Wah!!! Hari ini pergi kerja meriah sungguh..
Sebabnya di perkarangan udara Putrajaya penuh dengan belon-belon udara..
Terlupa pula yang pesta belon tu bermula hari ini.
Wah, cantik-cantik belonnya. Yang paling menarik belon bentuk kartun yang warna hijau tu.
Tak tau lak kartun apa. Dan lagi satu belon yang berbentuk orang utan. Memang meriah.
So, siapa yang berminat nak naik belon tu bolehlah datang..
Program bermula dari 28 hingga 31 Mac dari pukul 7.00 pagi hingga 9.00 malam.
Kalau anda nak naik belon ni pastikan anda orang yang terawal beratur sebab tiket adalah terhad. Kalau tak silap harga tiket RM10.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak.
Tinta yang dekat sini pun tak pernah lagi naik belon. Nantilah, ada kesempatan nak try naik juga.
Tapi tadi kan, ada 1 belon tu turun sekejap. Belon warna kuning. Dia turun dekat juga dengan bangunan bomba ni. Tu yang nampak besar je tadi. Tak tau sebab apa dia turun, tapi lepas tu dia naik pelan-pelan ke udara.
Selain pesta belon ni, bermacam-macam program lain turut diadakan.
So... jangan lepaskan peluang. Time cuti sekolah ni, bolehlah bawa anak-anak datang ke Putrajaya naik belon... :)
Bila Hati Dah Sayang Isu Semasa