Yang Disayangi Selalu !!!

Thursday, July 28, 2011

Bila Hati Dah Sayang - Bab 23

Ikram kelihatan begitu sibuk meneliti dokumen yang baru diterima. Dokumen daripada CST cawangan Kedah berkenaan dengan 'tender bidding'. Sesekali wajahnya kelihatan berkerut. Syafiqah yang duduk di hadapannya tekun menunggu arahan yang akan diberikan. Ikram yang sedang sibuk direnung galak. Lelaki yang bakal menjadi suaminya. Seorang yang cukup berkarisma dan bercita-cita tinggi.

“Okey, done. Nanti tolong fakskan. Lepas tu call Encik Ahmad, inform dia Ik dan papa akan attend bidding esok,” Ikram memberikan surat kehadiran kepada Syafiqah.

“Okey. Emm ada apa-apa lagi tak?” soal Syafiqah.

Ikram cuma membisu. Dia berpeluk tubuh dan begitu asyik merenung Syafiqah. Begitu cantik dan indah sekali insan yang berada di hadapannya ini. Tidak sabar rasanya dia ingin hidup bersama dengan Syafiqah. Mata bundar Syafiqah direnung tajam, kalau boleh sesaat pun dia tidak mahu melarikan matanya dari melihat Syafiqah.

“Ik!!! Kenapa ni?” jerit Syafiqah. Malu betul bila direnung oleh Ikram sebegitu. Kulit wajahnya yang putih telah bertukar kemerah-merahan.

Ikram tersenyum dan tersengih memandang Syafiqah atas dan bawah. Entah apa yang difikirkannya Syafiqah pun tidak tahu. Jangan fikir yang bukan-bukan sudah. Ikram ni bukannya betul sangat.

“Ik!!! Boleh tak tolong jangan pandang Fiqa macam tu. Berdosa tau, zina mata tu,” jelas Syafiqah sambil menjatuhkan pandangannya ke atas meja.

“Sori. Tak selesa ye. Kena tengok puas-puas ni. Nanti rindu, esok Ik tak ada. Ik rasakan macam lama sangat nak tunggu bulan 5 ni. Tak sabar-sabar dah ni.”

“Tak sabar-sabar apa?” soal Syafiqah sambil membulatkan matanya.

“Tak sabar-sabar nak kahwin dengan sayanglah. Menyesal pula suruh bertunang sampai 6 bulan, sepatunya 3 bulan pun dah cukup. Tengok... sekarang ni Ik juga yang merana. Sayang tak merana ke?” soal Ikram sambil mengangkat kening. Kelihatan kacak sekali.

“Nak merana apanya,” Syafiqah buat-buat tak faham.
“Nak sampai ke bulan 5 tu bukannya lama sangat. Lagi beberapa bulan je. Sabarlah sikit.”

“Ishh lama tu. Sehari bagaikan setahun. Kalau seminggu dah berapa tahun dah tu. Kalau enam bulan, lagilah. Bertahun-tahun dah tu.”

“Apalah yang Ik merepek ni. Dah macam orang desperate sangat.”

“Nampak macam desperate ke? Lebih kuranglah kot. Hahaha,” Ikram gelak manja.
“Memang tak boleh nak bersabar dah ni. Kalau boleh sekarang juga Ik nak kahwin dengan sayang. Hihihi.”

“Hmmm gatal...”

“Hahaha. Memangpun. Sayang, Ik ada something nak tanya sayang ni,” persoalan yang telah lama disimpan di dalam hati Ikram. Baru hari ini dia mampu untuk bertanyakan soalan tersebut.

“Tanya sajalah. Itupun nak kena minta izin ke?” Syafiqah hairan.

“Dah lama Ik nak tahu ni. Emmm... Sebelum Ik, sayang ada someone speciall in your heart?” soal Ikram. Hatinya berdebar-debar menunggu jawapan Syafiqah. Mungkinkah sebelum dirinya Syafiqah pernah bercinta dengan orang lain.

Syafiqah diam. Wajah Ikram yang merenung galak ke arahnya ditatap. Someone speciall. Rasa-rasanya tidak ada. Betul ke? Macam mana pula dengan Khairil yang satu masa dahulu pernah bertakhta di hatinya. Tapi itu semasa di zaman persekolahan. Hanya dia sendiri yang memendam rasa tapi Khairil sebaliknya.

