Khairil berasa teramat marah. Sudah berpuluh kali dia menelefon Syafiqah namun satu pun tidak berjawab. Mungkin Syafiqah masih marah dengan tindakan Hani tadi.
“Please... answer dear,” rungut Khairil, namun hampa. Masih tiada jawapan di hujung talian.
“Arrgghhh!!!,” jeritnya marah. Telefon bimbit dicampak di kerusi di sebelah pemandu.
Pipinya yang pedih akibat ditumbuk oleh Ikram tadi diraba perlahan. Memang teramat sakit dirasakannya. Saat ini perasaan marahnya terhadap Ikram tidak dapat digambarkan. Boleh pula Ikram menumbuknya di khalayak ramai. Malu gila. Ikutkan hati tadi memang dia hendak membalas tumbukan Ikram, tetapi Ikram berjalan laju menuju keluar.
Ingin dikejarnya Syafiqah semasa di Kopitiam tadi tetapi Hani pula menahannya dengan menarik kuat lengannya. Akibatnya, tak pasal-pasal pipi Hani yang gebu itu ditamparnya sekuat hati. Baru puas hatinya kerana segala masalah yang berlaku berpunca daripada Hani. Kalau tidak sudah pasti dia dapat menghabiskan masa bersama-sama dengan insan tersayang.
Khairil terus memecut RX7nya menuju ke pejabat Global Engineering Holding. Mungkin Syafiqah berada di sana, fikirnya. Syafiqah perlu ditemui sebelum dia pulang ke Johor Bahru. Perkara yang sebenarnya harus diterangkan kepada Syafiqah agar Syafiqah tidak salah faham.
********
Puan Mona berasa terkejut apabila melihat Syafiqah dan Ikram di muka pintu. Bertambah terkejut apabila melihat keadaan Syafiqah yang tidak berapa kemas.
“Eh... kenapa pula ni? Lain macam betul mak tengok,” tanya Puan Mona kepada Syafiqah.
“Nanti Fiqa cerita ye mak. Ik masuklah dulu. Fiqa nak tukar baju sekejap ye,” Syafiqah terus berjalan pantas menuju ke arah biliknya.
“A'aa masuklah Ikram. Ada apa yang sebenarnya ni. Cuba cerita dekat makcik,” pelawa Puan Mona walaupun dia sedikit terkejut mendengar Syafiqah memanggil Ikram dengan panggilan Ik. Terasa janggal pula dia mendengarnya.
“Tak ada apalah makcik. Perkara kecil sahaja. Makcik apa khabar? Sihat...” soal Ikram sambil menyalami Puan Mona.
“Alhamdulillah... setakat ini sihatlah. Ikram duduklah dulu. Nanti makcik buatkan air sekejap.”
“Tak payah susah-susahlah makcik. Lagipun sekejap lagi saya dengan Syafiqah nak pergi keluar makan,” balas Ikram sambil melemparkan senyuman ke arah bakal emak mertuanya.
“Oh ye ke. Kalau macam tu duduklah dulu ye. Makcik nak naik atas sekejap.”
Ikram cuma mengangguk. Puan Mona terus berlalu menghala ke bilik Syafiqah. Tidak sabar-sabar dia hendak mengetahui cerita yang sebenarnya.
“Fiqa, cuba cerita dengan mak. Apa yang dah jadi sebenarnya. Lagi satu, lain macam betul mak dengar Fiqa panggil Ikram tu. Ada apa-apa ke?” soal Puan Mona sebaik sampai ke bilik Syafiqah.
Syafiqah yang sedang membetulkan tudungnya di hadapan cermin cuma tersenyum memandang Puan Mona. Mesti emaknya suka mendengarkan berita gembira yang akan disampaikannya. Maklumlah teringin sangat hendak bermenantukan Ikram tu.
“Sebenarnya kita orang dah declaire.”
“Declaire tu apa bendanya? Janganlah nak cakap orang putih pula dengan mak ni. Hisshh,” rungut Puan Mona. Geram pula dia melihat Syafiqah yang tersenyum-senyum.
“Hihihi, declaire tu kiranya kita orang ni dah setujulah. Ikram sekarang ni dah jadi teman lelaki Fiqa. Mesti mak suka kan?” wajah Puan Mona ditatap dalam-dalam. Kelihatan wajah itu sedang mempamerkan senyuman gembira.
