbunyi. Wafa yang merupakan kerani di situ berlenggang sambil membawa sesuatu di tangan.

“Maaf Cik Hani, Encik Rizal. Ada seorang calon lagi yang ingin ditemuduga,” jelas Wafa sambil menghulurkan resume milik lelaki yang baru saja sampai tadi kepada Rizal. Rizal meneliti sambil tersenyum. Kali ini confirm jadi punya.

“Bukan dah habis ke semua calon?” Hani sedikit hairan. Wafa dipandang meminta penjelasan.

“Sepatutnya memang begitu Cik Hani, tapi calon ni baru saja sampai. Saya pun serba salah sebenarnya, tapi dia merayu-rayu minta ditemuduga.”

“Baru sampai? Hmmm tak punctual langsung. Macam mana nak jadi I punya secretary ni. Never mind lah, I pun dah penat dah. Tak larat dah. Suruh dia balik je lah.” Hani sudah mahu bangun namun ditahan oleh Rizal.

“Eh... nanti dulu. I think calon yang ni mesti you berkenan,” lantas Rizal menghulurkan resume tersebut kepada Hani.

Hani tidak jadi untuk bangun sebaliknya resume yang telah berada di tangan diteliti. Mohd Rayyan Haikal, 25 tahun, asal Perak, mempunyai Diploma dalam bidang Kesetiausahaan dari UITM. Hmmm... nampak menarik. Apa yang penting lelaki pula tu. Jarang lelaki berminat untuk jadi setiausaha ni. Muka memang boleh tahan, hensem bergaya. Dia mengangguk perlahan. Harapan cerah untuk lelaki tersebut menjadi setiausahanya.

***

“So macam mana? First time kerja ni. Ada rasa nervous tak? Rizal menepuk perlahan bahu Rayyan yang sedang mengemas meja. Dia baru saja sampai ke pejabat dan belum lagi sampai ke tempatnya. Sengaja dia melencong ke tempat Rayyan dahulu. Setiausaha baru Hani.

“Eh... Encik Rizal. Nervous juga ni, tapi saya akan lakukan yang terbaik.” Rayyan tersengih menampakkan barisan putih giginya. Kemeja putih dan seluar slack hitam yang dipakainya menonjolkan ketampanan lelaki tersebut. Ditambah pula dengan tali leher berjalur yang terselit kemas di tengkuk. Cukup yakin dia akan mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang setiausaha. Walaupun bosnya merupakan seorang perempuan. Orang kata dapat bos perempuan ni susah sikit. Kalau bab kerja memang teliti habis. Nak pula dapat jenis yang cerewet. Mahu makan hati saja kerjanya nanti. Ah... tapi dia tak kisah itu semua. Yang penting dia bekerja dengan niat yang ikhlas. Di samping ingin mencari wang untuk perbelanjaan adiknya yang sakit di kampung.

“Morning guys,” sapa Hani sambil tersenyum ke arah kedua-dua lelaki yang sedang berborak tadi.

“Morning Hani.” Rizal tersenyum.

“Selamat pagi Cik Hani,” balas Rayyan. Segaris senyuman terukir di bibir. Manis sangat. Cair sekejap Hani dibuatnya. Ada getaran di dadanya. Ah... dia tidak mahu merenung lama, terus dia berlalu masuk ke bilik.

“Tu ha... bos dah sampai. Hati-hati ye. Anyway good luck,” Rizal tersengih dan berlalu.

Rayyan hanya mengangguk. Hati-hati. Apa yang dimaksudkan oleh Encik Rizal tadi? Sedikit gusar dia rasa. Dia malas mahu memikirkan yang bukan-bukan. Bunyi extension di meja mengejutkannya. Pantas dia menjawab. “Baik Cik Hani.” Arahan pertama diterima. Bermulalah tugasnya sebagai encik setiausaha.

***

Cawan kopi yang dilapik piring itu diletakkan betul-betul di atas meja di hadapan Hani. Ingatkan Hani menyuruhnya menaip surat ke, mengatur temu janji ke, alih-alih dia disuruh membancuh kopi. Tak tahulah apa rasanya. Tawar, manis, payau atau pahit. Seumur hidup Rayyan belum pernah dia membancuh kopi. Biarlah... belasah je lah labu. “Kopinya Cik Hani.”

