Yang Disayangi Selalu !!!

Monday, February 28, 2011

Aku Bukan Insan Sempurna


Aku seorang wanita
Seorang insan yang tidak sempurna
Seorang insan yang serba kekurangan
Seorang insan yang tidak punya rupa

Namun
Aku juga punya hati
Aku juga punya perasaan
Aku juga ingin dicinta dan menyintai

Cinta
Apakah itu ertinya
Cinta kepada Yang Maha Esa dan makhluknya
Dan aku ingin miliki keduanya

Walaupun aku tidak sempurna
Namun aku cuba jadi yang terbaik
Tidak ada sesiapa yang benar-benar sempurna
Kerana kita hanya insan biasa

Dirimu juga tidak sempurna
Namun aku terima seadanya
Sebagaimana kau menerima diri ini
Kerna kau dan aku sedar kekurangan diri

Aku cinta padamu keranaNya
Kerana itu diriku menjadi milikmu
Dan selagi cinta ini milikku
Selagi itu sayangku tetap utuh di hati
Kerana aku adalah isterimu


Lagu Tema

Sunday, February 27, 2011

Aku Masih Sayang

Saat malam datang bertamu
Ku lihat kerlip bintang beribu
Membuat hati bertambah sayu
Menjadikan hati semakin pilu

Teringat saat bercinta dulu
Sehidup semati janji dipadu
Diriku jadi penghibur dukamu
Dirimu jadi pengubat laraku

Bertahun sudah hidup bersama
Bermacam-macam telah dirasa
Rajuk, marah, suka dan duka
Itulah adat berumah-tangga

Terkadang emosi mengusik jiwa
Inginku lari membawa lara
Namun tak betah mengikut kata
Kerna diriku masih punya rasa

Kala malam menunjuk diri
Ku tenung dirimu nyenyak sekali
Perasaan halusku mengusik diri
Aku sayang dirimu lagi


Mr M


Hadirmu tidak diundang
Namun kau sering datang
Membuat fikiranku melayang-layang
Menjadikan aku gila bayang

Kerana kau kerja rumahku tak beres
Segala-galanya jadi tertangguh
Anak-anakku sedikit tak terurus
Punya kuat penangan dirimu

Pergilah kau jauh dariku
Jangan ganggu hidupku lagi
Aku tak ingin kau di sini
Membuat hidupku sesak sekali

Bila dirimu datang menjengah
Semua kerja jadi tak jalan
Puncanya kerana dirimu Mr M
Mr M, Mr M, Mr Malas
Huhuhu


Thursday, February 24, 2011

Magika It's Magik


Tentu ramai yang dah tengok cerita muzikal pertama Malaysia iaitu Magika. Magika diterbitkan oleh KRU Studios. Apa pendapat korang semua tentang cerita ni. Best, tak best, bolehlah..

Tapi bagi tinta dan family cerita ni best. Anak-anak pun suka sangat. Tak taulah dah berapa kali tengok cerita ni, tak jemu-jemu. Lagu-lagu dia pun best. Siap boleh nyanyi sekali.

Apa yang menariknya Edry cuba menonjolkan tentang watak-watak dongeng Melayu. Memang bagus. Sebab selalunya kanak-kanak sekarang ni lebih kenal dengan watak-watak dongeng antarabangsa. Kalau tanya fasal Cinderella, Snow White.. memang kanak-kanak kenal. Tapi kalau kita tanya fasal Mahsuri ke, Pak Pandir ke, tak ramai yang tahu. Melalui Magika sedikit sebanyak kanak-kanak boleh mengenali watak-watak dongeng tempatan. Anak tinta sendiri pernah bertanya semasa tengok cerita Magika "Kenapa Mahsuri tu darah dia putih?".. So sebagai ibu bapa kita kenalah menerangkan sebab musababnya.



 
Magika telah memenangi anugerah perdana Filem Terbaik pada majlis anugerah Festival Filem Malaysia ke 23. Edry sendiri telah diumumkan sebagai Pengarah Harapan manakala Anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik milik Fimie Don.


Anugerah lain adalah Anugerah Penata Kostum/Busana (Hasnan Yaacob), Anugerah Penataan Seni Terbaik (Anuar Paharudin/Johan Lucas) dan Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik (Penyembuh Cinta) ciptaan Edry.


Syabas kepada Edry dan KRU Studios. Diharapkan selepas ini Filem Merong Mahawangsa yang akan ditayangkan pada Mac ini turut berjaya.












