Yang Disayangi Selalu !!!

Wednesday, February 16, 2011

Watak Dalam Bila Hati Dah Sayang

As Salam

Bagi sesiapa yang mengikuti e-novel Bila Hati Dah Sayang, berikut Tinta ceritakan serba-sedikit mengenai watak-watak yang terdapat dalam e-novel tersebut.



                                                    Nur  Syafiqah

Nur Syafiqah merupakan seorang gadis yang agak gila-gila. Sejak dari bangku sekolah lagi Syafiqah memendam perasaan terhadap Khairil Ridzwan. Namun disebabkan tubuh badannya yang ala-ala chubby itu dan memakai kaca mata yang tebal menyebabkan dia sering dibuli oleh Khairil. Walau bagaimanapun Syafiqah tidak dapat menafikan perasaannya terhadap Khairil dan memendam perasaan sehinggalah sekarang.

Bekerja di Global Engineering Holdings's banyak menguji kesabarannya dengan menghadapi kerenah Ikram yang agak menyakitkan hati. Perang dingin yang selalu tercetus antaranya dengan Ikram menyebabkan hati perempuannya sedikit terusik. Dia turut menyimpan perasaan pada Ikram namun dia menganggap dia cuma bertepuk sebelah tangan.

Disebabkan urusan kerjasama syarikat menyebabkan Syafiqah bertemu semula dengan Khairil. Namun perasaan yang dipendam terhadap Khairil sejak sekian lama seperti tiada lagi. Perasaannya terhadap Khairil jauh berbeza jika dibandingkan dengan perasaannya terhadap Ikram. Kejadian yang berlaku di zaman persekolahannya dulu menyebabkan Syafiqah berniat untuk membalas dendam terhadap Khairil.



                                                          Ikram

Ikram merupakan seorang lelaki yang serius dengan kerja. Sikapnya yang agak sombong dan kasar menyebabkan dia tidak begitu disukai oleh staf Global Engineering Holdings. Merupakan seorang lelaki yang tidak percaya kepada cinta dan perempuan. Semuanya berpunca daripada Amalina yang merupakan gadis pertama yang dicintainya. Kecurangan Amalina menyebabkan hatinya amat terluka dan kecewa. Oleh itu dia bernekad tidak akan jatuh cinta lagi.

Namun kehadiran Nur Syafiqah sedikit sebanyak membuatkan jiwanya bergelora. Disebabkan ego yang menggunung Ikram cuba sedaya upaya untuk tidak meluahkan perasaannya kepada Syafiqah. Keadaan menjadi bertambah rumit dengan kehadiran Khairil Ridzwan.



                                                   Khairil Ridzwan
                                                     

Khairil Ridzwan merupakan seorang lelaki yang tidak percaya kepada cinta. Baginya cinta hanya sekadar ucapan di bibir semata. Lebih dikenali sebagai "Playboy JB" oleh rakan-rakannya. Banyak memainkan perasaan wanita dengan ayat jiwang karatnya. Sehingga kini belum ada mana-mana wanita yang boleh membuatkan hatinya terusik.

Namun sejak bertemu Nur Syafiqah, hati lelakinya menjadi tidak keruan. Baru dia tahu begitu hebatnya penangan cinta.


Apakah kesudahan e-novel ini. Apakah reaksi Khairil setelah mengetahui Nur Syafiqah merupakan gadis yang sering dibulinya sewaktu alam persekolahan dulu. Siapakah yang berjaya memiliki hati Syafiqah.

Sama-sama nantikan di dalam e-novel Bila Hati Dah Sayang..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...