“Cepat sikit jalannya, dah lambat ni” Ikram berjalan laju meninggalkan Syafiqah di belakang.
Sepatutnya mereka berjumpa dengan staf Saturn Engineering Berhad pada pukul 10.30 pagi tapi sekarang sudah hampir pukul 11.00 pagi. Hampir terlewat 30 minit. Dan sepanjang tempoh itulah telefon bimbit Ikram sentiasa berbunyi. Sampai naik rimas pula dia dibuatnya.
“Isshh, kalau aku tak bawa macam siput tadi, mesti sempat sampai. Tu lah, konon nak berlama-lama dengan Syafiqah di dalam kereta tadi, bawa pun dah mengalahkan kura-kura saja. Haiii, tak apalah. Syafiqah punya fasal, semua aku sanggup” bebel Ikram sendiri. Beg laptop di tangannya digenggam kemas.
Syafiqah yang membontoti Ikram turut berjalan pantas. Drawing bersaiz AO turut dibawa bersama. Naik mengah dia mengekor Ikram yang berjalan laju gila tu. Memang tak toleh kiri kanan dah. Menonong ke depan saja.
“Adoii dia ni, sabar lah sikit. Penat aku jalan laju-laju. Dah nak sesak nafas ni. Berjalan tu dah macam nak masuk pertandingan berjalan pantas je. Eh, ada ke pertandingan macam tu. Belasah je la. Tu la, tadi aku bising-bising suruh bawa laju-laju, dia cakap tak apa mesti sempat. Haa, sekarang tengok. Sempat sangatlah tu” rungut Syafiqah.
Ikram dan Syafiqah telahpun sampai di lobi Bangunan Iskandariah. Bangunan setinggi 12 tingkat itu kelihatan agak sunyi. Mungkin disebabkan kebanyakan syarikat ditutup memandangkan hari tersebut adalah hujung minggu. Sementara menunggu lif sampai Ikram memandang sekilas jam di pergelangan tangannya.
“Lambat betullah lif ni. Kita naik tangga je la” Ikram memberi cadangan. Dia tidak mahu membuatkan staf Saturn Engineering Berhad menunggu lebih lama.
“Encik Ikram, takkan nak naik tangga kot. Pengsan saya nanti. Ni pun dah tercungap-cungap separuh mati saya rasa” Syafiqah buat muka kesian.
“Ala kau ni, manja sangat lah. Bukannya tinggi sangat pun. Setakat tingkat tiga je” Ikram tersenyum memandang muka kelat Syafiqah.
“Kalau kau pengsan pun, aku kan ada. Boleh bawa kau pergi hospital. Tak pun, kalau kau dah kekurangan oksigen sangat aku boleh bagi” Ikram tersengih nakal sambil mengenyitkan matanya ke arah Syafiqah.
“Uiishh, dah buang tabiat ke apa orang tua ni. Dah ada buah hati tapi nak kenyit-kenyit mata kat aku pula. Sedap betul ayat dia, nak bagi aku oksigen. Ingat boleh bagi macam tu saja ke. Mestilah kena buat CPR. Amboi!!! gatal” Syafiqah mencebik geram.
“Ting”
“Fuhh, nasib baik lif dah sampai. Kalau tidak tak fasal-fasal nak kena naik tangga. Dah lah aku pakai kasut tumit 3 inci ni. Maunya aku tak terjelepok nanti” Syafiqah menarik nafas lega apabila lif telah sampai ke bahagian G.
“Haa, jom lah cepat. Ni memang rezeki kita ni. Kalau tak berpeluh-peluh kena panjat tangga” Ikram berjalan pantas masuk ke dalam lif.
“Ala, tak ada siapa yang suruh naik tangga pun. Encik Ikram tu saja yang rajin-rajin nak naik tangga” balas Syafiqah acuh tak acuh sambil mengekori Ikram dari belakang. Kedua-duanya telahpun berada di dalam lif.
“Amboi, menjawab juga ye. Berani, bagus bagus. Aku suka orang yang banyak cakap ni. Tak adalah sunyi nanti” Ikram tersenyum manis ke arah Syafiqah. Memang cukup membuatkan jantung Syafiqah bergerak rancak.
“Baru hari ini ke encik Ikram tahu yang saya ni banyak mulut. Sebelum ni tak kan tak perasan”.
