Yang Disayangi Selalu !!!

Sunday, March 20, 2011

Bila Hati Dah sayang - Bab 3

“Tolong buatkan aku kopi satu ye. Lepas tu masuk bilik aku sekejap. Ada kerja aku nak suruh kau buat” arah Ikram kepada Syafiqah sambil berjalan pantas menuju ke biliknya.
Syafiqah yang tengah sibuk menaip hanya memandang kelat ke arah Ikram. Baru sampai ofis je terus nak mengarah itu ini. Ingat aku ni robot ke. Hissh, mentang-mentanglah anak bos. Bebel Syafiqah di dalam hati.

Pintu bilik Ikram diketuk. Syafiqah membawa kopi ditangannya dengan begitu berhati-hati sekali. Bimbang pula takut terjadi kejadian yang tidak diingini.
“Masuk” kedengaran suara macho dari dalam.
“Encik Ikram, kopi ni”.
“Letak saja kat meja di sofa tu” ujar Ikram ringkas tanpa menoleh ke arah Syafiqah.
Eleh, tak pandang aku langsung. Aku pun tak hairan lah. Macamlah hensem sangat, arwah atuk aku lagi hensem tau. Gumam Syafiqah lagi sambil menuju ke pintu untuk keluar.

“Kau nak ke mana tu?” soal Ikram.
“Nak keluarlah Encik Ikram. Kenapa, ada apa-apa lagi ke”.
Isshhh minah ni. Berangan ke apa.
“Kau ni teringat pakwe ke. Angau semacam je. Kan aku cakap tadi, ada kerja aku nak suruh kau buat”.

Amboi, amboi, suka hati mak nenek dia je cakap aku ni angau. Teringat kat pakwelah. Pakwe-pakwe jangan sebut ye. Nanti karang teringat pula kenangan di alam persekolahan. Teringat kepada Khairil Ridzwan yang telah lama tidak ditemui. Teringat pada dirinya yang menyukai Khairil dulu dan hingga sekarang perasaan itu masih ada.

Macam manalah agaknya rupa Khairil sekarang. Agaknya kalau bertembung pun mesti dah tak kenal. Syafiqah tak kenal Khairil, Khairil pun tak kenal Syafiqah. Ye la, Syafiqah sekarang ni merupakan gadis ayu, tak montel macam masa kecil-kecil dulu. Ini semua disebabkan sakit misteri yang dialaminya ketika waktu kecil dulu. Dia tak lalu makan, tak lalu minum hinggalah tubuhnya yang gemuk menjadi kurus. Mungkin penyakit angau, rindukan Khairil kot. Huhu. Kalau dulu kanta matanya tebal ntah berapa inci, tapi sekarang tak mainlah nak berkanta-kanta ni, konteks lense kan ada. Hahaha.

“Hello, hello, berangan ke. Kau dengar tak apa aku cakap tadi. Hello” ujar Ikram sambil memetik-metik jari. Hairan dia melihat Syafiqah yang tersenyum-senyum seorang diri. Gila ke apa minah ni.

“Ye, Encik Ikram. Maaf ye” alahai macam manalah boleh terberangan pula ni. Tu lah, lain kali jangan disebut pasal pakwe ni. Jauh fikirannya melayang-layang.

“Dah sah lah tu, teringat kat pakwe. Kalau tak, tak adalah senyum-senyum macam orang tak betul je”.
Orang tak betul. Amboi-amboi, boleh tahan laser juga mulut dia ni.
“Eleh, ntah-ntah Encik Ikram yang tengah dilamun cinta, teringatkan buah hati. Saya ni dah lah tak cantik, mana ada pakwe nakkan saya. Lainlah Encik Ikram, muka hensem, anak bos pula tu, mesti ramai yang berkenan” ujar Syafiqah dengan niat hendak bergurau.

Tapi tak semena-mena wajah Ikram berubah kelat. Perkataan buah hati itu mengingatkan dia kepada seseorang, seseorang yang terlalu banyak mengguris hati dan perasaannya.
“Apa yang kau tahu soal cinta. Apa yang kau tahu fasal hati dan perasaan. Dah jangan banyak cakap lagi. Ni, pergi taip quotation ni. Setengah jam lagi aku nak” geram dia apabila sesuatu yang mengingatkan dia kepada seseorang itu disebut-sebut.