“Eh betul ke? Baguslah kalau macam tu. Cepat-cepatlah suruh dia hantar rombongan meminang. Mak dah teringin nak menimang cucu ni.”
“Ishh mak ni. Mengarut betullah. Tunggulah kita orang berkawan lama-lama dulu. Barulah boleh suruh dia hantar rombongan. Ini berkawan pun tak sampai sehari lagi. Fiqa pun tak tahu lagi hati budi dia macam mana?”
“Tak kan tak tahu lagi. Fiqa kan dah lama kenal dengan dia.”
“Memanglah dah lama kenal mak, tapi sekarang ni keadaannya berbeza. Hmmm, oklah mak. Fiqa nak pergi dulu ni. Nanti lama pula dia menunggu,” ujar Syafiqah lantas mengambil beg tangannya.
Puan Mona cuma mengekori Syafiqah. Hatinya berbunga riang melihat kegembiraan Syafiqah. Tidak disangka apa yang diimpikannya selama ini bakal menjadi kenyataan. Bibirnya menguntum senyum sambil mengiringi pemergian Syafiqah dan Ikram.
********
Khairil berharap sangat agar Syafiqah berada di pejabat. Tidak sabar-sabar dia hendak menerangkan perkara yang sebenarnya kepada Syafiqah. Dia tidak mahu insan kesayangannya berada dalam keadaan salah faham. Sebaik sampai di Global Engineering Holding, matanya meliar mencari kelibat Syafiqah namun hampa. Kakinya dilangkah menuju ke arah Nina yang sedang melayari internet.
“Cik... Syafiqah dah masuk ke belum ye?” soalnya sambil memandang tepat ke arah Nina.
Nina yang agak terkejut terus memandang ke arah Khairil. Berasa hairan pula dengan kehadiran Khairil di sini. Padahal, tengahari tadi Nina lihat dia keluar bersama-sama dengan Syafiqah, tetapi tiba-tiba pula bertanyakan Syafiqah.
“Eh... Fiqa bukan keluar dengan Encik Khairil ke tadi? Kalau tak silap dia masih belum masuk lagi,” jelas Nina sambil buat muka keliru.
“A'aa tadi memang keluar bersama, entah macam mana pula boleh berpecah. Tak apalah kalau dia belum masuk lagi.” Khairil berlalu dengan perasaan hampa.
Namun dia tidak akan kemana-mana. Dia akan menunggu Syafiqah di lobi. Sebelum pulang ke Johor Bahru dia perlu berjumpa dengan Syafiqah dahulu.
********
Hampir satu jam Khairil menunggu di lobi. Matanya dari tadi terarah pada pintu utama bangunan dan juga di bahagian lif. Dia tidak mahu terlepas pandang. Penantiannya berakhir apabila dia terlihat dua susuk manusia memasuki lobi bangunan. Syafiqah dengan Ikram kelihatan begitu mesra sekali. Cukup membuatkan Khairil cemburu. Setelah mereka berdua memasuki lif dia terus bangun dan bergegas ke arah lif. Lif yang lain diambil dan dia terus menuju ke Global Engineering Holding.
Sebaik sahaja memasuki Global Engineering Holding, dia meninjau-ninjau keadaan di dalamnya. Apabila ternampak Syafiqah berada di tempatnya Khairil terus berjalan pantas ke arah Syafiqah.
“Dear... Ril nak cakap sikit ni. Jom kita keluar sekejap,” desak Khairil sambil memegang pergelangan Syafiqah.
“Eh!!! apa ni,” Syafiqah menolak sambil merentap tangannya. Terkejut dengan tindakan Khairil dan turut terkejut dengan kedatangan Khairil secara tiba-tiba. Kalau Ikram nampak sudah pasti lelaki itu dihambat dengan perasaan cemburu.
“Dear... Ril just nak terangkan tentang perkara yang berlaku di Kopitiam tadi. Perkara tu tak seperti yang dear sangkakan. Trust me please...” rayu Khairil sambil menatap wajah Syafiqah.
“Ok, ok tak apa. Fiqa tak kisahpun. Ril pergilah balik dulu,” desak Syafiqah dengan wajah sedikit cemas. Mata rakan-rakan sepejabat yang memerhatikannya dengan Khairil sedikit merimaskan, namun apa yang paling membimbangkan dirinya adalah jika Ikram ternampak dia bersama dengan Khairil saat ini.