“Eh iye ke. Aku rasa kau ni mana ada banyak mulut. Aku tengok mulut kau ada satu saja. Kalau banyak cakap tu memang aku tak nafikan. Hahaha” Ikram tergelak kuat. Suka dia menyakat Syafiqah.
“Orang tengah serius ni dia buat lawak cipan pula. Nak saja aku cepuk muka hensem dia tu. Sengal betullah” Syafiqah tarik muka masam.
“Hahaha” Ikram gelak lagi.
“Marah ke sayang. Janganlah macam tu. Tapi muka sayang memang cantiklah kalau marah, kalau macam tu, marahlah lagi ye” masih kedengaran ketawa halus Ikram.
Muka Syafiqah ditenungnya lagi. Merah semerbak, mesti malu dengan panggilan yang digunakan Ikram.
“I mean it Syafiqah. Memang aku teringin nak panggil kau sayang. Dan memang muka kau bertambah-tambah cantik pula bila marah. Geram aku tengok” fikir Ikram.
“Memang dah sah dia ni dah sewel. Tak pun, wayar putus, ataupun belum makan ubat lagi. Nak bersayang-sayang pula dengan aku. Suka sangat nak mainkan perasaan aku. Geram betullah. Tak pernah ada orang panggil aku sayang. First time aku dengar. Memang suka sangat-sangat ni. Tapi apa gunanya, dia bukan milik aku. Hmmm” Syafiqah cuma merenung pintu lif yang terbuka.
“Ha, dah sampai pun. Kalau naik tangga tadi rasanya tak sampai lagi ni” Ikram telah berjalan keluar dari lif. Sekilas dia menoleh ke belakang apabila dirasakan Syafiqah tidak berada di belakangnya.
“Eh, kau nak duduk berapa lama kat dalam lif ni. Dah sampai lah sayang oii. Cepatlah” panggil Ikram sambil melambai ke arah Syafiqah.
Syafiqah tersentak, lalu tersenyum kelat. Lantas dia kembali mengekori Ikram. Fikirannya dirasakan memang tak keruan saat ini.
“Baru aku panggil sayang sikit, dah jauh kau melayang-layang ye. Kalau macam tu hari-harilah aku nak panggil kau sayang” Ikram mula jalan beriringan dengan Syafiqah.
“Encik Ikram jangan, nanti tak fasal-fasal pula saya kena serang” Syafiqah meratah wajah Ikram yang tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya yang dalam.
“Aduh Ikram, aku dah jatuh hati ni, aku dah jatuh cinta ni, aku dah jatuh suka ni, aku dah jatuh tangga ni. Semuanya fasal kau. Dah jatuh bertimpa-timpa dah ni. Kenapalah perasaan ini selalu hadir tanpa aku pinta. Kalau kau suka dekat aku, kan ke senang” Syafiqah bermain perasaan.
“Siapa pula yang nak serang kau, bagitau aku” ujar Ikram sambil memandang wajah manis Syafiqah.
“Encik Ikram ni, dah tau tapi buat-buat tak tau pula ye. Kekasih hati encik Ikramlah. Cemburu pula dia nanti kalau tau encik Ikram panggil saya sayang”.
“Cemburu, taklah. Dia takkan cemburunya. Dia tu bukan jenis orang yang cepat cemburu. Kau jangan risaulah” bersungguh-sungguh benar Ikram menjawab. Macam memang benar-benar bercinta pula gayanya. Lagilah hati Syafiqah tu terbakar mendengarnya.
Saat ini mereka beriringan menuju ke pejabat Saturn Engineering Berhad. Sebaik memasuki ruang pejabat tidak kelihatan seorang pun staf syarikat tersebut.
“Eh encik Ikram, betul ke syarikat ni. Kenapa kosong saja, macam tak ada orang” Syafiqah melilau-lilau melihat persekitaran ruang syarikat tersebut.
Ruang syarikat tersebut lebih kecil jika dibandingkan dengan Global Engineering Holding. Meja kerjanya pun tidak banyak. Mungkin ini syarikat kejuruteraan yang baru hendak menapak kot. Fikir Syafiqah.
“Betullah ni. Memanglah tak ada orang. Hari ni kan hari minggu. Tentulah cuti” Ikram turut memerhatikan ruang syarikat tersebut.
