“Cantik dah aku ni. Ni kalau masuk pertandingan Ratu Kebaya ni mesti aku yang menang ni” Syafiqah membelek-belek dirinya di depan cermin.
Baju kebaya hitam berbunga putih kecil itu memang menjadi kegemarannya. Dipadankan pula dengan tudung ekin yang berwarna krim itu, memang nampak anggun dan bergaya sekali. Mekap tipis yang dikenakan menambahkan lagi keayuan wajahnya.
“Ni kalau Ikram tu tengok memang tak tidur malam dah tu. Hihi” Syafiqah tergelak sendiri.
Tidak sabar pula dia menunggu kehadiran Ikram. Jam di dinding ditoleh. Sudah hampir menunjukkan pukul 7.00 pagi. Mungkin sebentar lagi Ikram akan sampai. Langkah kaki diatur menuju ke dapur. Perut yang kosong perlu diisi. Maklumlah nak berjalan jauh ni.
“Wah, cantiknya anak mak ni. Ada dating ke?” Puan Mona yang sedang mencedok nasi lemak ke pinggan mengusik. Syafiqah dipandangnya sekilas. Anak gadisnya ini memang pandai bergaya.
Syafiqah cuma tergelak kecil.
“A'aaa, dating dengan buah hati pengarang jantung” jawab Syafiqah acuh tah acuh. Sambil itu tangannya ligat menuang kopi ke cawan.
“Eh betul ke. Selama ni mak tak tau pula yang anak mak ni ada buah hati. Kalau macam tu confirm hujung tahun ni mak dapat menantu. Hujung tahun depan pula mak timang cucu” Puan Mona buat wajah serius.
Memang dia teringin sangat hendak menimang cucu. Sunyi rumahnya dirasakan terutama bila Syafiqah bekerja. Sudahlah cuma tinggal berdua dengan Syafiqah saja.
Syafiqah cuma mencebik.
“Jauh betullah mak ni berangan. Kan Fiqa cakap semalam, hari ini Fiqa nak pergi JB. Temankan encik Ikram tu. Dia ada meeting dengan bisnes parternya. Mak dah lupa ye” tapi di dalam hati dia turut memasang angan-angan.
“Kalaulah aku jadi isteri Ikram tu kan ke best. Tak payahlah aku nak rindukan dia selalu. Hari-hari boleh menghadap muka dia yang hensem tu. Alahai rindunya aku dekat kau Ikram”.
Saat ini dia terbayangkan wajah macho Ikram yang tersenyum manis ke arahnya. Haii, memang boleh jadi gila bayang bila memikirkannya.
“Hairan pula mak, kenapa pula Fiqa yang nak kena temankan dia. Fiqa tu kan ke kerani saja. Perempuan pula tu. Kenapa tak diajaknya saja staf lelaki lain. Kan ramai engineer kat syarikat dia tu. Agaknya dia sukakan Fiqa tak. Sebab tulah dia ajak Fiqa pergi sekali” teka Puan Mona sambil menyuap nasi lemak yang dibuatnya subuh tadi. Padahal tekaan Puan Mona memang tepat sekali.
“Isshhh, mengarutlah mak ni. Orang macam Fiqa ni, manalah dia nak pandang. Bukannya cantik pun” merendah diri pulalah Syafiqah ni.
“Tak cantik apanya, dah mengalahkan Ratu Cantik dunia lagi mak tengok. Ye la, tengoklah siapa maknya. Kalau maknya pun dah cantik, anaknya pun mestilah cantik” Puan Mona mengangkat bakul sendiri.
Serentak kedengaran Syafiqah dan Puan Mona tergelak kecil. Mereka dua beranak memang begitu, suka bergurau senda.
Bunyi hon kereta di depan rumah mematikan gelak-ketawa mereka sebentar tadi.
“Aaa dah sampai kot anak bos Fiqa tu” Puan Mona mengintai-ngintai keluar. Kelihatan Honda Accord berwarna kelabu diparkir betul-betul di depan pagar rumah mereka.
“Betullah tu, ala mak. Fiqa pergi dulu ye” tegopoh-gapah Syafiqah menyalami Puan Mona.
