Yang Disayangi Selalu !!!

Thursday, June 2, 2011

Bila Hati Dah Sayang - Bab 16

Ikram dengan malas mendail nombor telefon pejabat Saturn Engineering Berhad. Dia perlu bercakap segera dengan Khairil. Berbincang tentang tarikh dan masa yang sesuai untuk diadakan mesyuarat berkenaan dengan projek Sumi Stitcher. Kali ini Ikram akan pergi sendiri ke Johor Bahru. Syafiqah tidak akan dibawa bersama. Tujuannya supaya Khairil tidak dapat bersua muka dengan Syafiqah.

“Hello Assalamualaikum, Ril... Ikram ni,” Ikram memulakan bicara.

“Waalaikummussalam. Haa bro. Mimpi apa kau telefon aku ni. Tak pernah-pernahnya kau telefon ni,” balas Khairil.

“Macam ni. Berkenaan dengan projek Sumi Stitcher tu, kita kena buat meetinglah. Hari itu aku dah jumpa dengan klient. Dia orang minta kita ubah saiz mesin tersebut.”

“Laa, ye ke. Hari itu dia orang cakap dah ok. Bersetuju dengan drawing yang kita buat. Alih-alih nak kena tukar pula.”

“Nak buat macam mana. Dah itu yang dia orang nak. Customer always right kan? So aku ingat pagi esok aku akan datang ke JB. Kau beritahu dengan Encik Mus ye.”

“Boleh juga. Emmm Fiqa ikut sekali tak?” tanya Khairil. Kalau Syafiqah ikut sekali dapatlah dia berjumpa dengan Syafiqah bagi meleraikan rasa rindu yang bersarang di dadanya.

“Tak. Aku pergi seorang sahaja,” laju Ikram menjawab. Geram pula dia bila Khairil bertanyakan tentang Syafiqah.

“Laa. Kenapa tak bawa sekali. Hari itu kau boleh je bawa dia. Bawalah dia bro, aku rindulah nak jumpa dengan dia,” Khairil berharap.

Ikram cuma mencebik geram. Apa kes ni nak rindu-rindu dengan gadis kesayangannya. Cuma Ikram sahaja yang berhak merindui Syafiqah.

“Dia sibuk. Banyak kerja yang nak kena buat,” kelentong Ikram. Padahal Syafiqah tidak sesibuk mana pun.

“Kalau macam tu oklah. Kau tunggu sekejap ye. Tu Encik Mus ada tu, aku nak tanya dia sekejap,” Khairil terus meletakkan gagang di atas meja. Ikram yang berada di hujung talian tidak sempat berkata apa-apa. Cuma menunggu Khairil menyambung kembali perbualan mereka.

Sebenarnya Encik Mustapha tidak ada pun di pejabat. Hari ini dia masuk lewat kerana berjumpa dengan klient terlebih dahulu. Sengaja Khairil membuat helah. Kalau Ikram tidak mahu membawa Syafiqah, biar dia sahaja yang pergi ke KL untuk berjumpa dengan Syafiqah.

“Hello bro, Encik Mus cakap esok pagi kita orang yang akan datang ke KL. So, kau tak payahlah susah-susah nak datang sini,”

Ikram berubah wajah. Kalau mereka datang ke Global Engineering Holding bermakna sudah pasti peluang untuk Khairil berjumpa dengan Syafiqah terbuka luas. Ini tidak boleh jadi.

“Cakap dekat Encik Mus, tak payahlah susah-susah. Biar aku sahaja yang pergi ke sana,” desak Ikram. Berharap sangat agar Encik Mustapha setuju dengan cadangannya.

“Tapi Encik Mus cakap kali ini giliran kita orang pula ke sana. Lagipun kita orang tak pernah sampai ke Global Engineering Holding. Teringin juga hendak datang ke sana. Tak adillah cuma kau sahaja yang pernah sampai ke sini kan,” bohong Khairil lagi.

Ikram terdiam. Nampaknya memang mereka bersungguh-sungguh benar hendak datang ke Global Engineering Holding. Kedengaran keluhan kecil dari Ikram.

