Yang Disayangi Selalu !!!

Sunday, March 20, 2011

Bila Hati Dah sayang - Bab 4

“Wahhh, bukan main berani ye kau Fiqa, dengan singa jantan tu. Kitorang kat sini pun tak berani nak bertekak macam tu” ujar Hakim yang merupakan salah seorang jurutera di Global Engineering Holding's. Terbayang-bayang di ruangan matanya perang dingin antara Syafiqah dengan Ikram semalam.

Singa jantan mana pula lah yang dimaksudkan si Hakim ni. Kalau memang betul ada singa jantan, Syafiqah ni pun tak berani. Ye la, nanti tak fasal-fasal pula kena baham.

“Singa jantan??. Apa tu??” soal Syafiqah yang agak hairan. Memang dia tak faham langsung.
“Laa, siapa lagi. Encik Ikram tu lah. Kalau Fiqa nak tahu kitorang kat sini semua panggil dia singa jantan. Ye la, kalau dah marah tu macam nak makan orang je. Dah tu singa jantan kan muka dia bengis, garang semacam je. Memang sebijilah macam Encik Ikram tu” Nina pula menyampuk sambil menyuap mee goreng ke mulutnya.

“Oooo ye ke. Hahahaha,” tak sangka yang Ikram ada gelaran tersendiri.
“Dia tahu ke yang korang semua panggil dia singa jantan?” soal Syafiqah ingin tahu.
“Nak mampus kalau dia tahu. Mau kitorang semua ni disembelihnya. Hahahaha” Faizal tergelak kuat.

Syafiqah dan yang lain-lain pun tergelak sama. Syafiqah berasa seronok sangat dengan rakan-rakan sekerjanya. Semuanya ramah dan tidak kedekut ilmu. Dah tu semuanya gila-gila macam dia juga. Pendek kata memang sekepalalah diorang semua tu. Cuma anak bos dia tu la yang selalu menjadi masalah. Sikapnya memang tidak boleh diduga. Sekejap ok, sekejap ko. Huhu. Saat ini mereka berempat sedang menjamu selera di sebuah kedai mamak yang terdapat berhampiran dengan Global Engineering Holding's.

“Ehh Fiqa, kau berani ye dengan dia. Tak takut ke kalau dia pecat kau nanti. Ye la, singa jantan tu kalau dah naik hantu, macam-macam kes boleh jadi tau” Faizal menakut-nakutkan Syafiqah.
“Eleh, ada berani dia nak pecat Fiqa. Lagipun Encik Hisyam yang hire Fiqa. Alah setakat Encik Ikram tu...”
“Opppssss pembetulan. Singa jantan ye” sampuk Nina.
“Oh sorry, sorry. Fiqa sambung balik ye. Setakat singa jantan tu, macam kacang goreng je” ujar Syafiqah dengan bersungguh-sungguh sambil memetik jari.

Saat ini, keempat-empat mereka tergelak kuat. Syafiqah lagilah gila kuat gelaknya. Sampai nak mengalir air mata dibuatnya. Memang teruk betul diorang mengenakan Ikram.

“Kau jangan main-main ye Fiqa. Kacang goreng konon. Ntah-ntah nanti kau tu yang jadi kacang rebus. Tunjuk terrer sangat, nanti kau tu pula tersangkut dengan dia. Siang malam terbayang-bayangkan wajah singa jantan tu. Tak ke naya nanti” Hakim menyampuk.

“Cehhh, Fiqa ni nak tergila-gilakan dia. Kirim salam banyak-banyak lah. Tapi kalau singa jantan tu yang tergila-gilakan Fiqa nanti, tu boleh jadi. Hahahaha” Syafiqah buat lawak bodoh lagi.

Sekali lagi diorang gelak kuat, sampai bergegar-gegar meja makan tu dibuatnya. Lawak sungguh mereka rasakan.

“Eh.. itu bukan singa jantan ke” ujar Hakim sambil memuncungkan mulutnya ke arah lelaki yang baru memasuki kedai mamak tersebut.
Serentak dengan itu, Syafiqah, Nina dan Faizal turut menoleh ke arah lelaki tersebut.
“A'aa. Betullah tu” balas Syafiqah. Memang tak salah penglihatannya, lelaki tersebut adalah Ikram. Panjang umur Ikram tu ye. Dah jenuh mereka mengutuknya, akhirnya tuan punya diri muncul pula.

