Yang Disayangi Selalu !!!

Sunday, March 20, 2011

Bila Hati Dah sayang - Bab 5

Syafiqah merasa tengkuknya yang panas. Memang panas tahap air mendidih dah ni dirasakannya. Uisshh, kalau tahap air mendidih, rasa-rasanya dah jadi arwah dah Syafiqah ni. Huhu. Kepala pula dirasakan teramat berat. Memang tak salah lagilah ni dia dah demam. Bukan setakat demam saja, batuk, selesema semuanya cukup. Ini semua gara-gara mandi hujan semalam. Maklumlah antibodinya bukan kuat sangat. Dah macam budak-budak je. Huhu.

“Ala, demam lah pula. Macam mana nak pergi kerja ni. Nampaknya memang kena cutilah hari ini. Haii, terpaksalah pecah rekod nampak gayanya” gumam Syafiqah sendiri.

Maklumlah sepanjang 10 bulan bekerja di Global Engineering Holdings tidak pernah sekalipun dia tidak datang kerja. Dalam keadaan yang amat payah Syafiqah menggapai telefon bimbitnya. Lantas nombor Nina didailnya.

“Hello, Assalamualaikum”.
“Waalaikummussalam. Siapa ni” soal Nina hairan.
“Weiii akulah, Fiqa ni. Tak kenal pula ke”.
“Laa kau ke Fiqa. Apasal suara rock macam Ella je. Apahal kau call aku pagi-pagi ni”, memang Nina tak cam suara Syafiqah tadi. Garau semacam je bunyinya.
“Fiqa nak ambil mc lah hari ni. Tak sihat badan lah” ujar Syafiqah sambil terbatuk-batuk kecil.
“Apasal pula, kau demam ke?”.
“Ye la. Semalam Fiqa pergi main hujan. Hihi”, teringat saat-saat dia bersama Ikram semalam. Memang memori daun pisang betullah.
“Haa, tu la fasal. Dah besar panjang pun nak main hujan lagi. Tengok, tak fasal-fasal dah demam. Kalau macam tu oklah, nanti Nina bagitau kat singa jantan tu ye”.
“Ya. Ok baiii. Assalamualaikum”.
“Waalaikummussalam” lantas talian dimatikan.

Syafiqah menyambung kembali tidurnya. Selimut tebal yang berwarna merah jambu itu ditutup menyelubungi badannya. Sesekali dia menggigil kecil. Alahai, kenapalah demam ni. Tak dapatlah dia nak melihat wajah Ikram yang manis berlesung pipit itu. Ahh, tiba-tiba dirinya menjadi rindu kepada Ikram. Rindu sangat-sangat. Harap-harap tidurnya ini dia dibuai mimpi bersama-sama dengan Ikram.

Ikram tergopoh-gapah menuju ke Global Engineering Holdings. Sekali lagi dia terlambat bangun. Sejak akhir-akhir ini begitu sukar untuk dia melelapkan mata. Ntah apa yang difikirkannya pun dia tidak tahu.

Sebaik memasuki ruang pejabat matanya meliar kearah tempat duduk Syafiqah. Kosong.
“Mana pula lah Syafiqah ni pergi. Tak kan tak sampai lagi kot. Dah lah aku lambat, dia lagi lambat dari aku. Hisssh, memang tak boleh jadi betullah. Dah lawan tokeh ni” gumam Ikram di dalam hati.

“Nina, Syafiqah mana?” soal Ikram. Niat dihatinya ingin menyuruh Syafiqah membuatkan kopi untuknya. Sudah seperti orang ketagih pula dirasakannya. Kalau sehari tak minum kopi buatan Syafiqah memang tidak sah. Tapi bila tiba hari minggu terpaksalah dia menahan rasa. Tu lah, kalau nak minum kopi buatan Syafiqah tu hari-hari senang je, suntinglah dia menjadi isteri. Hihihi.