“Kalau macam tu oklah. Pukul 10 pagi kita start meeting,” Ikram membalas dengan nada yang lemah.

“Ok bro. Set. Kita jumpa esok ye. Baiii. Assalamualaikum,” Khairil tersenyum girang. Tidak sabar-sabar dia hendak berjumpa dengan Syafiqah esok hari. Senyumnya semakin melebar.

Ikram meletakkan gagang telefon perlahan-lahan. Badannya disandarkan ke kerusi. Dia termenung sejenak. Memikirkan kemungkinan yang akan berlaku esok hari. Harap-harap kedatangan Khairil ke Global Engineering Holding hanya disebabkan urusan kerja semata-mata, walaupun di dalam hatinya berkata masih ada tujuan lain lagi. Apa-apa pun dia kena tunggu sehingga hari esok.

********

Syafiqah berjalan perlahan ke arah Ikram sambil membawa secawan kopi di tangan. Langkah kakinya begitu teratur dan berhati-hati sekali. Dia perasan Ikram tidak lekang dari memerhatikan setiap pergerakannya. Kekok pula dia rasa apabila diperhatikan sedemikian.

“Kopinya Encik Ikram,” ujar Syafiqah sambil menatap wajah Ikram.

Pandangan mata mereka bertamu. Ikram memerhatikan penampilan Syafiqah yang berkebaya pendek, cukup membuatkan jiwanya bergelora apabila terpandangkan bentuk tubuh Syafiqah. Memang cantik bergaya.

“Terima kasih sayang. Duduk dulu, aku ada perkara nak cakap sikit dengan kau,” arah Ikram.

Syafiqah tidak membantah. Kerusi ditarik dan dia melabuhkan punggung perlahan-lahan. Wajahnya didongakkan untuk saling berpandangan dengan Ikram. Ikram dilihatnya cuma berpeluk tubuh dan hanya memerhatikan Syafiqah. Hampir lima minit berlalu, keadaan masih senyap sunyi. Tidak ada kata-kata yang keluar dari mulut Ikram. Apa yang pasti sejak dari tadi anak matanya cuma memandang Syafiqah. Wajah Syafiqah merona merah. Tidak selesa dengan keadaan yang berlaku sekarang ini. Entah apa yang ada dalam fikiran Ikram pun dia tidak tahu. Bila teringat peristiwa yang berlaku di restoran tempohari, tiba-tiba dirinya terasa malu.

“Encik Ikram, kalau tidak ada apa-apa lebih baik saya keluar,” Syafiqah sudah mula mengangkat punggung.

Tidak sanggup dia berlama-lama di dalam bilik Ikram. Sudahlah tidak ada perkara yang diperkatakan, cuma hanya memandang Syafiqah sahaja.

“Duduk,” arah Ikram tegas. Mukanya yang tidak ada segaris senyuman membuatkan Syafiqah berasa kecut perut.

“Kenapa kau tak pakai jam tangan yang aku hadiahkan hari itu?”

“Err, saya terlupalah Encik Ikram. Pagi tadi nak cepat sebab sudah terlewat,” terang Syafiqah gugup. Takkan disebabkan perkara itu Ikram marah. Tetapi pagi tadi memang dia terlewat bangun.

“Betul ni, kau tak tipu aku?” tanya Ikram. Dia rasa kecewa kerana Syafiqah tidak memakai jam tangan pemberiannya.

“Betullah, takkan saya nak tipu pula.”

“Kalau mcam tu ok. Tapi esok kau jangan lupa pakai ye. Kalau boleh hari-hari aku nak tengok kau pakai jam tu.”

“Baiklah Encik Ikram. Saya akan pakai,” pelik pula Syafiqah dengan permintaan Ikram.

“Lagi satu, pukul 10 pagi nanti beberapa orang staf dari Saturn Engineering akan datang ke sini. Untuk membincangkan pasal projek Sumi Stitcher. Emm Khairil pun datang sekali.”

“Ok.”

“Aku nak kau tolong kemaskan bilik mesyuarat tu sikit. Lagi satu aku nak pesan dekat kau, kalau boleh tolong jangan rapatkan diri dengan Khairil,” pesanan yang berbaur arahan dari Ikram.

