Alhamdulillah, akhirnya manuskrip penuh BHDS telahpun dihantar tadi. Terasa lega setelah kian lama tertangguh. Tapi tajuk BHDS mungkin akan ditukar dan akan diberitahu kelak. Ini disebabkan BHDS lebih kurang sama dengan tajuk novel Kak Marissa.. Bila Hati Kata Sayang. Masih lagi dalam proses mencari tajuk yang sesuai. Apa-apa pun tinta akan inform nanti..
Blurb..
Cinta hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya. Namun ego membatasi segala. Dalam diam dia jatuh cinta, namun sukar melafaz kata. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.
“Duduk dalam bilik airkond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang je yang putih. Aku pun putih juga tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?” - Ikram
'Hish dia ni. Sikit-sikit nak tengok aku. Lepas tu senyum. Entah apa yang ditengoknya aku pun tak tahu. Yelah, mana aku nak nampak mata dia di balik kaca mata hitamnya tu. Tak acilah macam ni. Aku pun nak pakai kaca mata hitam juga. Lepas tu aku pun nak renung dia puas-puas, barulah adil.' - Syafiqah
Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Baginya cintanya hanya milik Khairil, teman sewaktu di zaman persekolahannya walaupun Khairil sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.
Sampai bilakah kedua-duanya harus memendam rasa? Mampukah mereka hidup bahagia sehingga ke alam perkahwinan?
Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya.
“Alin tahu dia dah ada yang punya. Tapi Alin tak pasti sama ada status perempuan tersebut teman wanita ataupun isteri. Tapi Alin tak teragak-agak untuk merampasnya. Cukuplah sekali Alin pernah kehilangannya, Alin tak mahu ianya berulang lagi. Alin sanggup lakukan apa saja asalkan dia menjadi milik Alin,” - Amalina.
Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perasaan pada Syafiqah. Walaupun pada satu saat dahulu dia amat membenci gadis itu.
“Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro, aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!” - Khairil.
Perasaan cemburu dan syak wasangka seringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah kehidupan. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memiliki Ikram? Dapatkah Khairil memikat Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah?
Bila Hati Dah Sayang Novel - Bila Hati Dah Sayang