“Fiqa gemuk yea, Fiqa gemuk yea”
Nur Syafiqah terjaga dari tidur. Mimpi yang sering mengganggunya memaksa dia menamatkan tidurnya. Kenangan di zaman persekolahan menerjah kotak fikirannya. Kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Satu persatu kenangan lalu berlegar-legar di fikirannya.
“Fiqa gemuk yea, Fiqa gemuk yea”
“Eii dah la tu Ril. Aku tengok muka dia dah merah tu. Dah nak menangis la” Fazlie menasihatkan Khairil.
Khairil buat bodoh jea. Khairil ni memang jenis yang tak makan saman, tak kisahlah saman ekor ke, saman maut ke, ikut suka dia je. Memang tak reti-reti nak jaga hati orang. Tak ada perasaan langsung.
“Ala biarlah dia menangis. Dia tu anak emak. Hahaha. Aku suka tengok dia nangis. Nanti karang keluarlah cendol hijau dari hidung dia tu. Hahaha”
“Kau ni memang teruk la Ril. Sudah-sudah la tu” Fazlie tak berputus asa menasihatkan Khairil. Bukannya apa, kesian sangat dia melihatkan Fiqa tu. Bukan setakat air mata, air hidung pun semua dah keluar. Silap-silap karang air kencing pun keluar sekali. Uhikksss.
“Yang kau asyik bela dia ni, kenapa. Kau ni kawan aku ke atau kawan si gemuk tu. Ntah-ntah kau syok kat budak gemuk tu yea”
“Tak de la, yang kau buat dia sampai cam tu kenapa. Malu la dia. Dia tu perempuan. Lagipun dia tak de buat salah kat kau pun”
“Argghhh biarlah, aku suka tengok dia nangis”
Fazlie cuma mampu menggeleng kepala. Khairil Ridzwan ni memang terkenal dengan kaki bulinya. Syafiqah tu, bukan pertama kali kena buli, dah banyak kali dah. Kesian betullah. Nak kata gemuk, memang gemuk pun. Tapi gemuk-gemuk dia pun, dia comel. Orang panggil apa “chubby”.
Syafiqah berlari dengan pantas menuju ke tandas perempuan. Dia menangis sepuas-puasnya. Hingus yang keluar dari hidung disedutnya dalam-dalam. Heee pengotor betul la Syafiqah ni. Susuk tubuhnya dilihat di cermin. Gemuk, Syafiqah memang seorang kanak-kanak yang gemuk. Sudahlah gemuk, rabun pula tu. Kecil-kecil lagi dah pakai kaca mata tebal. Mana taknya, kalau tengok tv jaraknya cuma beberapa inci je. Syafiqah menangis lagi. Dalam ramai-ramai orang kat sekolah ni, kenapa Khairil yang selalu mengganggunya. Kenapa Khairil yang sering membuat dia menangis. Padahal Khairil adalah orang yang Syafiqah amat sukai. Bagi kanak-kanak yang baru menginjak 9 tahun, apalah yang dia tahu tentang erti cinta dan sayang. Yang Syafiqah tahu, dia sangat sukakan Khairil. Suka sangat-sangat. Yang dia tahu, dia nakkan Khairil.
Suasana di kelas 3 Mawar hingar-bingar dan lintang-pukang. Dah macam kapal karam pun ada. Para pelajar mengisi masa dengan membuat aktiviti sendiri. Ada yang bersembang, ada yang kejar-mengejar, ada yang bermain kapal terbang kertas. Tapi Syafiqah tenggelam dalam dunia khayalannya sendiri. Kertas lukisan di meja diconteng-conteng dengan begitu bersungguh-sungguh. Gambar seorang lelaki dan perempuan yang sedang berpegangan tangan dilukis. Kemudian dia menulis nama dia dengan Khairil di dalam lukisan tersebut. Berangan-angan bahawa ia akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
“Weiii..kau lukis apa tu. Meh aku tengok” dengan pantas Rina mencapai lukisan yang dilukis oleh Syafiqah.
