“Dah
ke? Sikit saja makan. Malu ke?” soal Ikmal apabila melihat Mia
Sarah telah meletakkan sudu dan garfu dan mencapai milo ais.
“Erk,
dah kenyang.”
“Betul
ke ni? Banyak lagi nasi kat pinggan tu. Ke awak ni diet. Nak jaga
badan.”
“A'aaa,
nak jaga badan. Takut nanti gemuk pula,” satu lagi jawapan entah
apa-apa yang keluar dari mulut Mia Sarah. Hish, banyak tanya betullah
dia ni. Bosan sudah Mia Sarah rasakan.
“Kenapa pula
takut gemuk? Awak jangan risaulah. Kalau awak gemuk pun, saya masih
sukakan awak,” luah Ikmal bersungguh-sungguh sambil merenung ke
dalam anak mata Mia Sarah.
“Kalau awak suka
dekat saya pun, belum tentu saya akan sukakan awak.”
“Hish, takkan tak
suka kot. Abang Ikmal yang hensem dan kaya ni, yang menjadi idaman
mana-mana gadis dekat UM ni, kau tak suka ke?” sampuk Hafiz.
Mia Sarah cuma
menggeleng perlahan.
'Hish, lagi lama
aku dekat sini, boleh jadi sewel gamaknya. Nak melayan kerenah dua
ekor monyet sesat ni. Liza ni pun terhegeh-hegeh sangat makannya
kenapa? Selalu bukan main laju lagi makannya, hari ini pula dia
tertinggal kereta api.'
“Kalau macam tu
berikan sepuluh sebab kenapa awak tak suka saya?” soal Ikmal. Apa
agaknya jawapan yang akan diberikan oleh Mia Sarah. Aku punyalah
hensem gila, dia boleh tak syok pula. Ikmal tidak berpuas hati.
Selama ini mana-mana gadis yang cuba dipikatnya sudah pasti akan
melutut padanya, tetapi dengan Mia Sarah cukup berbeza sekali.
“Perlu ke saya
jawab? Rasanya benda-benda macam tu biar saya saja yang tau.”
“Memang perlu,
sebab kalau saya dah tahu jawapannya, senanglah saya nak tackle
awak,” desak Ikmal. Sudah macam orang terdesak sahaja.
Macam tu pula. Tak
acilah kalau begitu. Tapi kalau kau dah nak tahu sangat jawapannya,
ni ha, kau dengar apa aku nak cakap ni. Mia Sarah menarik nafas
dalam-dalam sebelum meneruskan kata-katanya. Sambil itu otaknya ligat
memikirkan jawapan yang akan diberikannya nanti.
“Pertama, sebab
awak ni playboy, kedua sebab awak ni berlagak, ketiga sebab awak ni
merokok, keempat sebab awak ni kerek, kelima sebab awak ni buaya
darat, keenam sebab saya memang tak suka awak, ketujuh sebab saya
benci awak, kelapan sebab saya suka pada orang lain, kesembilan sebab
saya dah bertunang dan yang terakhir sekali sebab saya bakal jadi
isteri orang. Okey, full stop. Puas hati!!!” merah padam Ikmal
mendengar jawapan yang diberikan Mia Sarah. Antara percaya dengan
tidak kata-kata yang terluah dari bibir kecil itu.
Mia Sarah tidak
tunggu lama. Dia bangun dan ingin segera meninggalkan Ikmal dan
Hafiz. Liza cepat-cepat mengekorinya dari belakang. Sirap limau yang
dipesannya tadi pun belum sempat dihabiskannya.
P/s : Dah lama sangat2 tak update cerita ni.. Sekarang tengah cari mood untuk sambung semula cerita ni.. Jadi untuk ambil mood kena baca keseluruhan cerita dari bab 1 sampailah bab 20. Sambil tu edit2 apa yang patut. Lepas tu baru nak kena buat draf.. Ada ke macam tu ye.. Sepatutnya draf dulu, bila dah siap draf baru buat novel. Tapi yang ni kes lain pula. Maklumlah dulu menulis time ada idea.. Tajuk asalnya pun mungkin akan ditukar. Apa Kes? tu mungkin akan dibuang. Jadi Aku Suka Kau Benci.. Bila baca semula.. terasa rindu pula dengan watak Mia dan Ikmal.. hihi..<3
Bila Hati Dah Sayang Novel - Aku Suka Kau Benci.