Yang Disayangi Selalu !!!

Sunday, March 20, 2011

Bila Hati Dah sayang - Bab 2

Ikram mengeluh kepenatan. Peluh dingin mengalir perlahan melalui mukanya yang macho.
Kepenatan kerana berjoging mengelilingi kawasan perumahannya mula terasa.
“Ikram nak air, nanti boleh Mak Jah bawakan” sapa Mak Jah apabila melihat Ikram di muka pintu.
Mak Jah merupakan orang gaji di rumah Encik Hisyam dan telah lama berkhidmat sejak isteri Encik Hisyam meninggal dunia. Mak Jah jugalah yang telah mendidik dan menjaga Ikram dari kecil sehingga dah besar panjang seperti sekarang.

“Tak pe la Mak Jah, nanti kalau nak Ikram ambil sendiri” Ikram menjawab lembut sambil tersenyum menampakkan kedua-dua lesung pipit di pipinya. Manis sekali. Walaupun Mak Jah hanya merupakan orang gaji di rumahnya namun Ikram amat menghormati Mak Jah. Mak Jah juga telah dianggap seperti ibunya sendiri.

Jam di pergelangan tangannya dilihat. Sudah hampir menunjukkan pukul 7.00 malam. Sejenak ingatannya tertumpu kepada Syafiqah, gadis manis yang membuatkan hati Ikram panas siang tadi.
“Sudah balik ke belum agaknya dia tu”
Teringat yang dia menyuruh Syafiqah membuat satu salinan buku Engineering yang setebal hampir 1000 muka surat. Gila apa, nak siapkan hari ini. Mesti tak sempat punya. Tapi disebabkan marah tahap gaban jadi Ikram meminta Syafiqah menyiapkannya hari ini juga. Alasannya untuk digunakan pada esok hari. Padahal buku tersebut dah naik berhabuk sebab lama tak digunakan. Teruk betullah Ikram ni.
Terimbau muka Syafiqah yang kelat apabila menerima arahan tersebut. Nampak sangat tidak berpuas hati dengan tugas yang diberi. Dalam hati Ikram menguntum senyum.
“Padan muka, tu la.. Cakap kasar dengan aku lagi”

Syafiqah semakin gelisah. Hari sudah semakin gelap, sedangkan kerjanya masih belum selesai lagi.
“Encik Ikram ni dah tak betul agaknya. Ada ke nak suruh aku fotostat satu buku ni. Dah la tebal nak mampus. Gila apa.. tadi Encik Hisyam suruh balik, tapi pandai-pandai jer si Ikram tu bagi alasan. Eee.. geram betullah. Takkanlah nak kena buli lagi kot. Cukuplah masa zaman sekolah dulu jer”.

Syafiqah merungut-rungut sendirian. Dalam hatinya terdetik juga perasaan takut. Yea la, tinggal keseorangan di pejabat yang besar ini. Silap haribulan datang pula tetamu yang tak diundang..
Huuiisssshhh.. meremang bulu roma dibuatnya. Syafiqah melangkah perlahan menuju ke tempat duduknya. Lelah juga dia membuat salinan buku tersebut. Tekak pula terasa amat kering dan perit sekali.

“Opocooottt!!!!” Syafiqah menjerit kuat. Nyanyian lagu Tomok (Berlari) di telefon bimbitnya membuatkan jantungnya hampir tercabut. Tertera nama Mak di skrin Blueberrynya.
Mesti Puan Mona gila risau sebab Syafiqah masih belum pulang lagi. Yea la, dah la hari pertama bekerja, balik lewat pulak tu. Nak buat macam mana dah kena buli dengan anak bos. Huhu.

“Hello, Assalamualaikum. Fiqa, kenapa tak balik lagi ni. Dah pukul berapa dah ni. Fiqa kat mana. Mak risau la. Fiqa ok ker. Hello, hello”
“Waalaikummussalam. Fiqa kat ofis lagi la mak. Ada kerja sikit. Lepas siap Fiqa balik la. Fiqa ok je. Jangan risau” Syafiqah menjawab setiap pertanyaan emaknya.
Syafiqah tergelak dalam hati dengan gelagat emaknya. Tak boleh nak mencelah langsung, berjela-jela soalan yang ditanya oleh emaknya.
“Kerja apa yang dibuat sampai lewat sangat balik tu. Fiqa dengan siapa kat ofis tu”
“Fiqa sorang-sorang je mak. Ni haa.. anak bos bagi Fiqa kerja. Nak kena siapkan hari ini juga. Esok dia dah nak”.
“Sorang-sorang.. Ishhh, bahaya tu. Dah la tu, balik je la. Nanti kalau jadi apa-apa kan susah. Mak dah la cuma ada Fiqa sorang je. Anak bos Fiqa tu tak ada perasaan ke suruh staf perempuan balik lewat-lewat camni. Penting sangat ke kerja yang disuruhnya tu sampai tak boleh nak tunggu esok. Hmmm tu la, bos Fiqa tak lebih-lebih. Anak dia pula yang lebih-lebih. Dia nak kena dengan mak ni”
“Hikhik.. ala mak ni. Jangan risau la. Insyaallah tak kan jadi apa-apa” Syafiqah tergelak kecil mendengar celoteh emaknya.
“Emm iye la tu. Nanti kalau jadi apa-apa, mak juga yang susah. Dah la tu, balik cepat”
“Iye la, Fiqa balik la ni”
“Ok, balik tau. Assalamualaikum”
“Waalaikummussalam”