“Jangan la, bagi balik kat aku”
“Syafiqah love Khairil. Hahahaha. Weii budak gemuk, kau syok kat abang aku yea. Hahaha. Tak malu betul la kau ni. Dah la gemuk, mana padan dengan abang aku. Tapi kenapa gambar kau kat lukisan ni slim je, tak padan langsung. Nanti aku tunjuk kat abang aku” Rina terus berlari menuju ke kelas abangnya yang terletak selang 3 kelas dari kelasnya.
Syafiqah dengan pantas mengejar Rina. Tak boleh jadi ni, kalau Khairil nampak lukisan ni malulah dia. Mana dia nak sorokkan mukanya yang tembam ni.
“Tolonglah Rina, janganlah” rayu Syafiqah sambil mengejar Rina sekuat hati. Dah macam nak masuk acara olahraga dalam sukan Olimpik pulak. Dadanya turun naik dengan kencang sekali. Tak sedar mereka sudah pun berada di Kelas 5 Dahlia.
“Abang, ni ada hadiah istimewa untuk abang” Rina pantas menghulurkan kertas lukisan tersebut kepada Khairil yang sedang rancak berbual dengan kawan-kawannya. Nasib baiklah Cikgu Matematik kelas 5 Dahlia belum masuk lagi. Kalau tak haru juga bila tengok Rina yang menonong je masuk ke kelas tersebut. Dah la tak bagi salam pulak tu, main redah je. Issh, issh issh...
Muka Khairil merah padam, perasaan marah, malu dan geram bercampur satu.
“Waah Ril, kau ada peminat ke. Hahaha. Tak sangka ada secret admirer. Budak gemuk pulak tu. Hahaha” Haiqal tergelak mengejek.
“Kau diamlah Qal” Khairil dengan perasaan yang berapi memandang Syafiqah dengan geram. Syafiqah diam tak terkutik. Mukanya pucat seolah-olah mayat hidup. Rasa malu dan takut semua terbit dalam dirinya. Kenapalah tangan ni gatal-gatal nak mengapplikasikan bakat terpendamnya yang ntah apa-apa tu. Duduk diam-diam tak boleh ke. Sekarang siapa yang susah. Huhuhu.
“Ni apa ni ?..” marah Khairil sambil membaling lukisan yang telah renyuk ke muka Syafiqah. Terkulat-kulat Syafiqah mengutip kembali lukisan yang sudah berbentuk seperti bola itu.
“Kau jangan perasan ye. Ada hati nak kat aku. Eii, tolonglah cermin sikit muka kau tu. Jangan sekali-kali kau nak tulis atau sebut nama aku. Aku tak suka tau tak. Dah la gemuk, perasan nak berdampingan dengan aku. Rasa loya tekak aku tau tak” bebel Khairil sambil jari telunjuknya menunjal-nunjal kepala Syafiqah. Air mata Syafiqah dah tak tertahan mengalir laju.
“Sudah la tu Ril, jangan buat dia macam tu. Kesian dia” Fazlie cuba menenangkan Khairil. Sedih pula dia melihat keadaan Syafiqah waktu itu.
“Dah, kau pergi masuk kelas kau. Menyampah la aku tengok muka kau. Pergiii”
Syafiqah terus berlari dengan laju menuju ke kelasnya. Dia menangis semahunya. Tak sangka hari ini dia dimalukan sebegitu rupa oleh insan yang amat disukainya.
