Yang Disayangi Selalu !!!

Tuesday, April 22, 2014

Aku Suka Kau Benci

As salam, selamat pagi..
Alhamdulilah, ASKB akan menemui anda di pesta buku antarabangsa yang akan bermula pada 24 April ini.. Siapa yang berkunjung ke PWTC nanti jangan lupa dapatkan ASKB ye...

Blurb..

Bermula dari satu cabaran, Ikmal bertekad untuk memikat Mia Sarah. Niat asalnya sekadar main-main tetapi hatinya pula yang terpikat dengan gadis kampung tersebut. Namun, gadis itu cukup payah untuk dilembutkan hatinya sekaligus membuatkan Ikmal berusaha memenangi sekeping hati milik Mia Sarah.

"Nak buat apa saya beri dekat orang lain? Saya tak suka orang lain, saya suka awak. Sebab tu saya nak bagi dekat orang yang saya suka. Orang yang saya sayang."

"Hesy... Awak jangan merepek boleh tak? Siapa yang sukakan awak?"

"Awaklah, Cik Mia Sarah."

"Perasan."

"Saya memang perasan pun."

Cinta tidak boleh dipaksa namun Ikmal sering kali memaksa. Penolakan cinta dan tragedi dia dimalukan oleh Mia Sarah membuatkan Ikmal sanggup melakukan tindakan di luar batas. Tindakan yang didorong atas rasa malu dan dendam. Namun, perasaan bersalah tiba-tiba terbit dalam hatinya dan perasaan sayang pula makin bercambah. Kesalahan besar yang dilakukan harus ditebus. Mia Sarah wajib dinikahinya walau dengan apa cara sekalipun.

"Abang sebagai manusia biasa Mia,dan sebagai manusia biasa, abang tak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Maafkanlah abang. Sedangkan nabi pun ampunkan umatnya. Takkan Mia begitu keras hati tak ingin memaafkan abang? Abang akui kesilapan yang pernah abang buat tu. Please forgive me."

"Saya pun manusia biasa juga. Dan sebagai manusia biasa, cukup susah untuk saya melafazkan maaf. Macam yang pernah awak cakapkan dulu, sorry seems to be the hardest word. Saya takkan maafkan awak sampai bila-bila. Awak telah menyakitkan saya. Saya takkan lupa apa yang pernah awak buat pada saya. Takkan pernah lupa."

Keadaan menjadi lebih parah apabila Mia Sarah disahkan menghidap skizofrenia. Ikmal menjadi serba salah dan menyesal. Adakah semua yang berlaku ini berpunca daripadanya? Berjayakah Ikmal membuka pintu hati Mia Sarah? Dapatkah Mia Sarah memaafkan kesalahan besar yang dilakukan oleh Ikmal?

Harga : RM23 (Semenanjung) // RM26 (Sabah & Sarawak)

Okey, minta maaf ye. Dah puas saya cuba masukkan cover tapi tak boleh. Blog saya macam ada problem. Saya update ni pun bukannya guna bahagian compose tapi HTML. Nak kena masukkan simbol bagai pula. Kat bahagian compose tu langsung tak ada cursor. Huhu. Agaknya, blog merajuk sebab dah lama ditinggalkan..

Tapi covernya cun.. Saya suka dan puas hati sangat dengan covernya. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat facebook Penerbitan Karyaseni ataupun facebook saya sendiri

Okey, pada yang ada masa 4 Mei nanti jangan lupa datang ye. Boleh jumpa saya dari pukul 10 hingga 1 petang. Saya nak bagi keychain comel nanti pada yang sudi beli ASKB dan ABHDS.

7 comments:

AinaaAzlan said...

cover memang cun kak. memng dh xsbr nk beli n baca ni >_< btw tahniah tuk novel ASKB

Norizah Khalid said...

Tahniah neighbour!

TinTa Biru said...

AinaaAzlan, tq dear.. hihi.. terima kasih sudi beli ye.. ;)
Kak Izah.. hihi, terima kasih.. ;)

Anonymous said...

omg dh kluar..x sbr ny...tq

TinTa Biru said...

anonymous.. alhamdulilah, dah keluar dah.. boleh dapatkan di pesta buku ye.. most wc.. :)

norihan mohd yusof said...

tahniah dik...akk pasti akn beli novel nih...

TinTa Biru said...

tqsm kak norihan... :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...