Yang Disayangi Selalu !!!

Friday, June 24, 2011

Bila Hati Dah Sayang - Bab 19

Ikram melangkah laju menuju ke arah Syafiqah dan Khairil. Ikutkan hatinya memang hendak dikerjakan Khairil itu secukup-cukupnya. Sudah berbuih mulutnya memberi amaran supaya jangan mendekatkan diri dengan Syafiqah, namun perkara itulah yang sering dilakukannya. Mukanya merah menahan marah. Lengan baju kemejanya disingsingkan sehingga ke paras siku. Tidak sabar-sabar rasanya dia hendak mengerjakan Khairil.

“Kau ni apa hal hah,” Ikram menolak kuat dada Khairil dengan kedua-dua tapak tangannya sehingga menyebabkan Khairil terdorong ke belakang. Tangan kanannya yang digenggam dilaga-lagakan dengan tangan kirinya. Tunggu masa sahaja untuk didaratkan di muka Khairil.

“Ik... Tolonglah jangan bergaduh macam ni,” Syafiqah cuba meredakan keadaan. Lengan Ikram ditarik perlahan. Dia tidak mahu kejadian yang berlaku di Kopitiam dahulu berulang kembali.

Nafas Ikram turun naik, matanya merah berapi menunjukkan kemarahan yang teramat sangat. Marah dengan kejadian yang berlaku di depan matanya. Berani betul Khairil memegang tangan Syafiqah. Syafiqah pun sama, masih lagi hendak melayan Khairil. Ini yang membuatkan hatinya bertambah-tambah sakit. Selepas ini Syafiqah juga akan dibasuhnya.

“Bro!!! Rilekslah bro. Kau jangan nak marah tak tentu pasal pula,” Khairil bersuara. Kalau boleh dia tidak mahu mereka bergaduh, tetapi kalau itu yang akan terjadi dia tidak akan berdiam diri. Dia akan turut membalas setiap serangan Ikram nanti.

“Kepala otak kau rileks!!! Macam mana aku tak marah. Dah banyak kali aku pesan dekat kau kan, jangan ganggu Syafiqah tapi kau buat juga. Kau memang nak menguji kesabaran aku kan. Tak cukup agaknya dengan penumbuk yang aku bagi kau dulu,” luah Ikram. Matanya merenung tajam ke arah Khairil.

Syafiqah yang berdiri di sebelah Ikram kelihatan cemas melihatkan situasi yang sedang berlaku. Sudah pasti akan berlakunya perang dunia kedua nanti.
“Cukuplah... Sudahlah tu,” rayu Syafiqah lagi.

“Sayang duduk tepi boleh tak,” arah Ikram dengan nada tegas sambil memandang sekilas ke arah Syafiqah.

“Err,” Syafiqah kehilangan kata-kata. Kecut perut dia melihatkan wajah Ikram yamg sudah serupa dengan samseng jalanan itu. Tangannya yang memegang lengan Ikram dilepaskan perlahan-lahan. Dia melangkah perlahan dan berdiri lebih jauh sedikit dari Ikram.

Khairil yang mendengar panggilan sayang dari mulut Ikram tiba-tiba panas telinga. Siap bersayang-sayang pula dah.
“Apa hak kau nak halang aku dari berkawan dengan Syafiqah. Suami dia? Tunang dia? Tidak kan. Kau cuma majikan dia sahaja. Sebagai majikan kau tak ada hak nak campur urusan staf kau. Profesional konon, profesional tok kau!!!” jerit Khairil. Sudah cukuplah Ikram memaki-hamunnya, dia pun tahu rasa marah. Kesabarannya juga sudah melampaui batasnya.

“Memang aku ada hak. Kalau kau nak tahu Syafiqah ni bakal isteri aku. Of courselah aku marah bila ada orang lain cuba-cuba nak menggatal dengan dia,” terang Ikram bersungguh-sungguh. Cukup marah betul dengan Khairil yang tidak mahu mengalah. Memang dasar buaya tembaga.

Khairil terpana seketika. Bakal isteri... Syafiqah direnung tajam. Benarkah apa yang didengarinya tadi. Syafiqah adalah bakal isteri Ikram. Apakah hubungan Syafiqah dengan Ikram, lebih daripada majikan dan staf. Adakah selama ini Syafiqah cuma memainkan hati dan perasaannya. Ah!!! Khairil tidak peduli itu semua. Walau apapun status Syafiqah dia tetap akan menjadikan Syafiqah miliknya. Itu janjinya.

“Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!” pekik Khairil. Dia memang sudah hilang pertimbangan di saat ini. Seperti orang hilang akal pula lagaknya.

“Kurang ajar kau!!!” marah Ikram. Penumbuknya dihayun ke muka Khairil namun Khairil dapat mengelak.

Khairil juga tidak tunggu lama. Penumbuk sulungnya ditujukan ke muka Ikram. Tepat mengenai pipi kanannya. Ikram yang marah turut membalas tindakan Khairil. Kedua-duanya bergelut meluahkan rasa marah yang terpendam di dalam dada. Jeritan Syafiqah yang menyuruh mereka berhenti cuma sayup-sayup kedengaran.

Syafiqah panik melihatkan kedua-dua lelaki tersebut bergaduh. Tidak terduga langsung kejadian seperti ini akan berlaku. Bermacam-macam aksi yang dipertontonkan oleh mereka. Daripada berdiri, terjatuh, bangun semula... kedua-duanya tidak mahu mengalah.

“Sudah!!! Sudah!!! Stop it!!!,” Syafiqah menjerit dengan kuat. Entah berapa kali perkataan tersebut diulangnya. Terasa seperti hendak terkeluar anak tekak dia menjerit namun mereka masih tidak mengendahkannya. Syafiqah sudah tidak tahu bagaimana cara untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Untuk dia mencelah bimbang pula nanti tidak pasal-pasal muka dia pula yang kena tumbuk.

“Ya Allah... Encik Ikram apa dah jadi ni? soal Hakim tiba-tiba.

Hakim dan Faizal baru balik dari makan tengahari. Terkejut mereka melihat Ikram sedang bergelut dengan Khairil. Mereka berdua terus meluru ke arah Ikram dan Khairil untuk meredakan keadaan.

“Sabar Encik Ikram... Sabar!!!,” ujar Hakim sambil menarik Ikram.

Faizal pula cuba menenangkan Khairil. Hakim dan Khairil kelihatan tidak terurus, kedua-duanya kelihatan comot dan terdapat kesan darah di bibir masing-masing. Tidak cukup dengan itu, muka kedua-duanya turut lebam. Nafas mereka turun naik dengan begitu kencang sekali.

“Kau pergi berambus dari ofis aku. Aku tak nak tengok muka kau dekat sini. Pergi!!!,” arah Ikram sambil menuding jari ke arah Khairil.

“Aku pun tak ingin duduk sini lama-lama. Sudahlah!!!” jerit Khairil pula. Dia terus melangkah dengan perasaan yang marah. Ketika melintasi Syafiqah, Khairil berhenti seketika. Wajah Syafiqah yang agak pucat direnungnya dengan sayu. Terasa berat hatinya hendak meninggalkan gadis tersebut.

“One day you will be mine,” bisiknya perlahan ke arah Syafiqah. Janji itu pasti akan dikotakannya nanti. Syafiqah akan menjadi miliknya. Hatinya nekad. Dia terus keluar dengan perasaan yang bernanah.

Syafiqah terpempam mendengarkan kata-kata Khairil tadi. Takut pula dia mendengarnya. Kata-kata yang berbaur ugutan. Tidak menyangka Khairil boleh bertindak sebegitu sekali. Ikram dilihatnya berjalan perlahan memasuki biliknya. Mungkin cuba untuk menenangkan fikiran.

“Kenapa ni. Apa dah jadi?” soal Faizal kepada Syafiqah.

Pertama kali pergaduhan seperti itu berlaku di Global Engineering Holding.

“Entahlah... tak tahu,” bohong Syafiqah sambil menjungkit bahu. Takkan dia hendak menyatakan mereka berdua bergaduh kerananya. Dia juga perlu menjaga air muka Ikram dan Khairil.

“Tak pernah-pernah Encik Ikram tu tumbuk orang. Dahsyat juga dia tu kan. Entah-entah dia orang berdua bergaduh sebab kau kot...” teka Hakim.