Hani mengangguk. Dia tidak tunggu lama. Tekaknya sedari tadi lagi kering minta dibasahkan. Kopi yang terhidang diambil dan dihirup. Mukanya tiba-tiba berubah kelat. Diiringi batuk-batuk kecil. Serta merta mukanya merah. Tekaknya terasa perit. Rayyan yang berdiri di hadapannya dipandang tajam. Memang ada juga yang nak kena makan dengan kasut tumit tinggi dia ni.

“Kopi apa ni?” soalnya sedikit kasar.

“Kopi kapal api Cik Hani,” selamba Rayyan menjawab.

Hani geram. Nak main loyar buruk pula budak mentah di hadapannya ini.

“Yes... I know kopi kapal api. Tapi you tak rasa dulu ke masa buat kopi ni tadi. Cuba you rasa...” arahnya lagi. Biar Rayyan tahu sedikit rasa kopi yang dibuatnya. Pahit dah mengalahkan hempedu. Entah berapa sudu kopilah yang diletakkannya tadi.

“Maaf Cik Hani, saya tak minum lebihan perempuan.”

Merah padam dah Hani rasa. Tiba-tiba dia rasa macam hendak marah. Pandai pula encik setiausahanya itu menjawab.

“You tak pandai buat kopi ke?”

“Maaf Cik Hani, memang saya tak pandai. Lagipun masa saya belajar dulu tak ada pula diajar cara-cara hendak membancuh kopi ni,” bidas Rayyan. Dia juga tidak mahu kalah.

“Okey fine... You keluar dulu. Ada apa-apa nanti I panggil. Kopi ni jangan lupa bawa sekali.” Malas Hani hendak berbicara lebih lanjut dengan Rayyan. Ada-ada saja jawapannya. Cukuplah kali ini kali yang terakhir, lepas ini dia tak ingin hendak menyuruh Rayyan membuat kopi lagi. Lebih baik dia yang bancuh sendiri.

***

Hani menendang-nendang perlahan bumper Gen 2 miliknya. Dalam keadaan cuaca yang semakin menggelap inilah dia buat perangai pula. Enjin kereta yang berselirat diperhatikan tanpa perasaan.

“Kenapa pulalah kau nak meragam time macam ni. Kalau aku hilang sabar, hujung bulan ni juga aku jual kau,” bebelnya lagi.

Peluh renik sudah mula tumbuh di dahi. Hati terasa panas walaupun cuaca semakin menggelap. Rambut lurus separas bahu yang terlepas dikuak ke telinga berkali-kali. Guruh yang berbunyi membuatkan hatinya semakin risau. Dia melangkah perlahan masuk ke kereta. Beg tangan yang diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu diambil. Dia ingin meminta tolong dari Rizal. Untung-untung Rizal masih lagi belum sampai ke rumah.

“Alamak!!! Mana pula ni,” Hani semakin cuak. Sudah puas dia mencari Blueberry yang tersimpan di dalam beg tangannya namun tidak dijumpai.

“Tertinggal ke... Alah... susahlah macam ni. Hari dah lah nak hujan.” Dia semakin cemas. Sudahlah kawasan jalan raya yang dilaluinya agak lengang. Bimbang pula kalau-kalau ada sesuatu yang buruk terjadi.

Sedang dia tidak berputus asa mencari-cari Blueberry nya itu kelihatan kelibat sebuah superbike berhenti betul-betul di hadapan keretanya. Hani menoleh, dalam hati tertanya-tanya siapakah pemilik Kawasaki Ninja ZX-10R hijau yang kelihatan gagah itu. Kagum sungguh dia melihatnya.

Lelaki yang kelihatan tegap berjaket kulit dan memakai full face helmet itu datang menghampiri Hani yang masih lagi duduk di tempat pemandu. Langkahnya cukup teratur dan tenang. Dia tersenyum memandang Hani yang kelihatan agak takut.

'Eh... siapa pula ni? Aku kenal ke? Nak tolong aku ke? Jangan orang jahat sudah.' Debaran di dada Hani semakin memuncak apabila lelaki tersebut semakin menghampirinya. Disebabkan perasaan takut yang melampau dia cepat-cepat menarik pintu kereta namun sempat dihalang oleh lelaki tersebut.