“Betul ni dear tak kisah. Habis tu kenapa Ril call banyak kali tapi dear tak angkat pun. Please jangan buat Ril macam ni lagi ye.”
“Fiqa tak perasan kot tadi. Tak apalah, next time Fiqa pick up your call ok. Ril baliklah dulu. Fiqa banyak kerja nak buat ni,” kelentong Syafiqah.
Syafiqah berharap sangat agar Khairil terus keluar dari Global Engineering Holding. Jantungnya tak kala ini berdegup agak pantas dan matanya sentiasa terarah ke pintu bilik Ikram. Berharap sangat agar Ikram tidak keluar sekarang.
“Kalau dear dah cakap macam tu, lega sikit Ril rasa. Tapi sebelum tu Ril nak buat perhitungan dahulu dengan Ikram. Ni pipi ni, sakit sangat kena tumbuk tadi,” rungut Khairil sambil terus menuju ke arah bilik Ikram.
Syafiqah agak terkejut dengan tindakan Khairil. Berdebar-debar pula dia rasa.
“Ril!!! tak payahlah,” laung Syafiqah. Namun Khairil telahpun sampai di hadapan pintu bilik Ikram.
Malas untuk memikirkan sebarang kemungkinan, Syafiqah terus melarikan dirinya ke pantri.
Pintu bilik Ikram diketuk bertalu-talu. Sebaik sahaja kedengaran suara Ikram dari dalam Khairil terus merempuh masuk.
“Oh!!! what a surprise...” perli Ikram sebaik melihat Khairil di muka pintu.
“Aku tak puas hati dengan kau ni bro. Yang kau pergi tumbuk muka aku tadi kenapa?” rungut Khairil. Kerusi di hadapan Ikram ditarik dan dia terus duduk. Wajah bengisnya memandang Ikram yang hanya tersenyum sinis. Ikutkan hati hendak sahaja ditumbuknya muka Ikram. Buku limanya cuma digenggam dengan perasaan yang marah.
“Apa pula yang tak puas hatinya. Kan aku dah cakap dekat kau, kalau kau sakitkan hati Syafiqah kau memang kena dengan aku.”
“Tapi tadi tu cuma salah faham sahaja bro...”
“Salah faham apa bendanya kalau sampai tuang air kat atas kepala. Kau tu buaya daratlah Ril, makwe keliling pinggang. So tak hairanlah kalau benda-benda macam tu boleh jadi,” ujar Ikram dengan nada yang agak kasar.
“Itu dulu bro. Sejak berjumpa dengan Syafiqah aku dah berubah kau tahu tak. Aku sayangkan dia dan aku tak nak sakitkan hati dia...” terang Khairil dengan bersungguh-sungguh.
“Ah!!! sudahlah. Pergi mampuslah dengan kau punya sayang tu. Kau jangan nak ganggu Syafiqah lagi. She's mine ok,” tegas Ikram.
“Dia milik kau. Huh!!! aku tak sangka pula yang kau pun ada hati dengan Syafiqah tu. Patutlah beria-ia sangat marahkan aku.”
“Yes... aku memang ada hati dengan dia. And I'am truly love her. Aku sayangkan dia lebih daripada kau sayangkan dia ok. So, kalau kau sayangkan diri kau, janga cuba-cuba nak rapatkan diri dengan dia. Kalau tidak penumbuk aku ni ringan sahaja melayang ke muka kau tu,” ugut Ikram.
“Huh!!! Aku tak takut dengan ugutan kaulah bro. Kalau dia jadi milik kau pun aku tak kisah. I'am gonna steal her from you ok. Dahlah bro... aku malaslah nak layan kau. Aku takut nanti kalau darah aku naik, muka kau pun kena tumbuk dengan aku. Jangan ingat kau sahaja pandai tumbuk orang. Oklah aku blah dulu,” Khairil bingkas bangun dan berjalan pantas meninggalkan Ikram.
“Kau!!!” jerit Ikram.
Marah betul dia dengan kata-kata Khairil tadi. Memang Khairil ni jenis lelaki yang tidak makan saman. Tidak reti-reti bahasa rupanya. Ikram turut bangun sambil anak matanya mengekori kelibat Khairil. Bimbang pula dia jika Khairil pergi berjumpa dengan Syafiqah. Namun hatinya sedikit lega apabila melihat Syafiqah tidak berada di tempatnya. Khairil pula dilihat terus keluar meninggalkan Global Engineering Holding.
