Yang Disayangi Selalu !!!

Wednesday, April 6, 2011

Penolong Pengarah KDRM ditemui mati di pejabat SPRM


Berita yang agak mengejutkan bagi seluruh anggota KDRM khasnya dan seluruh rakyat Malaysia umumnya.



Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati jam 10.15 pagi, di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Conchrane semalam. Ahmad Sarbani yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, datang sendiri tanpa diarah ke pejabat SPRM itu untuk bertemu pegawai penyiasat.

Mangsa adalah antara pegawai KDRM yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada 1 April lalu di Pejabat Kastam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan suruhanjaya mengikut Akta SPRM 2009 tetapi dibebaskan dengan jaminan pada 2 April.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali dalam sidang medianya, berkata Ahmad Sarbani dikatakan datang pada jam 8.26 pagi semalam untuk berjumpa pegawai penyiasat SPRM yang menjalankan siasatan untuk berbincang sesuatu berhubung perkara itu.

Oleh kerana pegawai penyiasat terbabit sedang bermesyuarat, beliau menunggu di lobi bangunan sehingga jam 9.30 pagi sebelum datang seorang pegawai lain untuk mengiringi Allahyarham ke sebuah bilik pantry di tingkat tiga

Katanya kira-kira 45 minit selepas itu, pegawai yang mengiringinya meninggalkan Ahmad Sarbani sebentar untuk mendapatkan pegawai penyiasat yang ingin ditemui Allahyarham

"Apabila pegawai pengiring terbabit masuk semula ke bilik rehat, beliau dapati pegawai kastam itu sudah tiada dalam bilik. Selepas mencari di sekitar kawasan pejabat, seorang pegawai kami terlihat satu tubuh manusia atas lantai di tingkat satu" katanya

Menurut sumber, Allahyarham datang ke pejabat SPRM untuk menukar kenyataannya kepada SPRM sebelum ini serta mendapatkan tandatangan pengesahan pada borang yang menyatakan beliau dibebaskan dengan jaminan.


Apa yang menjadi persoalannya sekarang bagaimana Sarbani ditemui mati di tingkat 1. Terjatuh, atau pun bunuh diri?.

Semalam, kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu  boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

Ridzuan Mohamad yang merupakan rakan zaman kanak-kanak Sarbani  memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (semalam), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.


“Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Apa pun persoalannya??? Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Aminn.

2 comments:

Anonymous said...

terkejut bila baca newspaper arini... office sprm tu betul2 belakang umh.... seram ler pulak... dh ler sprm baru je pindah ke jln cochrane...

TinTa Biru said...

ye la... mesti seram kan.. saya dapat tau berita tu petang semalam sebab hubby kerja dekat kastam putrajaya.. takziah buat keluarga mangsa..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...