Syafiqah memejam mata. Nafas ditarik dalam-dalam. Sudah hampir 15 tahun peristiwa itu berlaku, namun serasa seperti baru semalam terjadi. Sudah hampir 15 tahun juga dia tidak pernah melihat Khairil. Khairil mengikut keluarganya berpindah ke Johor Bharu ketika berumur 12 tahun. Sejak itu Syafiqah tidak mendengar apa-apa cerita tentang Khairil. Sejak itu jugalah dia terpaksa menjeruk rasa menahan rindu yang terpendam terhadap Khairil. Sudah terkena penyakit angau si Syafiqah ni. Walaupun Khairil banyak mengguriskan hatinya, namun dia sukar untuk menidakkan perasaannya terhadap Khairil. Jika dulu, perasaannya terhadap Khairil sukar untuk dimengertikan, tetapi sekarang Syafiqah tahu dia ada menyimpan perasaan cinta dan sayang kepada Khairil. Syafiqah mengatur langkah menuju ke almari kayu di biliknya. Pintu almari dibuka perlahan. Bekas besi yang berbentuk hati itu dibuka. Kelihatan gambar-gambar lama yang telah lusuh di dalamnya. Gambar-gambar itu diambil satu-persatu dan dibelek-beleknya. Semua gambar-gambar milik Khairil yang diambil dari majalah sekolah itu disimpan rapi semula di dalam bekas tersebut. Kemudian dia mengambil pula sebuah lukisan yang telah lusuh dan berkedut. Lukisan lelaki dan perempuan yang sedang berpegangan tangan itu ditatap. Peristiwa lama kembali mengimbau di ingatan. Jika dulu Syafiqah bergitu mudah untuk menumpahkan air matanya, namun sekarang tidak lagi. Syafiqah telah menjadi seorang yang cekal dan tabah. Seseorang yang tidak mudah untuk dibuli lagi. Syafiqah sekarang bukan seperti Syafiqah yang dulu lagi.
“Fiqa, Fiqa bangun sayang. Dah pukul berapa ni, tak kerja ke” Puan Mona mengetuk pintu bilik Syafiqah sekuat hati. Kalau diikutkan hati, mahu pecah pintu bilik anak gadisnya yang seorang ini diketuknya.
“Ye.. Fiqa bangun la ni” Syafiqah menggeliat malas. Jam yang terletak di meja kecil di bucu katil diambil.
“Haaa.. dah pukul 8 pagi. Laaa, kenapa mak tak kejutkan Fiqa awal-awal. Fiqa dah lambat ni. Alaaa” tergopoh-gapah Syafiqah mengambil tuala dan mandi ala-ala P.Ramlee. Nak cepat ni. Dah la hari ini hari pertama bekerja sebagai kerani di Global Engineering Holdings, dah tu masuk lambat pulak. Hari tu masa temuduga, beria-ia je cakap akan menepati masa. Huhu, mesti kena kaw-kaw dengan Encik Hisyam nanti. Harap-harap orang tua tu masih belum sampai lagi.
“Tunggu!!!” Syafiqah berlari laju menuju ke pintu lif. Dah terlambat sangat ni. First impression dah tak elok ni. Huhu.
“What the hell”
“Oppss sori encik. Saya tak perasan. Minta maaf ye” tu la kalut sangat sampai tak nampak orang kat depan.
Syafiqah memungut briefcase yang terjatuh dan memulangkan kepada tuan empunya.
“Awak ni dah rabun ke buta. Suka-suka je nak langgar orang”
“Maafkan saya, saya tak sengaja. Saya nak cepat ni”
“Abis awak ingat awak sorang je yang nak cepat. Orang lain pun nak cepat juga tapi tak de la clumsy macam awak ni”
Eh eh mamat ni. Clumsy dikatanya. Orang dah minta maaf lagi banyak cakap. Cepuk kepala tu kang. Sengal betul la
“Saya minta maaf la, saya memang tak sengaja”
“Lain kali mata tu jangan letak kat kepala lutut. Letak betul-betul kat tempat dia. Tak de la asyik nak melanggar orang je”
“Awak ni ada masalah apa. Tak faham ke saya cakap saya minta maaf. Lagipun bukannya saya sengaja nak langgar awak” kan dah keluar ayat laser tu.
Syafiqah dah naik menyampah dengan mamat kat depan dia ni. Tak reti-reti bahasa ke. Bukannya cakap bahasa Jepun ke, Thailand ke, cakap Bahasa Melayu la... Tak faham-faham ke.
“Awak yang langgar saya, pastu nak marah-marah saya pula”
“Ye la, dah saya minta maaf tapi awak tu yang berlagak sangat. Dah la, malas la saya nak layan awak. Saya dah lambat ni” Syafiqah berjalan laju menuju ke lif.
Malas nak dilayan mamat yang pelik tu. Ntah apa-apa la.