Tak sangka pula Syafiqah yang Ikram pun makan dekat kedai mamak ni. Ye la, selalunya kalau bos-bos, anak-anak bos serta adik-beradik bos dan yang sewaktu dengannya mana nak makan dekat kedai mamak ni. Jatuh standard beb. Selalunya mesti nak makan dekat restoran yang high class. Ini yang membuatkan hati Syafiqah begitu memberontak untuk mengetahui siapa sebenarnya Ikram. Apa perwatakan Ikram yang sebenarnya. Syafiqah tidak melepaskan peluang melihat gelagat Ikram yang hanya duduk selang tiga buah meja dari mereka.

“Hampeh betul. Boleh pula tu dia senyum-senyum dekat pelayan tu. Tengok tu, lesung pipitnye.. dalam betul” saat ini Syafiqah terpana seketika memandang ke arah Ikram. Ye la, pertama kali ni melihat Ikram tersenyum manis. Dengan staf sendiri tak pernah pula nak senyum macam tu. Asyik serius memanjang. Sengal betullah.

“Tapi bila Ikram tu senyum memang manis betullah. Kalau ada semut kat situ, mesti dah digigit-gigitnya si Ikram tu. Ye la, boleh menggantikan kemanisan gula. Dah ada yang punya ke belum dia ni. Tapi hari tu bila aku cakap fasal buah hati, bukan main marah lagi dia. Kenapalah agaknya” Syafiqah begitu galak melayani perasaannya.

“Weii Fiqa. Dah... dah, sangkut ke” panggilan Hakim menyedarkan lamunan Syafiqah.
“A'aaa tu la. Kacang goreng sangat tadi. Sekarang tengok.. pandang singa jantan tu macam nak telan je. Hahaha” Faizal menyampuk.

“Eiii tolonglah. Mana ada lah. Fiqa tengok lesung pipit dia je la” Syafiqah cuba kontrol malu. Terlupa pula yang dia tengah duduk makan bersama rakan-rakannya.
“Lesung pipit. Singa jantan mana ada lesung-lesung pipit ni. Lesung batu adalah” Nina melawak.
“Hahaha” lagi sekali mereka semua tergelak kuat. Sampai menjadi perhatian jugalah kumpulan mereka tu.

Ikram yang sedang menunggu pesanan turut menoleh ke arah kumpulan yang membuatkan kedai mamak tersebut bingit.
“Laa diorang rupanya” Ikram lantas mengangkat punggung dan melangkah ke arah mereka. Niat di hati untuk memeriahkan majlis. Tak seronok pula rasanya bila makan sorang-sorang ni.

“Boleh join sekali” soal Ikram. Memang dia ni dah buang tabiat. Tak pernah-pernah dia nak makan dengan staf-stafnya, tapi kali ini dia mahu mencipta sejarah.
“Kalau tak malu join lah” gumam Syafiqah di dalam hati. Aiii lalu ke nak makan dengan kitorang ni.
“Boleh saja Encik Ikram. Duduklah” Hakim mempelawa.
“Meriah betul tadi. Ada hot story ke?” soal Ikram ingin tahu.

Saat ini Syafiqah, Nina, Hakim dan Faizal saling berpandangan.
“Memang ada hot story. Tersangat-sangatlah hot nya. Kisah singa jantan yang asyik kelaparan. Bila dah tak dapat makan selalulah angin. Asyik nak marah-marah saja” jawab Syafiqah.
Nina, Hakim dan Faizal hanya mencebik. Syafiqah ni, nanti karang tak fasal-fasal pula pecah tembelang. Memang kena sembelih jugalah diorang ni nanti.

“Fasal tu je sampai gelak macam nak terburai isi perut tadi. Tak adalah kelakar pun” Ikram kehairanan. Agaknya staf-staf dia ni ada sakit mental kot.
“Ishh memang kelakarlah Encik Ikram. Tapi Encik Ikram ni kan ke tak ada perasaan, so memang tak fahamlah bab-bab ni semua” balas Syafiqah lagi. Saja je dia nak melihat tahap kesabaran Ikram kali ini.

