Selamat Pagi..
Selamat Menyambut Hari Deepavali dan Awal Muharram yang akan datang.
Di kesempatan ini ramai juga yang ambil cuti direct. Maklumlah, sehari kerja, lepas tu cuti, kerja semula lepas tu cuti balik.
Minta maaf pada follower sebab dah berbulan-bulan tak update story kat sini. Keadaan tidak mengiizinkan. MC 3 bulan aritu. Accident motor.
Kejadian berlaku hari Khamis, lagi 2 hari nak sambut Ramadhan. Masa bawa motor tu terbabas dan langgar divider. Saya melambung dan tertiarap atas tanah, motor pula entah ke mana. Lepas tu adalah akak2 tu tolong. Bawa pergi hospital. Time tu memang tak ingat apa. Blur... Otak jadi jem..
Pergi hospital Putrajaya, buat scan dan disahkan tulang bahu ada 3 keretakan. Tapi yang peliknya diorang suruh balik dan datang appointment lagi seminggu. Cuma bagi paint killer, ubat sapu dan tampal. Malam tu memang tak boleh tidur. Bahagian bahu dan belakang bengkak teruk. Hubby dah urut pun dia still bengkak lagi. Disebabkan tak tahan sakit sangat esoknya terus pergi ke hospital Serdang. Petang tu juga diorang simen, terus masuk wad. Duduklah beberapa hari dekat wad.
Yang sedihnya, anak yang kecil dan nombor 3 terpaksa bawa balik ke kampung. Sebabnya dah tak boleh nak jaga. Kesian dekat Izzul dan Rahman. Terima kasih banyak-banyak pada mak mertua dan ipar yang jaga anak2. Bukan senang nak jaga diorang, tambah2 yang kecil tu.
Stay dekat wad dalam 3 - 4 hari. Lepas tu datang balik ke hospital untuk buat operation masuk besi (Philos plate). Masa nak buat operation tu macam-macam perasaan ada. Rasa takut, berdebar-debar. Dah la sebelum tu tangan sebelah kanan untuk masuk air dicucuk beberapa kali oleh beberapa orang doktor. Alasannya, tak nampak urat. 8 cucuk semuanya, mahu tak pengsan. sakit yang amat. Doktor yang cucuk pun muda2, doktor pelatih ke? Huhu. Nak cucuk dekat tangan sebelah kiri memang tak bolehlah, sebab nak buat operation sebelah situ. So terpaksalah menanggung.. sampai dah seriau nak kena cucuk. Tangan sebelah kanan pun bengkak teruk. Dah lah sebelah kiri memang sakit dah, jadinya dua-dua tangan sakit.
Operation sepatutnya ambil masa 2 jam tapi Dr Nizlan terpaksa ambil masa hampir 4 jam. Dia cakap operation ni memang susah, sebabnya tulang dah bercantum sehingga peralatan yang dinamakan Mcdonald yang digunakan turut patah. Tengok,... besi pun boleh patah. Hampir 9 cm bahagian bahu ni ditoreh dan meninggalkan parut jahitan. Punyalah panjang. Besi yang dimasukkan tu pun panjang, hampir sejengkal ibu jari ke telunjuk.
Lepas operation, susahnya nak gerak. Nak pakai baju pun susah. Semua hubby yang tolong. Terima kasih banyak-banyak. Sepanjang tempoh sakit tu memang susah nak tidur. Sebabnya bahagian bahu ni terasa sakit dan berat semacam. Masa dekat wad aritu time buat fisioterapi, otot dah mengecut. Tak boleh nak gerak.. Memang rasa macam orang cacat dah. Nak angkat tangan kiri ni memang tak boleh.
Sekarang ni alhamdulillah, keadaan dah stabil. Tapi otot kiri masih lagi kelihatan mengecut. Tangan kiri pun masih tak boleh angkat tegak ke atas. Kena buat fisioterapi banyak2. Bekas jahitan airitu pun masih terasa pedih lagi.
Anak yang kecil masih lagi tinggal di kampung. Tak boleh nak dukung dia sangat, sebab tangan dah tak berapa nak kuat. Kesian kat Izzul.
Bila Hati Dah Sayang Diari Hidup