Hanya Kau Yang Mampu - Aizat


Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku
Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku
Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku
Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Aku cinta ooohhhh
Aku cinta ooohhhh
Aku cinta ooohhhh
Aku cinta ooohhhh

Ku Ada Kamu - Adira


Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Tidak mungkin diri ini mampu 
Hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu


Pecah Kereta


Tarikh 23 Februari 2011 adalah tarikh yang mungkin tidak akan dilupakan oleh tinta and hubby. Mana taknya kereta kesayangan hubby nyaris-nyaris nak kena curi.

Pada petang Rabu tu hubby parking kereta dekat dengan selekoh berdekatan jambatan Wawasan. Biasalah nak parking dekat bahagian Kastam tu memang dah penuh. Tambah-tambah pula waktu tengahari. So parking je la kat situ, tapi still boleh nampak lah. Tapi petang tu lebih kurang pukul 2.30 petang ada lori hantu blok. Waktu tu memang dia rasa tak sedap hati.

Waktu nak balik kerja tu dia  tengok lampu kereta menyala, dan kat dalam tu dah kosong. Banyak jugalah yang hilang. Radio Alpine, turbo timer dan bagai-bagai meter yang terdapat dekat dalam kereta itu. Kalau nak diikutkan pencuri tu memang nak curi kereta tersebut, tapi master key yang diorang guna tu patah dekat tempat suis nak on kereta tu. Nasib baik jugalah, kalau tidak memang menangis tak berlagu lah.

Dah tu kereta memang tak boleh nak start. Buat report kat balai polis Putrajaya. Bahagian siasatan jenayah ambil semua cap jari yang terdapat di kereta tersebut. Harap-harap kes ni dapat diselesaikan segera. Memang pencuri tu takkan selamatlah hidup dia.

Tapi setiap yang berlaku ini mesti ada hikmahnya. Mungkin ini ujian dari Allah. Sabar banyak-banyak.

Wednesday, February 23, 2011

Dan Bila Esok - Sofaz


Di dalam hati selalu tersimpan
Rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
Kau diam tanpa kata
Saatku ungkap semua rasa
Di saat ku ingin dekat denganmu
Kau semakin jauh meninggalkanku
Dan kau diam tanpa kata
Saatku ucap semua rasa
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Tuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Tuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya
Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatiku
Untuk cinta yang pernah engkau miliki
Untuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Untuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatiku
Untuk cinta yang pernah kita miliki 
Tuk selama-lamanya.



Kenangan Terindah - Samson


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu
Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku
Kaulah cinta sejati
Ooh...
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yan terindah
Ooh..

Andai Ku Tahu - Ungu


Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon 
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon 
Tuhan jangan kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Andai ku tahu
Malaikatmu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di syurga
Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu


Tuesday, February 22, 2011

Mahakarya Cinta - Faizal Tahir


Begitu berat melangkah
Melihat kau bersamanya
Adakah aku yang salah
Atau hanya helah saja
Ku masih mencintai diri kamu
Bila kau menjauh
Ku rindu
Kau bagaikan udara
Yang membantu aku
Untuk terus hidup di atas dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau maha karya cinta
Biarpun kau tidak mahu
Menerima kasih daku
Ku kan setia bersamamu
Sehingga ke akhir waktu
Ku masih menyayangi diri kamu
Bila kau berlalu
Ku rindu
Kau bagaikan udara
Yang membantu aku 
Untuk terus hidup di atas dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau maha karya cinta
Kau takkan dapat aku lupakan
Kerna kaulah punca cinta kita
Mengajar aku erti bahagia
Kembalilah...
Terima pesan daku
Yang akan terus menunggu

Cuba - Faizal Tahir


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati
Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa
Siapa, sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku... padamu
Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri
Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa
Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku

Rinduku Terhenti - Tomok


Telahku tinggalkan
Memori silamku itu
Tidak ku biarkan
Hidupku dibelit pilu
Walaupun duka menampar dada
Walau sepi mencalar hati
Rindu ku terhenti
Ku pinggirkan sayu
Yang merundum kalbuku
Kasih dulu ku biar berlalu
Ku pinggirkan lara
Yang bertaut di jiwa
Ku teruskan hidup tanpa dia
Padam nyala patah tumbuh
Hilangkan berganti
Cinta tiba, cinta pergi
Biar di asal ku nanti
Ku lupakan mu jua di sini
Sedang kau pergi menjauhi

