“Kenapa Mia rasa diri Mia begitu malang kerana bersuamikan abang?”
soal Ikmal dengan nada sayu.
“Awak fikirlah sendiri. Tak malang ke bila seorang perempuan itu
terpaksa berkahwin dengan orang yang telah merogol dirinya. Seorang
yang telah meragut mahkota kewanitaannya. Seorang yang memandang
perempuan itu dengan penuh nafsu semata. Tak cukup malang ke diri
saya ni?” soal Mia Sarah pedih. Pedih bila mengingatkan kejadian
hitam yang pernah menimpa dirinya.
“Abang cuma manusia biasa Mia, dan sebagai manusia biasa abang tak
dapat lari dari melakukan kesilapan. Maafkanlah abang. Sedangkan Nabi
pun ampunkan umat. Takkan Mia begitu keras hati tak ingin memaafkan
abang. Abang akui kesilapan yang pernah abang buat tu. Please forgive
me,” ada nada yang teramat kesal dari lubuk hati Ikmal. Menyesal
dengan setiap perbuatannya yang lalu.
“Saya pun manusia biasa juga. Dan sebagai manusia biasa, cukup
susah untuk saya melafazkan maaf. Saya takkan maafkan awak sampai
bila-bila. Awak telah menyakitkan saya. Saya takkan lupa apa yang
awak pernah buat pada saya. Takkan pernah lupa...” Mia Sarah
melarikan dirinya ke bilik air.
Bila Hati Dah Sayang Novel - Aku Suka Kau Benci.