Yang Disayangi Selalu !!!

Thursday, March 24, 2011

Kursus Di PNM

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga menghadiri kursus di Perpustakaan Negara Malaysia dari 14 hingga 16 Mac 2011. Pecah rekod juga kali ini, bila tiap-tiap hari tinta lah orang yang paling lambat sampai. Aduh, malu gila. Tapi nak buat macam mana, dah sah-sah PNM tu dekat KL. Apalagi, memang gila jammed la. Tambah pula kalau bertolak dari Putrajaya dah lewat. First day tu sampai PNM pukul 9.30 pagi, second day pukul 9.10 pagi dan hari ketiga pukul 8.50 pagi. Tak adalah orang lain yang datang lewat melainkan tinta seorang saja. Hihi.

Tapi apa yang bestnya adalah berjumpa semula dengan kawan-kawan yang satu badge dengan tinta. Yang paling jauh tu dari Sarawak. Memang seronok. Macam tu lah kalau bekerja under library ni, kalau kursus mesti akan jumpa kawan-kawan lama semula. So apa lagi, borak sakan lah. Last day pula, apa lagi kalau tak mengexposekan diri di depan kamera handset. Haha.

Apa-apa pun, diharapkan dapat berjumpa semula di kursus-kursus yang akan datang.










Tapi apa yang tak berapa bestnya, bila tinta upload pic ni kat fb, ramai yang cakap tinta dah berisi terutama di bahagian pipi. Aduss, mungkinkah kerana tudung yang tinta pakai ni, yang menampakkan muka semakin lebar. Hahaha. Menyalahkan tudung pula ye. Tapi hati tinta berat menyatakan kebenarannya. Kalau tinta pakai tudung yang muncung ke depan tu, haa mesti muka tak nampak lebar camtu. Hihi. Apa-apa pun tak kisah lah. Janji happy. ;)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...