Yang Disayangi Selalu !!!

Saturday, April 9, 2011

Comel Penyebab Cerai

PADA suatu pagi sambil menyidai kain, Kak Gayah berbual dengan pembantu rumah jirannya, warga Indonesia …

Kak Gayah: Hei, ... Umi! Lama tak nampak?

Umi: Balik kampunglah Kak!

Kak Gayah: Kamu balik kampung senyap aje, tak bagi tau Akak pun. Kalau tau bolehlah akak kirim telekung ngan tudung! Lama jugak kamu balik yea?

Umi: Macam biasalah Kak, sebulan … memang tiap tahun saya dapat balik sebulan … majikan kasi cuti. Majikan saya benarkan saya cuti bila-bila masa saja, asalkan jangan masa lebaran, masa Hari Raya.

Kak Gayah: Huh! Sepatutnya masa Hari Rayalah dia bagi cuti … dapat beraya di kampung.

Umi: Benar tu Kak …. Tapi, kalau saya cuti … siapa yang masak dan kemas rumah? Masa Hari Raya semua anak cucunya pulang, siapa yang mau buat kerja tu?

Kak Gayah: Eh! Betul jugak tu ,ek! Akak ni tak berapa tau sebab tak pernah ada orang gaji … Akak nilah orang gaji, pembantu rumah, bibik … majikan pun Akak juga! Hehehe … tak mampu!

Umi: Alah! Akak tu saja aja tak mahu … bukannya tak mampu!

Kak Gayah: Macam mana di kampung? Anak-anak sihat?

Umi: Sihat semuanya Kak. Tu la saya tergesa-gesa pulang kerana orang tua panggil, urusan keluarga.

Kak Gayah: Kenapa pulak? Anak sakit ke?

Umi: Bukan anak, tapi suami.

Kak Gayah: Suami? Kata dulu dah bercerai?

Umi: Ya! Bekas suami sebenarnya ….

Kak Gayah: Kenapa dia?

Umi: Dia mau balik sama saya ….

Kak Gayah: Ooo … nak rujuk le ni yek?! Baguslah tu, untuk masa depan anak-anak ….

Umi: Ngak mau ’ah!! Sudah serik!! Saya susah payah kerja di sini dan hantar wang tiap bulan, dia senang-senang ada simpan perempuan lain, itu makanya saya minta cerai!! Selepas cerai, dia nikahi perempuan itu,… selingkuhannya itu!! Ya! Ampun …. tidak mau lagi saya!!

Kak Gayah: Bini barunya tu macam mana? Dia nak pasang dua ke?

Umi: Sudah cerai!!

Kak Gayah: Cerai?! Senangnya dia kawin cerai, kawin cerai …. Macam beli ayam je!! Huh! Dasar lelaki ....

Umi: Masa belum nikah, semuanya elok, semuanya cantik, semuanya harum!! Bila sudah jadi suami isteri, baru dia tau bahawa isteri barunya itu sebenarnya comel.

Kak Gayah: Comel?! Baguslah … semua orang nak isteri yang comel.

Umi: Ya, ampun!! Mana ada suami yang tahan kalau isteri comel … lelaki Indonesia tidak suka wanita yang comel!!

Kak Gayah: Memang le lelaki tak tahan tengok isteri yang comel, heheheh … itu pasal le isteri kena sentiasa comel!! Tapi peliklah … lelaki Indonesia tak suka pulak perempuan yang comel!! Suka yang hodoh pulak. Hehehe ... ada yang tak kena dengan lelaki Indonesia nih, lain daripada yang lain!!

Umi: Siapa yang tahan? Kalau saya sendiri pun tidak akan tahan jika hari-hari mendengar leteran yang tidak henti-henti!

Kak Gayah: Itu perempuan kuat berleter, memanglah lelaki tak suka … tapi kalau perempuan comel, lelaki suka, suami sayang!!

Umi: Perempuan comel tu maknanya perempuan yang suka berleter, mulut bising tak tahu diam macam anu ayam!

Kak Gayah: Bukan cantik ke?

Umi: Bukan! Tapi kuat mengomel, cakapnya tidak keruan, keluar terus menerus entah kapan mau berhenti!

Kak Gayah: Laa … Akak ingatkan cantik, tu yang Akak hairan boleh bercerai kalau isteri comel. Yang kamu ni macam mana?? Jadi rujuk semula?

Umi: Tak maulah saya Kak! Biar terus janda sampai mati … hehehe ….

Glosari: Comel

  • Malaysia - cantik, menarik, molek
  • Indonesia - suka mengomel, merungut, meleter, mengeluarkan perkataan terus menerus dan tidak keruan biji butirnya

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...