Yang Disayangi Selalu !!!

Wednesday, June 29, 2011

Tak Sempat Nak Update

2 minggu lepas memang tinta sibuk sangat-sangat. 20 hingga 22 Jun menghadiri mesyuarat di Bukit Gambang Resort City di Pahang. Time ni cuma sempat update satu entry sahaja untuk cerita Bila Hati Dah Sayang Bab 19. Cerita Aku Suka Kau Benci Apa Kes? memang tak sempat nak update..

Minggu ni pula 26 hingga 28 Jun ada team building di Tasik Chini. Penat giler memang tak ingat. Macam-macam kena buat. Jungle tracking, redah tasik, berkhemah, buat rakit, berkayak, berenang... pendek kata memang letih sangat-sangat. Semalam pun cuti, tak pergi kerja. Tak larat. So memang tak update apa-apa cerita.





Tinta minta maaf sangat-sangat pada semua yang tertunggu-tunggukan entri terbaru. Sekarang ni tinta ada masa dan akan cuba update secepat yang mungkin. Chaiyok...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...