Aku seorang wanita
Seorang insan yang tidak sempurna
Seorang insan yang serba kekurangan
Seorang insan yang tidak punya rupa
Namun
Aku juga punya hati
Aku juga punya perasaan
Aku juga ingin dicinta dan menyintai
Cinta
Apakah itu ertinya
Cinta kepada Yang Maha Esa dan makhluknya
Dan aku ingin miliki keduanya
Walaupun aku tidak sempurna
Namun aku cuba jadi yang terbaik
Tidak ada sesiapa yang benar-benar sempurna
Kerana kita hanya insan biasa
Dirimu juga tidak sempurna
Namun aku terima seadanya
Sebagaimana kau menerima diri ini
Kerna kau dan aku sedar kekurangan diri
Aku cinta padamu keranaNya
Kerana itu diriku menjadi milikmu
Dan selagi cinta ini milikku
Selagi itu sayangku tetap utuh di hati
Kerana aku adalah isterimu
Bila Hati Dah Sayang Puisi