“Tak. Tak ada sesiapapun yang speciall selain dari Ik seorang saja,” jelas Syafiqah dengan yakin.

Ikram mengukir senyum. Maknanya dia merupakan cinta pertama Syafiqah. Bahagia sungguh hatinya mendengarkan jawapan Syafiqah.

“Macam mana dengan Ik pula. Ada someone speciall sebelum Fiqa,” Syafiqah turut ingin tahu. Tidak adillah kalau Ikram sahaja yang bertanyakan soalan. Walaupun jawapannya telah dapat diduga oleh Syafiqah.

Riak muka Ikram berubah. Persoalan Syafiqah tiba-tiba mengingatkannya kepada seseorang yang pernah merajai hatinya dahulu. Seseorang yang begitu istimewa yang mengajarnya tentang cinta, sayang dan rindu. Seseorang yang turut mengajarnya erti kecewa. Argghh kalau diikutkan hati, malas dia mahu mengingati tentang gadis itu. Tapi demi Syafiqah, dia akan berterus-terang.

“Ada... Tapi dulu. Dah lama sangat,” jelas Ikram lancar.

Syafiqah tersenyum hambar. Entah kenapa hatinya terasa pedih semacam walaupun jawapan itu telah diketahui sejak lama dulu. Tertanya-tanya siapakah yang telah berjaya menawan hati lelaki kesayangannya ini sebelum dirinya. Mesti gadis itu bukan calang-calang orang. Mesti banyak yang istimewa tentang gadis tersebut. Tiba-tiba sahaja Syafiqah menjadi cemburu.

“Mesti cantikkan orangnya,” teka Syafiqah.

“Tapi sayang lagi cantik dari dia. Don't worrylah. Hahaha,” Ikram tergelak halus.

“Kenapa boleh putus?”

“Hmmm... Materialistik girl. So faham-faham sendiri jelah.”

“Ik masih sayangkan dia?” bergetar suara Syafiqah bertanyakan soalan tersebut. Tetapi hatinya begitu mendesak ingin mengetahui.

“Kenapa sayang tanya macam tu? Ik tak sayangkan dia. Perasaan sayang tu dah lama berkubur sejak dia meninggalkan Ik kerana lelaki lain. Yang pasti sekarang perasaan sayang dan cinta Ik hanya untuk seorang gadis yang terlalu istimewa di hati ini. Hanya untuk Nur Syafiqah seorang.”

Syafiqah tersenyum bahagia. Terasa amat bertuah kerana ada orang yang amat menyintai dan menyayangi dirinya.
“Alhamdulillah. Sukanya Fiqa dengar. Maknanya tidak ada sesiapapun yang dapat menggugat kasih sayang Ik pada Fiqa?”

“Trust me dear. Tidak ada sesiapapun yang dapat menggugat kasih sayang Ik pada Fiqa. Because I love you so much.”

“Betul ni. Walaupun makwe lama Ik tiba-tiba muncul dan menagih cinta Ik semula?”

“Apa yang sayang merepek ni. Perkara macam tu tak mungkin akan terjadi. Walaupun dia datang melutut sekalipun hati Ik tetap pada sayang. Dah tak ada sekelumitpun rasa sayang Ik pada dia. Hmmm, dah lah. Kita lupakan saja soal-soal yang dah lepas ni. Esok Ik kena pergi Alor Setar. Nampaknya Ik tak dapatlah nak hantar Fiqa datang ofis esok. Pagi-pagi lagi dah kena bertolak. Lagipun tender bidding start pukul 10.30pagi. Ik minta maaf ye,” luah Ikram. Ada sedikit kekesalan di wajahnya.

“Tak apalah. Fiqa faham. Tak payahlah nak minta maaf pula. Lagipun sebelum ni kan Fiqa datang kerja dengan publik transport,” jelas Syafiqah lancar.

“Tapi naik publik transport tu bahaya. Nanti kalau jadi apa-apa dengan tunang Ik ni, Ik juga yang susah. Kalau naik teksi, buatnya driver teksi tu bawa sayang kat tempat lain dan cuba nak buat benda-benda tak elok macam mana. Ik risaulah,” wajah Ikram mempamerkan kebimbangan yang amat sangat. Risau jika sesuatu yang tidak elok terjadi pada tunang tersayang.