Kalau arahan yang pertama itu memang mudah untuk Syafiqah laksanakan, tetapi arahan yang kedua itu agak sukar sedikit. Kalau dia tidak rapat dengan Khairil, bagaimana dia mahu mempermainkan Khairil.

“Boleh tak sayang,” ujar Ikram dengan nada yang lembut apabila dilihatnya Syafiqah cuma diam membisu.

“InsyaAllah.” Keruh wajah Ikram sebaik sahaja mendengarkan jawapan Syafiqah.

Hari ini memang Ikram tidak ceria. Sampai pejabat sahaja moodnya tidak berapa baik, memikirkan tentang mesyuarat yang akan berlangsung sebentar nanti. Namun apa yang lebih difikirkannya adalah Khairil. Dirinya dapat merasakan akan berlakunya sesuatu yang tidak elok nanti.

“Kenapa InsyaAllah. Kenapa tak cakap ok sahaja?” soal Ikram lagi.

Syafiqah cuma diam membisu. Tidak tahu apa yang hendak diperkatakannya.

“Tak apalah. Aku rasa dah tidak ada apa-apa lagi. Kau boleh keluar dulu, kemaskan bilik mesyuarat tu ye,” ujar Ikram lagi apabila melihat Syafiqah cuma membisu.

Syafiqah cuma mengangguk dan menuju keluar. Ikram memang pernah menyuruhnya supaya jangan melayan Khairil tetapi Syafiqah tidak mengendahkannya. Hajatnya untuk mengenakan Khairil menjadi tujuan utama. Kalau Ikram adalah teman lelakinya lainlah cerita. Sudah pasti dia akan melupakan hasratnya untuk mempermainkan Khairil.

*******

Khairil berjalan pantas menuju ke Global Engineering Holding. Sejambak mawar merah yang dibawa bersama dipegang kemas. Mesti Syafiqah gembira menerima jambangan bunga tersebut. Sebaik memasuki ruang pejabat Global Engineering Holding matanya meliar mencari kelibat Syafiqah. Sebaik tertoleh kelibat Syafiqah bibirnya menguntum senyum. Langkah kaki dibawa menuju ke arah Syafiqah.

“Assalamualalaikum, for you dear,” sapa Khairil sambil meletakkan jambangan mawar merah di atas meja.

Syafiqah yang sedang menaip sedikit tersentak. Tidak sedar dengan kedatangan Khairil. Jambangan mawar merah yang berada di atas meja itu diambil dan diciumnya. Nina dan beberapa orang staf yang lain hanya memandang dengan pelbagai persoalan.

“Waalaikummussalam. Terima kasih Ril. Wangi,” ujar Syafiqah sambil tersenyum. Wajah Khairil dipandang sekilas.

Ikram yang kebetulan baru keluar dari biliknya untuk menuju ke bilik mesyuarat terpandangkan Khairil dan Syafiqah. Hatinya tiba-tiba bernanah. Senyuman Syafiqah yang diberikan kepada Khairil membuatkan jiwanya hancur. Tiba-tiba lututnya terasa lemah, tidak mampu untuk menyaksikan drama swasta mereka berdua. Namun dia gagahkan juga kakinya untuk melangkah. Sandiwara itu harus dihentikan.

“Sama-sama dear. Suka tak dengan bunga yang Ril bagi ni.”

“Suka sangat... Mana Ril tahu yang Fiqa suka bunga mawar?”

“Hihihi, biasalah. Ril kan mata-mata gelap.”

Syafiqah tergelak kecil mendengar kata-kata Khairil. Ketawa yang dibuat-buat.

“Hai Khairil. Seorang sahaja ke. Encik Mus mana?” soal Ikram sebaik sahaja sampai di tempat Syafiqah. Jambangan mawar merah yang dipegang oleh Syafiqah dikerling sekilas. Membara perasaan cemburunya saat ini.

“Encik Mus tak jadi datang. Last minit dia kena pergi meeting dengan klient di JB. So dia hantar aku seorang sahaja sebagai wakil,” jelas Khairil sambil berjabat tangan dengan Ikram.