Syafiqah mengambil quotation tersebut dan keluar dengan hati yang bernanah. Ala, nak bergurau sikit pun tak boleh. Tiba-tiba je naik hantu tu kenapa. Tak makan ubat lagi agaknya. Padahal dia yang memulakannya dulu. Huh, sukar nak ditafsirkan sikap anak bosnya ini. Cepat sangat berubah.

Quotation yang diberi Ikram dipandang sepi. Tulisan tangannya dah mengalahkan tuan doktor. Sesetengah perkataan itu memang boleh difahami, sesetengah tu memang tak faham langsung. Tambah pula bila ada perkataan-perkataan yang tak pernah didengarnya. Dah tu, bahasa orang putih pulak. Ni yang buat Syafiqah lagi lemah ni. Dia mana la faham sangat nak cakap-cakap orang putih ni. SPM dulu pun Bahasa Inggerisnya setakat paras pinggang je. Huhu.

Nak bertanyakan kepada Rina agak mustahil kerana dia lihat Rina bukan main sibuk lagi. Nak bertanyakan kepada Ikram lagilah mustahil. Dah lah tengah angin tu, nanti tak fasal-fasal pulak kena sembur lagi. Sudahnya Syafiqah menaip sesedap rasa dia saja. Bantai lah labu, janji bila dibaca tu ada bunyi-bunyi sikit. Lantas Syafiqah menaip quotation tersebut secepat mungkin. Cepat tak cepatlah, dia menaip pun dah macam kura-kura berjalan je. Gila lambat. Huhu.

Ikram cuma termenung panjang di biliknya. Fikirannya sedikit kusut dan buntu. Kalau nak diikutkan kerjanya cukup banyak namun hatinya seakan-akan tawar untuk melakukan tugasan tersebut. Ini semua gara-gara Syafiqah. Perkataan yang dilontarkan oleh Syafiqah tadi membuatkan hatinya kembali terusik. Terusik kepada kenangan silam yang meninggalkan parut di hatinya. Ingatannya kepada Amalina begitu mencengkam kalbu.

Amalina, gadis yang mengajarnya tentang erti cinta dan sayang. Gadis yang telah mengajarnya tentang permainan perasaan. Gadis pertama yang telah berjaya mencuri hatinya. Namun segala kebahagiaan cuma dinikmatinya sebentar cuma. Amalina bukanlah gadis seperti yang disangkanya.

“Weii Ik. Tu bukan makwe kau ke” tanya Wadi sambil memuncungkan mulutnya ke arah sepasang kekasih yang bukan main mesra lagi yang sedang berpegangan tangan.
Ikram yang sedang mencuba kasut sukan itu menoleh sekilas ke arah pasangan tersebut. Memang itu Amalina, buah hatinya. Tapi dengan siapa pula tu. Bukan main mesra dan romantik sekali. Hati Ikram tiba-tiba menjadi panas.
Patutlah, tadi bila dia telefon Amalina untuk menemaninya membeli kasut sukan, bukan main lagi berdolak-dalih. Tak sihat lah, banyak kerjalah. Rupa-rupanya buat kerja dengan lelaki lain.

“Ehh kau nak ke mana pula tu Ik, sabarlah” Wadi lantas memegang lengan Ikram apabila dilihatnya Ikram hendak menuju ke arah pasangan tersebut.
“Aku nak buat perhitungan terakhir dengan dia. Jantan tu aku nak kerjakan, baru bertemu buku dengan ruas” langkah kaki Ikram semakin panjang menghampiri Amalina dengan lelaki tersebut. Lagaknya seolah-olah singa yang kelaparan hendak membaham mangsanya.

“Ik, tunggu Ik. Jangan buat macam tu lah. Malu nanti” Wadi berlari-lari anak mengejar Ikram. Bimbang pula jika terjadi pergaduhan. Malu besar nanti. Tambahan pula hujung minggu ni, pengunjung di Mid Valley memang ramai dari hari biasa. Menyesal pula dia memberitahu Ikram tentang perkara tersebut. Maklumlah dia ni memang radio bergerak.

