|
Rumpai laut warna ungu |
As salam... dan selamat pagi...
Pernah tak anda semua mendengar tentang kolagen rumpai laut. Tinta tak pasti samada fenomena kolagen rumpai laut ni dah lama ataupun baru tapi yang pasti tinta baru je tahu pasal itu.
Rasa-rasanya semua tahu yang kolagen ni amat penting untuk tubuh kita. Sebab itulah banyak produk sekarang yang mengandungi kolagen. Kolagen
merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk
memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat
lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam
kulit, tulang dan juga gigi. Semakin usia meningkat, kolagen di dalam badan kita pun semakin berkurangan. Sebab itulah, perlu untuk kita mengambil produk yang berasaskan kolagen ini.
Sekarang ni banyak pilihan samada kita nak ambil kolagen yang telah diekstrak ataupun yang asli. Kalau yang dah diekstrak tu harganya lebih mahal sikit berbanding yang asli ni.
Disebabkan untuk menjaga kesihatan so, tinta try lah kolagen rumpai laut ni. Ia turut dipanggil PMC (Pure Marine Colagen). Baru semalam tinta cuba. Baru sangat-sangat, so tak boleh nak buat testimoni lagi. Tengoklah kalau rajin nanti, sebulan lepas guna tinta akan buat testimoni.
Tinta guna rumpai laut yang warna ungu macam gambar di atas. Rumpai laut warna kuning pun ada juga. Masa mula-mula dapat tu, tinta rasa macam sikit sangat 100 gm tu. Cukup ke sampai 3-4 minggu ni? Sebab kalau nak diikutkan 100 gm tu penggunaannya dalam 3-4 minggu tapi lepas dah rebus tu, memang banyak.
Penyediaannya agak rumit sikit. Mula2 kita kena basuh rumpai laut tu 5 hingga 6 kali. Macam kita basuh beras tu. Tujuannya adalah untuk membuang kemasinan garam laut yang terdapat pada rumpai laut berkenaan. Maklumlah, rumpai laut ni hidupnya di dalam laut.
Lepas dah basuh bersih-bersih tu kita rendam semalaman, dalam tempoh lebih kurang 8 jam. Nanti dia akan kembang sikitlah. Lepas dah direndam semalaman, kita basuh semula 5 hingga 6 kali. Kemudian rebus dalam air 2.5liter dalam tempoh lebih kurang 20 ke 25 minit. Masa rumpai laut ni tengah mendidihlah akan terserlah bau yang kurang enak. Hihi.. Macam mana nak cakap bau dia ek, macam bau dekat tali air pun ada. Huhu.. Setengah orang tak boleh nak telan rumpai laut ni disebabkan bau dialah. Tapi pada tinta, bau dia tak adalah kuat sangat berbanding dengan pati ikan haruan yang hubby tinta beli time tinta accident aritu. Sampai sekarang tak makan-makan. Huhu.
Semasa mendidih boleh juga kalau kita nak campurkan dengan gula batu. Tinta tak campur dengan apa-apa pun sebab tinta nak gunakan sebagai masker juga. Ni kes malas nak mengasingkan yang bergula dengan yang tak bergula lah ni. Hihi. Lepas dah siap rebus, biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk, bukan di bahagian beku dingin tu ye.
|
Kolagen yang dah siap direbus. |
|
|
|
|
|
|
Okey, PMC ni diambil selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Pastikan perut kita kosong masa tu. Ia boleh dimakan begitu saja. Tapi tinta tak makan macam tulah. Tinta campurkan dengan air kordial ataupun apa-apa air kegemaran. Ada juga yang bancuh bersama dengan air suam dan madu.
Rasanya... pada tinta dia tak ada rasa sangat. Macam kita makan jeli dan lengkong. Pada tinta, rasanya ... tahap boleh telan.. So pada sesiapa yang nak mencuba PMC ni, cubalah sebab ia baik untuk kesihatan. Nantilah, next entri tinta akan cerita pasal khasiat dia.. Selamat mencuba..
Bila Hati Dah Sayang Penjagaan Diri