Yang Disayangi Selalu !!!

Sunday, November 20, 2011

Hati Seorang Wanita



Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti ...dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu,
Selamanya…

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,

Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.

Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.

Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

2 comments:

Anonymous said...

salam dik..setiap bait bait puisi memang menusuk ke kalbu akak yg paling dalam..terasa akan kebenarannya. Puitis sungguh puisi ni dik..
Ia mengambarkan pengharapan agar mau difahami bila seorang wanita itu menangis bukan kerana dirinya lemah tetapi mereka telah lama mempotretkan diri mereka kuat dan jitu untuk menghadapi cabaran hidup dan kerenah seorang lelaki yg tak pernah ada setianya..
salam
kak idA

TinTa Biru said...

slm kak ida.. terima kasih..
bait2 puisi ini memang indah.. saya pun tak tahu siapa yg menciptanya..
saya cuma copy paste saja.. sebab kelihatan menarik sangat.. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...