Yang Disayangi Selalu !!!

Sunday, December 4, 2011

Kata lelaki - Wanita Itu Lemah


Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....
Besar perbezaannya

Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan …
Kerana lembut , wanita
Tidak gemar perbalahan..

Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja

Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat , celik mata
sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...
di kerusi malas longlai terlentang

Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai
di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap
lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi
memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

1 comments:

Suhaily Che Mohamad Shukri said...

akak...elly nak copy tau yang ni...nak letak kat blog elly... :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...