Jom ramai-ramai memeriahkan PBAKL2011. Sudah bermula pada hari ini. PBAKL 2011 akan dianjurkan pada
22 April – 1 Mei 2011 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan tema “Buku: Dunia Tanpa Sempadan”. PBAKL 2011 akan beroperasi dari pukul 10 pagi sehingga 9 malam, setiap hari berbeza daripada
PBAKL 2009.
PBAKL / KLIBF 2011 dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA), Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA), Persatuan Kontraktor Buku Malayasia (PKBM), Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera Malaysia(PPPBBM) dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).
Jadi jangan lupa, jom ramai-ramai kita serbu PWTC. Dapatkan buku-buku dengan harga yang berpatutan. Kita jumpa di sana!!!.
Bila Hati Dah Sayang Isu Semasa