“Don't worry. Fiqa tahulah jaga diri.”

“Of course tu. Sayang kena jaga diri sayang baik-baik untuk Ik tau. Kalau tidak Ik akan menyesal seumur hidup jika sesuatu berlaku pada sayang. Take care bacause I do care.”

“I promise. Don't worry. I'll take care myself for you.”

Ikram mengangguk sambil tersenyum manis ke arah Syafiqah. Syafiqah meminta kebenaran untuk keluar bagi menyelesaikan tugas yang tergendala. Sebaik hampir sampai ke pintu Ikram memanggil.

“Sayang...” Syafiqah menoleh ke arah Ikram.

“Sambut ni.”
Ikram mencium tangan kanannya dan ditiup perlahan ke arah Syafiqah.

Syafiqah tersenyum riang. Kelakar melihat gelagat Ikram. Macam budak-budak sekolah sahaja. Namun dia tidak teragak-agak membuat gaya seolah-olah menyambut 'flying kiss' yang diberikan oleh Ikram. Kemudian disematkan di dadanya.

“Yahoo!!!” Ikram bersorak.
“Nak cium betul-betul tak dapat lagi, so 'flying kiss' jelah dulu ye.”

“Okey sayang. 'Flying kiss' tadi tersemat kemas di hati Fiqa. Keluar dulu ye. Daa,” Syafiqah melambai tangan dan terus keluar dari bilik Ikram.

********

Syafiqah berlari-lari anak menuju ke lif. Terlambat pula dia sampai ke pejabat hari ini. Ini semua gara-gara kerosakan bas yang berlaku tadi. Jam di pergelangan tangan ditoleh sekilas. Sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi. Kalau boleh dia tidak mahu sampai lewat ke pejabat. Walaupun dia tahu hari ini Ikram dan Encik Hisyam tidak ada di pejabat. Bukannya apa, dia tidak mahu nanti ada staf yang mengatakan dia mengambil kesempatan kerana dia adalah tunang Ikram.

“Tunggu!!!” jerit Syafiqah apabila melihat pintu lif yang hampir tertutup. Hampa dirasakannya apabila pintu lif tersebut terus tutup sepenuhnya. Namun tiba-tiba ia terbuka semula dan kelihatan seorang gadis ayu yang tersenyum manis ke arahnya.

“Terima kasih,” ujar Syafiqah sambil melemparkan senyuman ke arah gadis tersebut.

“Sama-sama,”balas gadis tersebut.
“Saya Amalina,” gadis itu memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Nur Syafiqah. Emmm kerja dekat sini ke?” soal Syafiqah.

“Iye.”

“Ohh. Sebelum ni tak pernah nampak pun.” Inilah kali pertama Syafiqah melihat gadis itu di bangunan tersebut. Sebelum ini tidak pernah pula dia terserempak dengan gadis ayu tersebut. Pada pandangan Syafiqah gadis tersebut cukup cantik dan berperwatakkan menarik. Penampilannya begitu elegan sekali. Bibirnya pula tidak lokek dengan senyuman.

“Baru minggu ni bekerja. Sebelum ni kerja di tempat lain. Okeylah, saya dah sampai ni. Nanti kita jumpa lagi ye. Baii,” Amalina melambai sambil tersenyum ke arah Syafiqah.

Syafiqah turut membalas senyuman dan lambaian Amalina.

********

“Wahh lambat kau hari ini. Mentang-mentanglah Ikram tak ada ye,” gurau Nina apabila melihat Syafiqah baru sahaja duduk di tempatnya.

“Aku bukannya sengaja. Bas tu rosak dekat tengah jalan. Tu yang aku lambat tu. Kalau tidak dah lama aku sampai,” terang Syafiqah. Terasa pula hatinya mendengarkan kata-kata Nina tadi. Suis komputer ditekan, sementara fail yang berada di atas meja diambilnya.

“Kesian kau kan. Terpaksa naik bas pula hari ini. Kalau tidak asyik naik Honda Accord je. Ada driver sendiri. Pergi kerja, balik kerja ada orang hantar. Bertuahnya kau Fiqa, dapat bakal suami orang kaya.”

