Yang Disayangi Selalu !!!

Wednesday, May 9, 2012

Welcome Back

As salam.. selamat pagi semua..

Welcome back to work. 7 Mei 2012 yang lepas merupakan hari pertama saya bekerja setelah bercuti panjang selama 3 bulan. Lama tu, maklumlah cuti bersalin. Sepanjang 3 bulan tu, saya duduk di rumah menjaga anak.. Di samping itu adalah juga membuat promosi novel di CM dan juga di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC yang lepas. 

Alhamdulillah. setakat yang diketahui hari itu ABHDS telah masuk cetakan kedua. Terima kasih pada pembaca yang membeli dan memberikan sokongan. Terima kasih banyak-banyak. Banyak juga komen2 yang positif dan negatif.. Semuanya saya terima dengan hati terbuka.

Dalam perancangan mungkin akan ada novel yang ke dua. E-novel yang telah lama tergendala.. ASKBAK. Setakat ni baru sampai bab 20 je. Masih lagi mencari mood untuk menyambungnya kembali. Maklumlah lama juga saya tidak menulis. Sudah berbulan-bulan. Tapi Insyaallah.. saya akan buat sampai habis. Lagipun ramai juga yang bertanyakan tentang ASKBAK.. 

Semoga saya kembali bekerja dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh.. Okey.. back to work.. Babaii..

2 comments:

Nik Ainaa said...

wah! tak sbr nk tunggu ASKBAK :) btw tahniah tau sbb dpt baby baru. hehe :D

TinTa Biru said...

hihi.. terima kasih Ina Ania.. ;)
Tak sabar tunggu ASKBAK ye..
Akak kena cari mood semula untuk menyambung kembali cerita tu.. Harap2 dapatlah banyak idea.. hihi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...