“Oh ye ke. Kalau macam tu tak apalah. Jomlah kita masuk meeting room sekarang.”

“Aa yelah. Baii dear, nanti kita lunch sama-sama ye,” sempat lagi Khairil berbisik kepada Syafiqah.

Syafiqah cuma mengangguk perlahan. Ikram yang mendengar kata-kata Khairil menjadi resah.

*******

“Aku nak pesan sikit dekat kau. Tolong jangan rapat dengan Syafiqah. Aku tak suka kau keluar bersama dengan dia,” ugut Ikram sebaik sahaja mesyuarat ditamatkan.

“Rilekslah bro. Kenapa ni, kau sukakan Fiqa tu ke?” soal Khairil sambil tersengih-sengih.

“Tak kisahlah Ril. Tapi aku memang tak suka kau rapatkan diri dengan dia.”

“Hihihi, tapi dia suka. Dia tak kisahpun. Dan kalau kau nak tahu, dia sedang memberi peluang untuk aku meraih cintanya. Samada kau suka atau tidak, kau tidak ada hak untuk menghalang hubungan kami.”

“Awas Ril. Kalau kau cuba sakitkan hati dia, sampai ke lubang cacing aku cari.”

“Up to you bro. Oklah aku cau dulu.”

Khairil berjalan pantas meninggalkan bilik mesyuarat. Dia terus menuju ke arah Syafiqah.
Ikram yang masih berada di dalam bilik mesyuarat tidak senang duduk. Matanya meliar apabila melihat Khairil yang tergesa-gesa keluar.

'Ini mesti nak keluar makan dengan Syafiqah ni. Tak boleh jadi ni. Syafiqah tak boleh keluar dengan dia. Buaya tu memang nak kena juga dengan aku.'

Dua helai drawing bersaiz A1 yang perlu dilipat dibiarkan sahaja di atas meja mesyuarat. Dia perlu segera mendapatkan Syafiqah, namun hampa belaka. Kelihatan kelibat Syafiqah dan Khairil yang sedang menuju keluar. Ikram terus berlalu memasuki biliknya. Kunci Honda Accord di atas meja diambil. Mereke berdua akan diekorinya.

********

Ikram memandu perlahan mengekori RX7 milik Khairil. Lebih kurang dua buah kereta di hadapannya menjadi penghalang supaya Khairil tidak perasan yang dia diekori. Apabila mendapati Khairil membelok ke arah kiri, Ikram turut membelok sama. Khairil dilihat meletakkan RX7nya betul-betul di hadapan sebuah Kopitiam. Ikram turut meletakkan kenderaannya di kawasan yang sama, namun dengan jarak yang lebih jauh.

Apabila dilihatnya Khairil dan Syafiqah telah memasuki Kopitiam tersebut barulah Ikram keluar dari Honda Accordnya. Dia berjalan perlahan-lahan memasuki Kopitiam dan mencari tempat yang agak tersorok. Suratkhabar yang dibawa bersama dibuka luas seolah-olah dia sedang membacanya. Padahal dia berbuat demikian adalah untuk melindungi dirinya daripada dilihat oleh Khairil dan Syafiqah. Hatinya berasa teramat-amat sakit apabila melihat Khairil dan Syafiqah sedang ketawa. Entah apalah yang mereka bualkan.

“Dear nak makan apa. Hari ini biar Ril yang belanja ye.”

“Betul ke ni. Terima kasih banyak-banyak. Ril orderlah apa-apa untuk Fiqa.”
Syafiqah sendiri tidak tahu apa yang hendak dipesannya. Pertama kali dia memasuki Kopitiam. Sebelum ini dia tidak pernah singgah di mana-mana Kopitiam pun.

“Ok, kalau macam tu Ril order mee udang Penang jelah ye.”

Syafiqah cuma mengangguk. Mee udang pun mee udanglah.

Khairil memanggil pelayan dan terus membuat pesanan. Sementara menunggu hidangan sampai dia berbual-bual dengan Syafiqah.