“Assalamualaikum Cik Nur Syafiqah. Baru sampai ke. Dah pukul berapa dah ni. Tertinggal keretapi ke”
“Waalaikummussalam. Emmm, maafkan saya Encik Hisyam. Saya ada hal sikit pagi tadi”
“Ye la tu. Lain kali jangan lambat lagi. Saya tak suka la staff saya lambat-lambat ni. Emm tolong buatkan saya secawan kopi. Nanti hantar kat bilik saya ye. Emm, Nina tolong kenalkan Syafiqah ni dengan staf-staf yang lain”
“Baik, Encik Hisyam”
Fuuhhh lega. Nasib baiklah Syafiqah dapat bos yang baik hati. Kalau tidak... jenuh nak menjawabnya.
“Amboi Fiqa, first day kerja dah lambat yea. Nasib baiklah Encik Hisyam tu sporting. Sini aku nak expose kau sikit kat orang-orang kat sini” Syafiqah cuma menurut kata-kata Nina.
Nina merupakan anak kawan baik ibunya dan sudah hampir 4 tahun bekerja di Global Engineering's Holding sebagai pelukis pelan. Melalui Nina lah Syafiqah berjaya mendapatkan pekerjaan di syarikat tersebut walaupun hanya sebagai kerani. Lepas seorang-seorang staf di Global Engineering's Holdings diperkenalkan. Jenuh jugalah Syafiqah mempamerkan muka yang manis dan anggun persis ratu cantik dunia tu.
“Haa., ni tempat kau. Tempat aku kat depan tu je. A'aa lagi satu, pantri dekat bahagian belakang di sudut sebelah kiri. Kalau nak buat air, semua barang ada kat situ. Tapi layan diri lah. Cuma air untuk bos kau kena buat lah. Kerani yang sebelum ni pun kena buat air untuk bos. Kalau ada apa-apa yang kau tak faham boleh tanya aku ye”
“Ok, thank you ye Nina”
“Alamak aii, kena buat kopi ke. Aku bukannya tukang buat air la.. huhu” Syafiqah sempat mengomel dalam hati sambil menuju ke pantri.
Matanya melilau-lilau ke arah pantri sambil tangannya ligat mencapai itu dan ini.
“Siapp”
Syafiqah berjalan pantas menuju ke bilik Encik Hisyam.
“Emmm.. Encik Hisyam mesti gila syok kat air yang aku buat ni. Sedap siot. Mesti lepas ni dapat naik gaji. Hahaha”
Berangan betulla Syafiqah ni, dah la datang kerja lambat, ada hati pula nak naik gaji tu. Huhu
“Opocot mak kauu!!!!!..”
“Weeiiii giler ker” Ikram menggelupur kepanasan.
Dah la hati dia yang panas sebab peristiwa kat lobi tadi tak hilang lagi, sekarang ni satu lagi perkara yang memanaskan hatinya berlaku pula. Malang betul nasib dia hari ini. Tambah malang apabila melihat gadis ayu di hadapannya.
“Kau lagiii, apa kau buat kat sini aaa” Ikram menjegilkan matanya ke arah Syafiqah. Macam dah nak terkeluar biji matanya.
“Apa saya buat kat siniii.. Awak tu buat apa kat sini. Dah la jalan macam tak nampak orang” Syafiqah membalas kasar. Geram melihat mamat yang menyinga ke arahnya. Dah la melanggar Syafiqah sampai tertumpah kopi sedap yang dibuatnya, lepas tu tak pandai-pandai nak minta maaf pula. Nak kena ajar ke.
“Fiqa cukup tuu” Nina datang mententeramkannya.
“Saya tanya awak, awak pula yang tanya saya”
“Amboi-amboi, dia tu langgar orang pastu tak minta maaf. Nak marah-marah orang pula. Ni siapa yang nak lap kopi yang dah tumpah ni”
“Awak la yang lap. Takkan aku pula yang nak lap”
Ikram dah semakin menyirap. Banyak cengkadak betul la minah ni.
“Minta maaf Encik Ikram. Staff baru ni” Nina cuba mendamaikan keadaan.
