Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya dah hampir 5 bulan tinta tinggal di Bandar Baru Salak Tinggi ni. Rumah semi-d corner lot yang dibeli bersama dengan hubby. Pindah masuk rumah dalam awal bulan 10 tahun lepas. Time tinta tengah cuti sakit sebab accident aritu. Memang bebeza antara tinggal di rumah sendiri dan juga menyewa ni. Suasananya rasa lain sangat. Masa baru-baru pindah dulu, wah... asyik belek Majalah Impiana je..
Tinta suka tinggal dekat sini sebab suasana kampungnya memang terasa. Nak masuk kawasan perumahan ni memang akan melalui kawasan kampung iaitu Kampung Labu Lanjut. Bangun pagi-pagi tu rasa sejuk je. Nak pula kalau ronda-ronda naik motor sekeliling kampung, best betul. Dah tu tiap-tiap pagi mesti nampak monyet bergayut-gayut dekat atas pokok dekat belakang rumah. Tapi sekarang monyet tu dah kurang sebab perhilitan dah tangkap. Kapal terbang boleh tengok dengan jelas dari rumah tinta ni sebab dekat dengan KLIA dan merupakan laluan kapal terbang berlepas. Nampak besar-besar je. Kalau nak pergi Nilai 3 tu dalam 20 minit dah sampai.
Anak-anak baru balik dari taman |
Ramai member ofis tanya kenapa tak duduk kuarters je ataupun beli rumah dekat-dekat Putrajaya je. Oh, tak naklah. Dulu masa menyewa, memang duduk dekat dengan Putrajaya. Nak duduk kuarters, lagilah tak nak. Dah lah kerja dekat Putrajaya, nak tinggal dekat sana pula.. Tapi tinta puas hati dengan rumah yang dibeli ni. Designnya pun menarik dengan keluasannya agak selesa. Susah juga nak jumpa rumah semi d dekat sini. Kebanyakannya teres setingkat atau dua tingkat. Lagi satu, rumah di sini adalah rezab Melayu. So... semua jiran-jiran adalah bangsa Melayu.
Rumah hampir siap sepenuhnya. |
Pada sesiapa yang ada niat nak beli rumah tu, belilah dari sekarang. Jangan teragak-agak nak beli. Bukannya apa, harga rumah semakin hari semakin meningkat. Nanti kita yang rugi. Rumah tinta ni pun, kalau beli sekarang, memang tinta tak mampu nak beli. Lagipun rumah adalah aset. Kalau kita tak nak duduk pun boleh sewa dekat orang lain.
Proses memasang rumput. |
Bila Hati Dah Sayang Kediamanku