Hani semakin berdebar. Perasaan takutnya semakin menjadi-jadi. Lambakan kes perogol bersiri yang mengisi dada akhbar membuatnya terasa sakit jantung. Wajah lelaki yang terlindung di sebalik full face helmet itu tidak dapat dikenal pasti. Dalam keadaan takut-takut itu matanya masih lagi melekat ke arah lelaki itu. Sebaik saja lelaki itu membuka full face helmetnya Hani terlopong. Seakan-akan tidak percaya dengan gerangan jejaka tampan yang berada di hadapannya sekarang ini. Dia sudah mampu menarik nafas lega. Senyuman manis kian terukir di bibir comelnya.

“Maaf sebab takutkan Cik Hani tadi. Terlupa pula saya nak buka helmet ni,” Rayyan mengukir senyum. Helmet yang dibuka tadi dipegang kemas di tangan kanannya. Wajah Hani dipandang lama. Cantik juga bos aku ni. Pujinya dalam hati. Tambahan pula Hani kelihatan cukup anggun dengan berbaju kurung cotton warna pucuk pisang.

“Tak apalah Rayyan. Terkejut juga tadi. Ingatkan siapa?” Hani sudah bangun dan berdiri hampir dengan Rayyan. Lega hatinya kerana Rayyan datang di saat dia memerlukan pertolongan.

Rayyan berjalan perlahan menuju ke Kawasaki Ninja ZX-10R untuk meletakkan helmet. Sekali sekala guruh berbunyi menandakan hujan akan mencurahi bumi Allah yang indah ini. Rayyan kemudiannya menuju ke hadapan kereta Gen 2 milik Hani. Bahagian enjin diteliti rapi.
“Kenapa dengan kereta ni Cik Hani?” soalnya tanpa menoleh ke arah Hani yang berdiri hampir di sebelahnya.

“Entahlah, I pun tak tahu.” Hani mengeluh perlahan. Kalau dia tahu masalah apa yang menyebabkan keretanya terhenti senanglah, ini dia pun tak tahu. Setakat bawa saja bolehlah.

“Oh patutlah, timing belt dah putus ni. Memang kena bawa ke bengkel ni Cik Hani. Kena towing.”

“Aaa kena towing. Ish... You tak reti baik ke. Susahlah kalau nak kena towing. Nanti macam mana pula I nak balik. Hari dah lah nak runtuh ni,” Hani berwajah cemas. Perasaan cuak semakin dirasai.

“Mana boleh Cik Hani. Dah putus terus ni, memang tak boleh bawa,” terang Rayyan. Dia menoleh ke langit apabila dirasakan ada manik-manik kecil mengenai pipinya. Oh, hujan sudah turun rupanya. Hani dilihat semakin gelisah.

“Biar saya hantar Cik Hani pulang je lah,” pelawa Rayyan.

“What!!! You nak hantar I pulang. Nak naik apa?” Soal Hani sambil mengerling ke arah superbike milik Rayyan. “Takkan nak naik tu kot?” ujarnya lagi dengan menuding jari telunjuk ke arah kenderaan motor berwarna hijau itu.

“Yup... Of Courselah. Habis tu Cik Hani nak naik apa pula. Jomlah Cik Hani saya hantarkan, hujan dah semakin lebat ni.” Rayyan sudah mula menutup bonet kereta Hani. Seterusnya dia menuju ke Kawasaki Ninjanya dan mengenakan helmet.

Hani serba salah. Sudah hilang akal apa dia nak naik motor dengan encik setiausahanya ini. Sudahlah dia cukup ayu berbaju kurung hari ini. Wah... mahu jatuh sahamnya hari ini. Hani terkaku, tidak bergerak langsung. Dia cuma memandang Rayyan dengan debaran kuat yang tiba-tiba saja menjengah diri. Perasaan apakah ini? Sukar untuk digambarkannya.

“Tunggu apa lagi Cik Hani. Cepatlah...” Rayyan sudah menghidupkan enjin superbikenya. Jaket kulit yang dipakainya sudah dibuka.

Hujan yang semakin lebat itu membuatkan Hani tidak dapat berfikir panjang. Cepat-cepat dia mengambil beg tangan dan mengunci keretanya. Dia kemudiannya berlari-lari anak menuju ke arah Rayyan. Macam manalah dia nak naik motor besar tu dengan berbaju kurung ni. Mesti dia akan kelihatan seksi nanti. Aduhai.

“Pakailah.” Rayyan menghulurkan jaket hitam tersebut kepada Hani. Maklumlah hari kan hujan. Bimbang pula hatinya takut Hani terkena selsema nanti.