“Encik Ikram... Ohh my God. Siapa dia ni. Busines partner bos ke, tapi takkan lah sebab muda lagi ni. Tak pun anak bos kot.. Habis la aku” Syafiqah meneka-neka.
“Staf baru.. Kenapa saya tak tau pun. Siapa yang ambil”
“Papa yang ambil untuk gantikan Syirin. Syirin kan last day minggu lepas. Dia berhenti sebab nak further study” sampuk Encik Hisyam.
Hairan dia melihat keadaan yang kecoh-kecoh di luar.
Ikram memandang Syafiqah tajam. Kecut perut Syafiqah melihatnya. Alahai tersilap tempat la pula dia melaserkan mulutnya tadi. Tak pasal-pasal termalu sendiri. Nasib kau la kena dengan anak bos yang kerek ni. Huhu.
“Emmm maafkan saya Encik.. Saya tak sengaja.”
“Nanti masuk bilik saya” tegas Ikram.
“Baiklah” Syafiqah menjawab lemah.
Habislah, mesti kena potong gaji. Huhu. Tak pun kena pecat.. Uwaaaaaaa.. Tidakkk.
“Habislah kau Fiqa. Tu la, mulut tu laser sangat. Dah la Encik Ikram tu cerewet tau orangnya. Kerek pula tu. Serius memanjang. Dengan staf tak pernah-pernah nak senyum. Silap sikit mesti nak marah-marah. Eeee panas baran” Nina mengomel.
“Yea la, mana aku tau dia tu anak Encik Hisyam. Kau pun kenapa tak bagi tau aku. Kalau tak, tak de la aku nak memalukan diri tadi. Huhu. Segan gila. Siot betul la”
“Bukannya aku tak nak bagitau, dah kau tu laju sangat melaserkan mulut kau tu. Dah macam keretapi elektrik. Aku nak kasi stop pun tak boleh. So nak buat macam mana. Aku biar je la”
“Kau ni memang la. Tak sayang kawan betul. Huhu. Tak pe la, dah nasib aku. Ok la, aku jumpa dia dulu. Kalau lambat nanti, tak pasal-pasal kena lagi”
“Emmmm, iye la. Sebelum masuk tu baca-baca doa sikit ye. Bagi hati dia lembut. Doa pengasih ke. Hihi”
“Banyak la kau punya doa” Syafiqah sempat menunjukkan buku limanya kepada Nina.
Sudah dua tiga kali Syafiqah mengetuk pintu bilik Ikram, tapi tiada jawapan. Di pintu bilik Ikram tertera jawatannya sebagai Pegurus Projek.
“Ehh ada orang ke tak. Aku rasa ada je kat dalam. Ni mesti kes nak kenakan aku ni” Syafiqah merungut-rungut sambil mengetuk lagi pintu bilik tersebut.
“Masuk” kedengaran suara dari dalam.
Syafiqah melangkah berat menghala ke meja Ikram.. Serba salah pun ada. Nak duduk tapi tak dipelawa pula. Hisshh gawat, gawat. Sudahnya Syafiqah cuma berdiri kaku menanti setiap butir yang keluar dari mulut Ikram.
Ikram cuma memandang Syafiqah dari atas ke bawah. Perasaan marah dan meluat masih menjeruk tangkai hatinya. Sakit hatinya dengan keceluparan Syafiqah masih belum padam lagi.
“Apa tugas kau kat sini”
“Emmm saya sebagai kerani je kat sini. Tugas saya menjalankan apa-apa tugas yang diarahkan oleh pihak atasanlah”
“Ok, kalau macam tu aku nak kau tolong buat satu salinan buku ni. Siapkan hari ini juga. Kalau tak siap, jangan harap kau boleh balik”.
Syafiqah menelan air liurnya yang terasa pahit.
“Mak aii, gila tebal..Ni berapa hari baru boleh siap ni. Kalau paper yang distapler senang juga nak buat salinan, ini buku. Kena buat satu-satu la ni. Alahai, nasib.. nasib..”Syafiqah cuma mampu merungut di dalam hati.
Bila Hati Dah Sayang Novel - Bila Hati Dah Sayang