“Tau pulak hari minggu, habis tu kenapa pula nak meeting hari ini. Hari lain tak boleh ke”.
“Sebab esok encik Mustapha tu pergi oversea, so terpaksalah datang hari ini. Ala, hari apa pun tak kisah kan” Ikram turut melilau memerhati keadaan di sekeliling ruang pejabat tersebut.
Tiba-tiba kedengaran suara seseorang yang baru keluar dari bilik mesyuarat. Kelihatan Khairil sedang rancak berbual-bual di telefon bimbitnya.
Syafiqah tersentak.
“Eh, biar betul. Muka lelaki inilah yang pernah hadir dalam mimpi aku. Khairil Ridzwan. Benarkah apa yang aku lihat sekarang ini. Betulkah lelaki itu Khairil Ridzwan”.
“Ok honey, I'll call you back” Khairil mematikan talian sebaik terpandangkan seorang gadis ayu dan seorang lelaki yang amat-amat dikenalinya.
“What's up bro. Still remember me” Khairil mendapatkan Ikram sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Khairil right” balas Ikram yang turut membalas huluran tangan Khairil.
“Tak sangka pula boleh jumpa kat sini. Kau apa khabar bro. Tak berubah aku tengok, masih macho macam dulu juga”.
“Hahaha, of course lah. Aku kan maintain. Aku sihat saja. Kau pula ok ke. Still macam dulu atau pun dah bertaubat dah” tempelak Ikram.
“Ciissss, perasan betul. Maintainlah konon. Nak muntah aku dengar. Ni yang sorang ni memang sahlah Khairil. Inilah lelaki yang aku tunggu-tunggu selama ini, lekaki yang aku dambakan sejak di bangku sekolah lagi. Tapi kenapa perasaan itu seakan samar-samar pula, padahal tuan punya badan sudah berada di depan mata” fikir Syafiqah.
“Weeiii, kau jangan lah nak perli aku kat depan adik manis ni. Ni siapa yang ayu jelita ni. Takkan tak nak kenalkan dekat aku kot” Khairil merenung dalam wajah Syafiqah. Ntah kenapa jantungnya berdegup pantas sewaktu bertentang mata dengan Syafiqah.
“Ohh, lupa pula aku. Ni Syafiqah, kerani dekat Global Engineering Holding. Syafiqah yang ni Khairil Ridzwan, engineer kat sini. Dia ni satu U dengan aku dulu. Ambil course pun sama”.
“Hai apa khabar cik adik manis. Saya Khairil Ridzwan” Khairil menghulur tangan.
Syafiqah cuma melihat huluran tangan Khairil dengan rasa serba salah.
“Dia ni, takkan nak salam dengan aku kot. Mana boleh bersentuh kulit lelaki dengan perempuanlah, haram. Tak sekolah ke. Tu la, time sekolah dulu asyik main je lebih” rungut Syafiqah.
“Err saya Syafiqah”.
“Iiishhhh mamat ni. Agak-agak lah, nak salam-salam pula. Sekali aku debik kepala tu baru tau. Nasib baik Syafiqah tu tak sambut salam dia tu, kalau tidak...” omel Ikram. Perasaan cemburu tiba-tiba merasuk dirinya.
“Ooohhh Syafiqah. Manis nama tu. Macam nama arwah nenek saya. Tapi kalau cik Syafiqah nak tau, masa saya sekolah rendah dulu ada juga budak perempuan ni namanya Syafiqah. Tapi macam langit dengan bumi saja jika nak dibandingkan dengan cik Syafiqah yang di depan saya ni”.
“Iye ke.. Kenapa pula macam langit dengan bumi” amboi-amboi, bukan main kau ye Khairil. Ni mesti kes nak mengutuk aku la ni. Ce cerita, aku nak dengar sangat-sangat ni. Omel Syafiqah sendiri.
“Ye laa, dah lah gemuk, pendek pulak tu. Dah tu spek matanya gila tebal. Agaknya kalau dia buka spek mata tu, kecil saja biji matanya yang nampak. Dah tu, kalau cik Syafiqah nak tau, dia boleh ada hati pula dekat saya. Hiisshhh, menyampah pula bila saya mengingatkannya”.