“Jangan nak memandai ye. Cakap tu elok-elok sikit,” marah Syafiqah. Dia terus berlalu menuju ke tempat duduknya. Tidak mahu perkara tersebut dibesar-besarkan. Hatinya tertanya-tanya bagaimanakah keadaan Ikram. Ingin rasanya dia pergi ke bilik Ikram, namun bimbang pula dengan tanggapan Hakim dan Faizal. Sudahnya dia cuma duduk di tempatnya dalam keadaan yang serba-salah. Sambil itu matanya sentiasa merenung pintu bilik Ikram.

Hakim dan Faizal juga telah kembali ke tempat mereka. Sambil itu mereka bergosip sesama sendiri. Mungkin pasal pergaduhan tadi dan sudah pasti kejadian tersebut akan menjadi topik perbualan hangat di kalangan staf Global Engineering Holding.

*******

Ikram meraba mukanya perlahan. Terasa sakit akibat ditumbuk oleh Khairil tadi. Darah halus yang mengering di bibirnya dibiarkan sahaja. Hatinya cukup sakit melihatkan babak yang dipertontonkan di hadapannya tadi. Perasaan cemburu yang menggunung memaksa dia bertindak sedemikian. Dadanya berombak kencang. Cukup sukar untuknya memadamkan perasaan marah tersebut.

Tangannya dengan pantas mendail nombor Syafiqah.
“Masuk sekejap,” arah Ikram. Badannya disandarkan ke kerusi. Dia duduk sambil berpeluk tubuh. Kepalanya didongakkan ke atas sambil matanya terpejam.

“Masuk!!!” jerit Ikram lantang apabila mendengar ketukan di pintu. Posisi badannya masih seperti tadi dengan mata yang masih terpejam.

Syafiqah melangkah perlahan menuju ke arah Ikram. Wajah Ikram yang keruh itu dipandang dengan perasaan yang berdebar-debar. Melihatkan keadaan muka Ikram yang lebam-lebam menimbulkan perasaan sayu di hatinya.

“Ik... are you okey,” tegur Syafiqah dengan nada yang lembut. Bahu Ikram digoncang perlahan.

Ikram membuka matanya. Tersenyum bila melihat insan kesayangannya berada di sebelah.

“Sayang rasa Ik ni okey ke tak?” soal Ikram pula. Wajah Syafiqah direnung tajam. Tidak sampai hati pula dia hendak marahkan Syafiqah walaupun hatinya terasa sakit.

“Mestilah tak okey kan. Kenapa Ik buat tindakan yang bodoh macam tu. Takkan tak boleh berbincang elok-elok. Ik ni panas baran juga kan,” sindir Syafiqah sambil tangan runcingnya menyentuh pipi Ikram yang lebam.

“Argghhh...” keluh Ikram dengan muka yang berkerut. Terasa perit pula pipinya saat ini.

“I'am sorry. Sakit ye. Ik kena pergi kliniklah. Tak boleh dibiarkan ni,” nasihat Syafiqah. Wajahnya jelas kelihatan risau. Bimbang jika keadaan Ikram akan semakin melarat.

“Sayang juga sayang dekat Ik ye. Beruntung Ik dapat buah hati macam sayang ni.”

“Mestilah sayang. Takkan tak sayang pula,” balas Syafiqah. Memang dia teramat-amat menyayangi Ikram seluruh jiwa raganya.

“Kalau sayangkan Ik kenapa masih lagi berhubung dengan buaya tu. Sayang pernah berjanji dengan Ik kan, takkan sebut langsung nama dia. Tapi... tadi bukan main mesra lagi. Sakit hati Ik melihatnya tahu tak. Siapa buaya tu pada sayang sampai sanggup pegang tangan dia,” getus Ikram. Nada suaranya kali ini agak tegas. Bila terkenangkan peristiwa tersebut hatinya menjadi bertambah-tambah sakit. Perasaan cemburunya semakin meluap-luap.

Air muka Syafiqah berubah. Ternyata Ikram cemburu buta, padahal dia tidak mempunyai apa-apa hubungan pun dengan Khairil.

“Dia bukan siapa-siapapun dalam hidup Fiqa. Percayalah. Cuma Ik seorang sahaja yang bertakhta di hati Fiqa,” Syafiqah menepuk dadanya perlahan. Semoga Ikram mengerti dengan apa yang dimaksudkannya.