Nasi lemak di pinggan pun masih belum dihabiskannya lagi. Air kopi yang terhidang cuma diminum ala kadar. Syafiqah lantas mengambil beg tangannya dan berlari-lari anak mendapatkan Ikram. Dia tidak mahu membuatkan Ikram menunggu lama.
“Elok-eloklah Fiqa. Jatuh tergolek nanti kan susah” nasihat Puan Mona yang melihatkan keadaan Syafiqah yang agak kelam-kabut itu. Puan Mona turut mengekori Syafiqah dari belakang. Teringin juga dia hendak melihat rupa si Ikram tu. Manalah tahu kalau boleh dijadikan calon menantu. Sebelum ini pun dia tidak pernah dengar Syafiqah bercerita tentang teman lelaki.
Ikram membuka pintu kereta dan keluar. Matanya dari tadi tertancap ke arah Syafiqah yang berjalan tergopoh-gapah menuju ke arahnya.
“Cantik hari ini” ujar Ikram sepatah kepada Syafiqah yang telah sampai ke Honda Accordnya.
Ala, terlepas cakap pula. Ikram memarahi dirinya sendiri. Sepatutnya pujian tadi hanya dituturkan di dalam hatinya. Ntah macam mana pulalah boleh terlepas cakap.
Muka Syafiqah apalagi merona merahlah. Kembang setaman mendengar pujian dari Ikram.
“Wahh dia puji akulah. Tak sangka betul. Ni yang buat aku kembang ni. Kembang sekembang-kembangnya dah aku rasa. Tambahan pula bila Ikram yang puji. Orang yang aku sukai dan terlalu rindu ni. Lagilah aku kembang. Sebelum ini tak pernah ada lelaki yang puji aku. Tak sangka pula Ikram boleh puji aku macam tu. Eeee suka-suka” Syafiqah dah naik miang dah ni. Jaga-jaga.
“Apa encik Ikram cakap tadi?” Syafiqah berpura-pura tidak mendengar. Teringin mendengar pujian itu sekali lagi. Kalau boleh berkali-kali dia ingin mendengarkannya dari mulut Ikram.
Ikram cuma tersenyum manis. Dalam hatinya berkata,
“Aii Syafiqah, sukalah tu ye dah kena puji. Sampai nak dengar sekali lagi. Tengoklah muka tu, dah merah macam buah delima saja. Geram betul aku tengok wajahnya yang merona merah tu”.
“Aku cakap, kau cantik hari ini. Cantik sangat-sangat” puji Ikram lagi. Pujian yang lahir dari hatinya yang ikhlas. Memang Syafiqah begitu anggun di matanya kala ini. Memang tergoda dan tergugat imannya melihat Syafiqah. Rasa nak saja dipicit-picitnya pipi gebu Syafiqah tu.
“Terima kasih. Tapi hari ini saja ke saya cantik. Hari-hari lain tak cantik ke?” Syafiqah bertanya soalan bodoh. Saja dia ingin menduga Ikram. Padahal dalam hatinya bukan main malu nak menuturkan kata.
“Kalaulah kau tau Syafiqah, kaulah gadis tercantik dan ayu yang pernah aku lihat. Amalina dulu pun tak macam kau. Kecantikan kau merupakan kecantikan yang semulajadi. Walaupun tanpa mekap tapi kau tetap manis dan ayu. Sebab tu jugalah aku sering terbayang-bayang dan terindu-rindukan kau. Rindu serindu-rindunya. Kau tau tak. Kalaulah kau tau perasaan yang bermain dalam hati ini Syafiqah” bentak Ikram di dalam hati sambil galak merenung wajah Syafiqah.
Syafiqah cuma mencebik apabila tidak mendengar jawapan dari Ikram. Malu pula dia bila Ikram cuma tersenyum kacak kepadanya. Memang dia kalah dengan senyuman menggoda Ikram tu. Manis sangat dirasakannya. Silap-silap semut pun akan hurung. Tapi jaga-jaga, buatnya semut gatal yang hurung, tak ke naya.
