Yang Disayangi Selalu !!!

Thursday, August 4, 2011

Jalan Cerita Aku Suka Kau Benci. Apa Kes?


As salam...

Selamat petang Jumaat semua.

Tinta rasa terpanggil pula nak buat entri ini apabila terlihatkan komen dari seorang pembaca ini di web penulisan2u. Dia baru membaca cerita ini pada bab 16. Komennya ialah :-

saya baru jer baca bab ni... jalan citer lebih kurang sama macam citer nora elena ker???? x pun dari novel kasih yang suci. hurrmmmmm

Sebenarnya e-novel ini diadaptasikan daripada first cerpen tinta iaitu Karmila Emilia. Cuma berbeza dari segi nama heroin dan juga endingnya nanti. Sebab ending cerpen tu sedih, kalau boleh tinta nak buat happy ending.

Kalau baca bab 16 sahaja mungkinlah ada nampak sama sikit macam cerita Nora Elena tu. Tapi kalau baca dari bab awal ada perbezaannya. Apa yang menjadi persamaan ialah perempuan itu berkahwin dengan lelaki yang telah merosakkannya.

Dalam cerita Nora Elena, setelah Elena mengandung baru dia tahu yang suami dia adalah lelaki yang telah memperkosanya tetapi dalam cerita ini Mia telah mengetahuinya sebelum mereka berkahwin lagi. Dan Mia berkahwin dengan Ikmal disebabkan mereka telah ditangkap khalwat. Tetapi dalam Nora Elena mereka berkahwin kerana tunang Elena telah meninggalkannya.

Tapi tinta nak tahu juga pendapat pembaca cerita ini. Apa pendapat anda? Adakah jalan cerita ini sama dengan cerita Nora Elena ataupun Kasih Yang Suci? 

Sudi-sudikanlah menjawabnya dengan ikhlas ye.. tenkiu .. :)


17 comments:

Anonymous said...

jauh sgt berbeza.....sy ada baca novel tersebut....ok.

TinTa Biru said...

tenkiu anonymous.. tinta pun ada baca novel tu, bahkan mmg tgk cerita nora elena..

Zass said...

tak sama... novel ni best ape! saya peminat setia blog ni tau!!

Salina Azni said...

novel kasih yg suci tk sama pun dgn cite ni... jgn risau, jln cite ni mmg best... tk sama dgn novel2 yg lain... sy ada byk koleksi novel, tk jumpa lg novel yg sama dgn cite ni... teruskan cite ni....

missheart said...

mmg bbeza..crta ni lg best dr nora elena..hehe

TinTa Biru said...

terima kasih korro suffian... peminat setia blog tinta tinta rupanya.. :)

tenkiu salina azni atas komen.. risau juga takut sama dengan cerita tu.. :)

hatiku295 .. terima kasih atas pendapat tu ye.. :)

alhamdulillah.. lega sikit rasa bila tinta dah baca komen2 anda. :) terima kasih semua...

Anonymous said...

mmg xsm langsung...
cita awk mmg best...
keep it up...
~aki~-

blinkalltheday said...

xsama langsung tinta..cite ni lagi best..sy sokong tinta,nding yg eppy,,xmo la yg mcm cerpen tuh..sedeyy taw kite,sampai kesat tisu nangis2..tinta cepat sambung taw!!

TinTa Biru said...

tenkiu aki... nasib baik tak sama.. hihi.. :)

blinkaltheday... hihihi.. siap nangis2 ye.. oklah, kali ni tak mau kasi kuar air matanya.. hepi ending semestinya..

InsyaAllah akan sambung secepat mungkin.. :)

zatul zukefli said...

setahu saya..novel kasih yang suci ngan novel akak.lain sangat janln cerita...jauh berbeza

izaeone said...

X sm la,cik tinta.. Stiap org de pendapat msg2.. Wlupn komennya x m'berangsangkn, tp novel tinta yg ni still de peminatnya.. Sy teruju nk baca cerpen novel ni n nk bygkn yg happy ending.. :-)

Anonymous said...

relax la tinta..akak rasa tak sama..saja je nak buat citer..kan..sepatutnya pembaca yg mengomen tu baca betui betui novel tu baru buat komen..jgnla melemahkan semangat siwriter..apa apa pun akak follow..so don;t give up..ok..
salam dri
kak idA

aya said...

xdak la..da terang lagi bersuluh jalan cerita lain..mana boleh sama~~apa pun saya tetap sokong akak~~chaiyok2!!

NadIAh AzIz said...

x sama la akak..novel ni lagi besh..=)

TinTa Biru said...

terima kasih banyak2 ye atas komen2 semua...
zatul zukefli, izaeone, kak ida, aya dan penmerah..

sangat2 menghargai komen anda.. :)

halisa mohsoff said...

untuk pengetahuan semua..saya yang komen entry ni...bukan niat nak jatuhkan semangat writer atau nak kutuk novel beliau...sebab saya saya ni peminat setia novel2 di penulisan 2u nie...cuma apa yang saya nak sampaikan cerita ni lebih kurang ada unsur2 kes kena rogol, kawin paksa, dan sebagainya lah...jgn ambil hati yer..saya suka novel yang Tinta Biru buat...dan nak dapatkan koleksi dia...

TinTa Biru said...

terima kasih halisa mohsoff atas komen anda.. InsyaAllah semangat saya tak down dlm menulis.. cuma masa first2 baca komen tu, cuma terkejut sikit je lah.. Apapun , tak apa.. it's ok...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...