Dalam keadaan serba salah itu dia mengambil juga jaket kulit milik Rayyan dan disarungkan ke badan. Agak besar sedikit, tapi bolehlah untuk melindungi tubuhnya dari hujan yang semakin mengganas.

“Cepatlah naik Cik Hani,” arah Rayyan yang sedari tadi menunggu. Kemeja putihnya sudah basah menampakkan otot badannya yang sasa. Hani telah liur melihat. Jantungnya yang sedari tadi berdebar semakin bergerak pantas.

“Tak ada helmet ke?” jerit Hani dalam jatuhan hujan yang semakin ganas.

“Tak ada.”

“Nanti kalau kena saman macam mana?”

“Alah... tak adanya kena saman. Darurat ni. Lagipun hari hujan. Tak adanya polis nak buat road block. Cepatlah Cik Hani, nanti demam pula.”

Hani sudah berkira-kira untuk menaiki motor yang kelihatan cukup besar padanya. Macam mana nak naik ni. Tangan kirinya memegang tempat duduk belakang sementara kaki kanannya memijak pemijak kaki. Tinggi gila motor itu, terkial-kial dia melabuhkan bontot di tempat duduk.
“Okey... Dah!!!” jeritnya apabila dia rasa sudah selesa duduk di belakang. Duduk dah mengalahkan makcik-makcik naik motor. Rasa-rasanya makcik-makcik sekarang pun dah tak naik motor macam tu.

Rayyan nak tergelak melihat gelagat Hani namun ditahannya. Ada ke Hani duduk di motor macam duduk di basikal tua saja. Mau terpelanting dirinya nanti.

“Cik Hani, takkan duduk macam tu. Terbang melayang nanti. Duduklah betul-betul.”

“Eiii... I pakai baju kurung ni. Nanti terangkat pula. Duduk macam ni pun tak apa kan, mana ada salah,” bidas Hani. Memanglah nampak pelik tapi dia tak mahu beralah.

Rayyan terus menghamburkan gelak yang ditahan. Merah padam mukanya. Geli hatinya melihat gelagat bosnya yang cerewet ini. “Cik Hani, saya takut Cik Hani terbang melayang kalau duduk macam tu. Nanti terjatuh. Duduklah elok-elok.”

Hani akhirnya mengalah. Perlahan-lahan dia turun dari motor. Teragak-agak dia memegang bahu Rayyan. Maklumlah motor tersebut terlalu tinggi, jadi begitu sukar untuknya menaiki kalau tidak disokong dengan bahu Rayyan. Rayyan tersentak, serasa macam ada aliran elektrik mengalir dalam diri namun dia bersikap selamba.

“Peluk saya Cik Hani. Nanti terjatuh,” arah Rayyan. Kelihatan pelik pula bila Hani hanya duduk tegak dan kedua-dua tangannya diletakkan di sisi.

“Tak apalah... Tak ada jatuhnya,” jawab Hani malu. Takkan dia nak peluk Rayyan pula. Oh... minta simpang. Nanti sudah pasti Rayyan terdengar getaran jantungnya saat ini.

“Betul ni... Tak menyesal?”

“Never...”

“Okey, here we go,” Rayyan memecut laju.

“Oh mak kau!!!” Hani di belakang tersentak. Nasib baik dia tak terpelanting jatuh. Sekejap itu juga tangannya mula memeluk Rayyan. 'Kurang asam punya Rayyan. Siaplah kau dekat ofis nanti.'

Rayyan tergelak dalam hati. Itulah... degil lagi. Tak nak dengar cakap orang. Dalam gelakkan Hani, dadanya turut bergetar laju. Seolah-olah jantungnya hendak meloncat keluar dari dada. Kenapakah perasaan seperti itu yang hadir?

***
Rayyan kelihatan sibuk memfail beberapa dokumen penting. Hampir dua minggu dia bertugas sebagai setiausaha Hani. Kesemua tugas yang diarahkan dijalankan dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh. Sukar untuk Hani mencari sebarang kesilapan yang dilakukan oleh Rayyan. Semua hasil kerjanya kelihatan teratur dan tersusun sekali. Amat berbeza dengan setiausahanya sebelum ini.