“Akhirnya dapat juga Ril face to face dengan dear. Hilang rasa rindu yang ditanggung ni. Dear sihat ke?”

“Alhamdulillah sihat. Ril sihat ke?”

“Sihat juga. Ril tengok dear semakin cantiklah. Itu baru beberapa minggu tak jumpa. Agaknya kalau berbulan tak jumpa, lagilah bertambah-tambah cantik,” puji Khairil. Senyuman yang teramat manis dihadiahkan kepada Syafiqah.

Syafiqah cuma mencebik di dalam hati. Nampaknya Khairil sudah memulakan ayat-ayat power untuk menggoda dirinya.

“Mana adalah. Fiqa macam biasa je.”

“Taklah. Memang dah bertambah cantik. Ril tak pernah jumpa perempuan yang secantik dear.”

“Eleh yelah tu. Padahal dekat JB tu lagi ramai perempuan yang lebih cantik dari Fiqa kan. Bila dekat depan Fiqa, Ril cakaplah macam tu, tapi bila dengan perempuan lain Ril akan cakap dia orang pula yang cantik. Betul kan?” duga Syafiqah.

Lelaki seperti Khairil ini bukan boleh dipercayai langsung. Auta sahaja lebih. Lidah bercabang.

“Ehh sumpah dear. Dear lebih cantik dari perempuan-perempuan yang pernah Ril jumpa. Sebab itulah Ril jatuh hati dengan dear,” wajah Syafiqah direnungnya dalam.

“Ohh, jatuh hati sebab Fiqa cantiklah. Kalu Fiqa tak cantik, gemuk, Ril tak kan jatuh hatilah,” duga Syafiqah lagi. Padahal jawapannya memang telah diketahui dari dahulu lagi.

“Bukanlah macam tu pula. Tapi cantik tu kan satu bonus. Kalau cantik sedap sikit mata memandang. Betul tak?”

“Tapi cantik tu kan ke subjektif. Ada orang yang akan suka dengan orang gemuk, ada juga orang yang akan suka dengan orang yang kurus, barulah seimbang.”

“Hmmm apa-apalah dear. Haa, dah sampai pun. Sila makan dear,” pelawa Khairil sebaik sahaja pelayan meletakkan hidangan yang dipesan.

Syafiqah cuma memandang mee udang Penang yang diorder oleh Khairil tadi. Memang nampak menyelerakan. Dia dan Khairil mula menjamu selera. Namun seleranya terbantut apabila tiba-tiba datang dua orang perempuan menerpa ke arah mereka berdua.

“Oh!!! patutlah selalu banyak alasan ye. Busylah konon, rupa-rupanya ada date dengan orang lain dekat sini?” jerit Hani yang kebetulan berada di Kopitiam.

Dia sendiri tidak sangka akan berjumpa dengan Khairil. Sudah dua hari Hani berada di Kuala Lumpur bertandang ke rumah kakaknya. Kakaknya yang berada di sebelah Hani cuma mampu menarik tangannya supaya beredar segera. Malu apabila semua yang berada di Kopitiam tersebut memerhatikan mereka.

Khairil yang terkejut memandang ke arah Hani. Mukanya merah menahan marah. Memang Hani tidak tahu malu kerana berani menengkingnya di khalayak ramai.

“Please jangan buat kecoh dekat sini,” Khairil yang telahpun berdiri cuba mententeramkan keadaan.
Syafiqah yang berada di tempat kejadian turut berasa malu. Dapat dirasakan mukanya merona merah. Tambahan pula bila semua mata terarah ke arah mereka.

“Ohh tahu pula takut. Memang I nak bikin kecoh dekat sini. Bila I call selalu sahaja mengelak. Family I nak jumpa you pun you tak nak datang rumah. Tapi you sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak berjumpa dengan perempuan ni,” Hani menunjal jarinya ke arah kepala Syafiqah.

Syafiqah berasa teramat malu. Tidak sangka akan jadi sampai sebegini rupa. Terasa air matanya yang telah lama tidak keluar akan mengalir deras saat ini.

