Yang Disayangi Selalu !!!

Monday, April 11, 2011

Sah Tiada Telur Tiruan


Rabu lalu, CAP mendedahkan pihaknya menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus.

Jabatan Veterinar menafikan kewujudan telur tiruan yang dijual di pasaran negara berdasarkan ujian yang diambil dari lebih separuh pasar seluruh negara termasuk di Pulau Tikus, Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata, ujian itu dilakukan selepas pihak media menyiarkan laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menyatakan terdapat telur tiruan di pasaran. Menurutnya, hasil kajian dan pemeriksaan mendapati ia adalah telur yang rosak atau bergred rendah dan tidak sepatutnya dijual kepada orang ramai.

"Bentuk yang berlainan tidak bermakna ia telur tiruan, faktor yang menyebabkannya ia berpunca sedemikian ialah makanan dan antibiotik yang digunakan oleh penternak".

"Makmal Kesihatan Awam sedang menjalankan kejian terhadap telur tersebut bagi memastikan ia selamat digunakan pengguna".

Dr Abdul Aziz berkata, bagi menghasilkan telur tiruan memerlukan kos yang tinggi ini termasuk penyelidikan, malah telur tulen di negara ini dijual begitu rendah dengan hanya 32 sen sebiji bagi gred terbaik (AA).

Beliau berkata, Malaysia tidak membenarkan pengimportan telur kecuali bagi tujuan pembiakan dan berkemungkinan telur tiruan dihasilkan di negara lain dan diimport ke negara ini.

Selepas digemparkan dengan berita telur tiruan, kerajaan mengambil keputusan mewajibkan semua pengeluar telur supaya berdaftar  dengan Jabatan Veterinar dan diberikan pensijilan untuk memastikan telur dihasilkan memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Melaui sistem ini, telur dikeluarkan perlu dicop dengan label ladang, gred telur dan tarikh dikeluarkan untuk menambah keyakinan pengguna terhadap telur terbabit.

Sistem itu akan dilaksanakan secepat mungkin dan pertemuan akan diadakan dengan Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) bagi tujuan terbabit.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...