“Dia mc hari ini encik Ikram. Tak sihat badan, demam”.
“Laaa, mc pula ke. Melepaslah aku nak minum kopi sedapnya. Hmm. Demam ke. Mesti demam sebab terkena hujan semalam. Kesiannya” gumam Ikram sendiri.
“Kau tolong buatkan aku kopi satu” ujar Ikram lagi lalu berjalan menuju ke biliknya.

Nina cuma mengangguk perlahan. Tak pernah-pernah dia buat kopi untuk Ikram, hari ini kena buat pula. Haii, nasib, nasib. Lantas langkah kakinya diatur menuju ke pantri.

Ikram cuma memandang kosong ke siling. Fikirannya melayang-layang. Terasa bosan telah merajai dirinya saat ini. Ketidakhadiran Syafiqah membuatkan harinya menjadi suram. Membuatkan harinya menjadi gelap dan malap.

“Kalau minah tu ada, boleh juga aku kenakan dia. Seronok pula bertekak dengan dia tu. Ada-ada saja jawapannya. Walaupun kadang-kadang terasa hendak marah, tapi kehadirannya boleh menceriakan suasana. Hmmm, bosannya hari ini” Ikram merungut sendiri. Kerja-kerja yang perlu dibereskan langsung tidak disentuhnya. Memang dia hilang mood sungguh hari ini.

Saat ini dia terbayang-bayangkan wajah Syafiqah. Wajah Syafiqah seolah-olah berada di mana-mana saja. Syafiqah yang kelihatan sedang tersenyum manis ke arahnya.

Ahhh, tiba-tiba dirinya menjadi rindu dengan Syafiqah. Rindu pada gadis genit itu. Rindu pada senyumannya, rindu pada suaranya, rindu pada kopi buatannya, rindu segala-galanya milik Syafiqah. Kenapalah perasaan seperti ini mengganggu dirinya.

Perasaan seperti ini jugalah yang dia rasa ketika bersama Amalina dulu. Cinta... mungkinkah dia sedang dilamun cinta. Ahh, tak ada maknanya dia nak jatuh cinta lagi. Dia tidak boleh jatuh cinta lagi. Perempuan hanya pandai memainkan perasaan lelaki. Hanya pandai menabur kata-kata yang manis. Syafiqah juga seorang perempuan, dan perempuan semuanya sama. Tak boleh dipercayai langsung.

“Tidak, aku tak boleh jatuh cinta dengan Syafiqah. Dan aku tak akan jatuh cinta lagi”, luah Ikram.
Fikirannya dirasakan amat bercelaru di kala ini. Lantas kopi yang terhidang di atas meja diambil dan diteguknya.

“Makkk aiiiii. Ni kopi ke apa ni. Pahit semacam je” luah Ikram dengan muka yang kelat.
Lantas jarinya mendail pantas sambungan Nina.
“Nina, ni kopi apa yang kau bagi pada aku ni”.
“Kopi... Kopi kapal api lah encik Ikram” Nina menjawab lurus. Hairan pula dia, tiba-tiba nak naik angin pula ni. Memang dasar singa jantan betullah.
“Aku tahulah kopi kapal api. Tapi kau tak letak gula ke. Pahit sangat ni. Kau reti buat ke tidak. Dah lah, kau ambil balik air kopi kau ni. Kalau macam ni, tak dapat minum kopi pun tak apa” bebel Ikram lagi. Kecewa dirasakannya, tidak dapat minum kopi buatan Syafiqah, orang lain pula menjadi mangsa marahnya. Huhu.

Gagang telefon dihempas kuat. Marah sungguh dia di kala ini. Dalam keadaan yang marah itu, ntah macam mana tangannya tertepis cawan kopi di atas meja. Apa lagi memang habislah meja kerjanya dan segala macam benda yang terdapat di atas meja tersebut.
“Ahhhhh” Ikram mengeluh kuat.
Dahlah tengah tension tahap superman ni, malang pula datang bertimpa-timpa.