“I cakap tolong jangan buat kacau ok!!!” Khairil memegang kuat lengan Hani.

“Dahlah tu, cukuplah. Jom kita balik je,” kakak Hani cuba mententeramkan suasana.

“Macam mana I tak buat kacau. I sakit hati tahu tak. Ingatkan model terkenal mana yang you berkenan, rupa-rupanya perempuan hodoh ni yang menjadi pilihan. I lagi cantik dari dialah. Apa yang ada pada dia yang I tak ada sampai you sanggup bermain kayu tiga.”

“Hani please... You dah salah faham!!!” jerit Khairil. Bila masa pula dia bermain kayu tiga, padahal cuma Hani yang bertepuk sebelah tangan.

“I meluatlah tengok perempuan ni!!!” marah Hani lagi.
Gelas yang berisi limau ais dicapai. Spontan dia mencurahkan ke atas kepala Syafiqah. Syafiqah tersentak. Dia sudah tidak tahan dimalukan sedemikian rupa. Air matanya yang ditahan sedari tadi akhirnya mengalir juga.

Ikram yang dari tadi menahan marah terus meluru ke arah Khairil. Penumbuk sulungnya hinggap di muka Khairil dan menyebabkan Khairil terdorong ke belakang. Dengan pantas tangan Syafiqah diraih dan dibawa keluar. Syafiqah cuma menurut. Otaknya sudah tepu, apa yang berlaku sebentar tadi benar-benar membuatkan dirinya seperti hilang arah. Sebaik memasuki ke dalam kereta, Ikram memecut laju. Syafiqah di sebelah ditoleh sekilas. Air matanya laju membasahi pipi.

Sebaik sampai di Tasik Titiwangsa Ikram memakirkan Honda Accordnya berdekatan dengan Restoran Nelayan. Nafasnya turun naik. Geram dan marah adalah apa yang dia rasa saat ini. Dia tidak sanggup melihat Syafiqah mengalirkan air mata namun semuanya terjadi disebabkan kedegilan Syafiqah sendiri. Kalau Syafiqah mengikut nasihatnya pagi tadi sudah pasti perkara tersebut tidak akan terjadi. Wajah Syafiqah diratahnya.

Syafiqah masih lagi menangis dengan bahunya yang terhinjut-hinjut. Malu, memang dia malu sangat-sangat dengan apa yang telah terjadi. Niatnya hanyalah untuk mempermainkan Khairil tetapi dia tidak menyangka dengan kejadian yang baru berlaku tadi. Kalau dirinya benar-benar bercinta dengan Khairil lainlah cerita. Telefon bimbitnya yang kerap-kali berbunyi dibiarkan sahaja.

“Sudahlah sayang, jangan menangis lagi,” Ikram menenangkan Syafiqah. Tangan kanan Syafiqah ditepuk lembut. Kemudian air mata Syafiqah disekanya.

Syafiqah cuma membisu. Tidak ada kata-kata yang mampu diucapkannya.

“Itulah, aku dah bagi tahu kan. Jangan rapat dengan Khairil tu tapi kau degil. Nak juga keluar dengan dia. Dia tu buaya, takkan kau tak tahu. Kalau kau dengar cakap aku mesti tak jadi macam ini. Beria-ia sangat nak keluar dengan dia tu kenapa? Kau sukakan dia ke?” soal Ikram sambil merenung Syafiqah.

Syafiqah masih membisu. Air matanya mengalir semula bila mendengarkan ceramah panjang lebar daripada Ikram.

“Aku tanya ni, kau sukakan Khairil ke. Cubalah jawab.”

Syafiqah cuma menggeleng-gelengkan kepala.

“Kalau kau tak suka kenapa kau nak keluar dengan dia. Aku tak suka kau keluar dengan dia. Hati aku sakit bila tengok kau berbual dan gelak ketawa dengan dia, kau tahu tak?” luah Ikram.

Syafiqah masih lagi membisu. Kenapa pula Ikram mesti sakit hati melihatnya dengan Khairil. Otaknya ligat berfikir. Tadi pun Ikram bukan main marah dan menumbuk kuat muka Khairil. Adakah Ikram menyimpan perasaan terhadapnya. Dia keliru.