“Dah lah, kau ni memang suka merepek. Sebab tu lah kat dalam ofis selalu berangan je. Buat kerja semuanya silap. Haaa, makanan pun dah sampai. So.. kita makan dulu ye”.
“A'aa silalah Encik Ikram. Kitorang dah nak habis makan pun” Faizal mencelah.

“Eh eh, dia ni. Aku pula yang kena. Tu la, gatal sangat nak berdebat. Duduk diam-diam tak boleh ke. Ish, ish, ish... tengok tu. Makan macam tak ingat dunia. Ni memang spesies singa jantan yang lapar tahap menggila dah ni” gumam Syafiqah lagi apabila melihat Ikram makan dengan agak lahap. Memang gila lapar tu, pagi tadi tak sempat sarapan. Bangun lambat punya fasal. Huhu.

Syafiqah berlari-lari anak menuju ke hentian bas. Baju kurung merah yang dipakainya telah basah akibat meredah hujan yang lebat. Begitu juga dengan tudungnya yang cantik tersarung di kepalanya. Tiba-tiba pula hujan lebat turun mencurah-curah. Dahlah tak bawa payung. Bila dia bawa payung, tak ada pula hujan. Huhu.

Kalau perut dia tak buat hal tadi, rasa-rasanya dia sempat sampai ke hentian bas sebelum hujan turun. Dan yang menjadi punca utamanya ialah Ikram. Kalau Ikram tak menahan dia untuk membuat kerja tadi, pukul 5.30 petang tadi dia dah cabut dah. Ye la, Syafiqah ni kalau bab balik je, memang selalu on time. Tengah dia bersiap-siap nak balik tu lah Ikram datang memberi arahan.

“Ni, kau tolong aku print out drawing ni. Dalam fail CST. Ada 4 drawing, tak banyak pun. Kau print dalam saiz A3. Buat dalam 2 salinan. Esok pagi-pagi dah nak closing tender ni” arah Ikram sambil memberikan pen drive kepada Syafiqah.

Syafiqah yang agak terpinga-pinga cuma mengikut arahan dengan wajah yang kelat. Memang tak ada keikhlasan dah tu nak buat kerja. Apa yang difikirkannya saat ini adalah nak balik rumah. Maklumlah cuaca di luar agak mendung.

“Hiiish dia ni. Time aku nak balik ni lah baru dia sibuk-sibuk nak suruh print out itulah, buat inilah. Tadi masa aku duk lepak-lepak, time tak ada kerja, tak ada pula dia nak suruh buat kerja. Ni memang kes nak dera akulah” Syafiqah membebel-bebel.

Komputer yang di off kan tadi terpaksa di on kan semula. Pen drive di atas meja di ambil dan dicucuk kan ke CPU. Matanya melilau-lilau mencari fail yang bertajuk CST.

“Apa ke pelik sangat rupa fail ni. Ni apa ke bendanya ni. Alaa, macam mana nak print ni. Tak retilah” Syafiqah cuma merenung kosong ke arah skrin komputer di depannya. Memang satu apa pun dia tak faham. Yang dia nampak cumalah skrin hitam. Yang dia tahu fail ni dalam software AutoCAD. Perisian khas untuk membuat drawing. Tapi setakat itu je lah yang dia tahu. Selebihnya memang dia tak ambil tahu.

“Hissh... tak boleh jadi ni. Memang kena tanya dia lah. Kalau tak tanya karang dia kata aku berat mulut pula. Bodoh sombong la, apa-apa lah. Hissh, hari dah lah nak hujan ni. Huhu” Syafiqah merungut-rungut sambil langkah kaki diatur menuju ke bilik Ikram.

Pintu bilik Ikram diketuk perlahan.
“Masuk” Ikram yang sedang khusyuk melihat-lihat drawing menoleh sekilas ke arah Syafiqah.
“Aii dah siap ke kerja yang aku bagi tu. Gila cepat minah ni buat” soalnya di dalam hati.