“Nina, kau masuk bilik aku cepat. Ni semua kopi tak sedap kau punya fasal. Habis dah meja aku ni. Masuk sekarang” luah Ikram dengan kasar.
“Baik encik Ikram” terkula-kulat Nina menjawab. Terasa hatinya begitu membengkak dan bernanah di kala ini. Heee, geram, geram. Dah kena sampuk agaknya si Ikram tu.

“Masuklah, kan aku suruh masuk tadi” jerit Ikram lagi. Sakit hatinya mendengar ketukan di pintu bertalu-talu. Dah pekak ke apa orang yang mengetuk pintu biliknya ini. Dah disuruh masuk tapi buat tak tahu saja.
“Kenapa ni, marah-marah ni. Cuba bawa bertenang” ujar encik Hisyam yang telahpun berada di depan pintu. Ditenungnya muka keruh Ikram dengan tenang.
“Ohh, papa. Tak ada apa-apalah” Ikram menjawab lemah. Ntahlah, apa yang dia buat hari ini semuanya tidak kena. Apa yang dilakukannya hari ini semuanya tidak menjadi. Mungkin disebabkan tidak ada Syafiqah di sisi. Hmmm.

Encik Hisyam cuma tersenyum memandang Ikram, anak tunggalnya. Wajah Ikram saling tak tumpah mengikut arwah isterinya. Bermata bundar, berkening lebat dan berlesung pipit. Tiba-tiba pula dia terasa rindu dengan arwah isterinya. Arwah isterinya meninggal dunia akibat kanser payudara, pembunuh utama wanita.

“Papa ada hal sikit nak bincang dengan Ik ni” Encik Hisyam memulakan bicara.
“Hal apa tu pa”.
“Berkenaan dengan projek Sumi Stitcher tu la. Projek untuk Continental Sime Tyre. Syarikat kita akan bekerjasama dengan Saturn Engineering Berhad untuk sama-sama menguruskan projek ini. Jadi papa rasa hujung minggu ni kita kena pergi sana untuk bincang fasal projek tersebut”.
“Oooo, syarikat yang dekat JB tu ke pa?”.
“Ha'aa, betullah tu. Syarikat milik encik Mustapha”.
“Kalau macam tu ok lah”.
“Ok lah, papa keluar dulu ye”.

Ikram cuma mengangguk perlahan. Sudah lama juga dia tidak ke out station ni. Sudah hampir setahun. Kalau kerja-kerja yang melibatkan out station ni, memang agak meletihkan. Tapi dia perlu cekal dan kuat semangat sebab semua itu akan mendatangkan hasilnya nanti.

Syafiqah sedang menanti seseorang di Tasik Titiwangsa. Dah naik berasap punggungnya akibat duduk terlalu lama, tapi kelibat lelaki itu masih belum kelihatan.

“Sori, abang lambat. Ada hal sikit tadi. Dah lama ke tunggu” soal Ikram sambil tersenyum manis menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya.

Ini yang membuatkan Syafiqah semakin jatuh hati kepadanya.
“Taklah, baru je sampai. Tak sampai lima minit pun” Syafiqah membalas lembut.

Tak sampai lima minitlah konon, padahal kalau tunggu seminit lagi, mau terbakar punggungnya nanti.

“Jom, kita pergi Restoran Nelayan. Tentu sayang dah lapar kan” ujar Ikram lagi.

Syafiqah cuma mengangguk kecil. Tidak membantah setiap kata yang keluar dari mulut Ikram. Mereka berjalan beriringan menuju ke Restoran Nelayan. Saat ini dia rasakan teramat-amat bahagia. Rupa-rupanya Ikram turut menyimpan perasaan padanya. Rupa-rupanya selama ini Syafiqah tidak bertepuk sebelah tangan. Sudah hampir sebulan dia menjadi kekasih Ikram. Walaupun Ikram digelar singa jantan oleh rakan sekerjanya, namun Ikram ni sebenarnya romantik orangnya.