“Sayang tahu tak apa perasaan Ik tadi. Marah, cemburu, sakit hati semuanya ada. Itupun nasib baik Faizal dengan Hakim sampai, kalau tidak sampai sekarang masih belum selesai lagi agaknya.”

“Fiqa tahu...”

“Ik tak suka bila ada orang lain yang cuba mengganggu hak Ik. Sayang cuma milik Ik seorang. Tak ada orang lain yang berhak ke atas sayang melainkan Ik. Setiap inci tubuh sayang adalah milik Ik seorang. Dengar tak? Cuma milik Ik seorang...” tegas Ikram lagi sambil menggenggam erat kedua-dua tangan Syafiqah.

Syafiqah cuma memandang Ikram tanpa kata-kata. Begitu terharu dia mendengarkan setiap ayat-ayat yang keluar dari mulut Ikram. Betapa dirinya begitu bermakna buat Ikram.

“Ik dah buat keputusan.”

“Keputusan apa?” soal Syafiqah hairan.

“Hujung minggu ni sayang suruh mak standby ye. Ik akan datang bersama rombongan,” terang Ikram lagi. Hatinya nekad. Syafiqah akan dipinangnya.

“Tapi...”

“Tapi apa lagi. Sayang tak setuju ke?” soal Ikram sambil merenung ke dalam anak mata Syafiqah. Menantikan jawapan yang akan diberikannya.

“Bukan tak setuju. Cuma tempoh untuk Fiqa berfikir masih belum habis lagi kan. Keadaan Ik pun dah macam ni. Takkan nak datang meminang dengan muka lebam ni.”

“Huh,” Ikram mengeluh kecil. Jawapan Syafiqah benar-benar menghampakannya.
“Ik tak kisah dengan keadaan muka Ik ni. Yang penting kita dah ada ikatan. Sayang tak dengar ke apa yang buaya tu cakap tadi. Dia akan cuba rampas sayang walaupun sayang dah jadi isteri Ik. Tak fahamlah Ik dengan perangai dia tu. Ik tak peduli... Keputusan Ik muktamad,” Ikram nekad untuk meminang Syafiqah juga.

“Fiqa tahu Ik risau. Tapi hati Fiqa cuma untuk Ik seorang. Percayalah.”

“I trust you. Dan sebab itulah Ik nak jadikan sayang milik Ik yang sah. Menjadi seorang isteri yang baik dan ibu kepada anak-anak Ik nanti,” Ikram bersungguh-sungguh. Tangan Syafiqah yang digenggam erat dibawa ke bibir dan dikucupnya dengan penuh kasih-sayang.

“Apalah Ik ni, belum kahwin lagi dah nak cerita pasal anak pula,” rungut Syafiqah yang malu mendengarkan kata-kata Ikram.

Ikram tertawa halus. Wajah Syafiqah yang merona merah semakin manis dipandangnya. Suka dia melihat wajah Syafiqah yang malu-malu. Terasa seperti ada kedamaian bila memandangnya.

“So confirm ye sayang. Hujung minggu ni buat persiapan tau.”

“Emmm kalau Fiqa tolak pinangan Ik macam mana?” sengaja Syafiqah ingin menduga Ikram. Memang riak wajah Ikram berubah bila mendengar pertanyaan Syafiqah. Pertanyaan yang tidak pernah diduga akan keluar dari mulut Syafiqah.

“Betul ni nak tolak pinangan Ik. Berani ke nak tolak?” soal Ikram pula.

“Apa yang nak ditakutkan. Ik bukan boleh buat apa-apa pun,” sindir Syafiqah.

“Jangan... Ik gigit hidung tu nanti baru tahu...”ugut Ikram.

“Eleh, tahulah hidung Fiqa ni mancung. Cemburulah tu.”

“Nakal ye sayang ni,” Ikram ketawa halus. Hidung mancung Syafiqah dipicit perlahan.

Syafiqah menepis. “Sakitlah,” rungutnya dengan nada manja.

“Haa itulah... Berani lagi cakap nak tolak pinangan Ik. Kalau sayang tolak juga nanti Ik culik sayang. Bawa lari pergi sempadan Siam. Lepas tu kita nikah di sana. Nak...” Ikram buat muka serius.

