Yang Disayangi Selalu !!!

Thursday, February 24, 2011

Magika It's Magik


Tentu ramai yang dah tengok cerita muzikal pertama Malaysia iaitu Magika. Magika diterbitkan oleh KRU Studios. Apa pendapat korang semua tentang cerita ni. Best, tak best, bolehlah..

Tapi bagi tinta dan family cerita ni best. Anak-anak pun suka sangat. Tak taulah dah berapa kali tengok cerita ni, tak jemu-jemu. Lagu-lagu dia pun best. Siap boleh nyanyi sekali.

Apa yang menariknya Edry cuba menonjolkan tentang watak-watak dongeng Melayu. Memang bagus. Sebab selalunya kanak-kanak sekarang ni lebih kenal dengan watak-watak dongeng antarabangsa. Kalau tanya fasal Cinderella, Snow White.. memang kanak-kanak kenal. Tapi kalau kita tanya fasal Mahsuri ke, Pak Pandir ke, tak ramai yang tahu. Melalui Magika sedikit sebanyak kanak-kanak boleh mengenali watak-watak dongeng tempatan. Anak tinta sendiri pernah bertanya semasa tengok cerita Magika "Kenapa Mahsuri tu darah dia putih?".. So sebagai ibu bapa kita kenalah menerangkan sebab musababnya.



 
Magika telah memenangi anugerah perdana Filem Terbaik pada majlis anugerah Festival Filem Malaysia ke 23. Edry sendiri telah diumumkan sebagai Pengarah Harapan manakala Anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik milik Fimie Don.


Anugerah lain adalah Anugerah Penata Kostum/Busana (Hasnan Yaacob), Anugerah Penataan Seni Terbaik (Anuar Paharudin/Johan Lucas) dan Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik (Penyembuh Cinta) ciptaan Edry.


Syabas kepada Edry dan KRU Studios. Diharapkan selepas ini Filem Merong Mahawangsa yang akan ditayangkan pada Mac ini turut berjaya.












0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...