Liza
mengetuk pintu bilik Mia Sarah bertalu-talu. Ke mana pulalah Mia
Sarah ni pergi? Dah naik kematu tangannya mengetuk pintu sedari tadi
namun masih tidak ada jawapan. Dia membelek jambangan mawar merah
yang berada di tangan. Cantik sekali. Bunga hidup pula tu, mesti
mahal ni. Hadiah yang pasti akan menggembirakan Mia Sarah, fikirnya.
“Mia...
oh Mia,” sambil itu mulutnya tidak henti-henti memanggil nama Mia
Sarah. Tidak sabar
dia
hendak menyampaikan hadiah tersebut pada sahabatnya.
“Hah!!!”
sergah Mia Sarah dari belakang. Dari tadi dia terhendap-hendap
melihat gelagat Liza. Dia baru sahaja balik dari menyidai pakaian di
tingkat bawah. Biasanya hari minggu macam nilah dia mula melakukan
operasi mencuci. Memang banyak. Satu trip sahaja sudah penuh
penyidai. Kalau hari-hari biasa Mia Sarah malas sedikit hendak
mendobi. Kebanyakan kawan-kawannya menghantar ke dobi segera yang
mudah dan tidak memenatkan. Cuma masuk duit dan serbuk pencuci
sahaja, semuanya ditanggung beres.
“Opocot
mak kau!!!” latah Liza membuatkan Mia Sarah tidak dapat menahan
gelak. Muka Liza yang melatah itu dah sebiji macam Nenek Timah,
cumanya Nenek Timah tidak melatah saja walaupun dah tua.
“Kau
ni Mia, buat terkejutkan aku je lah. Nasib baik aku tak ada sakit
jantung, kalau tidak sekarang juga aku kojol. Terpaksalah kau
kehilangan sahabat yang baik hati macam aku ni,” ujar Liza sambil
mengurut perlahan dadanya. Getaran yang kuat akibat kejutan tadi baru
sahaja hendak beransur pulih. Memang tak patut betullah Mia ni.
“Tapi
kau tak ada sakit jantung kan... Sebab tu lah aku kejutkan kau. Kalau
tak, aku pun tak berani,” jelas Mia Sarah sambil tergelak lagi.
Alah, nak bergurau sikit, tak kan marah kot. Sportinglah sikit Cik
Liza oii.
“Ha...
ada apa kau datang cari aku pagi-pagi buta ni?” sambung Mia Sarah
lagi. Setahunya, kalau waktu cuti macam ni, jangan haraplah dia nak
lihat Liza tercongok di muka pintu. Biasanya waktu petang baru mereka
akan bersua muka.
“Ala
kau ni, tak boleh ke aku datang nak melawat sahabat baik aku ni? Aku
nak tengok juga, dia ni sihat ke tak? Lagi satu, kot ye pun... kau
ajaklah aku masuk dalam dulu. Hidang secawan dua kopi ke, jamu nasi
goreng kampung ke. Perut aku lapar dan dahaga ni.”
“Banyaklah
kau punya kopi dengan nasi goreng kampung tu. Kau ingat bilik aku ni
kedai mamak yang buka 24 jam ke? Air mineral adalah. Kalau nak jom
masuk,” balas Mia Sarah sambil memasukkan anak kunci ke tombol
pintu. Kemudian tombol tersebut dipulas. Dia melangkah masuk sambil
diekori oleh Liza.
“Air
mineral pun air minerallah,” ujar Liza dengan sengihan lebar.
Sempat dia menjeling melihat katil kosong di sebelah katil Mia Sarah.
Laju sahaja mulutnya melontar soalan. “Roomate kau mana Mia?”
“Dia...
biasalah kalau hujung minggu macam ni. Keluar datinglah, mana lagi
dia nak pergi,” balas Mia Sarah acuh tak acuh. Malas dia nak
menjawab lebih-lebih. Lokernya dibuka, botol air mineral yang
disimpan di dalamnya diambil dan dihulurkan pada Liza. Pelik pula dia
melihat Liza datang dengan jambangan bunga di tangan. Pakwe mana
pulalah yang menghadiahkannya?