“Amboi, rancak sangat berbualnya ni. Jomlah kita masuk bilik mesyuarat dulu” Ikram menyampuk. Tak boleh dibiarkan mereka berdua ni terus berbual. Semakin geram pula dia rasa.
“Kenapa encik Khairil menyampah pula. Encik Khairil tak suka dekat dia ke” Syafiqah memotong kata-kata Ikram.
“Sorilah ye Ikram, tapi aku nak tau sangat apa yang Khairil fikirkan tentang aku masa sekolah dulu” jerit hati kecil Syafiqah.
“Maunya tak menyampah. Dah lah tak cantik, gemuk, dah tu rabun pula. Siapa yang nak. Lainlah kalau orang yang macam cik Syafiqah ni” Khairil tersenyum penuh makna.
“Amboi amboi amboi. Sedapnya kau mengata aku gemuk ye. Time sekolah dulu aku bukannya gemuk tau, tapi chubby. Betulkan sikit bahasa kau tu ye. Sekarang bila aku dah cun melecun macam ni, baru pula nak terhegeh-hegeh dekat aku ye” omel Syafiqah.
“Habis tu encik Khairil nak orang yang macam mana”.
“Orang yang macam cik Syafiqah lah” Khairil merenung tajam ke arah Syafiqah.
Syafiqah cuma tersenyum mengejek.
“Ok ok, dah tu. Jom cepat kita masuk meeting room” kedengaran nada suara tegas dari Ikram.
“Apasal lah kau ni melayan si Khairil tu. Kau tak tau ke yang dia tu buaya. Dah aku suka dekat kau, kau nak menggatal dengan orang lain pula” omel Ikram. Hatinya tiba-tiba membengkak saat ini.
Ketiga-tiga mereka terus menuju ke bilik mesyuarat yang terdapat di sudut sebelah kanan pejabat. Sebaik memasuki bilik mesyuarat kelihatan encik Mustafa dengan seorang lagi staf Saturn Engineering Bhd.
“Maaf encik Mustafa. Terlambat sikit. Ada kemalangan dekat highway tadi. Tu yang lambat tu” Ikram menyalami encik Mustafa.
“Ohh ye ke. Tak apalah kalau macam tu. Nak buat macam mana. Benda tak boleh nak elak. Saya rasa eloklah kita mulakan mesyuarat sekarang” balas encik Mustafa.
Kesemua bersetuju dan terus membincangkan tentang projek kerjasama antara Saturn Engineering Berhad dengan Global Engineering Holding.
“Kesian encik Mus, kena tipu hidup-hidup dengan Ikram ni. Pandai pula tu mengarang ayat cakap ada accident lah. Hmmm, mana kau belajar tu Ikram” bebel Syafiqah sendiri.
Saat ini kesemua mereka sibuk membincangkan tentang projek Sumi Stitcher bagi syarikat Continental Sime Tyre. Cuma Syafiqah saja yang kelihatan agak bingung sedikit. Tak berapa faham dengan apa yang dibincangkan. Khairil pula tidak habis-habis asyik mencuri pandang melihat wajah Syafiqah.
“Kenapa pula ni, hati aku ni dari tadi berdebar-debar bila melihat wajah ayu Syafiqah ni. Dah jatuh cinta ke aku ni. Memang lain macam sangat rasanya ni. Aduh mak, nampak gayanya tak lama lagi kena hantar rombongan masuk meminang ni” Khairil melarikan anak matanya daripada terus-terusan memandang Syafiqah apabila dilihatnya Ikram merenung tajam ke arahnya.
“Eh buaya tembaga, kau jangan nak menggatal dengan Syafiqah ni ye. Syafiqah ni aku punya tau tak. Dari tadi aku perhatikan asyik merenung Syafiqah saja. Aku simbah asid kat mata keranjang kau tu baru tau” marah Ikram di dalam hati. Faham sangat dia dengan perangai buaya Khairil tu.
Mesyuarat yang berlangsung selama hampir dua jam itu diteruskan dengan bermacam-macam perasaan yang bermain di hati masing-masing. Khairil dengan renungan tajamnya terhadap Syafiqah, Ikram dengan perasaan cemburu butanya dan Syafiqah pula melayani perasaan bosan yang semakin menggila. Pendek kata, memang tidak ada penumpuan langsung dalam mesyuarat tersebut.
Bila Hati Dah Sayang Novel - Bila Hati Dah Sayang