“Apa maksud kau ni Nina. Dari tadi asyik nak perli aku je,” tegur Syafiqah. Matanya direnung tajam ke arah Nina yang berdiri di hadapan mejanya.

“Eh... Mana ada aku perli kau. Terasa pula kau ni. Aku gurau jelah. Sikitpun aku tak ada niat nak perli-perli kau,” terang Nina.

Tetapi dalam hati, hanya Nina sendiri yang tahu. Sebenarnya telah lama dia menyimpan perasaan pada Ikram namun perasaan itu bagaikan terkubur dengan layanan Ikram terhadapnya. Sebenarnya dia juga redha dengan hubungan Syafiqah dan Ikram, cuma kadangkala perasaan cemburu itu sering menggamit diri.

“Kalau kau tak perli aku tak apalah. Tapi dari cara kau bercakap tadi memang macam menyindir aku je,” Syafiqah masih tidak berpuas-hati dengan penjelasan Nina.

“Sudahlah. Don't take it serious. Aku cuma bergurau je dengan kau tadi. Mungkin cara aku salah. Ataupun kau tu yang terover sensitif ni. Bulan tengah mengambang ke?” teka Nina sambil menepuk perlahan bahu Syafiqah.

“Hmmm mungkin kot. Okeylah aku banyak kerja ni. So kau tolong jangan kacau aku ye,” pinta Syafiqah.

“Yes mam,” Nina terus berlalu menuju ke tempatnya. Biarlah hanya dia sendiri yang memendam rasa kerana cinta yang tidak kesampaian. Untuk menganggu hubungan Syafiqah dan Ikram adalah mustahil. Bukan prinsipnya untuk jadi perampas.

*******

“Aduh... Lambat betul bas ni,” Syafiqah naik cuak.

Sudah hampir lima belas minit dia menunggu bas namun masih lagi tidak kelihatan. Peluh-peluh kecil pula sudah kelihatan bertandang di dahinya. Sesekali Syafiqah duduk di kerusi di hentian tersebut, sesakali dia berdiri. Serba tidak kena pula dibuatnya. Tiba-tiba ada sebuah Wira 1.6 berhenti betul-betul di hadapan hentian dan membunyikan hon ke arahnya. Syafiqah teragak-agak kerana sebelum ini dia tidak pernahpun melihat kereta tersebut. Tingkap kereta di bahagian sebelah pemandu dibuka.

“Fiqa... Jom saya hantarkan awak balik,” pelawa Amalina.

“Laa, awak ke rupanya. Eh tak apalah, saya tak nak menyusahkan awak,” Syafiqah menolak dengan cara baik. Lagipun dia baru sahaja berkenalan dengan Amalina. Masakan gadis itu begitu baik hati ingin menghantarnya pulang.

“Jomlah. Tak menyusahkan pun. Awak tinggal dekat mana?”

“Cheras,” jawab Syafiqah ringkas.

“Ohhh dekatlah tu dengan saya. Jomlah masuk.”

Memandangkan Amalina begitu beria-ia mengajaknya, akhirnya Syafiqah tidak menolak. Pintu kereta di sebelah pemandu dibuka. Dia lantas duduk di kerusi.

“Terima kasih ye.”

“Tak apa. It's okey. Hari ini hari awak. Manalah tahu nanti hari saya pula kan. Memang hari-hari awak pergi kerja naik bas ke?” soal Amalina sambil memandu dengan begitu berhati-hati sekali.

“Tak juga. Kebetulan pula hari ini tunang saya pergi melawat site, kalau tidak saya selalu pergi kerja dengan dia,” jelas Syafiqah. Tiba-tiba ingatannya tertumpu kepada Ikram. Arghh rindu pula pada lelaki itu. Syafiqah tersenyum sendiri.

“Ohh dah bertunang ke. Mesti tunang awak sayangkan awak kan. Yelah, sampai sanggup hantar pergi dan balik kerja,” teka Amalina.

Syafiqah tergelak kecil.
“Kami bekerja di pejabat yang sama. Kalau bekerja di tempat yang berbeza, saya pun tak pasti dia sudi ke tidak hantar saya pergi dan balik kerja.”