“Mana dia drawingnya. Dah siap?”.
Eh eh dia ni. Agak-agaklah. Tau dah siap je. Cepuk kepala tu kang.
“Encik Ikram, saya sebenarnya tak pandai lah nak print drawing tu”.
“Tak pandai, apa maksud awak tak pandai”.
Hiisshhh, apalah bengap sangat si Ikram ni. Belajar tinggi-tinggi. Maksud tak pandai pun tak reti ke.

“Tak pandai tu, maknanya tak retilah Encik Ikram. Tak tahu, tak terrer dan yang seangkatan dengannyalah”
“Itu aku tahulah. Maksud aku, macam mana pula kau boleh tak reti. Dah banyak bulan dah kau kerja kat sini”.

Memanglah dah hampir 10 bulan Syafiqah bekerja di Global Engineering Holding's tu, tapi tak pernah sekali-kalipun dia print drawing.
“Tapi itu bukan kerja saya Encik Ikram. Saya cuma kerani je kat sini. Kalau bab-bab tu semua kan Nina ada” balas Syafiqah lagi. Banyak cengkadak betullah dia ni.

Haiii menjawab juga minah ni. Aku gigit karang baru tahu. Ikram memandang Syafiqah dalam-dalam.
“Memanglah kau tu kerani je. Tapi kau kena ingat kau tu bekerja di syarikat engineering. So at least kau kena tahu basic kerja di sini. Dah lah jom aku ajar kau” Ikram bingkas bangun menuju ke tempat Syafiqah. Hari ini mood dia memang baik. Kiranya Syafiqah tu pun bernasib baiklah. Kalau tidak memang dah kena dengan angin puting beliung si Ikram tu.

“Ehh, betul ke ni. Nak ajar aku. Alahai, baiklah pula hati dia hari ini. Tapi aku tak ada mood lah nak belajar-belajar ni. Aku nak baliklah. Huhu. Hari nak hujan tu. Makkk Fiqa nak balik” rungut Syafiqah di dalam hati.

“Ok. Mula-mula kau kena buat macam ni, lepas tu macam ni pula” jelas Ikram yang kelihatan begitu tekun mengajar Syafiqah.

Syafiqah terasa dirinya seperti berada di awang-awangan. Apa yang diajar oleh Ikram satu apa pun tak masuk ke kepala otaknya. Yang pasti lembut suara Ikram begitu menikam kalbunya. Alahai, kalaulah dirinya ini adalah ais krim, dah lama dah dia ni cair. Dalam keadaan berdua-duan dengan Ikram sekarang membuatkan hatinya tiba-tiba rasa berdebar. Syafiqah sebenarnya ada menyimpan sedikit perasaan terhadap Ikram, tapi perasaan itu dibuang jauh. Bohonglah kalau dikatakan yang dia ni tidak mempunyai sekelumitpun perasaan suka kepada Ikram. Dah selalu bergaduh, bertekak, hati pun boleh terusik tau.

Tapi dia sering menidakkan perasaan tersebut. Fikirnya dia tidak layak untuk Ikram. Dan baginya perasaan dan hatinya hanya milik seseorang. Hanya milik Khairil, kekasih di zaman persekolahannya dulu. Kekasih yang telah lama tidak ditemui dan teramat dirinduinya. Kekasihlah konon. Padahal bercinta dengan Khairil pun tidak. Hanya memendam rasa sendirian. Hanya syok sendiri saja. Huhu.

Bunyi hon kereta yang kuat mematikan lamunan Syafiqah.
“Eh eh , macam kenal je kereta ni. Ni bukan kereta singa jantan tu ke. Kenapa pulak berhenti kat depan ni. Nak tumpang kan aku ke. Kalau betul nak tumpangkan aku, memang bagus sangat-sangatlah. Aku ni dah nak mati kesejukan dah ni”.

Syafiqah yang sedikit menggigil hanya memandang sayup-sayup. Serba-salah pula dia dibuatnya. Nak pergi ke kereta Ikram, dia sendiri tidak pasti betulkah Ikram mahu menumpangkannya. Nanti karang tak fasal-fasal pula termalu sendiri. Dah lah dalam keadaan dia yang basah kuyup ni. Sudahnya Syafiqah cuma membatukan diri dan buat tak tahu saja.

