Yang Disayangi Selalu !!!

Monday, March 7, 2011

Cemburu

Cemburu
Perasaan yang lahir dari jiwa
Baik lelaki mahupun perempuan
Semua ada rasa cemburu

Cemburu itu tandanya sayang
Tidak salah kalau cemburu
Tapi biar berpada-pada
Jangan terlalu mengikut rasa

Cemburu buta amat bahaya
Tak usul periksa main belasah saja
Habis terbang periuk belanga
Kerana terlampau mengikut rasa

Bermacam cerita sebab cemburu
Sampai membawa penyakit hati
Menabur fitnah berhasad dengki
Sanggup bercakaran sesama sendiri

Cemburu bertempat dapat membina
Jadi yang terbaik dari orang lain
Terapkan yang positif di dalam diri
Semua yang negatif dibawa pergi


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...