“Aduhh, tolonglah jangan senyum macam tu. Aku boleh jadi gila bayang tau. Nanti karang tak fasal-fasal pula aku ni menambahkan bilangan ahli di hospital bahagia tu” gumam Syafiqah sendiri.
“Ehh, dah berjanji ke ni. Sedondon je pakai warna hitam” ujar Puan Mona yang tiba-tiba datang ke arah mereka.
Syafiqah dan Ikram saling berpandangan. Baru perasan yang mereka berdua mengenakan pakaian berwarna hitam. Ikram memakai baju kemeja hitam dan berseluar slack kelabu manakala Syafiqah mengenakan baju kebaya hitam berbunga kecil berwarna putih. Memang kedua-duanya nampak sepadan sekali. Sama cantik, sama padan.
“Alahai, sehati sejiwa la pula. Memang serasi bersama lah ni, dah macam sehati berdansa pun ada. Ngee”omel Syafiqah.
“Tak berjanji pun makcik. Kebetulan je ni” tak sangka Ikram warna bajunya sama dengan Syafiqah.
“Kalau macam tu memang ada jodoh la ni. Bolehlah jadi calon menantu makcik ni. Ini ke Ikram?” tanya Puan Mona lagi.
“Amboii mak aku ni. Suka hati dia je nak cakap macam tu. Ada jodohlah..calon menantulah konon. Malulah aku” rungut Syafiqah sendiri. Kalau dengan orang lain mungkin dia tak kisah, tapi ini dengan Ikram. Buatnya Ikram tu tak suka, tak fasal-fasal pula dia dikatakan perasan nanti. Tak ke naya.
“Saya Ikram makcik. Makcik apa khabar?” Ikram menghulurkan tangan untuk bersalam. Memang sungguh bersopan santun gayanya. Dah macam lelaki Melayu terakhir pula lagaknya. Ini yang membuatkan hati Syafiqah ni bertambah-tambah terpikat. Alahai.
“Makcik sihat, alhamdulillah”, boleh tahan juga dia ni. Kacak orangnya. Memang sepadan sangat-sangat dengan Syafiqah ni. Kalau jadi menantu aku pun kira ok juga ni. Puan Mona sempat lagi tu memasang angan-angan.
“Saya nak minta izin dari makcik ni, nak bawa Syafiqah attend meeting dekat JB. Makcik jangan risaulah, saya akan jaga Syafiqah baik-baik” Ikram bersungguh-sungguh. Nak bawa anak dara orang jauh-jauh ni, kenalah minta izin dulu.
“Makcik izinkan. Kalau dia dengan Ikram rasanya makcik tak perlu risau kan. Ikram pun kata tadi nak jaga Syafiqah baik-baik kan” yakin Puan Mona.
Ikram cuma mengangguk kecil sambil tersenyum manis. Memang dia akan menjaga Syafiqah sebaik mungkin. Orang yang dia sayang, takkan dia nak buat tak tentu hala pula.
“Amboi mak, bukan main percaya betul dia dekat Ikram ni. Buatnya Ikram tu pergi jual aku kat Singapura tu karang macam mana. Tapi takkanlah Ikram nak buat macam tu, tengok muka hensemnya tu macam orang boleh percaya saja” gumam Syafiqah sendiri.
“Kalau macam tu tak apalah makcik. Biar kami bertolak dululah. Nanti lewat sampai pula” ujar Ikram lagi sambil menoleh sekilas jam di pergelangan tangannya. Pertemuan dia dengan staf Saturn Engineering Berhad pada pukul 10.30 pagi. Memang elok sangat kalau mereka bertolak sekarang.
“A'aa ye la. Bawa kereta tu elok-elok ye. Syafiqah tu pun tolong jaga elok-elok ye”.
“Jangan risau makcik. Itu sudah semestinya” balas Ikram sambil melirik ke arah Syafiqah. Tak tentu arah Syafiqah dibuatnya. Cepat-cepat Syafiqah melarikan anak matanya dari bertentangan dengan Ikram. Laju sungguh jantungnya bergerak kala ini. Dup dap dup dap bunyinya.