“Sibuk nampak...” sapa Wafa yang telahpun berada di hadapan meja Rayyan. Wajah Rayyan yang bersih dipandang penuh minat. Ketampanannya cukup terserlah dengan bentuk fizikal yang menarik. Tidak hairanlah kalau Rayyan sering menjadi bualan rakan-rakan perempuannya yang lain. Semuanya seakan-akan terpukau dengan ketampanan Rayyan.

“Eh Wafa. Ingatkan siapa tadi...” Rayyan menghadiahkan senyuman manis. Wafa terpukau, mahu saja dia pengsan saat ini.

“Kenapa? Ingatkan makwe yang datang ye?”

“Eh tak adalah. Orang macam saya ni manalah ada makwe. Lainlah kalau orang cantik macam Wafa ni.”

Wafa tersengih menahan malu, kembang setaman dia rasa. Rayyan memujinya cantik. Wah... Suka hati benar dia rasa.

“Tengah hari ni kita lunch sama nak tak?” pancing Wafa. Dapat keluar berdua-duaan dengan Rayyan sudah pasti menimbulkan kebanggaan di hatinya. Bolehlah dia menunjuk kepada rakan sekerjanya yang lain. Tambahan pula mereka turut menyimpan hati terhadap Rayyan.

Rayyan menolak dengan lembut. Makan tengah hari berdua-duaan dengan Wafa. Wah... tak pasal-pasal dia menjadi bahan gosip di ofis nanti. Tak sanggup dia menempah populariti. Lagipun dia bukan tidak tahu kebanyakan gadis di ofis itu selalu melepas pandang ke arahnya. Semuanya dengan pelbagai ragam dan aksi yang tersendiri. Biarlah... lebih baik dia keluar makan tengah hari sendiri. Bukannya dia sombong tapi itu adalah lebih baik.

***

Hani panas hati. Wajah putihnya sudah kelihatan merah. Sakit mata pula dia melihat Rayyan dan Wafa di sebalik cermin kaca biliknya. Bukan main lagi bergelak sakan dari tadi. Entah apalah yang dibualkan di waktu kerja begini. Sudah tidak ada kerja gamaknya sampai hendak makan gaji buta. Hani melihat jam tangannya sekilas. Dia mendengus lagi. Sudah hampir 15 minit lamanya kedua-dua makhluk tersebut bergelak sakan. Hatinya menjadi bertambah-tambah sakit. Memang tak boleh jadi, tak boleh dibiarkan. Dia bergegas menuju ke arah mereka berdua.

“Ada mesyuarat tergempar ke dekat sini? Masing-masing dah tak ada kerja ke?”

Teguran kasar Hani mengejutkan Rayyan dan Wafa. Terhenti terus gelak tawa mereka berdua tadi. Wafa kecut perut. Renungan tajam Hani benar-benar menusuk matanya dan terus memanah ke hatinya. Seram sejuk dia melihat Hani yang seakan-akan menahan marah dengan muka yang merah. Kenapa pula Hani hendak marahnya sebegitu rupa? Sebelum ini bukannya dia tidak pernah bersembang sedemikian rupa.

“Err... Maaf Cik Hani. Kami sekadar berbual kosong saja tadi. Lagipun kerja semua sudah selesai,” Rayyan cuba menenangkan keadaan. Kemarahan Hani sukar untuk dimengertikan. Takkanlah setakat berbual-bual kosong macam tu pun nak kena jerkah bagai nak rak.

“Kalau dah tak ada kerja, pandai-pandailah cari kerja. Company ni bayar gaji untuk bekerja bukannya untuk berborak kosong. Wafa!!! kau pergi balik dekat tempat kau. Lain kali jangan nak menempel dekat sini,” arah Hani lagi. Sakit betul matanya apabila ada orang lain nak menggatal dengan encik setiausahanya ni.

Wafa terkulat-kulat menahan malu. Dia mengangguk perlahan dan terus berlalu. Malu memang tak ingatlah bila semua staff yang ada dari tadi memandang. Kenapa pula Hani nak marah-marah ni. Hish... sakit hatinya.

“Rayyan... nanti aturkan temujanji dengan Syarikat Harmoni, hari ini pukul 3 petang,” mendatar kata-kata Hani.

“Baik Cik Hani.”

Hani terus bergegas menuju ke biliknya. Perasaan marahkan kedua-dua insan tadi semakin mengendur. Apa pula yang tak kena dengan dirinya ini. Kenapa perlu marah sangat? Cemburukah dia... Oh tak mungkin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...