“Sayang... look at me. Look into my eyes. What do you see,” ujar Ikram perlahan. Jari-jemarinya yang kasar itu memegang dagu Syafiqah dan memaksa Syafiqah menatap wajahnya.

Syafiqah merenung mata Ikram. Apa yang dia lihat adalah keikhlasan dan kasih sayang Ikram. Tapi benarkah...

“I'm in love with you sayang. I love you. I love you. I really do,” akhirnya segala perasaan yang terbuku di dalam dada dapat diluahkan. Ikram menarik nafas lega. Selama ini dia tidak mempunyai kekuatan untuk meluahkan rasa yang terpendam.

“Apa yang Encik Ikram cakap ni. Saya tak faham,” akhirnya Syafiqah mula menutur kata.

“Ik dah cakap dengan jelas. Takkan sayang tak faham lagi,” tangan Syafiqah diraihnya dan dikucup perlahan. Tiba-tiba kata ganti nama diri yang digunakan juga turut berubah. Memang Ikram sayang sangat-sangat pada Syafiqah.

Muka Syafiqah merona merah. Benarkah apa yang didengarnya ini. Ikram sememangnya ada perasaan terhadapnya. Hatinya menguntum senyum. Terasa teramat-amat gembira. Rupa-rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan. Kejadian buruk yang berlaku di Kopitiam tadi terus lenyap ditenggelamkan dengan khabar gembira yang didengarinya.

“Betul ke apa yang Encik Ikram cakapkan ini.”

“Betul sayang. Dah lama Ik sukakan sayang, tapi orang tu saja yang selalu buat tak tahu,” perli Ikram.

“Bila pula saya buat tak tahu?” soal Syafiqah hairan.

“Entahlah, buat tak tahu ke ataupun pura-pura tak tahu. Dah banyak kali Ik bagi signal tapi sayang tu yang tak reti-reti. Lambat pick up betullah,” rungut Ikram.

Syafiqah mencebik. Suka-suka hati mak bapak dia sahaja mengata Syafiqah ni lambat pick up.

“Maksudnya, selama ini gurauan Encik Ikram pada saya tu memang betullah. Bukan gurauan semata-mata?”

“Yes sayang. I really mean it. Agaknya kalau Ik tak beri tahu, sampai sudahpun sayang tak kan tahu perasaan Ik kan?”

Syafiqah cuma mengangguk perlahan. Fikirnya gurauan Ikram yang sering membuatkan perasaannya terusik itu adalah gurauan semata.

“Tapi Encik Ikram kan dah ada makwe. Mana boleh Encik Ikram menaruh perasaan terhadap saya.”

“Makwe... Hahaha,” Ikram tergelak kuat.
“Sebenarnya makwe yang Ik maksudkan dulu tu sayanglah. Bukannya orang lain.”

“Saya!!!,” Syafiqah terkejut.
Seakan-akan tidak percaya pula. Namun hatinya menguntum bahagia. Bahagia sangat-sangat.

“Betul tu sayang dah lama Ik sukakan sayang, tapi tak tahulah kenapa berat sangat hati ini hendak berterus-terang. Tapi tak apalah, segala-galanya sudah jelas sekarang kan. Cuma satu sahaja yang Ik nak tahu. Apa perasaan sayang pada Ik?” soal Ikram. Tangannya mengusap lembut jari-jemari Syafiqah. Matanya tidak lari dari memerhatikan gadis manis di sebelahnya.

Syafiqah cuma membisu. Sudah pasti dia juga sukakan Ikram. Tetapi dia seakan-akan malu hendak berterus-terang.

“Kenapa diam sahaja. Malu ye. Malu tapi mahu kan? Kata orang tua-tua, kalau diam tu tandanya setuju,” duga Ikram.

Syafiqah tersenyum. Kepalanya diangguk beberapa kali. Ikram turut tersenyum gembira, dia tahu jawapan Syafiqah. Tangan Syafiqah digenggam dan dikucup lagi.

“Ik rasa bahagia sangat. Terima kasih sayang,” ujar Ikram sambil menguntum senyum.

