Yang Disayangi Selalu !!!

Tuesday, November 15, 2011

Novel Cabul???



Novel cabul? Sekali baca nampak macam agak kasar bunyinya, tapi itulah isu yang menjadi semakin hot seminggu dua ni dalam dunia penulisan novel. Dalam group yang saya sertai di fb pun rancak berdiskusi soal ini. Terdapat rakan-rakan penulis yang novel dan e-novel mereka telah dicop sebagai 'novel cabul.' Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan novel cabul ni? Saya sediri kurang pasti. Kalau setakat hubungan mesra suami isteri seperti cium dahi dan berpeluk itu adakah dikira cabul juga? Bagaimana pula dengan kategori novel romantik? Ramai juga rakan-rakan saya yang tidak faham dengan istilah tersebut. Mungkin penulis artikel tersebut boleh memberi definisi dengan lebih jelas lagi tentang istilah yang digunakan agar tidak menjadi tanda tanya pada orang lain.

Untuk membaca artikel berkenaan klik link ini.

Untung Rugi Menjadi Penulis, Penerbit dan Penjual Novel Cabul

Trend Terbaru: Penulis-Penulis Perempuan Menguasai Pasaran Novel Cabul dalam Bahasa Melayu

Petikan artikel :-

Pada masa-masa yang lalu, penulis-penulis novel cabul adalah terdiri daripada penulis lelaki. Tetapi pada saat ini, penulis-penulis perempuan mendominasi pasaran buku cabul. Maklumat daripada pasaran mengatakan ada antara penulis-penulis novel cabul itu adalah perempuan-perempuan muda yang belum berkahwin.

Maknanya isu novel cabul ni dah lamalah terjadi. Tetapi entah kenapa isu ini begitu hebat diperdebatkan sekarang. Masa dulu tak ada pula orang nak bercerita. Saya juga pernah membaca sebuah novel lama yang dengan terang memperincikan susuk tubuh heroin dalam novelnya. Memang daring, tapi mungkin dulu orang tak ambil kisah. Entahlah. Saya sendiri pun tak pasti.

Mengikut pendapat penulis berpengalaman kak Maria Kajiwa perkara yang perlu dielakkan dalam penulisan novel adalah kemesraan yang berunsurkan seksual. Cara melihatnya adalah dengan satu pertanyaan. Adakah ia membawa maksud ke arah seksual? Kalau ya, elakkan. Tidak kira sama ada terang-terang tulisnya atau 'double meaning' sebab akhirnya ke situ juga. Tetapi jika memberi bayangan secara umum, tidak mengapa.

Takut pula saya dengan isu ini, takut dikategorikan sebagai penulis novel cabul. Nasib baiklah saya masih belum ada novel yang sudah dicetak, sebab saya ada juga menulis tentang kemesraan suami isteri. Dan memang manuskrip ni terpaksa dirombak dan dikaji semula. Proses membersihkan manuskrip. Mana-mana pembaca yang telah membaca e-novel saya yang ada menyinggung sensitiviti sesetengah pihak saya minta maaf bayak-banyak. Sebab kadang-kadang bila menulis memang kita tidak sedar dengan kesilapan yang akan dilakukan. Saya akan cuba untuk mengelakkan adegan-adegan yang menjurus ke arah tersebut. 


Bak kata Kak Maria "Elakkan unsur seksualiti sebagai jalan selamat untuk anda. Elakkan...baik di dalam aksi mahupun dialog. Jangan ambil risiko kecuali anda cukup berani menanggungnya."

Buat masa ini saya masih belum berani menanggung risiko dan memang tidak akan berani pun. Hihi. Jadi langkah terbaik adalah mengedit semula. Teringin pula hendak membaca Penulis Yang Disayang Tuhan karya Bahruddin Bekri. Akan mencari juga naskhah tersebut nanti.

6 comments:

Makanan Kesihatan said...

x tau pulak ader isu ni skrg..rasenyer nvel2 yg ader di pasaran semua ok jek..x de la cabul..mgkin setiap org mmpunyai definisi cabul yg berbeza..klu nk kate aksi hot tu lain la mcm karya satu hmba Allah ni (mmg pnulis lelaki pun), bce intro pun dh meremang bulu roma..heheheh..konklusinya, novel kt pasaran tu best jek, bknnyer dicterkn secara terperinci ats katil.so ok la tu.. klu mendatar jek, x de emotion, pmbaca nk bce pun boring.. apapun think positive jek, tu cter barat yg kluar kt tv, x cabul pulak..heheh..kdg2 x bertapis pun. opinion saya la tinta biru, cter awk dh ok dh, x de cabulnyer, mlainkan org yg bce pikir cabul..heheh - peace no war-

TinTa Biru said...

hihi.. tenkiu aisy atas komen..
tu la.. isu ni memang tengah hangat sekarang nie.. memang betul tu, setiap org mempunyai definisi yg berbeza.. dan kadang2 tersalah anggap. kadang2 takut juga kalau ada pembaca yg terlebih imaginasi.. apa pun think positive.. betul tu :)

mien said...

lambakan novel dalam dunia penulisan sekarang memang meriah. tapi kesal juga kalau2 ada penerbit yang lebih mementingkan keuntungan daripada nilai yang terdapat dalam isi novel. masa zaman persekolahan saya dulu, kami digalakkan membaca novel untuk memperkukuh bahasa melayu, tapi bila tgk kebanyakan novel sekarang, tak pasti sama ada boleh lagi ke dijadikan panduan. mungkin para penulis boleh tilik balik niat, nak menulis kerana minat, atau kerana trend, populariti, duit untung atau sebab2 lain. kalau betul2 minat, buat sehabis baik, jalankan kajian melalui pembacaan bermutu, bukan setakat ambil pendapat2 org y tak berautoriti atau cedok sana sini tanpa ada sandaran yang pasti. beribu2 org membaca novel y ditulis, sudah pasti sahamnya terpalit juga pada diri penulis, sama ada saham baik atau buruk. sekadar pendapat=)

TinTa Biru said...

terima kasih mien atas pendapat yang bernas..
saya menulis kerana minat dan InsyaAllah akan menulis yang terbaik.. penulis turut bertanggungjawab dengan apa yang mereka tulis. :)

Wild Cherry said...

memang hot isu ni skrg..

Sara aisha said...

errkk??? takutnya dgn isu ni. tgh pikir ade tak scene yg menjurus kpn 'cabul' ni dlm JIMK. rsnye mcm x, tp entahlah...semunya bergantung pd pandangn org kot. ad yg kita rs melampau, tp org lain x rs cm 2. ade yg kita rs x melampau, tp ade yg rs melampau..isy, takutlah plak...

utk novel sy plak, skrg sy dh x leh wat ape, sbb mss dh ade ngn penerbit...huhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...