Sayang
Ku lakar kata, aku cinta padamu
Ku lakar kata, aku sayang padamu
Di atas pantai pasir
Tetapi ia hanyut, dibawa ombak
Aku tetap mencuba
Jadi ku tulis di atas kertas
Sayang sekali
Kertas itu akan pudar
Hari demi hari
Kali ini ku beri hadiah
Untuk menyatakan rasa sayangku
Tapi aku tahu
Keikhlasanku tetap diragui
Aku fikir lebih baik saja
Kuungkapkan kata itu terus padamu
Walau bagaimanapun
Ianya tidak cukup meyakinkanku
Aku mengalah, akhirnya aku
Sematkan saja kata itu di dalam hati
Kerana cuma hatiku saja yang tahu
Betapa aku CINTA dan SAYANG padamu
Bila Hati Dah Sayang Puisi