“Cuba Alin jelaskan pada abang, apa semua ni?” soal Ikram kasar sambil merentap lengan Amalina.
Hatinya begitu sakit apabila melihat Amalina bukan main mesra dengan lelaki lain di belakangnya. Padahal bila berdepan, pijak semut pun tak mati.
Amalina yang agak terperanjat dengan kehadiran Ikram tiba-tiba menjadi pucat.
“Kau ni kenapa haaa, ada masalah apa pula ni. Tiba-tiba je datang nak tunjuk samseng kat sini” lelaki di sebelah Amalina tiba-tiba menolak Ikram dengan kasar. Nasib baiklah Ikram ni sasa dan tegap orangnya, kalau tidak gerenti dah mencium lantai.

“Memang ada masalah besar kat sini. Yang jadi masalahnya kau. Suka-suka hati je nak keluar dengan makwe orang ni kenapa” soal Ikram sambil menggenggam buku limanya. Saat ini tak tahulah hantu mana yang telah merasuknya. Perasaan cemburu dan marah benar-benar merajai hatinya kala ini. Marah kepada Amalina dan juga mamat yang tak berapa nak hensem di depannya ini. Dah lah tak hensem, kurus kering macam cicak kobin pula tu.
“Ik, dah tu Ik. Jom kita balik” usaha Wadi untuk menenangkan keadaan namun tidak berhasil. Saat ini semua mata pengunjung Mid Valley yang kebetulan berada berhampiran mereka begitu galak menyaksikan wayang percuma.

“Makwe.. hahahaha. Sayang, bagitau kat I siapa lelaki sewel ni”.
Ikram menjadi semakin angin. Sewel dikatanya. Penumbuk yang dikepalnya cuma tunggu masa saja untuk dilabuhkan ke muka mamat di depannya ini. Saat ini semua mata tertumpu ke arah Amalina.
“Sebenarnya.. sebenarnya.. sayang tak kenal pun siapa lelaki ni. Memang dari dulu lagi dia selalu kacau sayang” jawab Amalina bagi menutup malunya.

Ikram yang mendengar penjelasan Amalina tiba-tiba menjadi sebak. Siap bersayang-sayang pula dengan cicak kobin ni . Uweekkk, nak muntah rasa. Ikram tidak menyangka orang yang teramat disayanginya sanggup berkata sedemikian. Terasa seolah-olah dirinya ditipu dalam sedar. Hampir 3 tahun Ikram dan Amalina menjalinkan hubungan cinta, sejak dari alam persekolahan hinggalah ke menara gading. Sudah banyak wang ringgitnya habis demi mengikutkan kehendak perempuan di depannya ini. Alih-alih dia boleh cakap tak kenal. Memang angin dah naik sampai ke kepala bila mendengarkan kata-kata tersebut.

“Hahahaha. Kau dengar tu. Kalau orang tak suka, jangan lah nak terhegeh-hegeh. Tak tau malu langsung. Kalau kau nak tau. Alin ni tunang aku. Tahun depan kitorang buat majlis. Kalau aku baik hati, aku bagilah kad undangan pada kau. Hahaha. Tapi aku jemput kau sebagai tukang cuci pinggan mangkuk je la ye. Hahahaha”

“Tukang cuci pinggan mangkuk kepala otak kau. Ambil ni”, marah Ikram sambil menumbuk muka cicak kobin di depannya. Apalagi, terpusing-pusing cicak kobin tu dibuatnya. Ingatkan kuat sangat, rupa-rupanya lembik nak mampus. Memang geram tahap ultraman taro dah dirasakannya. Saat ini memang terdengar suara sorakan orang ramai yang memerhati. Ahhh, peduli apa, ni sesi lepas geram ni.

“Sayang sakit ke” Amalina lantas meluru ke arah tunangnya yang sudah teduduk di lantai.
Ikutkan hati, dengan Amalina ni sekali nak ditumbuknya. Namun walau marah tahap gaban sekalipun Ikram tetap memegang prinsip tidak memukul kaum yang lemah yakni perempuanlah.