“Terima
kasih Mia. Aku memang dahaga betul ni. Tekak aku ni kering sangat dah
aku rasa. Kalau tak dapat setitis air, memang aku boleh mati...”
ujar Liza bersungguh. Penutup botol mineral dibuka. Air di dalamnya
diteguk dengan penuh bersemangat sekali. Cepat sahaja air yang
terdapat dalam botol mineral 500ml itu tinggal sedikit. Memang dahaga
sangat-sangatlah tu.
“Melampaulah
tu,” ejek Mia Sarah. “Ha... kau ni sebenarnya dari mana? Tu...
kau tak cakap dekat aku pun yang kau ada pakwe. Siap bagi bunga lagi
tu.”
“Bunga
ni?” soal Liza sambil menghulurkan jambangan mawar merah tersebut
pada Mia Sarah yang dah salah faham. “Bunga ni untuk kaulah.
Bukannya untuk aku. Manalah ada orang nak bagi bunga pada aku yang
buruk ni,” Liza melawak.
“Untuk
aku? Siapa yang bagi?” soalnya ingin tahu. Seumur hidupnya belum
pernah ada orang menghadiahkan dia bunga. Lagipun dia memang tidak
berminat dengan bunga ni.
“Siapa
lagi... orang yang minat dekat kaulah. Apa nama dia... Ikmal kalau
tak silap aku. Pagi tadi aku tengah joging dekat tasik varsiti,
tiba-tiba je dia datang minta tolong aku sampaikan bunga tu pada kau.
Pelik juga aku, macam mana dia tau aku ada dekat situ? Siap datang
dengan sejambak bunga pula tu. Agaknya dia memang dah standby beli
bunga awal-awal kot. Tapi bunga ni masih segar aku tengok. Hmmm...”
keluh Liza yang tidak menemui jawapan pada persoalannya tadi.
“Dah
lah, tak payah nak pening-pening kepala. Dia standby ke, tak standby
ke... alamatnya bunga ni dekat tong sampahlah nanti.”
“Eh...
tak kan nak buang pula. Tu kan ada kad kecil dekat bunga tu. Bacalah,
aku nak dengar,” suruh Liza yang kelihatan tidak sabar untuk
mengetahui isi kandungan kad kecil yang turut terselit di jambangan
tersebut. Dia pula yang teruja lebih sedangkan Mia Sarah biasa-biasa
sahaja.
“Kau
nak tau sangat isinya kan. Okey, aku baca.” Mia Sarah mula membelek
kad berwarna ungu lembut itu. Ayat-ayat yang tertera dibaca satu
persatu dengan gaya romantis.
My
lovely sweetie..
Percaya
atau tidak, aku telah jatuh hati padamu.
Siang
malam diri ini berada dalam kerinduan.
Tidak
sanggup rasanya berada jauh dari dirimu.
Sudikah
kau menjadi kekasih hatiku?
“Wah...
romantik gila. Sukanya aku dengar. Mesti kau suka kan, ada orang
minat dekat kaulah Mia. Bestlah kau. So apa jawapan kau? Sudi ke tak
sudi? Kalau akulah Mia, aku sudi je,” ujar Liza sambil menyeringai.
Sempat dia membayangkan dirinya berada di tempat Mia Sarah. Pasti
seronok.
“Kau
ni... Suka sangatlah tu ye. Tapi aku sikitpun tak suka. Buaya darat
ni Liza. Nanti kalau aku beri hati aku pada dia, tak pasal-pasal dia
ngap aku. Lagipun kau tau kan... aku malas nak fikir pasal cinta ni,”
sambil menoleh ke arah Liza, Mia Sarah membaling jambangan mawar
tersebut ke bakul sampah yang terletak tidak jauh dari tempat
duduknya. Mia Sarah memang pembaling terbaik apabila bunga tersebut
selamat masuk ke dalam bakul sampah.
“Mia...
Jangan buang....” tak sempat Liza menghalang tindakan Mia Sarah
yang drastik. Kepalanya digeleng perlahan. Sampainya hati Mia Sarah
memperlakukan hadiah yang diberi oleh Ikmal. Mia Sarah memang tak
pandai nak menghargai pemberian orang. Kalaulah dirinya yang menerima
hadiah tersebut, akan dijaganya dengan sepenuh hati. Walaupun bunga
itu sudah kering layu, akan disimpannya sebagai kenangan yang
terindah.
P/S :- Kembali mencari semangat menulis yang hilang....
Bila Hati Dah Sayang Novel - Aku Suka Kau Benci.