“Ishhh suka hati mak bapa dia sahaja nak culik-culik orang ye. Kena tangkap, masuk lokap, baru tahu?”

“Habis tu... Dah kita pinang elok-elok, orang tu nak tolak pula. Memang nak kena culiklah jawabnya,” perli Ikram sambil tersengih.

“Okey, kalau Fiqa terima pinangan Ik pun, Fiqa akan letak wang hantaran tinggi-tinggi. Biar Ik tak mampu nak pinang Fiqa,” gurau Syafiqah lagi.

“Disebabkan sayang... jadi papa pun Ik sanggup tau. Tapi tak tahulah kalau orang tu memang tak sayangkan kita. Sampai sanggup buat kita jatuh miskin gara-gara nak kahwin dengan dia,” Ikram buat muka sedih.

“Dah lah... Fiqa gurau jelah. Takkanlah Fiqa nak letak wang hantaran tinggi-tinggi pula. Kasihanlah dekat bakal suami Fiqa nanti kan. Kalau dia dah jatuh miskin, Fiqa juga yang susah kan.”

“Hahaha. Tahu pun takut. Alah... Ik pun gurau jugalah. Hidup ni kalau tak bergurau-senda tak ada serinya. Betul tak sayang?” soal Ikram sambil mengangkat kening.

“Betul tu... Pandai pun sayang...”

“Ahhh bahagianya,” Ikram tersenyum mendengar kata-kata Syafiqah.

“Aiii... Belum kahwin lagipun dah bahagia ke. Kalau macam tu lebih baik kita tak payah kahwin.”

“Janganlah macam tu pula. Ik bahagia sebab sayang panggil Ik sayang tadi. Kalau boleh hari-hari Ik nak dengar sayang panggil Ik dengan panggilan sayang.”

“Emmm gatal,” rungut Syafiqah sambil sambil mencubit manja kedua-dua pipi Ikram.

“Aduh!!! sakitlah sayang,” jerit Ikram perlahan. Mukanya yang lebam tadi terasa perit.

“Oh sori-sori. Fiqa terlupalah. Orang tu tengah sakit rupanya. Pergilah klinik cepat. Nanti melarat kan susah,” nasihat Syafiqah. Kasihan dia melihatkan Ikram yang terpaksa menanggung kesakitan.

“Yelah... Nak pergi kliniklah ni. Don't worrylah. Mesti cepat baik ni. Sayang keluarlah dulu. Nanti karang kalau kita keluar sama-sama, dia orang dekat luar tu cakap apa pula,” cadang Ikram.

“Okey... Fiqa keluar dulu ye. Jaga diri elok-elok tau. Take care cause I do care.”

“Of course dear. I will take care myself for you. And I really mean it.”

Syafiqah tersenyum bahagia mendengar kata-kata Ikram. Kalau boleh selama-lamanya dia ingin mengecapi kebahagiaan seperti ini. Kakinya dilangkah perlahan menuju keluar. Malam nanti emaknya perlu diberitahu tentang hajat Ikram. Sudah pasti Puan Mona teramat gembira mendengarkan berita yang akan diberitahu oleh Syafiqah nanti. Di dalam hati Syafiqah mengeluh perlahan. Kalau diikutkan rasa hatinya, dia masih belum bersedia untuk berkahwin. Tetapi tidak sampai hati pula dia melukakan hati Ikram yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk meminangnya. Semoga perasaan sayang Ikram terhadapnya semakin bertambah-tambah setelah mereka diijabkabulkan nanti.


4 comments:

blinkalltheday said...

tu la fika,melayan lagi..hope diorg akan kawen gak nti..syuuhh jauh2 si buaya tembaga!!!

Noor Affiqah said...

sis,bile nk smbng aku suka,kau benci,ape kes?...ehehe...

SyAz n HaNi said...

wa... btumbuk..demi fiqa... dendam fiqa nya pasal la jd mcm tu..hehehe... cpt smbg ek... xsabar nk tau ni...

TinTa Biru said...

blinkaltheday : InsyaAllah akan kawin diorg berdua tu.. hihi

Noor Affiqah : nnt akak update yer.. :)

Syaz n Hani : akn disambung.. chaiyok...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...