“Tak pe lah bro. You ambillah perempuan ni. Perempuan macam ni I pun tak heran. Bersepah-sepah. Materealistik, mulut cakap cinta, sayang tapi dalam hati. Penipu besar. Pandai bermain kata-kata. Jom Wadi, buang masa je layan orang tak guna ni” terasa puas hati Ikram dapat melepaskan rasa marah yang meluap-luap.

Sejak kejadian itulah Ikram mula berubah sikap. Dengan perempuan memang dia sukar untuk berlembut. Baginya tidak ada perempuan yang jujur dan ikhlas dengan cinta. Perempuan hanya pandai berlakon semata-mata. Mudah mengungkapkan sayang, cinta dan rindu namun di hati tidak seumpama kata. Sejak itu jugalah Ikram mengunci pintu hatinya untuk jatuh cinta lagi. Baginya tidak ada wanita yang layak untuk menerima cintanya. Dan baginya juga dia tidak akan jatuh cinta sekali lagi. Wahhh, boleh percaya ke ni Ikram.

Ikram melangkah kaki menuju ke sofa. Kenangan lalu dibuang jauh. Kopi panas yang dibuat Syafiqah tadi dihirup perlahan. Sedap, terasa dirinya begitu segar sekali.
“Hmmm pandai juga minah ni buat kopi ye. Tak sia-sia papa hire dia”.
Tiba-tiba perasaan untuk mengenakan Syafiqah datang lagi. Ntah lah, Ikram sendiri tidak pasti dengan tindakannya. Tapi dia cukup suka mengenakan Syafiqah. Terasa seperti dirinya terhibur dengan setiap perbuatannya mengenakan Syafiqah. Apalah Ikram ni, memang tak patut betullah. Kesian Syafiqah.

“Hello, ye. Baiklah” jawab Syafiqah ringkas. Serentak air mukanya berubah. Tak habis-habis nak melayan kerenah Ikram yang ntah apa-apa tu.

“Haii, nasib baiklah aku ni penyabar orangnya. Kalau tak dah lama aku cabut” bebel Syafiqah lagi.
Bila memikirkan begitu sukar untuk mencari pekerjaan sekarang ini, Syafiqah terpaksa menguatkan semangatnya. Kerja perlu diteruskan. Sedangkan orang yang keluar Universiti pun ramai yang tanam anggur, inikan pula dia yang belajar setakat SPM ni. Dahlah setakat SPM je, keputusannya pula sekadar cukup-cukup makan je. Huhuhu.

Pintu bilik Ikram diketuk perlahan. Kedengaran suara Ikram yang menyuruhnya masuk. Syafiqah berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Ikram
“Apa lagilah yang orang tua ni tak puas hati dengan aku ni” bebel Syafiqah sendiri.
“Ni kopi ni. Kau ni reti buat kopi ke tak. Aku rasa payau semacam je. Pergi buatkan aku secawan lagi” arah Ikram.
“Baik Encik Ikram” Syafiqah cuma membalas perlahan.

Cawan kopi di atas meja Ikram diambil.
“Eleh, tak sedap konon. Padahal habis diminumnya. Setitik pun tak tinggal. Kalau sedap cakap je lah sedap. Tu pun susah sangat. Kalau nak lagi, cakap je lah nak lagi. Tak payah lah nak cover-cover pula. Ego nak mampus betullah” gumam Syafiqah lagi.

“Quotation tadi dah siap ke” soal Ikram lagi sebaik saja Syafiqah telah sampai ke pintu.
“Err, ada sikit lagi Encik Ikram” balas Syafiqah gugup. Sikit konon, padahal lagi separuh tak siap tu. Uwaaa.
“Ok, siapkan cepat. Client tengah tunggu tu”.
“Baik Encik Ikram” balas Syafiqah perlahan. Dalam hati dah pening-pening lalat dah ni. Nak dalam masa setengah jam, banyak pula tu. Huhuhu, meraunglah Syafiqah ni di dalam hati.

