Yang Disayangi Selalu !!!

Tuesday, April 5, 2011

Banta Barut

Rosman : Eh! Kau ambil cuti yek? Pergi mana?

Yusri : Ha'ah, balik kampung

Rosman : Ooo... balik Perak. Ada apa! Tiba-tiba je balik kampung, kan ke baru aje kau balik?

Yusri : Jenguk orang tua.... Mak aku tinggal sorang kat kampung tu

Rosman : Sakit ke?

Yusri : Tak! Cuma sekarang ni duduk kampung sendiri dah tak seronok... takut memanjang!

Rosman : Takut apa pulak?

Yusri : Budak-budak kampunglah... banta barut!!

Rosman : Banta barut?! Eh!... dah nak bersalin ke?

Yusri : Isy!! Kau ni merepeklah. Mak aku dah tua tua!! Lagipun dia dak tak ada laki... bapa aku dah lama meninggal!

Rosman : He he... Kau ni pun satulah!! Bukanlah dia! Tapi bini kau tulah... cepat betul masa berjalan, kan? Rasanya kau baru aje kahwin... tup, tup dah nak bersalin, bunting pelamin ke?!

Yusri : Hoi! Kau ni merepek apa la? Bini aku mengandung pun belumlah!!

Rosman : Bukan ada yang nak bersalin ke?

Yusri : Kenapa kau kata ada yang nak bersalin?

Rosman : Yang kau balik kampung tu?

Yusri : Apa pulak sangkut-paut aku balik kampung jenguk emak dengan orang bersalin? Tak faham aku... Mamai ke, apa kau ni? Kau makan ubat yek?!

Rosman : Ada pulak kata orang mamai... Tadi kau sendiri yang cakap, kau balik kampung ambil bantal dan barut, betul tak?

Yusri : Bantal dan barut?

Rosman : Ha laa... bantal dan barut ni selalunya orang cari bila isteri nak bersalin. Baby kena pakai barut... kalau tak, senang kena kembung!!

Yusri : Mana kau tau semua ni? Kahwin pun belum....

Rosman : Aku sendiri tak taulah sebab aku kahwin pun belum, hehehehe... tapi aku tengok dulu masa emak aku nak bersalinkan adik-adik aku, memang sebelum bersalin tu kena sediakan bantal yang kecil-kecil dan barut

Yusri : Ah! Itu dulu... Orang zaman sekarang dah tak pakai barut lagi... panas!!

Rosman : Habis tu... yang kau balik kampung sebab nak cari barut tu, buat apa pulak?!

Yusri : Bila pulak aku nak cari barut? Kan aku dah cakap tadi, aku balik kampung jenguk emak aku yang tinggal sorang tu... bukan cari barut!

Rosman : Yang kau kata nak cari bantal barut tadi tu?? Aku dengarlah!!

Yusri : Memanglah kau dengar... tapi salah dengar!! Lain kali dengar baik-baik!! Aku bukan cakap bantal dan barut, tapi aku cakap banta barut!!

Rosman : Eh!! Samalah kan?!

Yusri : Tak samalah!! Banta barut tu maknanya orang tak berguna, kerja menyusahkan orang aje.. sampah masyarakat!! Orang sekarang ni kata, hampeh!!

Rosman : Siapa yang macam tu??

Yusri : Orang muda kampung sekarang dah ramai yang macam tu,... banta barut, menyusahkan mak bapak, menyusahkan orang keliling!! Dulu tak ramai yang macam ni, sekarang ni dah ramai yang ambik dadah... bila dah berdadah, minta duit kat mak bapak, kalau tak dibagi.. tu yang habis pecah rumah orang. Habis rumah orang kena selongkar... ayam, itik ternakan pun licin, sampai ayam mengeram pun kena curi!!

Rosman : Masalah ni dah merata... bukan kampung kau aje.

Yusri : Emak aku tu dah jadi macam trauma... Minggu lepas masa dia sapu sampah kat laman, datang sorang budak muda tiba-tiba ragut rantai leher dia. Tu yang kami adik-beradik bergilir-gilir balik kampung untuk bagi semangat balik kat dia. Ajak duduk dengan anak, dia tak mau

Rosman : Isy! Dahsyat tu... itu dah kes ragut. Emak kau tak cedera ke?

Yusri : Nasib baik rantai tu emas tiruan dan kecil pulak, senang le putus masa ditarik. Yang jadi lagi tak seronoknya tu ... Budak tu orang kampung tu juga!!

Rosman : Kenal le yek?!

Yusri : Bukan setakat kenal je.. emak bapaknya pun kita kenal!!

Rosman : Adu le kat mak bapak dia

Yusri : Dah! Tapi dah jenis banta barut, mak bapak pun dah tak boleh nak buat apa lagi dah!!

Rosman : Hisy!! Seram aku dengar... dulu kat bandar aje keadaan macam ni, sekarang kampung pun dah tak selamat.


Oleh : Prof Madya Dr Nor Hisham Osman


Glosari

Dialek Perak

Banta barut : Orang tak berguna, sampah masyarakat


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...