Saat ini mereka berada di Restoran Nelayan sambil menunggu hidangan yang dipesan sebentar tadi.
“Sayang, abang nak bagi sayang sesuatu ni” ujar Ikram lagi sambil menyeluk saku seluarnya.
Kotak baldu yang berwarna merah dan berbentuk hati itu diberikan kepada Syafiqah.
“Apa ni bang” soal Syafiqah ingin tahu. Takkala ini hatinya begitu berdebar-debar sekali.
“Kalau nak tahu, sayang bukalah sendiri” jawab Ikram lagi sambil memandang Syafiqah dengan penuh makna.

Syafiqah yang memang hendak tahu sangat isi di dalam kotak tersebut membukanya dengan pantas. Tak ada cover-cover langsung. Gelojah betullah Syafiqah ni. Sebaik kotak tersebut dibuka kelihatan sebentuk cincin berlian yang cantik sekali.

“Nak pinang aku ke. Kalau betullah, pucuk dicita ulam mendatang. Kecil tapak tangan stadium negara aku tadahkan. Ngeee” Syafiqah berkata sendiri.
“Sudi tak sayang menjadi isteri abang, menjadi ibu kepada anak-anak abang. Abang nak melamar sayang ni” ujar Ikram sambil memegang lembut tangan Syafiqah.

Saat ini Syafiqah rasakan mukanya tiba-tiba merah seperti buah delima. Malu-malu kambing dirasakannya. Memang dia sudah sedia dengan jawapan yang pasti akan membuatkan Ikram tersenyum panjang, tapi dia malu untuk mengatakannya.
“Jawablah, sayang setuju ke tak ni?” Ikram inginkan kepastian.
Syafiqah cuma mengangguk perlahan. Setujulah, takkan tak setuju pula. Rugilah badan kalau dia menolak lamaran Ikram.

“Aku tak setuju” tiba-tiba seorang lelaki datang ke arah mereka berdua. Kotak baldu tersebut dirampasnya dengan kasar dari tangan Syafiqah. Syafiqah dan Ikram agak terkejut dengan tindakan lelaki tersebut.
“Siapa pula ni” Syafiqah tertanya-tanya. Dia memang tidak pernah melihat lelaki itu.
“Saudara, apa sebenarnya ni. Apa yang saudara mahu. Tolong jangan ganggu kami. Kami tak kenal pun saudara” Ikram cuba mendamaikan keadaan.
“Kau memang tak kenal aku. Tapi perempuan ni kenal dengan aku”.
“Siapa dia ni sayang” tanya Ikram yang benar-benar keliru saat ini.
“Fiqa tak kenal pun siapa dia ni. Memang tak pernah tengok pun”.
“Tak kenal kau cakap. Dulu masa sekolah, bukan main kau tergila-gilakan aku. Ajak aku couple dengan kau. Dah tu sekarang, kau nak kahwin dengan orang lain pula. Ni Khairil Ridzwan lah. Khairil Ridzwan tau tak”.

Syafiqah terpana seketika. Khairil Ridzwan. Ya Allah, betulkah ini. Betulkah lelaki di depannya saat ini adalah Khairil Ridzwan. Saat ini fikirannya benar-benar bercelaru. Antara Khairil Ridzwan dan Ikram. Adakah dia harus memilih salah seorang dari mereka. Ahhh, kepalanya menjadi semakin berat. Kepalanya menjadi semakin pening. Dia ingin lari dari segala kekalutan ini.
“Tidakkkkkkkkkkk” Syafiqah menjerit nyaring.

“Fiqa, Fiqa. Kenapa ni” Puan Mona mengejutkan Syafiqah yang terjerit-jerit gila kuat itu. Dah macam orang terkena histeria lagaknya.

Syafiqah terjaga dari mimpinya. Peluh dingin di dahi dikesatnya perlahan-lahan.

“Kenapa dengan kamu ni. Tak makan ubat ke lagi. Terjerit-jerit dah macam orang kena kejar hantu pocong je” rungut Puan Mona lagi.
Dahi Syafiqah dirasa dengan tapak tangannya. Dah semakin kebah demam anak gadisnya ini.
“Fiqa tak ada apa-apa. Fiqa ok”.
“Kalau macam tu tak apalah. Fiqa berehatlah dulu. Mak nak ke dapur, siapkan makan malam” ujar Puan Mona sambil mengatur kaki menuju ke dapur.