Berlari - Tomok


Aku yang telah merasa keliru
Aku yang tak tahu mana nak tuju
Sampai bila harus aku menjadi bisu
Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu
Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak perlu kau menyakiti
Chorus
Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi
Bebas tuk berlari
Mengejar impian aku
Yang terkunci
Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari
Teruskan berlari
Dan kini semua telah terbukti
Tanpamu ku masih ada di sini
Mengejar impian yang hampir pasti
Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu
Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak mahu kau menyakiti
Ulang chorus
Gelap sudah menjadi terang
Pandangan semakin jauh
Jauh meninggalkan kamu
Terusku ku terus berlari
Kan ku capai bintang itu
Ulang chorus


Seloka Gurau Senda


Bila aku baca novel
Kau kata buang masa
Carilah benda lain nak dibaca
Tapi bila kau baca majalah kereta
Boleh pula
Kau kata itu memang hobi kau

Bila aku nak beli alat mekap
Kau kata membazir saja
Simpan duit dalam bank lagi baik
Tapi bila kau beli aksesori kereta
Boleh pula
Kau kata nak mekap kereta bagi cantik

Bila aku suka makan Pizza Hut
Kau kata tak sedap
Domino's Pizza lagi sedap

Bila aku suka warna kuning
Kau kata tak cantik
Warna biru lagi cantik

Bila kau suka
Aku tak suka
Bila aku suka
Kau pula tak suka

Habis macam mana
Tak boleh ke kalau dua-dua suka
Tapi nak buat macam mana
Suka atau tak suka
Tapi hati aku dah jatuh suka dekat kau


Sunday, February 20, 2011

Ai-Shiteru - Teplan


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku

Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberfikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana
Ooo...
*)
Gelisah sesaat saja tiada khabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawapan pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam fikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
reff.
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Akan tulus a a ai aishiteru
Bridge.
Hapus sendiri fikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa ghairah
o..uo..
Banyak segala misi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali

Aku Insan Kerdil


Aku cuma insan kerdil
Yang lagi hina
Yang lagi dina

Aku sering alpa
Aku sering lupa
Lupa kepada kebesaranMu
Yang Maha Esa

Aku cuma manusia biasa
Tak lepas dari melakukan dosa
Tak lepas dari melakukan kesilapan
Namun sesungguhnya Engkau maha penyayang
Penyayang dan pengasih kepada hambanya

Semoga aku tidak lupa
Semoga aku tidak alpa
Dari mengingatiMu
Dari mengesakanMu
Dari melaksanakan suruhanMu
Sesungguhnya aku
Hanya insan kerdil semata


Thursday, February 17, 2011

Bicara Rindu Di Angin Lalu


Ku kirimkan rindu di angin lalu
Sampaikan salam rinduku padanya
Bilakah masa kitakan bertemu
Di sini aku menanti setia

Ku kirimkan rindu di angin lalu
Sampaikan salam rinduku padanya
Benarkah kasih padaku satu
Hanya diriku bukan si dia

Ku kirimkan rindu di angin lalu
Sampaikan salam rinduku padanya
Jika sungguh kasihmu padaku
Terasa diri amat bahagia

Ku kirimkan rindu di angin lalu
Sampaikan salam rinduku padanya
Sehidup semati itu janjiku
Ingin bersama selama-lama


Wednesday, February 16, 2011

Watak Dalam Bila Hati Dah Sayang

As Salam

Bagi sesiapa yang mengikuti e-novel Bila Hati Dah Sayang, berikut Tinta ceritakan serba-sedikit mengenai watak-watak yang terdapat dalam e-novel tersebut.



                                                    Nur  Syafiqah

Nur Syafiqah merupakan seorang gadis yang agak gila-gila. Sejak dari bangku sekolah lagi Syafiqah memendam perasaan terhadap Khairil Ridzwan. Namun disebabkan tubuh badannya yang ala-ala chubby itu dan memakai kaca mata yang tebal menyebabkan dia sering dibuli oleh Khairil. Walau bagaimanapun Syafiqah tidak dapat menafikan perasaannya terhadap Khairil dan memendam perasaan sehinggalah sekarang.

Bekerja di Global Engineering Holdings's banyak menguji kesabarannya dengan menghadapi kerenah Ikram yang agak menyakitkan hati. Perang dingin yang selalu tercetus antaranya dengan Ikram menyebabkan hati perempuannya sedikit terusik. Dia turut menyimpan perasaan pada Ikram namun dia menganggap dia cuma bertepuk sebelah tangan.