Syafiqah malas hendak berlawan cakap dengan emaknya. Kalau tidak meleret-leret ayatnya. Lebih baik Syafiqah beralah saja bagi menyedapkan hati emaknya. Tekak Syafiqah yang sedia kering dirasakan bertambah-tambah kering.

“Ahh, nak kena buat kopi o ni. Bagi segar sikit badan aku ni”
Syafiqah lantas menuju ke arah pantri yang terletak di bahagian belakang. Jarak dari mesin fotostat ke pantri adalah lebih kurang 15 meter tapi Syafiqah merasakan teramat jauh sekali. Lebih kurang 6 buah meja staf Global Engineering's Holdings terpaksa dilalui. Sampai ke meja yang kelima Syafiqah berdiri kaku. Telinganya yang comel itu jelas menangkap bunyi tombol pintu utama dibuka. Degupan jantung Syafiqah semakin berdegup kencang.
“Apa lak tu.. hantu ker.. tak pun pencuri.. harap-harap bukan. Ya Allah kuatkanlah semangat aku”
Syafiqah ni nampak je macam berani, tapi penakut nak mampus. Apa-apa yang menggelikan dan apa-apa yang menyeramkan semuanya dia takut. Anak lipas yang baru menetas pun takut.. Geli katanya. Huhu.

Dalam keadaan yang takut-takut itu Syafiqah sempat mengambil penyapu yang terletak di bilik stor. Dia mahu bersedia dengan sebarang kemungkinan. Sepantas kilat Syafiqah berlari menuju ke pintu utama. Sejurus itu pintu kelihatan dibuka. Kelihatan sesusuk tubuh lelaki yang cuma berpakaian t-shirt putih dengan jeans biru. Dengan sepenuh tenaga Syafiqah mengangkat penyapu dan memukul kuat kepala pemuda tersebut.

“Aduhhh.. sakitnya” Ikram mengusap-usap kepalanya yang tiba-tiba rasa berdenyut. Apa benda pula yang jatuh menimpa kepalanya tadi. Apabila menoleh ke belakang Ikram terpandangkan Syafiqah yang berwajah pucat sambil memegang penyapu di tangan.
“Kau ni kenapa. Yang kau pergi ketuk kepala aku ni apahal”
“Emmm, emmm, sori Encik Ikram. Saya ingatkan pencuri tadi” Syafiqah menjawab perlahan.
Aduhh, kena lagi. Ingatkan pencuri nak pecah masuk, rupa-rupanya anak bos dia yang kerek ni. Masak la nak menjawabnya. Yang Ikram datang ofis ni nak buat apa pula. Sibuk je, kan kepala tu dah benjol.
“Pencuri apanya yang nak masuk sini. Bukannya kedai emas ke, bank ke, kedai pajak gadai ke. Kalau kedai emas tu kira ok la pencuri tu nak masuk. Ini.... hmmmm. Pencuri yang bodoh je la yang akan masuk pejabat ni”
“Eh.. betul jugak ye. Ada logiknya juga kata-kata anak bos aku yang kerek ni. Ahhhh, tapi aku tengah takut tahap cipan ni, mana aku nak fikir semua-semua tu. Main belasah je la. Tapi buat apa dia datang sini, risau kat aku kot” Syafiqah berfikir sendiri.
“Emmm, Encik Ikram kenapa datang sini”
“Aku nak ambil barang yang tertinggal tadi. Kerja yang aku suruh tadi dah siap ke?”
“Ceehhhh.. nak ambil barang rupanya. Ingatkan risau kat aku ke. Hampehh” rungut Syafiqah di dalam hati.
“Emm kerja tadi belum siap lagi la Encik Ikram. Ada sikit lagi”
“Tak pe la. Tak payah buat lagi. Lagipun aku bukannya nak guna pun benda tu. Hari pun dah lewat ni. Nanti aku hantar kau balik” Ikram berjalan pantas menuju ke biliknya.