Di dalam Honda Accord milik Ikram kedua-duanya banyak mendiamkan diri. Tiba-tiba perasaan malu menguasai diri. Hanya nyanyian lagu di corong radio yang menjadi penghibur di saat ini.
Sesekali Ikram melirik ke arah Syafiqah di sebelahnya. Kemudian dia tersenyum manis bila melihat Syafiqah tak tentu arah. Suka dia melihatkan reaksi spontan Syafiqah. Gadis ayu disebelahnya memang sering membuat jiwanya tak keruan.
“Sehari bersama kau terasa cepat sangat masa berlalu, tapi sehari tak berjumpa bagaikan bertahun lamanya. Jampi serapah apalah yang kau gunakan dekat aku ni Syafiqah. Setiap hari aku terindu-rindukan kau ni. Aku benar-benar tak keruan ni Syafiqah. Aku benar-benar dah jatuh cinta pada kau. Cinta sangat-sangat” bentak hati kecil Ikram sambil merenung lembut ke wajah Syafiqah.
“Isshhh dia ni. Sikit-sikit nak tengok aku. Lepas tu senyum. Ntah apa yang ditengoknya aku pun tak tahu. Ye la, mana aku nak nampak mata dia di balik kaca mata hitamnya tu. Tak acilah macam ni. Aku pun nak pakai kaca mata hitam juga. Lepas tu aku pun nak tenung dia puas-puas, barulah adil” omel Syafiqah sendiri.
Ye la, sakit pula hatinya melihat gelagat Ikram. Sepuluh minit memandu kemudian dia akan merenung Syafiqah, memandu sepuluh minit lagi, Syafiqah direnungnya semula. Masuk yang ini dah berapa kali renung Syafiqah pun tak pasti. Setiap kali renung, kemudia dia mesti tersenyum manis. Rasa nak tercabut jantung Syafiqah dibuatnya. Tolonglah jangan buat Syafiqah tu macam ni. Dah nak meletup-letup jantungnya dirasakan.
“Mak kau tu dah tak sabar-sabar nak dapat menantu ke?” tiba-tiba Ikram bersuara. Masih terngiang-ngiang suara Puan Mona pagi tadi. Kalau benar jodoh dia dengan Syafiqah, alangkah bagusnya.
“Err, maaflah encik Ikram. Mak saya tu memang suka cakap lepas. Minta maaflah kalau encik Ikram tak suka” ujar Syafiqah sambil membalas pandangan Ikram. Perasaan malu tiba-tiba merasuk dirinya. Di kala berdua-duan dengan Ikram sekarang memang perasaannya jadi tak menentu. Tak tentu hala dirasakannya. Mungkin inikah yang dinamakan cinta. Alangkah indahnya hati bila bermain dengan perasaan. Alahai.
“Tak lah. Aku tak marah pun. Suka lagi adalah. Hihihi” ketawa halus Ikram kedengaran.
“Alaaa, dia gelak pulak dah. Tak tahan aku dengar. Tolonglah Ikram jangan gelak macam tu lagi. Sekejap lagi memang aku cair kat sini juga. Dia tak marah, tapi suka pula bila emak cakap macam tu. Apa maksud dia ni. Dia pun ada perasaan macam aku juga ke. Kalau betul kau suka kat aku kenapa tak luahkan saja Ikram. Takkan aku pula nak mula dulu. Mana boleh, aku ni perempuan. Malulah. Kalau kau masuk meminang sekarang pun aku setuju sangat-sangat. Hati dah suka ni, memang tak boleh nak tahan-tahan dah” omel hati kecil Syafiqah. Sambil itu dia memasang angan-angan sehidup semati bersama Ikram. Semakin parah dah keadaan Ikram dengan Syafiqah ni.
“Kau suka tak apa yang mak kau cakapkan tadi tu?” soal Ikram lagi sambil merenung Syafiqah dalam-dalam. Namun tidak kedengaran jawapan dari bibir comel Syafiqah. Yang dilihatnya takkala ini Syafiqah termenung jauh melayani perasaan.