Syafiqah cuma mengangguk perlahan. Impian dia supaya Ikram hadir dalam mimpinya memang menjadi kenyataan. Tapi tiba-tiba pula datang kelibat Khairil Ridzwan. Betulkah yang datang dalam mimpinya tadi adalah Khairil. Syafiqah tertanya-tanya. Dia terfikir-fikir, apakah maksud mimpinya sebentar tadi.

Khairil memperlahankan kenderaannya. Jam ditangannya dikerling sekilas. Sudah hampir pukul 1.30 petang. Dia telah berjanji dengan Hani untuk makan tengahari bersama. Mungkin Hani telah lama menunggunya di Restoran Delima.
“Ahhhh, tak apalah, sekali sekala menunggu ni. Tak luak pun”.

“Oh.. no, no” Khairil menjerit kecil apabila sebuah Kelisa kuning yang baru keluar dari kawasan tempat letak kereta seakan-akan mahu melanggar keretanya.
“Dummm” bukan seakan-akan lagi dah, dah memang kena langgar pun RX7 hitam kesayangannya itu.
Di dalam hati bukan main berapi-api marahnya. Siapalah tuan punya Kelisa ni. Tak reti bawa kereta ke. Memang dia nak maki hamun cukup-cukup tuan punya Kelisa kuning itu.

“Alamak macam mana ni. Dah terlanggar kereta orang ni. Tu lah, gatal sangat nak bawa kereta sendiri. Tau lah baru dapat lesen. Huhu. Matilah aku” Fatin menyumpah seranah sendiri. Kecut perut pula dia melihat tuan punya kereta yang dilanggarnya tadi.
“Weii keluar, keluar cepat. Aku nak cakap dengan kau ni” Khairil menepuk-nepuk bumbung Kelisa kuning tersebut. Dah macam mafia pun ada.

Geram pula dia bila tuan kereta tersebut cuma duduk diam di dalam kereta. Dah langgar kereta orang, boleh buat tak tahu pula. Memang nak kena gusti dengan dia ni.

Fatin membuka pintu keretanya perlahan-lahan. Memang dia takut tahap tikus mondok dah ni. Tak fasal-fasal gaji dia bulan ni melayang macam tu saja. Sebab nak kena bayar dekat mamat di depannya ni.

Khairil yang bukan main marah tadi tiba-tiba saja sejuk bila melihatkan Fatin. Macam api yang tengah marak tiba-tiba kena jirus dengan air. Memang pantang dia bila melihat perempuan berdahi licin ni.
“Waaahhh, gila cun awek ni. Kalau aku tau awal-awal tadi, tak adalah aku nak cakap kasar-kasar tadi. Aduh.. jatuh saham sekejap”, Khairil bermonolog.

“Maafkan saya encik. Saya tak sengaja” ujar Fatin perlahan sambil melihat keadaan kereta yang dilanggarnya tadi. Teruk tu tak adalah teruk sangat, tapi pecah jugalah signal kereta lelaki tersebut.

“Ehh, tak ada apalah. Saya cuma nak tanya keadaan cik je. Ok ke, atau ada luka kat mana-mana” Khairil memulakan ayat powernya untuk mengoda Fatin.

“Eh, mamat ni. Betul ke tidak ni. Kalau tak silap, aku yang langgar kereta dia, bukannya dia yang langgar kereta aku. Kenapa pula dia tanya keadaan aku. Tapi ok juga tu” fikir Fatin sendiri.

“Saya tak ada apa-apa. Ok, tak ada luka kat mana-mana pun. Tapi kereta encik ni lah teruk. Tak apalah, nanti saya bagi duit untuk encik baiki kereta ni ye” ujar Fatin lagi.
Cehhh, nak bagi duit konon, padahal gaji tiap-tiap bulan pun cuma cukup-cukup makan saja. Huhu.