Disebabkan urusan kerjasama syarikat menyebabkan Syafiqah bertemu semula dengan Khairil. Namun perasaan yang dipendam terhadap Khairil sejak sekian lama seperti tiada lagi. Perasaannya terhadap Khairil jauh berbeza jika dibandingkan dengan perasaannya terhadap Ikram. Kejadian yang berlaku di zaman persekolahannya dulu menyebabkan Syafiqah berniat untuk membalas dendam terhadap Khairil.



                                                          Ikram

Ikram merupakan seorang lelaki yang serius dengan kerja. Sikapnya yang agak sombong dan kasar menyebabkan dia tidak begitu disukai oleh staf Global Engineering Holdings. Merupakan seorang lelaki yang tidak percaya kepada cinta dan perempuan. Semuanya berpunca daripada Amalina yang merupakan gadis pertama yang dicintainya. Kecurangan Amalina menyebabkan hatinya amat terluka dan kecewa. Oleh itu dia bernekad tidak akan jatuh cinta lagi.

Namun kehadiran Nur Syafiqah sedikit sebanyak membuatkan jiwanya bergelora. Disebabkan ego yang menggunung Ikram cuba sedaya upaya untuk tidak meluahkan perasaannya kepada Syafiqah. Keadaan menjadi bertambah rumit dengan kehadiran Khairil Ridzwan.



                                                   Khairil Ridzwan
                                                     

Khairil Ridzwan merupakan seorang lelaki yang tidak percaya kepada cinta. Baginya cinta hanya sekadar ucapan di bibir semata. Lebih dikenali sebagai "Playboy JB" oleh rakan-rakannya. Banyak memainkan perasaan wanita dengan ayat jiwang karatnya. Sehingga kini belum ada mana-mana wanita yang boleh membuatkan hatinya terusik.

Namun sejak bertemu Nur Syafiqah, hati lelakinya menjadi tidak keruan. Baru dia tahu begitu hebatnya penangan cinta.


Apakah kesudahan e-novel ini. Apakah reaksi Khairil setelah mengetahui Nur Syafiqah merupakan gadis yang sering dibulinya sewaktu alam persekolahan dulu. Siapakah yang berjaya memiliki hati Syafiqah.

Sama-sama nantikan di dalam e-novel Bila Hati Dah Sayang..

Cover Novel Bila Hati Dah Sayang

As salam..

Buat masa sekarang Tinta sedang berusaha menyiapkan e-novel Bila Hati Dah Sayang.
Di bawah ini adalah cover bagi e-novel tersebut.
Thanks a lot to my fren Mike.. kerana sudi membuat cover novel tersebut untuk Tinta.





Ok tak cover ni... Boleh diterima tak. Tinta tak pandai nak buat cover-cover ni.
So terpaksalah minta tolong kat member... Hihi

Sunday, February 13, 2011

Cinta Pandang Pertama


Pabila mata bertentang mata
Hati berdebar tidak terkata
Senyummu manis mengusik jiwa
Sering terbayang setiap masa

Pabila mata bertentang mata
Hati bagaikan berkata-kata
Rindu padamu setiap masa
Benarkah ini namanya cinta

Pabila mata bertentang mata
Apa dibuat serba tak kena
Wajahmu sering mendebar sukma
Makan tak kenyang tidur tak lena

Pabila mata bertentang mata
Hati yang gundah menjadi ceria
Memang benar bagai dikata
Inilah cinta pandang pertama


Thursday, February 10, 2011

Pejam Celik


Pejam celik pejam celik
Begitu pantas masa berlalu
Sepantas siang berganti malam
Sepantas umur meningkat tua

Pejam celik pejam celik
Begitu pantas masa berlalu
Cukupkah sudah ilmu di dada
Ilmu dunia dan juga akhirat


Cantik Vs Tak Cantik


Bila perempuan cantik lalu
Lelaki kata fuyoo cunnya aweks
Bila perempuan tak cantik lalu
Lelaki kata ala tak ada muka lain ke

Bila perempuan cantik minta tolong
Lelaki kata whatever for you dear
Bila perempuan tak cantik minta tolong
Lelaki kata ala menyusahkan betullah

Bila perempuan cantik menyanyi
Lelaki kata suaranya macam buluh perindu
Bila perempuan tak cantik menyanyi
Lelaki kata dah macam panggil hujan je

Apa-apa yang dilakukan oleh si cantik
Semuanya cantik di matanya
Apa-apa yang dilakukan oleh yang tak cantik
Semuanya tak cantik di matanya

Memang tidak semua lelaki begitu
Tapi tak dinafikan segelintirnya memang begitu
Rupa yang cantik dipandang mulia
Rupa yang tak cantik dipandang hina