“Kau ni dah sampai ke London ke. Helloo” Ikram memetik jari di depan muka Syafiqah apabila dilihatnya Syafiqah begitu galak melayani perasaan sendiri.
Terkejut beruk Syafiqah dibuatnya sambil dia mengurut dada perlahan-lahan.
“Isshhh dia ni, suka sangat nak terkejutkan aku. Agaknya kalau aku ada sakit jantung ni, kat sini juga aku padam. Lain kali bagilah salam dulu. Hiissh, nasib baiklah aku suka kat kau. Kalau tidak dah lama kau kena dengan buku lima aku ni” amboi-amboi garangnya Syafiqah ni.
“Err, ada apa encik Ikram. Encik Ikram ada cakap dengan saya ke tadi, atau ada tanya apa-apa dengan saya?” dah sah Syafiqah ni angau. Apa yang diperkatakan oleh Ikram sepatah haram tak masuk ke telinganya. Fikirannya sudah merewang jauh. Orang tu dah ada di sebelah pun masih terfikir-fikir lagi. Apalah Syafiqah ni.
“Kau ni kenapa. Tak dengar ke aku cakap. Rasa-rasanya kau tak pekak lagi kan” bimbang juga Ikram kalau-kalau Syafiqah ni betul-betul pekak.
“Tak lah encik Ikram. Telinga saya ni masih boleh berfungsi dengan baik lagi ni” Syafiqah mengiakan sambil menudingkan jari ke telinganya.
“Betul ke ni. Dah cek betul-betul dah. Rasa-rasa macam ada masalah saja. Kalau ok, tentu kau dengar apa yang aku tanyakan tadi kan?”.
“Isshhh, macam mana aku nak dengar. Kalau aku asyik teringat-ingat kat kau saja. Fikiran ni asyik nak memasang angan-angan yang indah saja. Memang aku ni dah gila bayang tahap orang gila kat Tanjung Rambutan gamaknya. Alahai” bentak hati Syafiqah. Memang tak boleh nak fokus dah ni.
“Ke, kau ni tengah teringatkan seseorang. Atau pun... kau teringatkan aku. Tak payah risaulah, aku kan ada kat sebelah ni. Tengoklah diri aku ni puas-puas, kalau tak nanti rugi pula” Ikram tersenyum manis ke arah Syafiqah. Sengaja dia ingin melihat reaksi Syafiqah. Memang merah macam kena blusher Syafiqah rasa sebaik mendengar kata-kata Ikram.
“Eleh, mengada-ngada pula. Ingat aku ni asyik teringatkan dia saja. Tapiiii... memang betul pun. Huhu, alahai macam mana nak buat ni” omel Syafiqah lagi.
Menyesal pula dia mengikut kata Ikram untuk pergi ke JB. Kalau tidak tentu perasaannya tidak parah seperti sekarang. Tapi rasanya kalau dia duduk di rumah lagilah parah dirinya menanggung rindu.
“Err encik Ikram. Saya nak tanya sikit boleh” Syafiqah cuba mengalihkan topik.
“Boleh. Untuk kau apa-apa pun boleh. Apa dia yang kau nak tanya tu?” soal Ikram lembut.
“Kenapa encik Ikram tak bawa staf lain je yang temankan encik Ikram. Ye la, saya ni kan ke kerani saja, encik Ikram bawa saya pun tak guna. Bukannya saya boleh buat apa pun” Syafiqah ingin tahu. Pertanyaan emaknya pagi tadi membuatkan dia sendiri terfikir apa sebab Ikram beria-ia mengajaknya.
“Kenapa??. kau tak suka aku ajak kau ke?” Ikram memandang Syafiqah sekilas.
“Isshhh, mestilah aku suka. Tapi sajalah aku nak tahu” fikir Syafiqah sendiri.
“Bukanlah macam tu encik Ikram. Cuma saya pelik je”.
“Dah lah. Tak payah tau sebab apa. Ok” Ikram tersenyum manis ke arah Syafiqah lagi. Biar aku seorang je yang tahu sebabnya Syafiqah.