“Apa ni, banyak sangat typing error” marah Ikram sambil melemparkan kertas-kertas quotation tersebut di meja Syafiqah. Kesemua staf Global Engineering Holdings kecut perut melihat wajah Ikram yang dah macam anakonda lapar tu.
“Awak ni reti baca ke tidak. Dah lah Mr Lim tu bising-bising dekat saya minta quotation ni. Saya janji nak faks kat dia pukul 11 ni. Dah lah siap lambat, lepas tu banyak mistake pula. Kalau dah banyak silap macam mana nak bagi pada client” bebel Ikram panjang lebar.

Syafiqah cuma terkulat-kulat mendengar makian Ikram. Huh, panas betul telinganya saat ini. Malu pun ye pada staf-staf yang lain. Kalau ye pun nak marah, panggillah masuk bilik. Ini marah dekat luar, semua staf boleh dengar. Gila malu. Huhu.

“Susahlah macam ni. Aku dah janji dengan client tau tak. Nanti tak on time la benda ni semua. Client kita kena jaga sebab itu punca periuk nasi syarikat. Kau tau tak. Kalau tak tau, ni aku bagitau” bebel Ikram lagi.

“Ala, macamlah aku tak tau. Itu aku pun tau. Habis tu nak buat macam mana. Dahlah tulisan gila cantik, sebab tulah aku banyak buat typing error. Faham tak, kalau tak faham ni aku nak kasi faham” gumam Syafiqah pula. Tapi setakat di dalam hati je lah. Nak diluahkan kata-kata tersebut, tak fasal-fasal dia kena pecat hari ini juga nanti.

“Maafkan saya Encik Ikram. Saya tak faham tulisan Encik. Sebab tu saya banyak buat silap tu. Tulisan Encik tu dah mengalahkan tulisan doktor” Syafiqah menjawab perlahan. Tak boleh nak diberi muka dengan anak bosnya ni. Kalau tidak, dah macam mentimun dengan durian je.

Ooo menjawab juga minah ni ye. Nak perli-perli aku pula.
“Kalau dah mengalahkan tulisan doktor, maknanya cantiklah tu kan. Sebab setahu aku, tulisan doktor tu memang tak boleh nak dibaca langsung” balas Ikram pula. Dia cukup geram bila ada orang membalas kata-katanya.

Dia ni faham peribahasa ke tidak. Dah perasan pula cakap tulisannya cantik.
“Maksud saya, tulisan Encik Ikram tu tak boleh nak baca. Susah nak faham. Orang cakap apa, macam cakar ayam” kalau tak jelas lagi tak tahulah.
“Habis tu kalau tak faham, tak reti-reti nak bertanya. Mulut ada kan. Susah sangat ke nak tanya dekat aku. Berat sangat nak buka mulut tu kenapa. Ada emas ke kat dalam mulut tu”.

Staf-staf Global Engineering Holdings cuma memerhatikan saja perang dingin antara Ikram dengan Syafiqah. Tak sangka mereka Syafiqah ni boleh tahan juga beraninya. Selalunya staf-staf yang lain memang tidak menjawab setiap kali dimarahi Ikram.

“Kalau dalam mulut saya ni ada emas Encik Ikram, senang hidup saya. Dah kaya raya dah. Tak payah susah-susah nak kerja kat sini. Nganga mulut je, keluar emas. Wahh best tu” Syafiqah menjawab bodoh. Nina yang dari tadi menjadi pemerhati tergelak kecil mendengar kata-kata Syafiqah. Sempat lagi tu nak buat lawak bodoh.

“Banyaklah kau punya nganga. Dah, quotation ni mana yang silap aku betulkan. Nanti kau taip semula. Lepas ni aku gerenti kau boleh baca tulisan aku. Kalau kau tak reti-reti juga tu maknanya kau memang rabun” jawab Ikram kasar lantas mengambil quotation di atas meja Syafiqah.

Cehhh, rabun-rabun jangan sebut ye. Pantang keturunan datuk nenek moyang aku. Gumam Syafiqah sendiri. Terasa pula yang dirinya memang rabun sejak kecil. Huhuhu. Kalau tak ada konteks lense ni memang teraba-raba lah dia. Huhu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...