“Eh tak apa, tak apa. Small matter je tu. Kereta cik ni ha yang teruk ni. Ni kad saya. Kalau cik nak baik kereta ni nanti saya yang akan bayarkan. Salah saya tadi tu”.
Fatin membelek-belek kad tersebut. Hairan juga dia melihat gelagat mamat di depannya ini. Sewel ke apa dia ni.
“Ohhh, engineer rupanya mamat ni” gumam Fatin sendiri.
“Kalau macam tu, tak apalah ye. Saya minta maaf fasal tadi tu” ujar Fatin lagi.
“Ehhh tak apa. Tak payah nak minta-minta maaf ni. Saya harap lain kali mungkin kita boleh jumpa lagi. Lupa pula saya, saya Khairil Ridzwan. Nama cik” Khairil tak mahu melepaskan peluang untuk mengenali gadis ayu di depannya ini.
“Saya Fatin” ujar Fatin ringkas.
“Cik tak ada nombor telefon ke. Mungkin nanti saya boleh calling-calling” Khairil mengayat.
“Tak apalah. Kalau ada apa-apa, saya yang akan calling dulu. Ok ye, saya pergi dulu. Assalamualaikum”, balas Fatin.
Apa kes dia nak bagi nombor telefon dekat orang yang dia tak kenal ni. Bukan prinsip dia tu.
“Ok lah. Waalaikummussalam” Khairil menjawab lemah.
“Eh, cik. Bawa kereta tu hati-hati ye” sempat lagi tu dia bagi nasihat pada Fatin ni.

Fatin cuma mengangguk perlahan. Lantas Kelisa kuningnya dipecut perlahan meninggalkan Khairil.
Khairil cuma memerhatikan RX7 kesayangannya. Nasib kaulah kereta. Hmmm.

Khairil galak mengacau-ngacau milo ais di gelas. Saat ini jiwanya begitu dihimpit kebosanan. Gadis genit di depannya dipandang sinis. Permintaan Hani memang cukup berat baginya. Khairil memang tidak menyangka Hani begitu memandang serius pada hubungan mereka. Lagipun Khairil cuma menganggap Hani sekadar teman tapi mesra. Tidak perlu terikat dengan apa-apa ikatan, terutamanya ikatan perkahwinan. Maklumlah Khairil tu kan playboy JB. Apa kes nak bercintan-cintun ni. Tak ada maknanya nak kahwin awal-awal. Masa muda nilah perlu enjoy puas-puas. Wah, wah, wah.

“You jadi tak nak datang rumah I hujung minggu ni” soal Hani dengan aksi gediknya.
“Nak buat apa?” Khairil menjawab bodoh.
“Laa, buat-buat tak tahu pula. Mama dengan papa I nak jumpa sangat dengan you. Bila lagi you nak jumpa dengan bakal mertua you ni”.

Cehhh, bakal mertua konon. Uwekkk, nak muntah Khairil rasa. Memang dah gila perasan Hani ni. Siapa yang nak kahwin dengan dia.

“I busy lah sayang. Ada appointment dengan client”.
“Appointment apa bendanya hujung-hujung minggu ni. You jangan nak tipu I lah. I tahu, hujung minggu ni you datang rumah I” desak Hani lagi.
“Nak tipu apanya pula, memang I ada appointment. Dengan business partner bos. Nak bincangkan fasal projek yang kitorang dapat haritu” jawab Khairil bersungguh-sungguh.
“Takkan lah weekend pun nak bincang fasal kerja. You nak lari dari I ye” soal Hani lagi. Amat-amat berharap agar Khairil menurut permintaannya.

“Memanglah, memang aku nak lari dari kau pun” bebel Khairil di dalam hati.
“Nak lari apanya pula. Memang betullah. Diorang datang dari KL tu” terang Khairil lagi.
“Kalau macam tu tak apalah. Next week je lah you datang rumah I ye”.
“Ok sayang, next week I datang rumah you ye” Khairil bermanis mulut.
Hani cuma tersenyum manja.
Next week konon, boleh jalanlah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...