“Emmm mesti sudi tu. Orang yang dia sayang. Mestilah dia sanggup kan,” Amalina tersenyum sambil menoleh sekilas ke arah Syafiqah. Tiba-tiba pula dia rasa serasi dengan gadis tersebut. Seolah-olah telah kenal lama, padahal baru pagi tadi berkenalan.

“Hihihi.” Syafiqah gelak lagi.

“Kita ni asyik berawak dan bersaya saja, terasa formallah pula. Saya panggil awak Fiqa, awak panggil saya Alin. Boleh?” Amalina mahukan penggunaan kata ganti diri mereka bertukar supaya lebih mesra. Syafiqah cuma mengangguk.

“Emmm Alin dah kahwin ke?” soal Syafiqah ingin tahu. Masakan gadis cantik seperti Amalina masih belum berkahwin. Sudah pasti ramai lelaki yang ingin menjadikannya suri di hati mereka. Namun riak wajah Amalina seakan-akan berubah setelah mendengar soalan Syafiqah. Tidak ceria seperti tadi.

“Errr Fiqa minta maaf kalau tersalah tanya.” Syafiqah rasa serba salah.

“Tak apa. Fiqa tak salah. Macam mana nak jawab ye. Emmm Alin pernah berkahwin lama dulu. Tapi dah bercerai,” terangnya jujur. Perkahwinan yang pernah tercipta dahulu adalah satu kesilapan. Kerana suaminya yang kaki perempuan itu dia sanggup meninggalkan buah hati yang teramat-amat menyintainya. Kalaulah masa ini boleh diputar kembali. Amalina mengeluh sendiri.

Syafiqah agak terkejut mendengar pengakuan Amalina. Gadis semuda ini telah bergelar janda. Memang sungguh dia tidak menyangka.

“So sekarang Alin masih single ke?” soal Syafiqah lagi.

“Hmmm single. Belum berjumpa lagi dengan yang sesuai.”

“Mesti ada yang sesuai nanti. Cubalah cari,” nasihat Syafiqah.

“Hmmm entahlah. Tapi kan Alin selalu teringat dekat kekasih lama Alin. My first love. Terasa menyesal sebab Alin tinggalkan dia dulu. Kalaulah Alin berjumpa dengan dia sekarang, memang Alin akan merayu supaya dia menerima Alin kembali. Sejak berpisah baru Alin tahu yang dirinya begitu berharga dan Alin amat menyayanginya,” luah Amalina tanpa rasa malu.

“Oh ye ke. Maknanya Alin pernah bercintalah sebelum ni. Suka sama suka. Kenapa tak kahwin saja dengan kekasih Alin tu dulu?” soal Syafiqah lagi. Banyak pula soalan yang ditanyanya kepada Amalina. Tetapi dia begitu tertarik untuk mendengar kisah cinta Amalina.

“Hmmm... Alin yang bodoh sebab tinggalkan dia. Manusia yang tak menghargai seseorang yang sentiasa menyayangi dirinya, bila orang tu sudah jauh barulah terasa yang amat sangat,” sungguh Amalina rasa begitu menyesal sekali.

“Sabarlah Alin. Kalau ada jodoh tak ke mana. Fiqa doakan semoga Alin akan berjumpa semula dengan kekasih lama Alin tu. I really hope so,” doa Syafiqah sambil menepuk lembut tangan Amalina.

“Terima kasih Fiqa,” balas Amalina sambil tersenyum. Semoga apa yang didoakan oleh Syafiqah akan menjadi kenyataan.

**********

IKRAM : Saya Sayang Awak...
SYAFIQAH : Sayang Awak Juga...
KHAIRIL : Sepatutnya Awak Sayang Saya...





4 comments:

blinkalltheday said...

jgn ckp amalina ni ex ikhram??xsuke laaa.cepat la kawen..

TinTa Biru said...

blinkaltheday ... hihihi. kna tunggu ye.. :)

Salina Azni said...

tk kisah berapa ramai yg dtg, cuma amat berharap Ik dgn Fiqa... tk nk ada yg mengganggu hubungan diorg...

TinTa Biru said...

hihihi... InsyaAllah Ik akn bersama dgn Fiqa tu. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...