Yang Disayangi Selalu !!!

Friday, April 8, 2011

Beli Ubat Selaid

SUATU pagi Isnin di sebuah pejabat di Kuala Lumpur .....

Syafiq: Macam mana balik kampung hujung minggu? Misi berjaya ke?

Azhar: Alhamdulillah ... lega aku! Kalau tak ... tak taulah kat mana nak cari.

Syafiq: Hairan juga ek?! Macam mana isteri kau boleh mengidam benda macam tu ... punyalah banyak benda melata kat muka bumi ni, burung wak-wak yang dia nak!

Azhar: Memanglah mula-mula aku hairan juga, mengidam macam puteri bunian. Tapi bila balik kampung ni ... baru le aku faham, rupa-rupanya masa kecil dulu, dia memang selalu makan burung wak-wak ni masak kicap sebab bapa mentua aku tu hobi tangkap burung ni ... masa dia muda-muda dululah!

Syafiq: Ooo ... yea ke?! Patut le, orang kata kalau mengandung anak sulung ni memang suka mengidam makanan masa kanak-kanak dulu. Eh ... macam mana boleh dapat? Ada orang jual ke?

Azhar: Mana ada jual ... haiwan yang dilindungi !

Syafiq: Habis tu, mana dapat?

Azhar: Tangkap sendiri le ....

Syafiq: Kau tangkap? Tak percayalah aku ... beranak dan membesar di Kolumpo ... tangkap rama-rama pun tak pernah, ni kan pula nak tangkap burung wak-wak!

Azhar: Pak mentua aku lee ... aku mengikut je, ... tapi dapat pengalaman le, pengalaman yang melucukan dan pengalaman yang mendebarkan!

Syafiq: Mau pulak mentua tolong tangkap ek? Eh! Apa pengalaman tu?? Cerita le ....

Azhar: Mestilah dia nak tolong ... ni cucu sulung tau!! Tapi masa sebelum pergi tulah yang lucunya ....

Syafiq: Ooo ... cucu sulung rupanya. Apa pulak yang lucunya?

Azhar: Nak tangkap burung wak-wak ni kena waktu malam. Petang tu bapa mentua aku minta aku pergi kedai beli ubat selaid!

Syafiq: Ubat untuk sakit apa tu? Aku tak pernah dengar pun?!

Azhar: Tu la pasalnya, nak enam biji pulak tu! Tapi aku buat-buat macam tahu aje ... start kereta terus pergi pekan, ... pergi masuk kedai ubat Cina ... minta ubat selaid enam biji. Tau apa tokey tu kata apa?

Syafiq: Mana aku tau kan ... kau belum cerita!

Azhar: Dia kata tak ada!

Syafiq: Kedai ubat tak ada jual ubat? Jual akar kayu aje kut ... kedai sinseh ni ek?

Azhar: Memanglah kedai sinseh! Kat pekan kecil tu mana ada farmasi, tapi setakat ubat yang biasa-biasa dan tanpa kawalan, ada jual. Cuma yang tak ada ubat selaid!

Syafiq: Kena beli kat farmasi kut? Mesti ubat ni kena preskripsi doktor dulu baru boleh beli, ataupun kau pergi ajelah ke hospital. Kat hospital mesti ada punya! Eh! ... mentua kau tu sakit apa sebenarnya?

Azhar: Tu laa ... aku tengok dia sihat je. Bini aku pun tak pernah cerita bapanya ada penyakit ... tapi bila dia suruh beli ubat tu, aku mulanya rasa ubat untuk tahan mengantuk le agaknya, sebab nak berjaga malam tangkap wak-wak. Aku tanyalah kat tokey kedai ubat tu di mana ada jual ... dia suruh aku pergi kedai runcit!

Syafiq: Ada ke? Kat kedai ubat pun tak ada, takkan kedai runcit ada.

Azhar: Kau jangan terkejut ... ada rupanya! Kat kedai runcit ada jual. Kat hospital memang sah tak adanya!

Syafiq: Ubat apa ni sebenarnya, sampai kat hospital pun tak ada?!

Azhar: Kau nak tau ke? He he he ... akhirnya aku tau juga, ... bila aku minta kat tokey kedai runcit tu, dia terus bagi. Kau tau apa bendanya?

Syafiq: Eh! Tanya aku pulak ....

Azhar: Ha! Ha! Ha! ... rupa-rupanya baterilah!

Syafiq: Bateri?

Azhar: A’aa .... Bateri lampu suluh! Balik dari kedai, aku tanyalah bini aku kenapa bateri orang kampung dia panggil ubat selaid. Dia kata, orang tua-tua kampung dia panggil lampu suluh tu pelita selaid atau ada juga yang panggil lampu selaid! Baterinya mereka panggil ubat selaid!

Syafiq: He! he! he! ... lucu juga yek, tak ada rasanya dalam kamus perkataan ni. Dari mana munculnya perkataan ni agaknya ya?!

Azhar: Aku rasalah, dari bahasa Inggeris ni, ... torchlight!!

Syafiq: Ha! ha! ha! ... hebat orang kampung mentua kau tu ek, semua cakap omputeh!!

Azhar: Tau tak pe! Itu tak kira kalau mereka pakai dialek lagi. Kekadang aku tak faham apa yang mereka cakap ... tapi aku buat-buat faham ajelah, sambil tu belajar ... tanya bini!

Syafiq: He! he! he! ... payah juga kahwin dengan orang kampung ni yek?!


2 comments:

hawiz said...

ubt ape tu??huhu

TinTa Biru said...

ubat lampu suluh.... hihi.. cakap orang Perak..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...