“Sama-sama kasih sayang,” balas Syafiqah pula walaupun dalam keadaan yang malu-malu.

Ikram tergelak kuat. Perkataan itulah yang sering disebutnya setiap kali Syafiqah mengucapkan terima kasih kepadanya.

“Lepas ni Ik tak nak sayang keluar dengan Khairil, bercakap dengan dia ataupun rapat-rapat dengan dia. Ok. Sayang cuma milik Ik seorang. Boleh tak?”

Syafiqah mengangguk. “Boleh Encik Ikram...” memang dia akan melupakan Khairil selepas ini. Niatnya untuk mempermainkan Khairil juga akan dikuburkan. Dia sendiri tidak lagi mahu menjadi mangsa cemburu buta teman wanita Khairil. Cukuplah hanya sekali.

“No no no, mulai hari ini Ik tak nak sayang panggil Encik Ikram. So formallah. Just call me Ik or abang. Barulah sedap sikit telinga ni nak mendengarnya. Barulah romantik sikit. So mana satu yang sayang nak panggil?”

Alahai, manja betullah Ikram ni. Syafiqah tersenyum bahagia. Tetapi dia rasa kekok pula hendak memanggil Ikram selain dari Encik Ikram.
“Kalau Fiqa panggil Ik boleh.”

“Ok sayang, no problem. Whatever for you dear,” Ikram tersenyum manis.

“Kalau Fiqa nak tanya sikit boleh?”

“Boleh, tanyalah.”

“Macam mana Ik boleh ada dekat Kopitiam tadi tu. Rasa-rasanya semasa Fiqa dengan Khairil keluar tadi, Ik masih di ofis kan?”

“Ik ikut kereta buaya tulah. One more thing sayang, don't mention his name ok. Ik tak sukalah. Ik tak suka sayang sebut-sebut nama dia.”

Mak aii, takkan sebut nama pun tak boleh. Cemburu betul Ikram ni. Tapi cemburu tu kan tandanya sayang.

“Ok, Fiqa takkan sebut lagi.”

“Janji...”

“Iye, janji...” Ikram tersenyum puas hati mendengarkan jawapan Syafiqah.

“Jom kita pergi makan nak sayang. Ik laparlah. Restoran Nelayan tu pun tak berapa ramai orang,” ujar Ikram sambil mengintai-intai ke arah Restoran Nelayan.

“Lapar? Tadi dekat Kopitiam Ik tak makan ke?”

Ikram cuma menggeleng kepala. Macam mana dia hendak makan kalau dirinya susah hati bila melihat Syafiqah bersama-sama dengan Khairil tadi.

“Tapi Ik tengoklah keadaan Fiqa ni. Macam mana Fiqa nak pergi. Seganlah dengan orang-orang yang ada di restoran tu.”

Keadaan Syafiqah tidak berapa terurus. Mukanya kelihatan agak comot sedikit. Tudung dan baju yang dipakainya juga masih lagi lembap akibat dicurah dengan limau ais tadi.

“Ok, kalau macam tu kita pergi rumah sayang dulu. Sayang bersiap-siap tukar baju semua, lepas tu kita pergi makan-makan dekat luar ye?”

“Kalau macam tu oklah.”

Ikram tersenyum dan terus memandu menuju ke rumah Syafiqah. Hari ini dia berasa teramat-amat gembira. Tidak ada orang lain yang gembira seperti dirinya saat ini. Bahagia kerana dengan rasminya dia telah menjadi teman lelaki Syafiqah. Selepas ini kalau Khairil masih lagi cuba-cuba mengganggu Syafiqah, memang dia tidak akan selamat.

6 comments:

is said...

2 dia...mengaku jgak akhirnya...hehehe

padan muka khairil.....

TinTa Biru said...

hihii...
tenkiu is..
akhirnya terluah juga perasaan yg terpendam..

maisarah hatta said...
This comment has been removed by the author.
maisarah hatta said...
This comment has been removed by the author.
maisarah hatta said...
This comment has been removed by the author.
maisarah hatta said...

Akhirnyer

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...