“Eh, eh minah ni. Aku dah hon banyak kali dah ni. Tak nak naik ke. Ke nak pergi berjemput macam tuan puteri pula. Hissshhhh, macam-macam betullah dia ni” lantas Ikram mengambil payung dan menghala ke arah Syafiqah.

Kalau tidak disebabkan dia menyuruh Syafiqah membuat kerja tadi mungkin Syafiqah tidak terperangkap di dalam hujan. Serba-salah pun ada tapi nak buat macam mana. Dah memang kerja dia ni tak menentu masa.

“Kau ni pekak ke. Aku dah hon banyak kali tadi. Kau boleh buat dek je”.
“Laaa, Encik Ikram hon kat saya ke. Saya ingat Encik Ikram hon dekat orang lain tadi” Syafiqah menjawab bodoh. Ye la, mana ada orang lain lagi dekat hentian tu melainkan cuma dia seorang saja. Issh, issh, issh.

“Dah lah. Jom aku hantar kau balik. Hujan makin lebat ni”.
“Ehh, tak pe lah Encik Ikram. Saya boleh tunggu bas ni” Syafiqah menolak. Padahal dalam hatinya.. nak, nak , nak.
“Nak tunggu bas apa nya. Hari dah makin gelap ni. Jomlah. Aku tahu kau mesti nak tumpang juga. Tak payah lah nak berdalih-dalih lagi. Jom cepat”

“Cehh, macam mana pula dia tahu ni. Buat malu aku je. Siot betullah” Syafiqah mencebik di dalam hati.
“Tapi Encik Ikram. Baju saya dah basah lencun ni. Nanti karang rosak pula seat kereta Encik Ikram tu. Dah lah mahal. Tak mampu saya nak menggantinya”.
“Haii, banyak mulut betullah kau ni. Kau nak tumpang ke tak nak ni. Berani ke nak duduk sini sorang-sorang. Nanti karang ada orang jahat tangkap kau, buat benda-benda tak elok, haa baru kau tau. Time tu barulah menyesal sebab tak nak tumpang aku lagi” bebel Ikram. Dah macam mak nenek saja lagaknya.

“Isshh Encik Ikram ni. Nak takut-takutkan saya pula. Ok lah saya tumpang” lantas Syafiqah mengikut Ikram.
Alahai, romantiklah pula dirasakannya saat ini. Sepayung berdua-duaan. Sesekali bahunya dirasakan tersentuh bahu Ikram. Hiishh, “dil to pagal hai” betullah dirasakannya. Tiba-tiba bulu romanya dirasakan meremang-remang. Seram, seram. Terasa seperti anak raja pun ada bila Ikram membukakan pintu kereta untuknya. Aduhh, bermain perasaan sungguh di kala ini.

Di dalam Honda Accord milik Ikram, Syafiqah cuma membatukan diri. Sesekali dia menggigil kesejukan.
“Issh dia ni. Aku dah lah gila sejuk ni, lagi dia pasang airkond pula. Karang mati kesejukan aku kat sini, teruk kau nak menjawab dengan mak aku” gumam Syafiqah di dalam hati. Sesekali dia terbersin kecil. Memang gila-gila sejuk sangat dah ni. Tak tahan dia.

“Nah, pakai ni” Ikram menghulurkan kotnya kepada Syafiqah. Kesian pula dia melihatkan Syafiqah yang menggigil-gigil kesejukan.
“Issh, tak pe lah Encik Ikram” sekali lagi Syafiqah menolak.

“Haii, kau ni. Banyak sangat menolak. Ambil je lah. Nanti karang kalau kau mati kesejukan, macam mana pula aku nak jawab dengan mak kau”.
“Aik, dia ni ahli sihir ke. Boleh baca pula fikiran aku ni. Bahaya betullah” fikir Syafiqah lagi.
“Terima kasih” lantas Syafiqah mengambil kot yang dihulurkan Ikram.

Ahhh, terasa hangat dan selesa badan Syafiqah sebaik saja mengenakan kot yang diberikan Ikram tadi. Wangian Apollo yang digunakan Ikram membuatkan naluri kewanitaannya sedikit tersentap. Perasaannya kala ini benar-benar terusik. Haii, memang tak boleh jadi ni. Syioh, syioh. Syafiqah menolak perasaannya jauh-jauh.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...