********
Lebih kurang lima belas minit Syafiqah mengurungkan diri di pantri. Setelah merasakan yang Khairil telahpun pergi Syafiqah terus menuju ke tempatnya. Dia menarik sedikit nafas lega. Nina yang ternampak kelibat Syafiqah dengan pantas mendapatkannya. Bermacam-macam soalan yang ingin diajukan kepada Syafiqah.
“Fiqa... apa cerita ni. Cuba kau cerita dekat aku,” desak Nina yang telahpun berada di sisi Syafiqah.
“Cerita apa pula ni? Aku tak ada cerita yang hendak diceritakan pada kau,” terang Syafiqah. Fail di atas meja dicapai. Sengaja dia menyibukkan diri tidak mahu disoal oleh Nina.
“Ishhh kau ni. Banyak cerita yang kau boleh ceritalah. Pertama... hubungan kau dengan Encik Khairil tu. Kedua macam mana pula kau boleh balik bersama-sama dengan singa jantan tu. Kau ada apa-apa dengan dia ye. Dan ketiga, bila masa pula kau tukar baju ni. Aku rasa pagi tadi kau pakai baju lain kan. Apa dah jadi sebenarnya. Cepatlah story dekat aku,” desak Nina lagi.
“Kau ni, kalau tak menyibuk hal aku boleh tak.”
“Tak boleh. Sebab aku ni kawan kau, jadi aku terlalu ambil berat pasal kau. Kalau aku ni tak ambil berat pasal kau, aku takkan tanya semua tulah.”
“Hmmm iye sangatlah tu...”
“Eh betullah. Kau ni nak cerita ke tak nak.”
“Tak nak,” tegas Syafiqah.
Nina cuma memuncungkan bibirnya sebaik mendengarkan jawapan Syafiqah. Tiba-tiba telefon di atas meja Syafiqah berbunyi. Syafiqah menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia dapat melarikan diri daripada terpaksa menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh Nina.
“Hello,” sapa Syafiqah.
“Hello sayang. Tengah buat apa tu,” kedengaran suara Ikram di hujung talian.
“Err, tak ada apa-apa.”
“Masuk bilik Ik sekejap. Rindulah... Hihihi,” kedengaran ketawa halus Ikram. Baru tidak berjumpa tak sampai satu jam pun sudah merindu. Memang parah dah ni.
“Ok,” balas Syafiqah dengan nada agak serius. Mana tidaknya, Nina yang berada di sebelahnya cuma memerhatikannya menjawab panggilan. Tidak reti-reti langsung hendak balik ke tempatnya.
“Oklah Cik Nina oii!!! Aku nak masuk bilik Ik sekejap ok.”
“Bilik Ik?” soal Nina dengan hairan.
“Err maksud aku bilik Encik Ikramlah.” Syafiqah merungut di dalam hati. Macam mana pulalah boleh tersasul ni.
“Sejak bila pula kau panggil singa jantan tu Ik haa... Bukan main romantik lagi ni. Mesti kau ada affair dengan dia kan,” teka Nina.
“Tak adalah. Aku tersilap cakaplah. Manusia kan selalu buat silap. Oklah aku nak masuk. Nanti karang kalau lambat-lambat dia marah aku pula,” Syafiqah terus berlalu tanpa mempedulikan Nina yang memerhatikannya dengan tajam.
*******
“Masuk,” ujar Ikram sebaik mendengar ketukan di pintu. Sudah pasti buah hati kesayangannya telah sampai. Sebaik melihat kelibat Syafiqah di muka pintu senyumannya semakin melebar.
Syafiqah turut membalas senyuman Ikram. Begitu manis sekali senyuman itu dirasakannya. Senyuman yang penuh dengan keikhlasan.
“Ada apa Encik Ikram?” soal Syafiqah sambil menarik kerusi dan duduk.
“Ishhh apa ni. Encik encik pula. Tadi kata nak panggil Ik.”
“Memanglah... Tapi sekarang kan dekat pejabat. Takkanlah nak panggil Ik pula. Kan tak manis tu,” terang Syafiqah pula.
“Ik tak kira, dekat ofis ke, dekat luar ke, Ik nak sayang gunakan panggilan Ik tu. Lainlah kalau ada orang lain di antara kita. Kalau cuma kita berdua sahaja, janganlah formal sangat. Ik tak sukalah.”