“Kalau aku nak tanya kau sikit boleh?” soal Ikram pula.
“Apalah dia ni, aku punya soalan pun dia tak jawab betul-betul. Lepas tu nak tanya aku pula” bebel hati kecil Syafiqah.
“Apa dia, tanyalah”.
“Emmm, kalau kau jatuh cinta kat seseorang tapi orang tu tak tahu yang kau cintakan dia. Apa yang kau akan buat?”.
“Errr encik Ikram jatuh cinta kat seseorang ke?” soal Syafiqah dengan riak cemburu.
“Ni yang aku tak suka ni. Dah lah jatuh cinta pada orang lain, lepas tu nak minta pendapat aku pula. Dah rasa terbakar hati aku ni. Geram betullah” rungutnya di dalam hati.
“Isssh, siapa yang tanya soalan sekarang ni. Aku yang tanya kau kan. So kau kena jawab soalan aku dulu lah” ujar Ikram. Nak dicepuk juga Syafiqah di sebelahnya ni.
“Ok, saya jawab. Kalau sayalah di tempat encik Ikram, saya akan luahkan saja pada orang yang saya suka tu. Buat apa nak pendam-pendam. Nanti diri sendiri yang merana. Nanti kalau lambat-lambat takut dikebas orang pula” nasihat Syafiqah yang langsung tak ada tauliah dalam bab bercinta ni.
“Tapi.. kalau aku luahkan aku takut dia tak suka aku pula. Lagipun aku takut nak bercinta lagi sebab aku tak nak kecewa lagi” tutur Ikram. Pengalaman cinta pertamanya yang tak kesampaian menyebabkan dia serik untuk bercinta lagi.
“Itu maknanya encik Ikram tak berani nak ambil risiko. Setiap benda yang kita buat tu mesti ada risikonya encik Ikram, termasuklah bercinta ni. Kalau encik Ikram tak cuba, mana tau. Lebih baik cuba daripada langsung tak mencuba kan”.
“Betul juga apa yang kau cakapkan tu Syafiqah. Tapi aku memang tak akan ambil risiko. Biarlah aku pendamkan saja perasaan aku sendiri” fikir Ikram.
“Boleh saya tau, siapa gadis bertuah yang menjadi idaman hati encik Ikram tu?” soal Syafiqah. Memang dia cemburu sangat-sangat ni, tapi dia juga teringin hendak mengenali gadis yang telah berjaya memikat hati Ikram.
“Orang dia cantik. Berbudi pekerti, bersopan-santun. Dan yang penting, aku selesa dengan dia. Aku ingatkan selepas aku kecewa dulu aku tak kan jatuh cinta lagi. Tapi tak sangka pula aku boleh terpikat dengan dia. Dan yang pasti, perasaan aku pada dia melebihi perasaan aku pada Amalina dulu. Tiap-tiap hari asyik terbayangkan wajah dia saja. Memang aku ni dah gila angau dekat dia lah Syafiqah. Nantilah, satu hari nanti kau pasti akan tau juga siapa orangnya” luah Ikram.
“Patutlah sejak akhir-akhir ni mood dia baik saja. Rupa-rupanya tengah dilamun cinta. Padahal aku pula yang dah gila perasan ni ingatkan dia suka dekat aku. Haii dah nasib kaulah Syafiqah. Siapa suruh kau syok sendiri. Ingat si Ikram tu nak terhegeh-hegeh ke dengan orang macam kau ni. Agaknya sebelah mata pun dia tak pandang kau. Huhuhu” tangis Syafiqah di dalam hati.
Tiba-tiba mood Syafiqah yang ceria tadi serta-merta hilang. Ikram disebelah yang sering memandang dan tersenyum macam kerang busuk tu pun tak dihiraukannya. Pandangan matanya dijamu keluar tingkap. Perjalanan ke JB yang memakan masa lebih kurang dua setengah jam itu terlalu lama dirasakannya. Saat ini dia memang rasa benar-benar menyesal kerana mengikut Ikram ke JB. Menyesal sangat-sangat.
Bila Hati Dah Sayang Novel - Bila Hati Dah Sayang