Yang Disayangi Selalu !!!

Tuesday, March 8, 2011

'Moto dalam kereta'

Sepasang suami isteri yang baru berkahwin pulang bercuti ke rumah orang tua si isteri di sebuah kampung di Kelantan. Selepas makan tengahari....

Isteri : Wah! Berselera betul abang makan tadi.... tiga kali tambah!!

Suami : Tu lah!!... masakan Kelantan ni sesuai sangat dengan selera abang ni.

Isteri : Apa yang sedap sangat tu?

Suami : Semua sedap!! Huh! Kalau ikutkan hati... nak tambah lagi, tapi segan pulak kat mak mentua.... hehehe.

Isteri : Tapi bila ayang masak, abang tak makan macam ni? Ayang masak tak sedap ke?

Suami : Sedap! Siapa kata tak sedap... tapi tadi yang lagi sedap, jangan marah yek., hehehe.... ikan bakar cicah budu dengan jeruk petai ... Ayang tak pernah masak yang itu.

Isteri : Oooo... yang itu ke?! Itu namanya ike tawa...

Suami : Ketawa??

Isteri : Hehehe.... bukan ketawa, tapi ike tawa.... ikan tawar!! Kat Kolumpo susah nak masak ni... kena panggang atas bara, tak ada tempat nak buat!!

Suami : Ala... boleh la.. lain kali kita buat, cuba bakar dalam oven, abang rasa boleh. Cicah budu... sedap!!

Isteri : Budu tu sedap sebab campur durian dengan cili padi! Eh!! Tak tau pulak yang abang suka makan budu...

Suami : Ayang tak pernah tanya pun...

Isteri : Tadi mak perasan yang abang suka sangat jeruk petai tu...

Suami : Ha la... sedap, selalu makan yang mentah je

Isteri : Mak cakap tadi ... balik nanti bawalah ke Kolumpo

Suami : Eh! ya ke... bawa balik sikit tau, hehehe.

Isteri : Ha la... mak kata bawa balik moto sekali!

Suami : Bawa balik moto?

Isteri : Ha, la...

Suami : Bawa macam mana?

Isteri : Nak bawa macam mana lagi?! Carilah kotak... isi dalam kotak, masuk dalam bonet, tak le tumpah...

Suami : Mana nak muat?

Isteri : Apa yang tak muat?

Suami : Moto... moto mana muat isi dalam bonet!

Isteri : Apasal tak muat pulak? Bukannya besar sangat... kalau tempayan budu memanglah tak muat!

Suami : Tapi...

Isteri : Tapi apa lagi?

Suami : Tapi... nak buat apa moto tu?

Isteri : Bawa jeruk petai la, nak bawa apa lagi?! Kan abang suka sangat jeruk petai... tu pasal mak bagi bawa balik.

Suami : Takkan nak bawa jeruk petai pakai moto?

Isteri : Ha laa.... bawa jeruk petai pakai moto!

Suami : Isy! Siapa nak bawa?

Isteri : Kita la...

Suami : Macam mana nak bawa?

Isteri : Macam mana apa pulak?! Isi dalam bonetlah, kan ayang dah cakap tadi... isi dalam kotak, letak dalam bonet, bukannya besar!!

Suami : Huh! Naik pening kepala abang ni memikirkan nya!!

Isteri : Fikir apa pulak ni sampai pening?? Fikir pasal girlfriend lama yek?!

Suami : Isy! Ke situ pulak dia... ni ha! Pasal moto ni. Kenapa kita kena bawa balik moto ke Kolumpo? Abang tak reti bawa la.... Ayang nak pakai moto ke, pergi kerja? Lagi satu yang tak masuk akalnya... nak letak moto dalam bonet! Moto mainan boleh la...

Isteri : Ha! Ha! Ha!

Suami : Ketawa pulak dia? Orang serius nih!

Isteri : Apa tak ketawanya... abang ingat motosikal ya?! He! he! he!.... patutlah muka pun kelat semacam je....

Suami : Bukan motosikal ke?

Isteri : Bukan... bukan motosikal, tapi moto... moto tempat isi jeruk petai! Tu... yang atas almari lauk tu, ambil satu kita bawa balik Kolumpo.

Suami : Ooooo... yang itu ke? Botol tu.. Itu balang! Mati-mati abang ingat motosikal tadi. Ha! ha! ha!

Isteri : Itulah yang orang Kelantan panggil moto. Dah jadi menantu orang Kelantan, kenalah belajar cakap Kelantan!!



Oleh : Prof Madya Dr Nor Hisham Osman

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...