Jangan dipandang kecantikan semata
Pandanglah pada hati yang suci murni
Pandanglah pada keikhlasan jiwa
Jangan menilai melalui luaran semata 



Wednesday, February 9, 2011

Semalam, Hari Ini & Esok


Semalam
Telah jauh ku tinggalkan
Segala kenangan yang dilalui
Segala pahit getir hidup ini
Segala onak ranjau berduri

Hari ini
Sikit lagi hampir berlalu
Adakah memuaskan hati
Adakah mententeramkan jiwa
Adakah mendamaikan sukma

Esok
Pastikan menjelma jua
Nekadkan di dalam hati
Semaikan di dalam jiwa
Pastikan hari esok
Menjadi lebih baik
Dari hari ini dan semalam


Hatiku Disakiti Lagi


Mengapa sayang
Hati ini kau sakiti lagi
Kenapa sayang
Jiwa ini kau lukai lagi

Mengapa sikapmu begitu sayang 
Sesungguhnya aku amat terluka
Terluka dengan sikapmu
Yang tak pernah mahu berubah

Duhai sayangku
Kesabaranku ini ada batasnya
Jangan dicabar hati yang lara
Jangan diuji jiwa yang merana
Kelak tindakan pemutus bicara

Kesilapanku Keegoanmu


Duhai sayangku
Katakan padaku
Apakah yang perlu ku lakukan
Untuk memikat semula hatimu

Duhai sayangku
Sesungguhnya manusia
Tidak lari dari melakukan kesilapan
Maafkanlah segala kesalahanku

Sesungguhnya diriku ini
Teramat menginginkan belaian kasihmu
Teramat dahagakan sentuhan lembutmu
Teramat merindui hilai tawamu

Mengapa sayang
Begitu tinggi egomu merajai hati
Sedangkan nabi ampunkan umat
Inikan pula insan biasa

Sesungguhnya hati ini
Tidak tahan menanggung sengsara
Kerasnya hatimu bagaikan batu
Salam perpisahan titik noktahnya

Madu Itu Racun


Di sana mawar di sini penawar
Di sana madu di sini hempedu
Itulah perumpamaan yang kau lafazkan

Mengapa sayang
Takkala hati ini disinari kasih
Takkala jiwa ini dilimpahi sayang
Takkala diri dipenuhi cinta
Takkala rindu menjadi penyeri

Ke manakah hilang cintamu sayang
Mana kau campak rindu menggunung
Buang ke mana kasih padaku
Semuanya hilang sekelip mata
Lantaran wujud orang ketiga

Andai benar bagai dikata
Habis madu sepah dibuang
Alangkah malang nasib diriku
Madu itu manis bagimu
Tapi racun bagi diriku


Rindu Padamu


Di saat ku kerinduan
Di manakah dirimu wahai sayang
Tanpa khabar tanpa berita
Pergimu hilang begitu saja


Di saat ku kerinduan
Umpama pungguk rindukan bulan
Lekaslah pulang aku tak tahan
Menanggung rindu padamu sayang

Bila Hati Dah Sayang


Bila hati dah sayang
Semua jadi gila bayang
Siang dan malam terbayang-bayang
Wajahmu sayang jadi igauan

Bila hati dah sayang
Apa dibuat semua tak kena
Teringat-ingat dirimu sayang
Makan tak kenyang tidur tak lena

Bila hati dah sayang
Cemburu dan dendam jadi permainan
Tak kenal kawan dan juga lawan
Dirimu sayang jadi taruhan


Tentang Lelaki


Kalau kita layan dia dengan baik
Dia cakap kita jatuh cinta padanya
Kalau kita tak layan dia
Dia kata kita ni sombong

Kalau kita pakai cantik-cantik
Dia cakap kita nak goda dia
Kalau kita tak pakai cantik-cantik
Dia kata kita ni dari kampung

Kalau kita mungkir janji
Dia cakap kita ni tak boleh dipercayai
Kalau dia mungkir janji
Dia kata dia terpaksa buat begitu

Kalau kita merokok
Dia cakap kita ni perempuan jahat
Kalau dia merokok
Dia kata dia gentleman

Kalau kita sakitkan hati dia
Dia cakap kita ni kejam
Kalau dia sakitkan hati kita
Dia kata kita ni sensitif sangat

Kalau kita tak cintakan dia
Dia paksa kita untuk mencintainya
Kalau kita cintakan dia
Dia akan cuba tinggalkan kita


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...