“Whatttttttttt..... Tak nak guna. Abis tu sengaja la tu nak kenakan aku.. Eeee memang mangkuk tingkat betullah si Ikram ni. Gerammnyaaaaa” Syafiqah menyumpah seranah.

Ikram melilau memerhati seluruh biliknya. Terfikir-fikir apa agaknya benda yang boleh dia bawa balik. Ahh, fail ni pun bolehlah. Dengan pantas tangannya mencapai fail putih yang sedia ada di atas meja. Sebenarnya tujuan dia datang semula ke pejabat adalah sebab risaukan keadaan Syafiqah sendirian. Bimbang pula takut terjadi perkara yang tidak diingini kepada Syafiqah. Tapi.. nak mengaku depan Syafiqah., sorilaaa. Jatuh saham beb. Walaupun marah tapi Ikram sebenarnya masih ada sifat bertimbangrasa. Tapi sifat tersebut bagaikan tersembunyi di sebalik wajahnya yang memanjang je serius. Sebelum ini Ikram merupakan seorang yang ceria, peramah dan amat disenangi, namun disebabkan seseorang sikap Ikram turut berubah. Seseorang yang satu masa dahulu amat dicintainya sepenuh hati.

Sejak masuk ke perut Honda Accord milik Ikram, Syafiqah cuma membisu seribu bahasa. Tak ada hati nak bercerita. Masih marah dengan Ikram yang mengenakannya. Lagipun apa kes nak beramah-tamah. Bukannya mesra sangat pun. Ikram juga dari tadi cuma melayani perasaan. Nyanyian lagu Siti Nurhaliza yang berkumandang di corong radio membuatkan kedua-duanya begitu asyik melayani perasaan masing-masing.
“Kau lapar tak. Nak makan dulu ke”
“Tak pe la Encik Ikram. Tolong hantar saya balik dah la. Lagipun mak saya dah masak kat rumah”
Ikram cuma mengangguk perlahan. Honda Accordnya meluncur laju menghala ke rumah Syafiqah yang terletak di Cheras.

Puan Mona berjalan mundar-mandir dari tadi. Jam di dinding dipandangnya berkali-kali. Pintu pagar di hadapan rumahnya turut direnung berkali-kali, namun kelibat Syafiqah masih belum kelihatan. Hatinya menjadi semakin risau. Tambahan pula dengan keadaan pada masa sekarang, macam-macam kes boleh berlaku. Kes bunuh oranglah, kes culiklah, kes rogollah..eeee seram Puan Mona memikirkannya. Tiba-tiba kelihatan sebuah kereta mewah berhenti betul-betul di depan pagar rumahnya. Puan Mona mengintai-intai melalui pintu sliding rumahnya.
“Siapa pula yang datang malam-malam ni” Puan Mona tertanya-tanya.
“Ooo, Fiqa rupanya. Tapi siapa pula yang hantar dia balik tu. Naik kereta mewah pula tu. Hmm”
Puan Mona membuka pintu rumah sebaik melihat kelibat Syafiqah.
“Assalamualaikum mak” sapa Syafiqah sebaik sampai di muka pintu.
“Waalaikummussalam. Siapa yang hantar Fiqa balik tadi. Bukan main besar keretanya. Lelaki ke perempuan. Anak bos Fiqa ker?” bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Puan Mona. Dah macam peluru michigan je meletusnya.
“A'aaa, anak bos Fiqa lah. Hmmm Fiqa lapar lah mak. Ada apa-apa tak nak makan” soal Syafiqah manja sambil sambil mengelus-elus lengan emaknya.
“Ada kat dapur tu. Jomlah, mak siapkan untuk Fiqa”
Syafiqah tersenyum meleret. “Sayang emak.. ummmaaaahhh” satu kucupan lembut singgah di pipi Puan Mona.

Telefon bimbit Khairil Ridzwan dari tadi bergetar-getar di poket seluarnya. Serba sedikit tumpuannya dalam mesyuarat tersebut agak terganggu.
“Heee siapalah yang call tak henti-henti ni. Dah tak angkat tu maknanya sibuklah. Tak faham-faham ke” rungut Khairil sambil mematikan telefon bimbit berkenaan.