“Yelah Ik sayang. Haa suka,” ujar Syafiqah apabila melihat Ikram tergelak kecil.
“Suka... suka sangat. Terutama bila sayang panggil Ik dengan panggilan sayang tu. Ini yang buat Ik bertambah-tambah sayang dekat sayang ni,” Ikram senyum lagi.
Syafiqah tersenyum malu. Bahagia sangat dia rasa di saat ini.
“Emmm tadi buaya tu ada datang cari sayang tak?”
“Buaya? Tak ada pula. Kenapa? Dia ada datang sini ke?” soal Syafiqah berpura-pura tidak tahu. Kalau Ikram tahu Khairil ada berjumpa dengannya tadi, habislah dia.
“A'aaa. Dia ada datang sini tadi. Marah dekat Ik sebab tumbuk dia tadi. Tapi memang patut pun dia kena tumbuk. Siapa suruh dia sakitkan hati sayang Ik ni. Selagi Ik hidup, Ik takkan benarkan sesiapapun sakitkan hati sayang. I swear,” Ikram mengangkat tangan kanannya seolah-olah sedang melakukan ikrar.
“Yelah. Fiqa percaya. Bertuah betul Fiqa dapat teman lelaki macam Ik ni kan?”
“Memang bertuah sayang. Bertuah sangat-sangat. Dan selagi kita bersama Ik nak sayang sentiasa rasa bertuah.”
Syafiqah tersenyum bahagia. Teramat-amat bahagia.
“Ada apa Ik panggil Fiqa ni?” soal Syafiqah sambil merenung dalam-dalam wajah kacak Ikram.
“Kan Ik dah cakap tadi. Ik rindukan sayanglah. Rindu sangat-sangat ni.”
“Takkanlah rindu pula. Lainlah kalau tak berjumpa sehari tu, ini baru tak berjumpa lebih kurang empat puluh lima minit. Tahu tak?”
“Empat puluh lima minit ye. Tapi Ik rasa macam lama sangat-sangat. Hihihi... Biasalah kan, orang tengah angau ni,” Ikram tersengih
“Hihihi, nasib baik sedar diri ye.”
“Ishhh, Ik memang selalu sedar dirilah. Tapi ini semua sebab sayanglah.”
“Kenapa sebab Fiqa pula?” soal Syafiqah sedikit hairan.
“Sebab sayang yang membuatkan Ik angau. Sayanglah punca yang menyebabkan penyakit angau ini terjadi. Tapi Ik tak kisah, disebabkan sayang... jadi orang gila pun Ik sanggup.”
“Sampai macam itu sekali.”
“Iye sayang...”
“Janganlah sampai macam tu pula. Fiqa tak nak berkawan dengan orang gila tau.”
“Hahahaha,” Ikram tergelak kuat. Kelakar pula dia melihatkan wajah Syafiqah.
“Nanti balik biar Ik yang hantarkan ye,” pelawa Ikram.
“Eh, tak apalah. Menyusahkan Ik sahaja. Fiqa boleh naik bas ataupun teksilah. Lagipun dah biasa macam tu,” Syafiqah menolak dengan lembut. Tidak mahu menyusahkan Ikram.
“Janganlah macam tu sayang. Untuk sayang Ik tak rasa susahpun. Ik sanggup ambil sayang pergi kerja dan hantar sayang balik rumah. Mulai hari ini biar Ik jadi driver sayang ye,” wajah Syafiqah ditenung dengan penuh pengharapan.
“Ishh... tak naklah Fiqa. Tak mampulah nak bayar gaji driver yang ada degree ni,” gurau Syafiqah.
“Alah untuk sayang free of charge je. So bila Ik boleh mula berkhidmat ni. Kalau boleh hari ini, lagi bagus.”
“Tak sabar-sabar nampak...” gurau Syafiqah lagi.
“Mestilah... hari ini ye sayang,” ujar Ikram lagi.
“Ok terpulanglah pada Ik.”
“Yes... hari ini juga Ik mulakan tugas sebagai driver sayang.” Ikram tersenyum gembira. Semoga hari-hari mendatang sentiasa bahagia dan menceriakan hidupnya.
Bila Hati Dah Sayang Novel - Bila Hati Dah Sayang