Yang Disayangi Selalu !!!

Sunday, February 26, 2012

. Bersantai Di Ofis Karya Seni

As salam..

Ni baru ada masa nak update blog.. Dah nak bersawang rasanya. Alhamdulillah, 19 Februari hari tu berlangsung dengan happening di ofis Karya Seni. Selesai juga menandatangani novel-novel untuk pembeli secara online.. Rasa macam tak percaya je bila novel ABHDS berada di tangan. Kuning.. my fave colour tu.

Walaupun masih 2 minggu berpantang selepas bersalin waktu tu, tetap juga gagahkan hati untuk pergi ke sana. Sempat juga kena ceramah dengan akak-akak dekat sana. Ye la, dalam pantang tapi tak pakai stoking, dah tu kasut tumit tinggi pula. Apa pun teguran akak-akak semua sangat-sangat dihargai.

Terima kasih juga pada group Geng Giler Novel yang turut memeriahkan ofis KS hari tu. Dan terima kasih juga kerana sudi memiliki ABHDS. Bagi yang sudah membeli dan membacanya, sudi2kanlah untuk memberikan komen. Nak juga tahu macam mana feedback dari pembaca. Cerita tu ok ke tak, apa yang kurang. Segala komen diterima seadanya.



Bersama group Geng Giler Novel.



Sesi tandatangan novel yang dibeli secara on9

Bersama Sara Aisha - penulis Jodoh Itu Milik Kita

Sunday, February 12, 2012

Cover Awas! Bila Hati Dah Sayang



Akhirnya.. Inilah cover novel bagi Awas! Bila Hati Dah Sayang terbitan KaryaSeni. Harganya RM23.00 bagi Semenanjung Malaysia dan RM 26.00 bagi Sabah dan Sarawak. Pada sesiapa yang ingin membeli secara online melalui penerbit KaryaSeni, order dibuka pada hari Rabu ini.

Blurb..
Cinta hadir t...anpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.

“Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang je yang putih. Aku pun putih juga tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?” - Ikram

Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cintanya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipun Khairil sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perasaan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.

“Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro, aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!” - Khairil.

Perasaan cemburu dan syak wasangka seringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memiliki semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah?


‎~ Dari Penerbit Karyaseni ~~ Pembelian Online terus dengan Penerbit akan mendapat potongan harga RM3, Caj Pos Percuma. Novel akan di pos dengan POS LAJU. Layari di www.karyaseni.my ~1] KARYASENI ENTERPRISE Karyaseni Enterprise ( MP0000053-W ),41-1, Jalan Temenggung 9/9,Bandar Mahkota Cheras,43200 Cheras,Selangor Tel : (+6) 03 9010 4779 Fax : (+6) 03 9010 4511 Sms : (+6) 013 6666427 website : http://www.karyaseni.my/ MAYBANK AKAUN : 562384119525 [ KARYASENI ENTERPRISE ]CIMB AKAUN : 1414-0039734-055 [ KARYASENI ENTERPRISE ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...