Sempat dia melihat nama yang tertera di skrin telefon tersebut. Hani.. gadis yang agak manja dan gedik itu kadangkala sering membuatkan Khairil berasa sesak nafas, seringkali membuatkannya lemas. Di antara ramai-ramai perempuan yang sering keluar dengannya, Hanilah yang paling mengada-ngada sekali. Rimas, rimas betul dibuatnya. Mana tidaknya, asyik nak berkepit saja. Bagi Khairil, dia tidak suka terikat dengan hubungan cinta. Mungkin bagi Hani, Khairil adalah kekasih hatinya namun tidak pada Khairil. Dia bebas untuk keluar dengan mana-mana perempuan yang dia suka. Kalau tidak masakan rakan-rakan sepejabatnya memberikan gelaran “Playboy JB”. Khairil tersenyum sendiri, terasa bangga pula dia dengan gelaran tersebut.

“Khairil ada apa-apa cadangan untuk projek kali ini” soal Encik Mustapha, Pengarah Urusan di Saturn Engineering Berhad.
“Errr.. buat masa ini tak ada apa-apa Encik Mus” jawab Khairil gugup. Jauh betul dia mengelamun sebentar tadi.
“Baiklah, kalau macam tu kita tamatkan dulu mesyuarat untuk kali ini. Assalamualaikum semua” ujar Encik Mustapha ringkas.
“Waalaikummussalam”

Khairil berasa lega sangat-sangat. Mesyuarat yang berlangsung hampir 2 jam itu membuatkan punggungnya terasa kebas semacam. Lenguh satu badan dibuatnya. Nasib baiklah Encik Mustapha cepat-cepat menghabiskan mesyuarat tersebut.

“Encik Khairil, ni ada banyak pesanan untuk encik ni” beritahu Suri sebaik sahaja terlihat kelibat Khairil yang baru keluar dari bilik mesyuarat. Naik bernanah telinganya mendengar bebelan dari perempuan yang bernama Hani tadi. Kalau ye pun nak lepas geram agak-agaklah. Suka-suka dia saja nak maki hamun orang. Tahulah dia cuma kuli batak saja di syarikat ini.
“Ye sayang, ada apa” ujar Khairil lembut sambil menghampiri Suri.
Hmmm, macam manalah ramai perempuan tak sangkut, bahasa jiwang karat betullah. Nasib baiklah Suri ni dah masak dengan perangai Khairil. Masa mula-mula baru bekerja di Saturn Engineering Berhad ni, bermain perasaan juga dia bila Khairil asyik memanggilnya sayang.
“Cik Hani your beloved girlfriend tu call, dia suruh Encik Khairil call back . Urgent katanya”
“My beloved girlfriend???? Ooooo which one ye?? Tak kenallah. Bukan Suri ke my beloved girlfriend” ujar Khairil sambil tersenyum nakal.
“Encik Khairil ni, nak mengada-ngada pula. Tu laa, ramai sangat makwe sampai dah tak tau yang mana satu. Dalam ramai-ramai tu nanti siapalah yang bakal menjadi calon isteri encik ye?” soal Suri sinis.
“Calon isteri.. hihihi.. Bukan Suri ke calon isteri saya. Cakaplah bila saya boleh masuk meminang” ujar Khairil sambil tergelak nakal.
“Masuk meminang.. Tak pe lah Encik Khairil. Tak sanggup saya, nanti tak fasal-fasal kena serang dengan makwe-makwe Encik Khairil tu”

Khairil tergelak nakal. Langkah kaki dibawa menuju ke tempat duduknya. Telefon bimbit yang dimatikan sebentar tadi di on kan semula. Berjela-jela bunyi mesej yang masuk. Kebanyakannya kesemuanya dari Hani. Hmmm apalah yang dimahukan oleh gadis tersebut. Lantas punat-punat telefon ditekan. Nombor Hani didail juga akhirnya.

“Hello sayang” ucap Khairil dengan nada romantiknya.
“Eee you pergi mana aaa. I call banyak kali lah. Dah lah tak reti-reti nak angkat. Lepas tu suka-suka je off handset. You ni kenapa?” Hani meluahkan perasaaan marahnya. Hatinya terasa membengkak dengan tindakan Khairil.
“Sorrylah sayang. I ada meeting tadi. You kenalah faham” ujar Khairil yang sedikit geram dengan percakapan kasar Hani. Heee, kalau jadi bini macam manalah ni. Simpang malaikat 44.
“Meeting.. meeting.. meeting. Tak habis-habis dengan meeting. You ni lebih pentingkan kerja you dari I lah. Bosan lah I macam ni”
“Oklah sayang. Tengahari ni kita lunch sama ye” pujuk Khairil.
“Kalau macam tu ok lah. You ambil I kat butik ye” nada suara Hani dilembutkan sedikit.
“Ok dear.. see u. Baiii” talian dimatikan. Cepat merajuk.. cepat juga lembut bila dipujuk. Perempuan, perempuan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...